usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Bukti Media Di Malaysia Penipu Besorrrr!!

Media kerjanya mencari berita berita yang menarik dan terhangat dari pasaran untuk tarik pembaca. Sebab tu kadang kadang, mostly selalunya berita berita yang disampaikan 50% boleh caya 50% lagi bek jangan percaya. Mereka akan berkokok merokok dan menokok tambah berita so that ia akan jadi lebih gempak dan cool.

“terlalu menjaga tepi kain orang  sampaikan bawah kain pun nak jaga”


dermmm jahat!!!

Jom kita tengok situasi sebenar yang dipusing pusing oleh mereka yang bergelar “media” malaysia.Tak pasti dari mana sumber asal (sila claim jika ia anda punya untuk aku backlink)


Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.
 
Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."
Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."
Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"
Harakah - "Kami tiada beca."
Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."
Suara keadilan - "Tidak perlu bersumpah, kami bukan pemandu beca"
Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."
Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"
Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."
Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"
Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."
Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."
Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari."
Siapa punya kerja aku pun tak tau menda ni. Tapi, walaupun mungkin ini cerita lawak dan ringan untuk suka suka, dalam dunia nyata, ini yang berlaku. Berita yang pada mulanya macam lain dipusing, dipulas, dikalih menjadi cerita lain supaya nampak lebih menarik dan “hot”. Ia akan jadi lebih teruk kalau melibatkan politik. UMNO kata PKR jahat. PKR kata UMNO jahat. PERKASA kata dua dua jahat. Amekkauuu!!

Karikatur Yang Diinspirasikan Dari Profile Picture Facebook

Topik KBU: Sifat Lelaki Dan Wanita Yang Dibenci

 

Assalamualaikum. Ceritanya bermula semalam bilamana seorang manusia bergelar admin di Kelab Blogger Utagha mengutarakan satu soalan berbunyik “Topik KBU: Berikan 1 sifat lelaki/perempuan yang paling ampa tak suka??’..ni semua kerja Cik GKSB.

 

So apa lagi. Aku pun nak jugak la menyebok bagi idea sikit sikit sambil sambil merapu merapan menggelakkan sapa2 yang baca. Antara jawapan yang geng KBU bagi adalah ;

 

image

takda masa aku nak kabur kaburkan nama pengomen kat situ..haha. Lantakla sapa suruh komen kan dah kena perinsekerin.haha. Damn pesal aku tercrop kat bawah sekali tu ada gambar budak comel. ?Ciss siapakah beliau. Comel sungguh. Demit!!

Jawapan2 kat atas tu cam tak best sangat. So jom kita tengok antara jawapan yang bess dan panas.

image

ok LEGGING . Ini sumpah aku nyampah. Cam sampah. Apa ingat cntik sangat ke tunjuk kaki yang macam gajah tu plus lemak2 kat peha. Adehh geli weh. Tolong la hapuskan pesyen cam tu. Apa kejadah la pakai legging cam tak pakai seluar je. Kalau nak pakai, pakai atas katil tunjuk kat laki ko sudah la. Biar dia tergoda sikit.Pahala pun dapat. Ada satu kes tu, aku pernah jumpa. TERTENGOK ok. Bukan sesaja. Ada ke patut pakai legging sampai nampak bentuk “"TUT” yang depan tu. adehh batal posa aku.

 

image

erkkk tamau komen yang ni.Aku rasa panas ..hahaha

 

image

dan isu yang aku timbulkan menimbulkan sikit perkelahian aka orang kedah panggil bekelai. asal bunyik sudah. Yeke laki bau kaki?bau wangi ke?haha. Ingat pompuan kaki wangi ke?Cuba pompuan tu pijak taik lembu. Busuk jugak kan?hahahaha

Okeh sorry CIK GKSB sebab aku dah umumkan tentang ketidakmandian anda . haha.. Caitt busuk. Prove yang menunjukkan pompuan lagi malas mandi dari lelaki. Full stop.wuahaha…

 

dan komen yang paling aku suka….

image

haha nice one la Carrot Polysacaride. Aku pun pelik jugak kadang kadang. Rasa hensem ka angkat  koler?Cam tak ja. nampak macam budak2  ada la.

 

Dapat idea lepas baca entry SIFAT LELAKI ATAU PEREMPUAN YANG PALING AMPA TAK SUKA?? DAN JAWAPANNYA........ oleh budak TAK MANDI!! sekian berita melaporkan dari utagha !

BN perlu buang pemikiran feudal jika nak kekal kuasa, kata Dr Asri

 

Aku tertarik dengan satu artikel menarik dari malaysianinsider yang aku baca pagi ni. Biasa la pagi pagi bila bangun aku akan online dulu sebelum sempat gosok gigi. Pengotor tak..haha..Aku tertarik dengan pendaat yang dikeluarkan oleh Dr Asri yang aku rasa sangat rasional dan semua pihak sepatutnya ambil perhatian dengan apa yang dikatakan.

KUALA LUMPUR, 15 Julai — Susulan perhimpunan 9 Julai, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Barisan Nasional (BN) perlu membuang pemikiran feudal jika mahu terus mendapat sokongan rakyat terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Jelas bekas mufti Perlis, dalam kepimpinan BN terlaku ramai “golongan pengampu” berbanding golongan yang boleh membantu parti perikatan untuk terus dilihat relevan dalam arena politik sekarang.

“Dalam pemerintah sekarang semua orang nak tunjuk kononnya dia setia (kepada pemerintah) walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah bodoh, tapi dia rasa tidak mengapa yang penting perdana menteri tahu.

“Dalam Umno bila ada pemimpin bagi kritikan, dia ini dianggap musuh walaupun idea yang diberikan adalah baik, namun ia dianggap bahaya kerana unsur feudal tidak ditinggalkan,” katanya dalam satu program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di ibu negara malam tadi.

Program dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan dihadiri intelektual, lebih banyak menyentuh perhimpunan 9 Julai lalu anjuran Bersih 2.0 dan diprotes Pemuda Umno.

Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, yang mengetuai perhimpinan Patriot membantah Bersih 2.0 Sabtu lalu.

Tegas Asri (gambar), BN yang diketuai Datuk Seri Najib Razak harus memilih pemimpin yang boleh membantu pentadbiran kerajaan seterusnya boleh menarik sokongan rakyat.

“Kalau kerajaan pandai tangani ini, ia akan beri kelebihan tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya... pemikiran feudal ini perlu dibuang.

“Kalau perlu cari pemimpin yang boleh bantu kerajaan bukan kaki pengampu, ramai rakyat sekarang tidak tahu mahu mengundi siapa sebab mereka masih melihat keadaan dan kumpulan ‘third force’ ini jumlahnya lebih besar.

“Ramai yang nak masuk politik supaya dapat bodek pemimpin dan dapat hasil, namun kesannya nanti ia akan meroboh institusi yang ada, sebagai contoh khutbah Jumaat... institusi agama digunakan apa dalil agama yang mengharamkan perhimpunan, dalil agama digunakan untuk memburukkan orang lain.,” katanya.

Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 anjuran Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Dalam pandangan yang dikemukakan di hadapan kira-kira 30 orang, Asri juga menyamakan BN seperti “seorang bapa yang menakutkan anak agar tidak ke tempat gelap kerana ada hantu.”

Kata beliau, strategi sedemikian sudah tidak berguna kerana rakyat sudah matang dan informasi boleh diperoleh melalui pelbagai cara.

“Saya menggambarkan kerajaan sebagai seorang bapa kepada seorang anak yang menakutkan anaknya agar jangan pergi ke tempat gelap kerana ada hantu, pada waktu kecil anak akan terima tapi bila anak sudah besar dan belajar di universiti ia sudah tidak berguna.

“Kerajaan dan pemimpin sudah terlupa bahawa sekarang bukan lagi zaman 70-an kerana kerajaan sudah tidak lagi boleh menghalang maklumat... dulu memang orang baca Utusan Malaysia tapi sekarang orang sudah tidak baca dan tidak percaya,” katanya.

Asri juga secara peribadi mengatakan beliau berasa dukacita dengan langkah Putrajaya menangani perhimpunan itu yang menyaksikan seorang lelaki terbunuh didakwa terkena gas pemedih mata yang dilepaskan pihak keselamatan.

“Itu hak mereka untuk tidak berkumpul, saya bukan menyokong mana-mana pihak tapi ia menyebabkan kita tidak boleh untuk melangkah ke hadapan.

“Saya percaya kalau perdana menteri benarkan, polis benarkan, malah turut membantu melancarkannya saya rasa kerajaan akan dapat kredit... dan saya sangat dukacita cara kerajaan menangani perkara ini,” katanya.

Sementara itu penganalisis politik Anis Yusal Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, lapan tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 boleh dibincangkan dengan SPR.

Lapan tuntutan yang perlu dilaksanakan itu adalah membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

“Saya tidak nampak tuntutan ini terlampau, ia boleh dibincangkan dan SPR perlu memberikan sebab-sebab yang munasabah mengapa ia tidak boleh dilakukan.

“Saya tidak faham mengapa perkara yang jelas sebegini boleh dianggap tidak munasabah, kalau benda asas seperti ini tidak boleh dibincangkan, bagaimana?” katanya.

Bekas pesuruhjaya Suhakam Datuk Dr Denison Jayasooria pula berkata Putrajaya perlu lebih matang dalam menangasi isu-isu yang sensitif.

“Selepas ini, banyak perkara yang perlu dilakukan (kerajaan), segala masalah yang berlaku perlu diselesaikan. Kerajaan juga perlu menggunakan pendekatan komunikasi yang lebih bagus dan lebih terbuka,” katanya.

 

ini la baru betul orang berilmu bila berkata kata . Zaman sekarang ni ramai yang tak berilmu tapi buat buat pandai macam berilmu. Kesannya, keluarkan statement yang membodohkan diri sendiri.

usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update