Tips Blogging : Apa Itu SEO?Bagaimana Mendapatkan Entry SEO
Dah lama rasanya aku tak buat entry tips tips nih . Dari membiarkan blog kita ni cuma berceritaaaaa tentang diri kita ja, better berkongsi sesuatu ilmu yag bermanfaat untuk semua kan?at least berblogging sambil membantu. Dan sebab ada beberapa orang blogger yang bertanya kat aku apa itu SEO. So dari aku bagitahu sorang je, baik kita berkongsi ramai2, Kan lebih afdal!
Mungkin ada sesetengah dari blogger yang kurang minat dengan SEO atau Search Engine Optimization tapi tahu tak SEO sangat penting bagi mereka yang mementingkan jumlah trafik tak kira la pageview ataupun unique visitor setiap hari. Sebabnya, jumlah trafik lah yang menentukan kejayaan sesuatu laman web dan menentukan jugak jumlah fulus yang akan anda dapat, bagi yang berkasih sayang dengan syarikat pengiklanan la kan?But rasanya semua yang ada blog dah pasang iklan kan??
Ada aku pernah dengar sorang blogger dikenali ni “memerli” blogger blogger yang bermain dengan SEO. Ye la, tau la cerita sehari hari ko tu orang nak baca. Ko kan popular. Tapi tak yah la nak memerli kami yang “tak pandai” bercerita tentang kehidupan seharian. Aisehh emo plak. Bektudetopik. Untuk aku, aku tak pandai sangat nak bercerita dan tak pandai nak mengarang cerita jadi menarik macam Cik Epal, Fatin Liyana, Hanis Zalikha, dan sebagainya (cam barang plak.)haha. So untuk aku tarik trafik, aku gunakan teknik SEO . bagi yang bermain dengan SEO, majoriti trafik doran akan datang dari search engine. Betul tak?hehe
Ok meh nak tunjuk something regarding the SEO nih. Sekarang ni cerita tentang kes video lucah DSAI tengah hangat dan keyword tersebut memang panas dan dicari cari oleh pelayar internet. So minggu lepas aku gunakan peluang untuk tarik trafik dari mereka mereka yang “search” keyword panas tersebut. tengok bawah ni
perkataan “video seks datok anuar” adalah antara keyword paling banyak yang masuk ke dalam blog aku melalui search engine. SEBAB??sebabnya, entry yang aku buat berada di first page google search untuk carian keyword tersebut. First page dan di column kedua selepas Malaysiakini. So orang yang search mesti akan tertarik dengan tajuk entry kan?
APA KAITAN SEO DENGAN TRAFIK?meh sini nak tunjuk .Ce jenguk puas2 gambar dibawah.
ini adalah entry yang aku buat sehari selepas Royal Wedding Putera William dan Kate Middleton. Satu keyword panas seluruh dunia yang confirm akan dicari di internet. Dan hasilnya. Korang boleh tengok sendiri jumlah Online Readers di sebelah kanan. Maintain 30-40online readers pada satu satu masa. Tapi sekarang bila dah jarang update. Tinggal la 4-5 orang. Sebab apa ramai online bila buat entry entry SEO macam ni?tengok bawah ni
keyword “perkahwinan diraja” bila ditaip di google search. Entry yang aku buat berada di first page. Di nombor 3 dan 4. So rezeki anda akan melimpah ruah dan trafik akan melimpah ruah jugak la kan kalau entry berada di first page google search engine.
MACAMMANA NAK BUAT ENTRY SEO?
- Cari keyword panas setiap hari yang akan orang cari . –contohnya, setiap jumaat orang akan cari berkaitan MAHARAJA LAWAK. so kena cepat cepat update berkaitan ML tu.
- Tajuk yang “catchy” dan tak merapu merapan. Jangan gunakan singkatan atau ayat SMS. Contohnya, ada ka orang akan cari perkataan MHRJA LWK???tak kan?mesti orang akan type penuh di google search engine. So be aware of that.
- Pastikan info yang diberi betul or that will be the first and the last time orang datang blog kau.
- Bertanya kepada blogger yang pandai bermain SEO yang hebat macam Faizal Fredley, Cikgu Dahlia, Anastasyea dan banyak lagi la.
Yang paling penting kena pandai cari peluang. Selidik apa yang akan orang ramai cari hari tersebut atau esoknya. Kena rajin la yang penting. So selamat mencuba. Kalau ada salah silap kat atas, sila tegur untuk diperbetulkan. Sekian
Blogger Cantik Je Boleh Popular!!Tak Cantik Tak Boleh!!
5 Blog Yang Mesti Dilawati
Respon dari Kak Jie mengenai 5 Blog yang dia selalu lawati pada tahun 2011 dan Joe mengenai 5 BLOG YANG PASTI DILAWATI, aku pun terasa nak jugak buat review mengenai 5 blog yang aku selalu lepak dan buang masa kat sana.
Kak Jie guna Blog yang selalu dilawati, Joe guna pasti dilawati, aku nak guna MESTI dilawati, so takda isu plagiat tajuk kehh..LOL.
Macam Joe jugak, sikit sikit penulisan blogger blogger berkenaan mengefek penulisan aku jugak la walaupun tak banyak. Dan , 5 blogger tersebut banyak menceriakan hidup aku.acece. Aku tak kisah blogger popular or tak, yang penting penulisan seronok dan bess dibaca (seronok and bess bukan sama ka?).
ini antara 5 blog pilihan aku (sila klik pada gambar header untuk ke blog tersebut)
Menguasai carta adalah dia nihhhh.malas nak kenalkan sebab mesti korang dah kenal kan dengan misslolly nie?klik gambor tu kalau nak ke blog beliau. Aku suka lepak blog dia sebab penulisan dia sempoi dan bess dibaca, Kadang kadang tak larat nak gelak dengan perangai “gedik” dia tu.ahaha. Gedik dalam penulisan je kan Cik Lolly???LOL!! (bila nak kawin dengan bangla?haha)
si Melz ni aku dah baca blog dia semenjak aku mula mula blogging dulu. Blog dia banyak tips menarik dan idea idea untuk berblogging banyak diberi. Aku banyak belajar pasal “colour” blog dengan perhatikan blog dia. Damn , blog dia cantik and simple. Agaknya blog aku warna biru pun sebab pengaruh dia kot. Who knows..LOL
bro Eyriqazz pun salah satu blog yang aku baca sejak mula aku berblogging dari awal bulan 9 , 2009 dulu. Rasanya masa tu, bro pun baru buat blog kot. Sorry kalau silap. tapi dia cepat berjaya, Why?sebab dia kreatif. Dan anak kesayangan Nuffnang jugak sekarang. Ada ja idea untuk semua readers2 dia. Dan aku rasa, idea paling kreatip adalah GTO Pointz.
aku suka dia (bukan Gay) sebab penulisan yang sempoi dan simple dan senang difahami tapi bagi maksud mendalam. Penulisan entry Zack banyak masukkan dialog so senang nak difahami sesuatu benda yang nak diceritakan tuh.
aku suka gambar gambar yang dia snap.Tu ja nak bagitau. Malas nak bagitau banyak2 sebab korang kena tengok sendiri .ok aku bagi satu gambar yang cantik,yang lain p cari sendiri keh
nak ngorat boleh tapi bukan yang ke3 dari kiri tuh. Itu ed punya.haha.gambor2 yang lain p cari sendiri okeh.
Blog lain yang best bagi aku
- FATIN LIYANA ( ada ja idea dia nak mengarang)
- DAHLIA JOURNAL (banyak info terkini)
- EYKAMEOW (dia comel lepas pakai tudung)~~keh3x
- HAMZAH IAN (walaupun ayat lucah.tapi aku suka baca.haha)
p/s : klik pada gambar Header untuk ke blog tersebut














...