usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Facebook Dislike Button

Korang Rasa Serabut Tak Blog Nie?

semalam ada meeting...nak dijadikan cerita ...kawan aku...blogger baru...Cik Merah ada cakap....pening kepala tengok blog aku....samapi 3 column..kejap tgk situ..kejap tengok sini...yeke serabut??


kalau serabut...aku nak tukar template sbb kita kna puaskan hati pembaca....pembaca adalah asset kita...=)


sangat berminta dengan blog Ang Sopan Den Sogan! yg sangat kemas tu....huhu...gua jelesss

Ayam Homoseks???




Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul. 
Disana ada 25 ekor ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang 
umurnya sudah lanjut dimamah masa.


Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, 
si pemilik ladang tersebut membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan,segak, 
macho dan masih gantèng.


Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. 
Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. 
Lalu terjadi percakapan seperti ini :


Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. 
                            Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.


Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka, tua tak sedarkan diri. hang tu dah tua dah tak larat dah.....
                               semua ayam betina kat sini aku punya!


Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni(jalak tua bercakap dalam hati nyer). 
                            Saper kata aku tua tak larat lagi,ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... 
                            O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua,menunjukkan eksen nyer)
                            so apa kata kalau kita pertontonkan kemachoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa 
                            yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini. Yang kalah kirim salam, pi mampus 
                            terkangkang.


Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar nih. Kita nak buat pertandingan apa ni... 
                              cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak petang nyer)


Si ayam jalak tua : Dak'eh! Senang jer, pertandingan lumba lari




Sambil tersenyum kambing, Si ayam jalak muda: Set, cincai bocai jer tu, no problem!


Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.


Si ayam jalak muda: Kesian ko yer ...Bolehlah ....(dengan penuh perasan).


Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan
kecepatan kuasa extra power root yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda 
ditembak langsung oleh pemilik peternakan. Mengapa dan Kenapa ?????


[jawaban ada di bawah]


Kata Pemilik : "Kurang ajar! Brengset nih! INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang 
                     macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"


MORAL OF THE STORY : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick tau,) 


HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...


jangan under estimate.


xtau sumber sebenar cerita ini...kalau pemilik asal ada membaca entry ini...sila kemukakan nama anda untuk saya letak credit...=)

Rahsia Disebalik Jari Anda

Renungan buat semua sahabat


LIMA JARI MENYIMPAN RAHSIA


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda
yang lima. 


Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam 
ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu Akbar" 
sekuat-kuatnya.Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. 


Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. 
Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.


Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada 
jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan
bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah
insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula 
daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya".
Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa
hadapan.


Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. 
Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. 
Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, 
bangga tak terkira.Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini 
sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan 
taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. 
Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.
Bersediakah anda??


Naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.
 Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat
umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan
ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti 
berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang 
menggoda.Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan 
seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk 
ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.


Jari telunjuk. 
Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. 
Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, 
menjadi contoh dan tauladan.Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil 
sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas 
dan minda yang hebat.


Akhir sekali, renung ibu jari. 
Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang 
membanggakan.Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. 
Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan 
lancar. Buat generasi muda,rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. 
Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" 
sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.


Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. 
Dimanakah anda sekarang???

Anda Setuju Atau Tidak Aku Buka Blog Tentang Ilmu Seks

ehhh jgn salah faham ok...baca entry nie sampai habis dulu....


macam nie ceritanya....semalam aku explore punya explore la laptop aku...habis smua hidden file aku bukak....check apa yang ada dalam laptop aku ....then tetiba aku terjumoa satu file yang aku sendiri tak tahu dari mana datangnya...file yang lengkap dengan segala jenis ilnu tentang perkahwinan..dari cara mencari isteri atau suami sampailah ke ilmu dalam kelambu tu...hahaha..bukan salah aku weh...aku tak pernagh amik pon file tu


rasanya kan...file tu boleh ada sebab aku kalau explore laptop orang aku suka ambik folder2 yang best...satu folder aku copy sbb suka kumpul lagu...sekarang dalam laptop aku dah ada 7000 lagu dah....video 2000..haha...mybe file nie ada dalam salah satu file lagu yang aku amik tu...


tapi anda smua jangan salah faham....folder tu folder microsoft word ja...bukan gambar or movie k...astaghfirullah...bulan2 puasa nie..haha...jumlah keseluruan info2 tue ada la dalam lebih kurang 300 file....waargghhh banyaknya....tapi kn...ilmu tu smua sangat2 lah bagus untuk pengetahuan terutama kepada orang yang nak mendirikan rumahtangga....macam2 ilmu ada...


so anda rasa aku perlu share x ilmu2 tu melalui satu blog yang aku buka untuk berkongsi tu....jangan salah faham...juz sbg satu blog tentang info2 sahaja....bukan download cita2 xelok tu...insaf la wehh..haha. ada 3 pilihan



  1. buka blog baru
  2. letak ja kat blog aku sebagai entry
  3. xpayah...senyap sudah
  4. padam folder tu sbb aku lambat g nak kahwin

yang mna satu anda rasa terbaik....???

Masih Hidup Selepas 2 Minggu Terperangkap 700meter Dibawah Tanah

sumber : KOSMO



SANTIAGO - Seramai 33 orang pelombong didapati masih hidup dan berada dalam keadaan sihat walaupun sudah dua minggu terperangkap di bawah tanah sedalam 700 meter selepas pintu masuk lombong emas dan tembaga yang terletak 800 kilometer ke utara Santiago runtuh pada 5 Ogos lalu.
Pasukan penyelamat Chile semalam bersiap sedia untuk melancarkan misi menyelamat yang mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya selama 120 hari atau empat bulan.
Menurut seorang anggota penyelamat, Andres Sougarret, sebuah kamera yang dimasukkan melalui satu lubang yang ditebuk sedalam 700 meter menunjukkan pelombong-pelombong itu tidak memakai baju dan berpeluh.
Suhu dalam lombong itu adalah di antara 32 hingga 37 darjah Celsius.
Pada Ahad lalu, Presiden Chile, Sebastian Pinera membacakan nota yang menyatakan semua pelombong yang terperangkap masih hidup.
"Kami semua selamat di dalam kawasan perlindungan," jelas nota yang ditulis dengan menggunakan dakwat merah.
"Ramai antara mereka menunjukkan muka di depan kamera. Kami boleh melihat reaksi gembira dan harapan di mata mereka," kata Pinera yang mengakui imej-imej itu memberinya keyakinan bahawa insiden itu akan berakhir dengan baik.
Pengarah Pejabat Kecemasan Kebangsaan, Carlos Garcia menyatakan mangsa-mangsa yang terperangkap itu memiliki sedikit air. Dalam tempoh beberapa jam, mereka akan menerima bekalan makanan dan air yang perlu diagihkan-agihkan dengan penuh kebijaksanaan.
Sanak saudara para pelombong itu juga akan dibenarkan untuk berhubung menerusi kabel tidak lama lagi.
Sebaik sahaja berita mereka terselamat selepas 17 hari terperangkap, pengguna jalan raya membunyikan hon kereta masing-masing. Sementara itu ribuan penduduk berkumpul di bandar-bandar lain untuk meraikan berita tersebut selain mengibarkan bendera Chile. - AFP
agak2 korang...semua pelombong tu makan ape r dalam tu..giler r amik masa 4bulan untuk selamatkan semua orang...mau berjanggut tunggu dalam tu...nak mandi pon xleh...aduhh.!!!

ESQ REVIEW : First Impression Yang Bagus

salam semua....seperti yang telah dijanjikan ..aku akan buat REVIEW tentang program ESQ 165 yang telah aku sertai pada 21 dan 22 Ogos 2010 bertempat di Dewan Besar UiTM Pulau Pinang.


first impression apabila sampai ke dewan di UiTM P.Pinang...waaa...venue adalah Dewan Utama yang baru siap..kiranya program ESQ 165 adalah program pertama dijalankan di dewan tersebut....bangga bila jadi pelajar dari kampus lain yang rasmi dewan tersebut..


first impression yang ditunjukkan oleh pihak organiser apabila sampai...turun ja dari bas kami disambut oleh ATS iaitu Alumni Trainer yang membantu pihak ESQ 165 bagi melicinkan perjalanan kursus...ATS adalah bekas2 peserta yang telah mendaftar diri sebagai sukarelawan untuk membantu peserta2 kursus sepanjang kursus dijalankan....berbalik kepada cerita tadi...sambutan yang diberikan sangat2lah mesra....macam mak mertua yang menyambut menantu baru...lebih kurang macam tu la kiranya...rasa diri dihargai dan disayangai bila layanan pertama sudah seperti 10 tahun kenal...tahniah kepada ATS yang sangat mesra..


masuk kedalam dewan...fasiliti semuanya sangatlah lengkap....macam masuk dalam pawagam....big screen ada 3...sound system terbaik..macam nak buat konsert MJ...tempat selesa dan pihak organiser pulak sangatlah mesra....itu cuma first impression...second,third,fourth......bla3.....macamana pulak???tunggu entry akan datang...tak sempat weh..haha...entry selepas ini aku akan terangkan apa sebenarnya maksud ESQ 165...apakah 165 tersebut...???bagi yang tau diam2 sudah....ni bagi yang xtahu...tapi tak ade la terang 100 %...yang tu kna bagi motivator la jelaskan.....okey out dulu....assalamualaikum semua!!!!=~~~~

ESQ165 : Program Terbaik Untuk Anda



Assalamualaikum semua...actually aku baru ja balik semalam...sampai kolej dah pukul 11lbh...sampai terus tidor...tak sempat update blog yang dah ditinggalkan 2hari...


Sabtu dan Ahad...aku terlibat dengan program ESQ Training Malaysia | ESQ Leadership Center Sdn. Bhd...satu program yang sangat popular...tapi ramai xtahu....xtahu sbb apa ramai xtahu...rugi anda xtahu ....kalau yang masih belum tahu...tahu2kan lah diri anda....sebab pa???sebabnya...bagi aku...after attend program nie...aku rasa program nie adalah yang terbaik pernah aku attend sepanjang 20 tahun aku hidup nie....


pengalaman kat sana sangt2 la baik...sampai tak boleh nak diceritakan ...hari nie aku tak sempat buat review lagi...mybe next entry...apa2pon...tabik spring kepada organiser program ESQ 165 ...anda adalah terbaik diantara yang terbaik...kalau rakan2 blogger semua ada peluanhg...do attend this program...u will never regret it...dijamin!!


P/S : aku akan buat review tentang ESQ lepas nie ...untuk kongsi kepada semua rakan blo0gger dan buang perception buruk pada program ini...sekian =)
usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update