usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Hanalovenest Dah Tunang, Yuyu Zulaikha Dipinang, Intanurulfateha Bagai Pinang, Aku Nak Tunang Juga ,Tenang Bro!!

Salam semua. Pahabaq? aicehhh tajuk ala2 syair pulau pandan jauh ketengah tuh. erkk syair ke?Pesal tah aku rasa tajuk kali ni macam mintak penampor je kan3x?korang rasa tak?

 

hari ni bermula dengan agak kelam kabut dimana dalam pukul 1.00 pagi macam  tu, aku tengah study dan study sampai satu masa aku rasa nak muntah keluar balik semuanya. Perhh semalam gua asyik rasa nak tumbuk orang ja. gila tensyen. habis semua orang aku mesej kawan kawan yang  dah lama aku tak mesej sebab nak cari kekuatan tu. Tu la perangai buruk aku. Kalau tensyen, aku akan cari ja sesiapa pun tak kira   kenal or tak dia tu, aku akan cerita ja semua maslah aku. But seriusly, selepas cerita , akan rasa lebih ok sikit. So kalau korang ada masalah, cari la sapa2 untuk ceritakan masalah. Tapi jangan la macam aku. Mesej orang tengah tengah malam buta. Tapi ok what?aku bukan mesej orang dah kahwin. kalau dah kawin tu memang “kacau line” la kan?lalalaa. Sure kena belasah sampai lembik.

 

Bukan nak cerita masalah aku dalam entry ni, tapi nak cerita pasal kahwin. marry or wateva la yang sama waktu dengannya. Lately, rasa macam ramai plak yag nak mendirikan rumah tangga. Rasa jeles dengan mereka semua. Jom kita tengok mereka mereka dari kalangan artis dan blogger yang akan mendirikan rumah tangga.

 

Perkahwinan terbesar akan berlaku adalah opkos la antara Putera William dengan Kate Middleton

2 hari lepas aku ada buat entry berkenaan blogger yang dah berkahwin iaitu Ailyl Rozana .Sangat sweet percintaan mereka. Sangat jeles dengan kesweetan mereka (sila abaikan tatabahasa ye adik adik yang nak amik SPM)

Ailyl Rozanna

 

Dan hari ni ramai frust menonggeng nonggeng kelucahan bila    “Ustaz Amirul” dah   bertunang dengan seseorang. Padan muka hampa..haha

live dalam Nasi Lemak Kopi O tuh.

dan hari ni  jugak sumpah terkejut bila tengok dalam facebook Si Hanalovenest sudah mau kawin maa. Terkejut la sebab aku kenal la jugak dengan Hana nie sebagai sorang blogger  “hebakk”    gitu kata Yuyu Zulaikha. Dah tahu dah pasal dia nak bertunang di ENTRY INI but tak sangka pulak sangat cepat. Bagus2. Benda baik , tak baik lengah lengahkan.Ye idok??

 

IMG-20110308-00946

perhh cantik la Hana. Intan tak (lalala~)tunggu u duduk sebelah kanan tu nanti I buat entry cakap u pulak cantik.wuahaha

 

mesti kenal kan dengan dua orang blogger ni. yang bertunangnya disebelah kanan.Kiri tuh soon to be tak lama lagi. Kan intan?haha. Papepon tahniah Hana sebab dah bertemu jodoh dengan seorang blogger jugak iaitu Che Armster. Sungguh tak  ku sangka. Bertunang tak panggil kita ..sob3x. Intan , u bila lagi dengan si DIA?hehe

 

antara entry2 yang Hana pernah buat untuk aku :

  1. Happy Birthday untuk owner blog HafizRahman (tq siap buat entry wish besday lagi tuh….nangis~)

semoga panjang jodohnya ye Hana dan jugak Che Armster (betul tah haku heja?hehe). Anda berdua memang sweet kaple sepanjang zaman.

dan akan menyusul sebagai pengantin adalah :

ini wajib kawin ni.haha

 

dan mungkin tak lama lepas tu akan  diikuti pulak oleh geng mereka dalam The Gojes (aku tibai ja eja) iaitu pasangan dalam header nih :

gadis ini KEKWAT ?

acece  motif guna gambor ni?saje kan nak tunjuk header yang aku buat kat dia. kan?rasa nak sepak diri sendiri je kan. Poyo!!korang rasa nak sepak aku tak?haha.Sepak la sepak la shaye. (sambil buat muka lapar penyepak dan smekdaun)

 

dan yang lagi panas. Dengar cerita Yuyu Zulaikha dah dipinang?melepas la aku korang !!keh3x  . Ada    “ budak tuh”  baca naya ja aku kena smekdaun. tapi dia memang tiap kali aku update , dia baca.

 

perhhh semua pakat nak kawin dah. Aku bila lagi tah. Kad kahwin dah siap dah . Tak caya?tengok sendiri.

member aku cakap ni bukan kad raya tapi kad kawin.haha.Woi aku lambat g la nak kawin. Fine buruk. Ni masa aku baru belajar guna photoshop. So agak keras cropping disitu. Design design terbaru dah ada la sikit peningkatan. Leh usyar usyar di HR DESIGN .Nak jugak mempomot!

 

perhh memang cemerlang sebab aku masih boleh buat entry panjang panjang walaupun  musim exam . kan bagus kalau study macam ni. Tapi TAK!!deymmm~

Salam

Sikap Keras Kepala Justin Bieber Jejaskan Konsert Di Malaysia

Sikap Besar Kepala Justin Bieber Menyusahkan!

KUALA LUMPUR, 22 APRIL 2011: Demam penyanyi remaja popular, Justin Bieber telah pun berakhir malam tadi menerusi konsertnya yang julung kali diadakan di Malaysia iaitu Justin Bieber My World Tour.

Tidak dinafikan fenomena Justin Bieber sememangnya luar biasa. Bayangkan tiket sebanyak 15,000 ribu telah habis dijual dalam sekelip mata. Bahkan, peminat Justin Bieber sanggup tiba seawal 3.30 petang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur semata-mata untuk menyaksikan konsertnya yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8.30 malam.

Jalan yang sesak sepanjang sekitar Stadium Merdeka, usah diperkatakan lagi serta disulami hujan lebat sementara menanti konsert bermula.

Meskipun ada yang merayu untuk memasuki stadium lebih awal daripada waktu yang dijadualkan jam 7 malam, namun ra-rata mereka kehampaan kerana pintu hanya dibuka mengikut waktu yang telah ditetapkan. (Maghrib terbang la?)

Tepat jam 8 malam, kemunculan Mizz Nina, membawakan tiga buah lagu yang mana antaranya adalah What You Waiting For telah meredakan sedikit kegelisahan peminat Bieber yang telah sekian lama menantikan kehadirannya.

Usai selepas Mizz Nina habis menyanyi, mereka kembali menjerit-jerit memanggil anak didik Usher itu supaya tampil segera ke pentas. Tetapi, Justin Bieber lebih selesa membuatkan peminatnya gelisah menanti kerana dia hanya akan muncul tepat jam 9 malam.

Memasuki 10 minit lagi sebelum jam 9 malam, sementara menanti detik permulaan, tiba-tiba suasana sekitar pentas sedikit tegang. Semuanya berlaku disebabkan petugas media yang terdiri daripada jurukamera dan jurugambar tidak dibenarkan menangkap gambar si comel tersebut.

Situasi itu menyebabkan petugas media dan pihak pengurusannya bertekak kerana mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebelum ini, pihak media telah dibenarkan untuk merakamkan gambar dan visual untuk tiga buah lagu awal dendangannya saja.

Difahamkan arahan tersebut dikeluarkan sendiri oleh Justin Bieber yang comel itu kerana kononnya dia telah kecil hati dengan pihak media tempatan yang telah pun menangkap gambar sewaktu ketibaannya bersama buah hatinya, Selene Gomez di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam.(hekeleh!!dia marah kes gambar INI)

Remaja kelahiran Kanada ini, dikatakan berang kerana gambarnya bersama kekasih hati dirakamkan menerusi lensa jurukamera.

Di sebabkan itu, penyanyi berusia 17 tahun ini mengambil keputusan untuk tidak membenarkan mana-mana petugas media cetak atau elektronik mengambil gambar dan visual konsertnya. (suka hati je ka?wehh orang bayar kau la!!bukan kau bayar orang )

Malah, dia juga mengugut untuk tidak memulakan konsert selagi petugas media ada berdekatan pentas dan berhasrat untuk merakamkan aksinya. Sikap Bieber yang dilihat kurang professional, besar kepala atau kekwat itu sememangnya menyusahkan pihak media yang bertugas. (lagi bagus kalau tak mula langsung . suruh penonton g semayang Isyak dulu ramai2)

Sementara itu, jika mahu diulas mengenai konsertnya, apa yang boleh dikatakan tidaklah sehebat mana pun. Mungkin, dia mampu menyanyi namun dia kelihatan agak kaku apabial beraksi di atas pentas. Hanya tahu nyanyi dan nyanyi dan nyanyi!. Tiada langsung komunikasi antara dua hala bersama peminat. (sokong)

Jika ada pun, berulang kali yang Bieber hanya tahu sebut, ada ramai gadis cantik hari ini. Setiap kali diulang, setiap kali itulah peminat wanita atau pun mungkin ada juga peminat lelakinya yang akan menjerit. (peminat lelaki???erkk~)

Penyanyi ini juga lebih banyak berinteraksi bersama peminat menerusi rakaman visual percakapannya yang dipasang di skrin besar. (rakam je?tak ada idea la tuu..haha)

Dari segi vokal usah dipertikaikan sangat kerana rasanya semua sudah sedia maklum bahawa suara lelaki berusia 17 tahun itu yang boleh dikategorikan sekadar bolehlah menyanyi. (agak agak suara dia dengan Mawi mana lagi sedap?haha)

Memulakan persembahan menerusi lagu Love Me, si cilik berusia 17 tahun, membuatkan peminatnya histeria. Belum lagi ketika dia membuat reaksi wajah comelnya di pentas yang dapat disaksikan menerusi skrin besar oleh peminatnya.

Itu lagilah membuatkan peminatnya kehabisan suara akibat menjerit. Meneruskan nyanyian dengan lagu Bigger dan You Smile, aksi tarian Bieber juga dilihat biasa-biasa sahaja. (kenapa tak panggil Usop Wilcha bekas penari kebudayaan je jadi penari latar?haha)

Tetapi bagi peminat fanatiknya, sememangnya apa sahaja yang dilakukannya terbaik bahkan sewaktu Bieber membuka jaketnya kerana kepanasan turut mengundang jeritan. (Faizal tahir buka baju , kena ban terus..haha)

Mendendangkan lebih 10 buah lagu antaranya One Less Lonely, Somebody To Love dan Never Say Never, apa yang boleh dikatakan sepanjang lebih sejam menyaksikan konsert si comel kegilaan ramai ini tidak dapat dirasai klimaksnya.

Jika ada pun mungkin sewaktu dia membuat kejutan dengan menjemput penyanyi Good Charlotte, Joel Maiden mendendangkan lagu Want Be Love. (baru tengok dalam Youtube tadi)

Menutup tirai konsert anjuran Tune Talk ini, Bieber tampil menyanyikan lagu popularnya Baby buat peminatnya. Jika dihitung konsert semalam, mungkin konsert Bieber hanya sekadar cukuplah sekali untuk disaksikan!.

 

Gambar gambar Justin Bibir dan Selena Gemas yang membuatkan dia “ngada ngada” boleh tengok di SINI

 

dari aku :

aduhh banyak songeh pulak budak bibir ni kan?baru budak budak dah demand lebih.Dah besar nanti lagi teruk hape? Dah tak nak orang tangkap gambar sangat, pergi la pakai purdah ke, duduk dalam kotak suruh orang angkat ke,.hekelehh. kecoh laa..Yang ko gatal nak bawak awek ko sekali tu watpe dah tak nak org tangkap gambar. Suruh je la awek ko masuk dalam baju ko lagi senang. Kate Midleton nak kahwin pun tak kepoh kepoh dengan wartawan and photographer macam nie. Watdehel??haha

 

dicopy 100% dari Murai.com

Video Dan Gambar Piala Kemenangan Real Madrid Jatuh Dan Dilanggar Tayar Bas

Video Trofi Copa Del Rey Terlindas Bus – Kegembiraan kubu Real Madrid yang memenangi final Copa Del Rey 2011 semalam berakhir dengan tragedi. Trofi yang paling berharga di Spanyol tersebut rosak teruk akibat kelalaian salah satu pemain Real Madrid, Sergio Ramos ketika meraikan  pesta kemenangan di atas bus yang membawa para pemain Real Madrid. Trofi tersebut terlepas ketika diangkat oleh Ramos dan jatuh tepat di depan bas yang kemudian melanggar trofi piala Raja Spanyol tersebut.

 

Sergio Ramos ingin mempertontonkan trofi tersebut kepada para penyokong Madrid yang sudah menantikan Trofi Copa Del Rey sejak tahun 1993, dimana Real Madrid kali terakhir  memenangi kejuraan kelas dua di Spanyol tersebut. Tetapi kerana kurang hati-hati, trofi seberat 15 kilogram tersebut terjatuh ketika diangkat diatas kepala dan secara tepat jatuh di depan kanan bus yang kemudian dilanggar tayar kanan depan bus yang membawa pemain Real Madrid ketia memasuki lapangan Cibeles Square di Madrid.

 

Sehingga  kini belum ada maklumat terkini dari pihak pengurusan club Los Galasticos. Tetapi tentu saja ini merupakan satu tampara bagi mereka dan tentu saja memberikan rasa malu yang luar biasa bagi club bertaraf bintang tersebut. Saat diwawancara oleh wartawan, Ramos mengatakan bahwa trofi Copa Del Rey memang terjatuh tetapi keadaannya baik-baik saja. Kita tunggu saja maklumat terkini dari pihak Real Madrid.

 

adan video semasa piala tersebut jatuh

 

malang betul. baru menang beberapa jam, dah hancur piala tuh.

Gambar Ketibaan Justin Bieber Dan Selena Gomez Di KLIA


Justin Bieber dan kekasihnya Selena Gomez tiba di KLIA pada sekitar pukul 2.30 petang tadi. - Foto MOHD SAHAR MISNI
PETALING JAYA: Penyanyi remaja sensasi, Justin Bieber,17, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2.30 petang Khamis bersama kekasihnya, penyanyi Selena Gomez.

Kehadiran mereka bersempena konsertJustin Bieber My World Tour di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, 8.30 malam ini.

"Ya, dia (Bieber) akan tiba dari Singapura pada esok (hari ini)," kata seorang pegawai Jabatan Imigresen di KLIA kepada portal berita berbahasa Inggeris terbitan The Star, Daily Chilli, Rabu.

Bieber yang dijadualkan tiba di ibu negara semalam bagaimanapun terpaksa menangguhkan penerbangannya ekoran masalah kesihatan selepas mengadakan konsert di Singapura, Selasa lalu.

"Justin tidak berapa sihat. Jadi, dia berehat di hotel untuk satu hari lagi," dedah satu sumber dari hotel penginapan rasmi penyanyi itu di Marina Bay Sands, Singapura.
Lebih menggemparkan, kunjungan Bieber ke Kuala Lumpur turut ditemani kekasihnya Selena Gomez yang sama-sama mengiringi siri konsert jelajah penyanyi itu di rantau Asia Pasifik.

"Ya, Selena menemani Justin tetapi tidak mahu gambar mereka bersama dirakamkan," akui satu sumber terdekat penganjur rasmi konsert itu, Tune Talk.
Fenomena Bieber terbukti luar biasa apabila tiket-tiket konsert yang berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 sudah habis dijual.

Pintu pagar Stadium Merdeka akan mula dibuka pada pukul 7 malam Khamis sebelum konsert sebenar berlangsung pada pukul 8.30 malam.

Ribuan peminat khususnya remaja dijangka menyaksikan sebuah konsert daripada artis yang mencetuskan fenomena seluruh dunia itu.

TAG : justin bieber and selena gomez klia, justin bieber klia photo, gambar justin bieber dan selena gomez, 

Blogger Popular Mana Kahwin Senyap Senyap 17April Lepas??

 

hari ni dah habis satu paper untuk final exam iaitu paper islamic Banking. yang aku tak minat. Pesal tah, asal nama ada islamic ja, syaitan kejadah tu mesti buat bagi kita kurang suka . Dugaan2.

 

Ini bukan nak cerita pasal exam tapi nak cerita pasal kahwin. Bukan aku kawin, aku lambat g. Maybe tahun depan. gatal la plak nak kawin. haha. nak bagi bini makan pasir?  

 

Balik dari study , check di dashboard ada update terbaru pasal blogger yang berkahwin. And ramai pulak yang tak tahu. grr!!Blogger Popular Kahwin Senyap Senyap!!

 

erkk pinjam gambar satu dari blog si pengantin baru. Kenal kan sapa?ape tak kenal?yela. pandangn tepi mana perasan sangat kan?nengok ini pulak

 

Ailyl Rozanna

haa siap dengan nama lagi. Tak kenal lagi memang kena sekeh la . Waa kawin senyap senyap plak si Ailyl nih. But its ok . As long as dia bahagia ke akhir hayat bersama suami tersayang. Tetiba rasa nak kawin jugak <terjun longkang>. sebab apa dia tak bagitahu pasal perkahwinan ni kena la baca sendiri di entry beliau yang pertama selepas bergelar “MADAM” .hehe

 

Upload yang pertama setelah bergelar PUAN. haha. Jangan gelak. Sebab semua orang pasti akan melalui saat seperti ini.

 

apa pun. Selamat Pengantin Baru untuk Ailyl Rozana dan jugak suami tercinta Aery Potter. Semoga bahagia sentiasa bersama anda sampai akhir hayat. Dan cepat cepat dapat baby yang comel comel . Nanti nak dapat baby jangan berahsia rahsia jugak.haha

mereka sangat sweet. (jeles 5 saat)

kenapa aku rasa muka Ailyl ni macam Tiz Zaqyah haa?nice…..

 

p/s:anda bila lagi?(tanya depan cermin )

Tips: Desktop Arrangement Yang Efektif Dan Tersusun


sebelum tuh mari kita penuhi syarat2 contest .
anOther stOry tO tell yOu
klik pada gambar untuk ke laman penganjur.

this is the latest desktop arrangement yang aku guna . Nice tak?hehe
desktop
ok dah habis tenung?masih tak faham motif aku susun macam tuh?okeh meh nak cita satu2..sila perhatikan nombor nombor yang dibuat dari 1-7

desktop description

  1. Frame gambar yang besar dan aku gunakan gambar aku sebab ni kan laptop aku. Takkan nak letak gambor jiran aku pulak kan?Bajet hensem je gambor kan?nak wat camna. Aku memang tak hensem. Itu je yang mampu aku ada.sob3x. pangg!!!
  2. Ok ini bukan jam tipu okeh. jam tu adalah gadget window 7 dan jam tu jalan. Ada teka teki. Cuba korang teka aku printscreen gambar ni pukul berapa?(ok fine , bodoh nye soalan kan?).
  3. Nampak tak pasu bunga atas meja study tuh?guess what?. Actually pasu bunga tu adalah desktop icon untuk game Plant vs Zombie . So sapa yang tak tahu game tuh, sila google sendiri. Malas aku nak cita
  4. Sapa tak tahu icon tu meh nak lempang duapuluh kali. Dah takmo cita pasal logo tuh. Teka sendiri (cluenya My Computer..erkk clue ka jawapan?)
  5. Nombor 5 adalah tong kitar semula . Kalau nak tahu dalam bahasa omfutih. guna je la google translate. haha. jangan dok nak malaih sangat la kan?Satlagi kena penampaq jangan dok tanya pasaipa. haha.Keluaq dah loghat kedah nuu!!a
  6. Ini papan  kenyataan. Aicehh rasa macam zaman sekolah ja ada papan kenyataan. Tu adalah gambar header blog aku. Tak caya cuba scroll sampai atas blog ni. Sama kan?kan3x?Kalau tak sama sila lempang saya jika anda jumpa saya.
  7. Number 7 adalah susunan rak semua menda alah yang menyemakkan desktop aku. Kasi susun ikut kategori. Ada 4 tingkat dan setiap tingkat ada kategori masing masing.

Aku susun macam ni sebab senang nak cari folder folder dan application di desktop. Desktop aku dah banyak sangat benda. kadang kadang aku boleh tenung 5minit sebab nak cari icon yang ada kat desktop. So inilah penyelesaiannya untuk mudahkan hidup dan hilangkan keserabutan kepala hotak. Sekian!!

NAK TAG 2 ORANG GENG KBU iaitu




kalau nak join jugak contest ni silalah klik  Contest : Gambar DesktOp Lappy ! yang dianjurkan oleh Blogger Arcma Baharin.

Gadis Islam Pertama Beraksi Bogel Untuk Playboy


BERLIN - Selama ini, seorang gadis berusia 25 tahun berketurunan Turki yang menetap di sini, Sila Sahin menjadi contoh teladan tentang kelakuan baik wanita Islam moden dalam masyarakat berbilang budaya di Jerman, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang merupakan seorang aktres yang membintangi drama telenovela Jerman, Bad Times disenangi ramai peminatnya dan membuatkan keluarganya berasa bangga.

Namun, langkah terbarunya mengejutkan para peminatnya dan turut menyebabkan mereka yang rapat dengannya naik berang.

Beraksi berahi untuk kulit majalah Playboy Jerman dengan satu payu daranya terdedah, Sila sengaja mahu menyampaikan mesej yang jelas kepada keluarganya yang mengamalkan cara hidup Islam. (rasa nak sidekick ja dia ni)

"Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas," kata Sila.(watdehel?)

"Gambar-gambar ini merupakan bukti kebebasan saya daripada semua halangan yang terpaksa diikuti semasa zaman kanak-kanak saya," tambahnya. (bodoh tul)

Keluarganya, bagaimanapun, tidak dapat menerima perbuatan Sila dengan ibunya bertindak memutuskan perhubungan dengan aktres berkenaan. (sokong)

"Ibu saya masih marah. Ia lebih sukar dengan datuk dan nenek saya, serta ibu dan bapa saudara saya," kata wanita jelita itu di laman web siri televisyen berkenaan.

Dia bagaimanapun, berjaya bercakap dengan ayahnya yang juga seorang pelakon.

Ayah Sila bimbang anak gadisnya akan dibenci bukan sahaja oleh masyarakat Turki di Jerman, tetapi oleh seluruh umat Islam akibat tindakannya.

Sila berkata, dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong dan tidak dibenarkan membuat pilihan, termasuk dalam menentukan calon suami serta keperawanan mereka, supaya bangkit untuk bersuara dan bertindak. (kepala   hotak berjambul betul)

Tindakan Sila menjadikannya sebagai wanita Turki pertama yang berbogel untuk Playboy. Dia bagaimanapun kesal dengan tindakan keluarganya yang menyisihkan dirinya kerana isu tersebut. (berbogel tak kesal plak ek?)

Dalam satu wawancara, Sila merayu keluarganya supaya memahami punca dia membuat keputusan untuk bergambar tanpa seurat benang itu.

Aktres berkenaan turut merayu keluarganya supaya memaafkan dirinya.
"Saya berharap mereka (keluarganya) dapat memaafkan saya," kata Sila.
"Tolonglah terima saya semula," tambahnya. - Agensi

semalam dah kecoh dengan cerita KD hamil Luar Nikah, hari ni minah ni pulak buat kecoh. Alasan dia memang tak boleh langsung nak diterima. Katanya nak kebebasan. orang macam ni sepatutnya ditembak dengan senapang gajah je.Suka hati nak buat hukum sendiri.  Memang patut keluarga dia putuskan hubungan .

Mungkin ni jugak salah satu strategi barat untuk menunjukkan yang agama Islam semakin teruk dan usaha menjatuhkan akhlak umat Islam memang senang sangat sangat nak dibuat. Entah berapa juta Playboy bayar perempuan ni.

Kris Dayanti Hamil Anak Luar Nikah

 

Perkahwinan Kris Dayanti dengan suami adalah pada 20Mac 2011 iaitu sebulan yang lalu. tapi hari ni, heboh kisah KD mengaku  hamil 17minggu atau 4bulan. Apa cerita?mana timbul lagi 3bulan berbaki sebelum menikah?Kiranya bunting pelamin la ni?dan bunting anak luar nikah.

 

Dipetik dari Lulupages

 

Krisdayanti (KD) sedang mengandung anak pertama dari pernikahan keduanya dengan Raul Lemos. Ketika diawal kehamilan, anehnya Raul yang mengidam.
"Yanti tidak mengidam apa-apa. Malah Raul yang mengidam," ungkap sahabat KD, Iis Dahlia.(macam rileks je kan?)


Menurut Iis, KD gembira dengan kehamilan anak pertamanya dari Raul. Apatah lagi, mantan isteri Anang Hermansyah itu memang menginginkan seorang anak dari Raul.


"Ya, dia gembira. Inikan khabar baik. Semua orang yang nikah pasti menginginkan anak. Apalagi mereka ingin memiliki seorang anak," tukasnya.   (baca betul2 ayat yang diBOLDkan. Suka ek dia?rileks je buat pengakuan)


Pada mulanya KD dikhabarkan sedang hamil dua bulan, sedangkan pernikahan belum genap sebulan sejak akad nikah di Masjid Sahid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya, Jakarta, 20 Mac 2011.


Namun muncul pengakuan KD di salah satu tabloid bahawa dirinya benar sedang hamil. Bukan 2 bulan, tapi 17 minggu iaitu 4 bulan.(MENGAKU SENDIRI TUH?tanpa segan silu )

 

dan ini pulak pengakuan KD berkaitan isu tersebut : sumber MakNgohSelamoh

 

Tegasnya, hal itu sudah pun terjadi dan dia serta suaminya terima ketentuan itu dengan hati yang terbuka


"Kehamilan ini sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pula cerita yang tidak betul. Kononnya, saya gugurkan anak," katanya.

maknanya memang betul la anak luar nikah?aduhh. Dia ni Islam kan?dah la public figure. Tunjuk pulak contoh tak betul . Aku rasa la kan, kalau di Malaysia mau dah kena macam macam dah lepas buat pengakuan berani mati cam tu. Dah la di Indonesia taraf KD ni dah Diva macam Datuk CT kat Malaysia. tak leh bayangkan kalau CT mengaku macam ni, apa orang akan fikir?(sebagai contoh. CT tak macam tu kan?)

 

p/s : macam maca hal. Orang zaman sekarang dah tak segan buat benda tak baik.Seronok ja dia buat.  Benda baik segan nak buat. Tak seronok katanya. .TAK FAHAM!!Suka hati la nak buat apa pon.

10 Tanda Anda Ketagih Laman Sosial

Hadiah Untuk Pemenang Giveaway Yuyu Zulaikha Sudah Siap!!

Pagi tadi dalam entry Cashout Nuffnang, Beli DSLR Pastu Stop Blogging!!! aku ada cakap yang aku tak ada masa untuk buat post di blog dan header kan?ok aku tak tepati kata2 aku. hehe.even bz pun masih nak beronline. Apa la nak jadi ngan aku ni. Apa pun tak boleh kata JAMBU.

still ingat yang aku pernah sponsor Giveaway dari Yuyu Zulaikha?kalau tak tahu boleh baca di entry Yuyu yang ini . Lagi Sponsor Untuk Ferrero Random GiveAway. Alhamdulillah setiap yang terjadi ada sebabnya

dan GA tersebut sudah ada pemenangnya seperti yang dah diumumkan di Senarai Pemenang Giveaway Yuyu Zulaikha Sudah Dium... dan design yang dibuat ni adalah hadiah yang dimenangi oleh salah seorang pemenang iaitu FARHANA BASRI .Hope u suka dengan design ni. Actually tak tahu nak buat macamma sebab spesifikasi tak diberi secara detail .Just serahkan 100% kepada aku untuk design dan nakkan header yang simple dan tak strike colournya. . So inilah hasilnya .

saiz : 900 x  350 pixel


PICTURE ORIGINAL LINK : 

sebarang komen untuk header di atas???hehe
lagi seorang pemenang masih tak memberi sebarang komen. Aku nak komen pun tak dapat kat blog dia. tak tahu pasal apa. harap kalau dia sedar nanti dia akan mesej aku

kalau ada sebarang pertanyaan boleh bertanya di bahagian komen k.

Cashout Nuffnang, Beli DSLR Pastu Stop Blogging!!!

Alhamdulillah akhirnya ada masa jugak untuk aku update blog aku lepas beberapa hari ditinggalkan bersendirian. Minggu ni agak sibuk. Bukan agak, memang gila babeng punya sebok dengan presentation ETR . Then final exam tinggal berapa hari ja lagi.

 

So aktiviti menghupdate blog terpaksa dikurangkan. Kurang je bukan tinggal terus. Dan aktiviti mendesign header pun terpaksa dihadkan sebab better aku study (aicehh study konon.blah lalu).Beberapa hari yang lepas plak, template aku ada masalah sikit , malas aku nak caro coding yang error tu, so tukar terus pakai standard template yang ada di template designer dashboard tuh. tak yah nak pening pening kepala dah. dan alhamdulillah walaupun tak update , trafik tetap maintain. Thanx kepada anda , anda dan anda yang sudi melepak sini walaupun tak baca. dan alhamdulillah duit nuff cepat plak bertambah. Adakah kerana INI? InsyaAllah aku tak mau cashout lagi. Tunggu bagi cukup boleh dapat DSLR sejibik., aku cashout.AMIN!!!at least nampak la kan hasilnya. Ni kalau aku c.out sekarang, mesti membesarkan perut ja. Memang la nampak hasil tapi lepas tu hilang la hasil tu sebab aku kan “slim”. haha

 

Dan untuk sesiapa yang masih belum dapat header yang sudah ditempah. Aku mintak maaf sangat sebab memang tak sempat nak mengadap photoshop nak membelek satu satu design . Plus nak memerah otak sikit. Sebab kengkadang ada yang request mintak pelik2 . So kena cari masa yang panjang untuk dapat idea. Dan untuk dua orang pemenang Giveaway Yuyu Zulaikha iaitu  LIYANA KARIM DAN FARHANA BASRI, header anda akan diberi keutamaan dan akan disipakan dalam masa terdekat insyaAllah. Farhana dah bagi detail tapi si Liyana ni senyap je. Aku komen kat blog pun dia tak reply. Tak nak redeem hadiah ke?tak nak , nak kasi sama orang lain. hehe.

 

Dan bila bukak ja email, mesti ada lagi yang request nak header free. Sorry ek, dah bagitahu dah haritu yang aku dah tutup dah tempahan header free tuh atas sebab sebab tertentu plus tak sempay nak buatkan . So mintak maaf ek. Yang dah request sebelum2 tuh, header anda akan disiapkan.

 

Boleh check latest design aku di HR DESIGN

 

okeh jumpa lagi nanti.!!stay tiun hiyer !!

p/s : menda tajuk macam tu. Aku dah tak dak idea dah nak letak tajuk apa kat entry nih. wateva laa.

usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update