usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Selepas Blogspot Down, Akaun Nuffnang Pula Jadi KOSONG Tiba Tiba

 

Dah seminggu aku tak online.tak tahu apa yang dah jadi dengan dunia blogging. Ada apa2 yang aku tak tahu ke yang gempak gempak? Tengah online elok elok. tetiba ja nuffnang jadi kosong. OMG..TIDAK!!!macammana na buat ni?adehhh..dah la blogspot down sampai semua blogger aku tengok dah jadi meroyan and macam orang gila talak pn ada dua tiga pat hari lepas..Ni datang pulak lagi satu masalah besor. Ada sesiapa yang pernah alami masalah yang sama macam nie tak?errr apa nak buat ni haa??Anda semua kena jaga jaga jugak jangan sampai jadi macam ni. jangan gelabah bila jadi kosong. Sebab ada reasonnya akaun anda jadi KOSONG!!

image

Menggelupur ja kan?haha. yela dah ko cashout memang la jadi kosong balik. Sewel betul. Akhirnya setelah beberapa puluh kali berfikir sama ada nak simpan or cashout, akhirnya aku cashout jugak.Berapa aku cashout?ada la sikit. lepas la nak rembat hp murah murah sebijik. haha.  Camni citanya,

 

Mula mula rasa sayang nak cashout. Rasa nak simpan sampai agak agak lepas aku nak rembat DSLR sebijik.Maybe 2tahun lagi berblogging baru cukup kot.  Tapi tengok pada keadaan akaun nuffnang yang cam haremm sikkit pun tak bertambah , so agak bebal disitu. Lepas ja semua BE aku jadik ME, langsung hagham tak ada pertambahan duit tuh.Memang agak panas jugak la bila aku tengok trafik aku hari hari ada la seribu dua,(time aku aktif,sekarang dah kurang dah) tapi duit langsung tak ada. bukan bermaksud nak jadi mata duitan, tapi nak jugak nengok hasilnya bila orang lain pun dapat hasil ribu riban . Sekurang kurangnya , dapat puaskan hati dan rasa bersemangat untuk terus berblogging. Ini kalau trafik ribu ribu jugak, tapi seminggu masuk 25sen. Ape kejadahnya? ermm pikir pikir sendirik la kan?Sebab blog yang tak pernah active lama pun aku nengok duit bertambah tambah je. Yela aku ni blogger lama2 yang dah lapuk dek panas, lekang dek hujan. Betul entah peribahasa nie?cam pelik je. Yang lama ni dah tak “bergetah” dah so jadi bahan buangan la agaknye. Apepun maksudnya cuma nak bagitahu yang terasa  SADIS dan SEDIH! tetiba emo nak kena lempang.

 

Entah la kenapa sekarang aku sedar nuffnang macam dah agak “kedekut” . dulu tak la nampak sangat. Aku tengok iklan di nuffnang makin banyak. And advertisement yang masuk di nuffnang pun semuanya dari syarikat syarikat besar. Mungkin nuffnang banyak laburkan duit untuk churp churp kot?kan tengah “race” sekarang. Ntah la. tak kisah la macammanapun. yang penting nanti cheque aku sampai. Dapat la merasa sikit duit .Tengah sengkek dah ni . keja pun belum dapat. Mak dah bising sebab asyik lepak kat rumah ja habehkan  borehh.

 

Akaun nuffnang pulak. Kalau tak ada perubahan dan still macam itu jugak. Decision nak bertukar ke syarikat lain mungkin akan jadi kenyataan. So Goodbye Nuffnang. hihi.

 

p/s : ada sesiapa yang baik hati nak bagitahu sikit sikit pasal advertlet?nak pakai innity belum cukup syarat lagi.

usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update