usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Tips Blogging Lengkap Untuk Blogger Baru: Edisi Widget Penting

 

tips

Dah beberapa kian lama abadnya aku tak buat entry yang agak memberi pekdah dan manfaat kepada sekelian rakyat jelata Blogger sekelian alam. Asyik merapu merapan dan makan trafik dari entry SEO yang kebanyakannya dikopipes dari blog dan website lain. Ofkos la kopipes sebab entry SEO memang kebanyakan orang kopipes ja dari sumber utama. Cuma mungkin reedit sikit sikit tapi ada jugak sesetengah yang tak malu mengaku dia punya. watdehellizit?

 

Hari ni, aku dengan rasa baik (baik ke?) nak berkongsi beberapa tips or perkara yang seorang orang or manusia yang baru nak berjinak jinak dan bermanja manja dengan kehidupan blogging  ni perlu buat masa nak start berblogging or buat blog.

 

TIPS 1 : WIDGET PENTING SAHAJA

Normally seorang blogger baru yang sedang mendesign untuk mencantikkan dan kadang kadang memburukkan dan melingkup  blog masing masing akan letak widget widget sebanyak mungkin dalam blog masing masing. Kadang kadang tu widget yang tak pernah aku tengok pun ada disumbat masuk. Siap ada bela macam macam jenis binatang lagi dalam tu. Ikan, tikus, kucing, rimau, landak laut, lintah, dan kalau boleh lipas kudung pun nak bela dalam belog. Lipas kudung kategori natang gak ann???wateva la. Semua tu hanya memberatkan bog anda dan buatkan orang rasa menyampah nak menunggu loading lama lama tambah pulak kalau pakai berukben memang rasa nak baling laptop keluar tingkap je.

 

Pasangkan widget widget yang penting penting pun dah cukup . Orang masuk blog kita bukan nak tengok widget widget tu or nak main main  dengan natang peliharaan dalam tu. Lagi bess main tamaguchi tak pun main bunuh bunuh burung kat Angry Bird lagi besss. Antaraa widget widget yang penting Yang perlu ada adalah :

  1. Follower : penting sebab kalau tak ada camana orang nak follow.
  2. Archive : kalau dibahasamelayukan jadi la arkib or gallery means semua segala mak nenek entry yang dibuat . Maybe orang akan tertarik dengan entry entry sebelum sebelum ni yang mungkin lagi bess dari entry hari ni.,
  3. Advertorial : mostly blogger baru akan guna nuffnang. Nuffnang ni kira macam pencetus la untuk berjinak jinak untuk dapatkan pulus melalui blogging. After dah popular, nuffnang akan dilupakan seperti yang dibuat oleh segelintir blogger “hebat” yang mula mengutuk nuffnang  lepas trafik dah mula tinggi
  4. Shoutbox. Cara nak pasang shoutbox ni melambak lambak blogger lain dah buat. Pergi google je jangan nak jadi pemalas sangat . Shoutbox ni penting jugak sebab kita tau orang ada datang blog kita. Tak tahu la pulak kalau ada yang dah pasang sebulan tapi langsung tak ada orang post kat situ. Sumpah kesian. Tapi mustahil lah..

 

itu 4 yang aku rasa paling penting. Yang lain lain pun penting tapi tengok pada keadaan la. Kalau berat sangat tak payah la letak. Simple is better. Mudahkan pembaca anda.

 

Tips Blogging Lengkap Untuk Blogger Baru akan bersambung dalam edisi berikutnya iaitu Edisi Menulis Entry..so stay tuned here…jangan lupa bookmark page ini. Cuma tekan Ctrl + D dan tekan DONE..siap!!tq sebab sudi baca. Kalau suka boleh la like entry ini..

BN perlu buang pemikiran feudal jika nak kekal kuasa, kata Dr Asri

 

Aku tertarik dengan satu artikel menarik dari malaysianinsider yang aku baca pagi ni. Biasa la pagi pagi bila bangun aku akan online dulu sebelum sempat gosok gigi. Pengotor tak..haha..Aku tertarik dengan pendaat yang dikeluarkan oleh Dr Asri yang aku rasa sangat rasional dan semua pihak sepatutnya ambil perhatian dengan apa yang dikatakan.

KUALA LUMPUR, 15 Julai — Susulan perhimpunan 9 Julai, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Barisan Nasional (BN) perlu membuang pemikiran feudal jika mahu terus mendapat sokongan rakyat terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Jelas bekas mufti Perlis, dalam kepimpinan BN terlaku ramai “golongan pengampu” berbanding golongan yang boleh membantu parti perikatan untuk terus dilihat relevan dalam arena politik sekarang.

“Dalam pemerintah sekarang semua orang nak tunjuk kononnya dia setia (kepada pemerintah) walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah bodoh, tapi dia rasa tidak mengapa yang penting perdana menteri tahu.

“Dalam Umno bila ada pemimpin bagi kritikan, dia ini dianggap musuh walaupun idea yang diberikan adalah baik, namun ia dianggap bahaya kerana unsur feudal tidak ditinggalkan,” katanya dalam satu program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di ibu negara malam tadi.

Program dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan dihadiri intelektual, lebih banyak menyentuh perhimpunan 9 Julai lalu anjuran Bersih 2.0 dan diprotes Pemuda Umno.

Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, yang mengetuai perhimpinan Patriot membantah Bersih 2.0 Sabtu lalu.

Tegas Asri (gambar), BN yang diketuai Datuk Seri Najib Razak harus memilih pemimpin yang boleh membantu pentadbiran kerajaan seterusnya boleh menarik sokongan rakyat.

“Kalau kerajaan pandai tangani ini, ia akan beri kelebihan tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya... pemikiran feudal ini perlu dibuang.

“Kalau perlu cari pemimpin yang boleh bantu kerajaan bukan kaki pengampu, ramai rakyat sekarang tidak tahu mahu mengundi siapa sebab mereka masih melihat keadaan dan kumpulan ‘third force’ ini jumlahnya lebih besar.

“Ramai yang nak masuk politik supaya dapat bodek pemimpin dan dapat hasil, namun kesannya nanti ia akan meroboh institusi yang ada, sebagai contoh khutbah Jumaat... institusi agama digunakan apa dalil agama yang mengharamkan perhimpunan, dalil agama digunakan untuk memburukkan orang lain.,” katanya.

Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 anjuran Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Dalam pandangan yang dikemukakan di hadapan kira-kira 30 orang, Asri juga menyamakan BN seperti “seorang bapa yang menakutkan anak agar tidak ke tempat gelap kerana ada hantu.”

Kata beliau, strategi sedemikian sudah tidak berguna kerana rakyat sudah matang dan informasi boleh diperoleh melalui pelbagai cara.

“Saya menggambarkan kerajaan sebagai seorang bapa kepada seorang anak yang menakutkan anaknya agar jangan pergi ke tempat gelap kerana ada hantu, pada waktu kecil anak akan terima tapi bila anak sudah besar dan belajar di universiti ia sudah tidak berguna.

“Kerajaan dan pemimpin sudah terlupa bahawa sekarang bukan lagi zaman 70-an kerana kerajaan sudah tidak lagi boleh menghalang maklumat... dulu memang orang baca Utusan Malaysia tapi sekarang orang sudah tidak baca dan tidak percaya,” katanya.

Asri juga secara peribadi mengatakan beliau berasa dukacita dengan langkah Putrajaya menangani perhimpunan itu yang menyaksikan seorang lelaki terbunuh didakwa terkena gas pemedih mata yang dilepaskan pihak keselamatan.

“Itu hak mereka untuk tidak berkumpul, saya bukan menyokong mana-mana pihak tapi ia menyebabkan kita tidak boleh untuk melangkah ke hadapan.

“Saya percaya kalau perdana menteri benarkan, polis benarkan, malah turut membantu melancarkannya saya rasa kerajaan akan dapat kredit... dan saya sangat dukacita cara kerajaan menangani perkara ini,” katanya.

Sementara itu penganalisis politik Anis Yusal Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, lapan tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 boleh dibincangkan dengan SPR.

Lapan tuntutan yang perlu dilaksanakan itu adalah membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

“Saya tidak nampak tuntutan ini terlampau, ia boleh dibincangkan dan SPR perlu memberikan sebab-sebab yang munasabah mengapa ia tidak boleh dilakukan.

“Saya tidak faham mengapa perkara yang jelas sebegini boleh dianggap tidak munasabah, kalau benda asas seperti ini tidak boleh dibincangkan, bagaimana?” katanya.

Bekas pesuruhjaya Suhakam Datuk Dr Denison Jayasooria pula berkata Putrajaya perlu lebih matang dalam menangasi isu-isu yang sensitif.

“Selepas ini, banyak perkara yang perlu dilakukan (kerajaan), segala masalah yang berlaku perlu diselesaikan. Kerajaan juga perlu menggunakan pendekatan komunikasi yang lebih bagus dan lebih terbuka,” katanya.

 

ini la baru betul orang berilmu bila berkata kata . Zaman sekarang ni ramai yang tak berilmu tapi buat buat pandai macam berilmu. Kesannya, keluarkan statement yang membodohkan diri sendiri.

Koleksi Review Filem Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2 Oleh Blogger

Video Gol Malaysia vs Arsenal 4-0

 

Sebelum ni aku dah update berkaitan jumlah gol yang disumbat oleh Arsenal ketika bertemu dengan pasukan Malaysia malam tadi dalam entry Keputusan Penuh Malaysia Lawan Arsenal. Dan ini adalah video full highlight setiap gol yang dijaringkan oleh pemain Arsenal

 

Gol Pertama ok boleh diterima sebab penalti

Gol ke –2 dan ke-3 nampak sangat macam pasukan Malaysia ,or maybe boleh cakap keeper Malaysia macam  diperbodohkan dengan bola macam tu. Nampak game Arsenal sangat simple dan rileks. Hopefully satu hari nanti, Malaysia akan menjadi lebih baik and setiap game akan jadi lebih menarik so that penonton tak la rasa rugi bayar duit tiket.

Keputusan Penuh Malaysia Lawan Arsenal

KEPUTUSAN MALAYSIA VS ARSENAL|ASIA TOUR 2011

Malaysia (0) - (4) Arsenal

Keputusan Penuh Perlawanan

Gol Arsenal dijaringkan oleh Aaron Ramsey "6,The Walcott 37",Carlos Vela 58",Thomas Rosocky 90"

 

Arsenal memperolehi gol awal menerusi sepakan penalti Aaron Ramsey pada minit ke 6,seterusnya dikuti jaringan The Walcott.Pada separuh masa kedua,Arsenal menambah lagi 2 gol hasil jaringanCarlos Vela dan Thomas Rosicky

 

SUMBER: http://www.enciknakal.com/2011/07/keputusan-malaysia-vs-arsenal-2011.html#ixzz1S3eMLRif

Statistik Blog HafizRahman Untuk 6 Bulan Pertama 2011

ini kira macam buat penilaian pertengahan tahun la lebih kurang. Kalau kat sekolah pun, cukup tengah tahun, siap sedia la untuk nak jawap benda paling orang tak suka iaitu exam. Rasa macam perlu ada jugak report report macam ni . Sebab bisnes yang brjaya pun mesti akan ada laporan terperinci untuk setiap apa yang jadi. So blog pun kena ada perancangan yang baik.

 

Untuk tahun 2011 ni, aku rasa statistic blog aku ada peningkatan sikit sebab aku banyak main entry SEO sekarang ni. Yelaa aku mana ada idea sebagus blogger blogger yang pandai karang ayat beribu kilometer panjang sampai kadang kadang sampai pening kepala nak baca banyak sangat. Mana la depa dapat idea naip bebanyak cam tu. Otak hape tah.?

 

So disebabkan aku ni agak bodo sikit bab nak melayan buat karangan SPM panjang panjang sampai mengarut tak ketahuanhala, baik aku main entry SEO ye idok? jom belek belek sikit tengok apa yang patut berkaitan statistic blog cikai aku ni sepanjang 6bulan pertama 2011 berakhir 30jun2011. Aceehh cam nak tutup akaun ujung taun ja .

 

 

image

keyword Anwar Ibrahim dengan skandal video seks memang paling tiptop. Sapa yang buat entry macam ni memang dapat trafik free je sepanjang beberapa bulan ni. Entry tu aku buat dalam bulan 3 dan sampai sekarang still ada yang view setiap hari . Ada dalam entry Download Video Seks Datuk Seri Anwar Ibrahim

dan entry lain yang masih orang search sampai sekarang adalah.:

Myvi Extreme 1.5L Keluaran Terbaru Perodua

Gambar gempa Bumi dan Tsunami Jepun

IKLAN BIASISWA SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA

Lagi Gambar Perempuan Bertudung Tapi Bogel

Kris Dayanti Hamil Anak Luar Nikah

Tutorial Lengkap Cara Lajukan Browser Facebook And...

Mengenali Ahli Kumpulan Gula Gula :1st Kpop Malays...

6 Sebab dR Rozmey Kutip 230 Ribu Sahaja Dalam Semi..

Silikon Payudara Fazura Pecah

 

semua entry ni dibuat semasa isu tersebut masih panas. Dan hasil dari semua entry SEO ni,trafik bertambah tambah dan BE masuk dengan kadar yang sangat memuaskandan forsure earning meningkat ..as result,  cheque yang aku dah cashout bulan 5 dah sampai pada bulan 7 dan berjaya rembat sebijik hp baru .Ok la kan?ada jugak hasilnya..

 

untuk pageview pulak, bulan April catatkan trafik tertinggi iaitu 39855pageview . Sikit je kan?huhu..Bila la nak bertambah jadi 100k ke..agaknya lagi seribu tahun kalau tak sembvahyang apa gunanya lagi kot.

 

image

menaik and then menurun balik .Cam harem. Sebab aku tinggalkan blog bersawang selama sebulan coz broadband tak da masa bulan 5 dan 6..

 

dan ini pulak pageview untuk semalm (9julai)  lepas aku buat entry berkaitan BERSIH 2.0. ok la jugak sebab dapat trafik free2 cam tu je.

image

dan semestinya bila buat entry SEO ni, trafik tertinggi mesti la dari Google kan?Dan thanks a lot untuk YUYU ZULAIKHA sebab beliau merupakan penyumbang trafik tertinggi untuk bulan 6. Tq Yuyu…… sayang awak.!huiiii!!panaihh..gosip2..kah3x

Semak Kemasukan PLKN Secara Sms Dan Online

Update Terkini BERSIH 2.0 #6 : Baharudin Sesak Nafas Atau Dipukul?

"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham.

itu antara petikan dari artikel yang dikeluarkan oleh Harakahdaily. Tapi di Buletin Utama pukul 8.00 malam tadi menyatakan Baharudin mati akibat sesak nafas. baca dulu salinan asal artikel yang diambil dari Harakahdaily

 

KUALA LUMPUR, 10 Julai: "Tok Guru, doakan agar ayah saya mati syahid," kata Nazrul Baharudin, 23 tahun kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.

Nazrul berkata demikian ketika memberikan kata-kata aluan menyambut kedatangan Tuan Guru Nik Aziz ke rumah beliau di Kelumpok Camar, Keramat.

Nazrul adalah anak kedua Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam.

(Nik Aziz berdoa untuk roh Allahyarham Baharudin dan keluarganya)

Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC. Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi tadi selepas menjalani postmortem.

"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham.

Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.

Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.

Menurut Azhar (gambar kanan), pakciknya itu bekas askar dan kini menjadi polis simpanan.

"Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis...yang ada darah tinggi sahaja sedikit...pendek kata dia sihatlah," kata Azhar.

Isterinya, Puan Rosni Melan pula memberitahu, suaminya keluar dari rumah selepas solat Zohor kelmarin dan menuju ke KLCC sedangkan beliau keluar lebih awal bersama rakan-rakan muslimat menujuk Stadium Merdeka.

"Macam mana kita mati, sakit jantung ke, kena pukul ke, semuanya akan didedahkan semula di akhirat kelak...ketika itu tidak siapa boleh berdalih," kata Nik Aziz menyambut kata-kata Nazrul kepada beliau itu.

Turut bersama Nik Aziz adalah pimpinan PAS Gombak termasuk Yang Dipertuanya, Ustaz Salahudin Nasir.

Nik Aziz yang baru pulang dari Mekah kerana menunaikan umrah terus datang ke rumah Allahyarham Baharudin dari KLIA untuk mengucapkan takziah kepada keluarganya.

Turut berada di rumah adalah isteri Allahyarham, Puan Rosni dan dua lagi anaknya selain Nazrul.

"Kita hidup ini adalah satu latihan untuk hidup di akhirat dengan baik," kata Nik Aziz dalam ucapan ringkasnya.

Selain mengucapkan takziah, Nik Aziz juga menghulurkan sumbangan pribadi kepada keluarga Allahyarham yang disampaikan kepada Nazrul.

"Saya dengar hal ni masa di Mekah lagi dan memang berhajat untuk datang ke sini," kata Nik Aziz terharu denga sambutan terhadap beliau dari keluarga Allahyarham terutama ucapan ringkas Nazrul.

Nazrul sebelum itu berkata, Allahyarham bapanya sangat meminati Nik Aziz dan selalu bercakap tentang kehebatannya.

(Nazrul dan adiknya ketika bercakap menyambut kedatangan Nik Aziz)

"Kami sekeluarga sangat berbesar hati atas kunjungan tuan guru hari ini dan mengucapkan berbanyak terima kasih," kata Nazrul.

Walaupun kunjungan Nik Aziz dan isterinya amat singkat namun ianya memberikan kesan yang sangat besar kepada keluarga Nazrul dan juga perjuangan untuk mendapatkan pilihanraya yang adil dan bersih di negara ini.

"Sejak saya berjuang di dalam PAS sejak tahun 70an lagi, saya tidak pernah rasa pilihan raya di negara kita ini berjalan dengan bersih dan adil," kata Nik Aziz kepada wartawan yang menemui beliau sebelum meninggalkan flat Blok A, Kelumpok Camar, Keramat itu.

 

Tak tahu mana yang betul dan salah.Satu kata macam itu, satu kata macam ini.  Kita doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah.

Update Terkini BERSIH 2.0 #5 : A Samad Said: Bersih sangat berjaya, kerah 50,000 meskipun BN halang

Ketua Bersih 2.0 Ambiga memeluk seorang peguam di IPK Kuala Lumpur petang ini. – Foto TMI

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Pemimpin Bersih 2.0, dengan diwakili Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said hari ini berkata, perhimpunan mereka “satu kejayaan besar” dengan 50,000 dianggarkan hadir memberi sokongan meskipun tidak dapat menyerahkan memorandum tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Saya tidak pernah melihat rakyat semua kaum bersatu kerana satu matlamat sebelum ini,” kata beliau pada sidang media petang ini.

“Pihak berkuasa nampaknya kasar sangat dan tidak profesional. Saya nampak wanita ditolak sampai jatuh,” kata beliau lagi.

Kata beliau, penyokong perhimpunan Bersih 2.0 adalah pelbagai kaum kali ini berbanding kempen pertama mereka empat tahun lalu.

Seniman berusia 76 tahun ini menyertai perhimpunan ini, yang menuntut pembaharuan pilihan raya bersih dan adil, dengan mengenakan kemeja-T berwarna kuning yang menjadi lambang Bersih 2.0.

Bercakap kepada pemberita di Hotel Midah di sini kira-kira 5 petang tadi, Samad berkata, Bersih 2.0 akan cuba menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong kemudian hari.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan bila.

Katanya, Bersih 2.0 tidak akan mengadakan satu lagi perhimpunan untuk menyerahkan memorandum.

Kepimpinan Bersih 2.0 mengecam polis dengan mendakwa pihak polis bertindak kasar ke atas pertubuhan madani, malah menahan ketuanya Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli jawatankuasa pemandunya Maria Chin Abdullah.

Ambiga merupakan salah seorang daripada lebih 1,000 ditahan hari ini.

Seorang lagi ahli jawatankuasa pemandu Richard Yeoh meminta penyokong-penyokong Bersih 2.0 agar mengenakan pakaian kuning setiap Sabtu bagi menandakan pendirian mereka.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah memutuskan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Yeoh berkata perjuangan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya belum berakhir lagi.

“Perjuangan bagi pilihan raya yang adil dan bersih akan berterusan. Bersih 2.0 bangga kerana meskipun berhadapan dengan segala (bentuk) halangan dan sekatan, kami, rakyat semua lapisan masyarakat, dipaksa berhadapan dengan tindakan menindas polis, untuk datang secara aman dan dalam jumlah yang di luar dugaan untuk menunjukkan semangat cinta kepada negara dan prinsip demi keadilan,” kata  Dr Subramaniam Pillay, seorang lagi ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0.

 

sumber

Update Terkini BERSIH 2.0 #4 : Nik Aziz: Polis Tindas, Rakyat Akan Tambah Benci Umno

 

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan keras pihak berkuasa ke atas penyokong gerakan Bersih 2.0, termasuk menahan pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat, hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno.

“Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan dari Mekah petang ini.

Beliau berkata sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno.

“Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?” kata beliau.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyoal “bukankah Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan?”

“Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300,000 orang dibalas dengan gari dan semburan gas?

“Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk ‘melalak sampai pagi’?” kata beliau lagi.

Justeru kata Nik Aziz, beliau yakin apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno.

“Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja.

“Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah s.w.t.,” katanya.

Nik Aziz menambah, “kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah s.w.t. nanti.

“Umno barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa,” kata Nik Aziz lagi.

Dalam kenyataannya, Nik Aziz juga berkata hatinya cukup remuk apabila mendengar pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih 2.0.

“Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini.

“Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang,” katanya.

Empat pemimpin tertinggi PAS ditahan sejak tengah hari tadi.

Mereka ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu dan dua naib presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

 

 

sumber

Update Terkini BERSIH 2.0 #3 : Seorang Mangsa Gas Pemedih Mata Meninggal

 

dipetik dari HarakahDaily

 

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.
Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.
Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.
Jenazah beliau kini dibawa ke rumah beliau kemudiannya di Kelompok Camar, Jalan Ampang Ulu Kelang.
Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di  bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor.

Isteri belaiu, Puan Rosni Melan ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.

"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami beliau tidak loarat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.

Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana.

usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update