Gambar Dan Spesifikasi Myvi Extreme 1.5L
2) Perodua Myvi Elegance SXE (M) Metalik – RM54,400.00
3) Perodua Myvi Elegance EZE (A) Solid – RM56,900.00
4) Perodua Myvi Elegance EZE (A) Metalik – RM57,400.00
**harga Myvi Extreme for sure akan lebih tinggi berbanding harga diatas. Jadi boleh start menabung dari sekarang
Jadual Peperiksaan UPSR 2011
Tinggal lagi 6 hari untuk adik adik yang sedang berada di darjah 6 untuk menduduki peperiksaan paling penting di sekolah rendah. UPSR adalahs alah satu peperiksaan terpenting sebab ia menentukan hala tuju untuk ke sekolah menengah . Pendidikan menengah yang terbaik sangat penting untuk menenentukan kejayaa masa depan. So ada baki lebih kurang 6 hari lagi untuk ulangkaji 5 matapelajaran utama. Semoga berjaya untuk adik adik .
JADUAL PEPERIKSAAN UPSR 2011 (sumber Denaihati)
SELASA 13 September 2011
- 08:15 pagi — 09:05 pagi – Bahasa Melayu Pemahaman
- 09:45 pagi — 11:00 pagi – Bahasa Melayu Penulisan
- 11:45 pagi — 12:25 tengah hari – Mathematics Kertas 2
RABU 14 September 2011
- 08:15 pagi — 09:15 pagi – Mathematics Kertas 1
- 09:55 pagi — 10:45 pagi – Bahasa Cina Pemahaman
- 11:45 pagi — 01:00 petang = Bahasa Cina Penulisan
KHAMIS 15 September 2011
- 08:15 pagi — 09:30 pagi – Science
- 10:15 pagi — 11:05 pagi – Bahasa Inggeris Kertas 1
- 11:45 pagi — 01:00 petang – Bahasa Inggeris Kertas 2
- 02:30 petang— 04:00 petang – Ujian Aptitud Tahun Enam
-
apa itu Ujian Aptitud?Rujuk di blog DENAIHATI
Permohonan Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012
Permohonan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012 akan dibuka bermula 5 September 2011 sehingga 19 Disember 2011. Permohonan boleh dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.
TIPS UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN
- Semak senarai kursus yang ditawarkan
- Semak senarai sekolah
- Semak syarat permohonan dan info berkaitan
- Muat turun Borang Permohonan
SILA KLIK PADA PAUTAN DI BAWAH
PERMOHONAN / KEMASKINI PERMOHONAN
MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN BOLEH DIRUJUK KEPADA
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 5 & 6, Blok E14 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
03-88845154
AMBIL PERHATIAN : Muat Turun Borang Daftar Pemilih Secara Online Suruhanjaya Pilihan Raya
Muat Turun Borang Daftar Pemilih Secara Online Suruhanjaya Pilihan Raya
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai hari ini menyediakan kemudahan pendaftaran sebagai pemilih secara online dengan memuat turun Borang A menerusi laman web www.spr.gov.my.
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, kemudahan memuat turun Borang A secara online itu bertujuan menggalakkan lebih ramai warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas mendaftar sebagai pemilih.
“Kemudahan ini disediakan kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) dan orang ramai, kemudahan ini juga membolehkan semua PPP yang dilantik SPR memuat turun borang A mengikut keperluan mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Sebelum ini, PPP perlu mengambil borang A yang dikeluarkan oleh pejabat-pejabat Pengarah Pilihan Raya Negeri sahaja, kata Kamaruddin.
Menurutnya, warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh memuat turun borang tersebut, bagaimanapun, pemohon dihendaki membuat salinan Borang A untuk simpanan mereka sebelum menghantar borang tersebut ke kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR.
Tatacara pengisian dan prosedur penghantaran Borang A dinyatakan dalam laman web SPR.
KLIK UNTUK MUAT TURUN BORANG A (PENDAFTARAN PEMILIH)
Maklumat lanjut mengenai pendafataran secara muat turun Borang A itu boleh diperolehi dengan menghubungi Ibu Pejabat SPR Putrajaya di talian 03-88856500. – Bernama
KLIK PADA PAUTAN DIBAWAH UNTUK MAKLUMAT TAMBAHAN
- maklumat daftar pemilih boleh disemak di SINI
- untuk semakan secara SMS Taip SPR SEMAK (NO IC) dan hantarkan ke 15888
Biodata Lengkap Julie Estelle
Bulan ni ramai la pulak yang masuk blog HR menggunakan keyword Nikita Willy. Mungkin penangan entry Biodata Lengkap Nikita Willy yang dah beberapa bulan ada di first page dalam google search engine. Dan sekarang, kalau bukan anda dan anda yang minat , mungkin ibu atau mak cik atau jiran sebelah rumah yang layan cerita Amanah Dalam Cinta dimana pelakon utamanya adalah pelakon supercantik Julie Estelle. Kalau ada pelakon cantik cantik. Ramai pulak yang search carik gambar dan maklumat pelakon tu ek?
Biodata beliau yang diambil dari wikipedia : (dalam bahasa Indonesia)
Julie Estelle Gasnier atau yang lebih dikenal Julie Estelle yang mempunyai darah keturunan Perancis, Menado, Tionghoa adalah putri pasangan Thiery Gasnier dan Hilda Limbara, bungsu dari tiga bersaudara, merupakan adik kandung dari Cathy Sharon yang berprofesi sebagai foto model, bintang iklan, dan aktris Indonesia.,
Mulai dikenal sejak bermain dalam film Alexandria (2005) yang juga merupakan film pertamanya. Lewat film ini, Julie meraih nominasi Most Favorite Rising Star MTV. Sebelumnya Julie lebih aktif sebagai foto model. Film lain yang pernah dibintangi adik kandung Cathy Sharon ini adalah Dealova,Kuntilanak dan Selamanya. Selain menjadi foto model, ia juga pernah membintangi video klip Matta Band. Julie juga pernah menjadi pengisi suara sebagai karakter April O'Neil bersama Nicholas Saputra dalam versi Indonesia film animasi Teenage Mutant Ninja Turtles yang berhasil meraih box office di tahun 2007 lalu.
Julie saat ini adalah juru bicara dan member aktif di masyarakat pengguna mobile blogging platform, Wapaku.com
Filem
- Alexandria (2005)
- Dealova (2005)
- Kuntilanak (2006)
- Kuntilanak 2 (2007)
- Selamanya (2007)
- Kuntilanak 3 (2008)
- Rumah Dara (2010)
- Aku atau Dia (2010)
- Cowok Bikin Pusing (2011)
Sinetron
- Amanah dalam Cinta (2010)
- Kasih dan Cinta (2011)
Gambar Farah Lee : Bakal Tunang Ally Iskandar Ke?
SEMAKAN KEMASUKAN UiTM SEMESTER 2 2011/2012
- Bagi calon yang tidak berjaya ditawarkan ke program Asasi/ Diploma, tawaran kedua akan dikeluarkan pada minggu pertama bulan Oktober 2011. Keputusan permohonan adalah muktamad.
- Bagi permohonan program Diploma bertemu duga, hebahan panggilan temu duga dijangka dikeluarkan pada 25 Ogos 2011. Sesi temu duga akan dijalankan seperti berikut:
-
- 14 dan 15 September 2011 bagi program Diploma Seni Muzik
- 17 dan 18 September 2011 bagi program Diploma lain
-
- Bagi pemohon yang mengemukakan permohonan ke program Asasi/ Diploma selepas 2 Ogos 2011, keputusan permohonan akan dikeluarkan pada minggu pertama bulan Oktober 2011.
- Semakan keputusan bagi Program Pengajian Luar Kampus (PLK) dan Setara Sepenuh Masa (SS) boleh disemak mulai 11 Ogos 2011 jam 5.00 petang.
Keluarga Noramfaizul Mahu Kelab Putera 1 Malaysia Bertanggungjawab : Siapa Bersalah?
SUBANG, 4 Sept —Keluarga terdekat Noramfaizul Mohd Nor mahu penganjur misi kemanusiaan ke Somalia, Kelab Putera 1 Malaysia memikul tanggungjawab atas kematian jurukamera Bernama TV itu kelmarin.
Kelab itu diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez yang juga Ketua Putera parti itu.
“Mereka (Kelab Putera 1 Malaysia) adalah pihak yang menganjurkan (misi)kemanusiaan). Mereka tidak boleh lepas tangan,” kata pak cik Noramfaizul, Abu Bakar Md Yasin kepada The Malaysian Insider di Pangkalan TUDM di sini hari ini.
“Mereka seharusnya telah melakukan risikan awal. Ia negara asing,” kata bekas kakitangan awam Kementerian Pertahanan ini.
Seorang lagi bapa saudara pak cik Noramfaizul, Md Tahir Md Yasin berkata kematian itu sepatutnya boleh dielakkan.
“Mereka seharusnya memakai baju kalis peluru. Ia bukan negara stabil,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Bekas guru berusia 69 tahun ini berkata, Bernama juga seharusnya bertanggungjawab atas kematian Noramfaizul, selain Kelab Putera 1 Malaysia.
Mary Francis, pakar psikologi yang merupakan salah seorang peserta misi kemanusiaan memberi pandangan yang seiring dengan kenyataan Tahir dengan berkata: “Mereka tiada jaket kalis peluru. Ini penting di negara yang berkonflik.”
Katanya, peserta pasukan ada memakai jaket kalis peluru ketika jenazah Noramfaizul dibawa pulang.
“Bagaimanapun ia sudah terlewat... dia mungkin selamat jika ada mengenakan jaket,” katanya.
Suri rumah berusia 54 tahun ini yang menitiskan air mata berkata, pasukan misi kemanusiaan seharusnya telah diberikan latihan secukupnya.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz berkata, wakil media misi sewajarnya telah diberikan latihan dan disediakan aspek keselamatan yang baik.
“Menyediakan jaket, kereta kalis peluru... seharusnya mereka disediakan tahap keselamatan tentera yang lebih baik,” katanya.
“Mereka seharusnya telah diberikan latihan zon perang. Peserta kali pertama (pula) tidak seharusnya dihantar,” kata beliau. –MalaysianInsider
………………………………………………………………………………………………………………………..
Itu berita yang dikeluarkan oleh MalaysianInsider berkaitan kematian Allahyarham Noramfaizul. Seperti biasa, bila dah terjadi benda benda macam ni. Baru semua nak membuka mata masing masing. Kalau dulu hanya pandang sebelah mata sambil cakap “alah tak ada apa lah” . Tapi sekarang, siap nak pakai spek lapanpuluh lapis sambil bukak mata luas luas.
Dah tu, ada pulak statement yang dikeluarkan oleh Ketua Medical Team yang mengatakan jaket kalis peluru sekalipun tak boleh selamatkan arwah. Nampak macam ayat nak melarikan diri dari tanggungjawab . Boleh baca artikel penuh di (Vest wouldn’t have saved Bernama man, says doctor).
Slain Bernama TV cameraman Noramfaizul Mohd Nor would likely have died even if he had been wearing a bulletproof vest when he was shot, said the aid mission’s chief physician today.
ramai yang tak berpuas hati dengan kenyataan ni. Memang la orang cakap ajal tu ditangan tuhan.Kita kena terima takdir. Tapi kematian itu kan bersebab. Bukan saja saja tiba tiba nak mati .Mesti ada sebabnya. Kalau dah macam tu alasannya, Lebih baik tak payah adakan undang undang pakai seatbelt semasa memandu dan pakai helmet semasa menunggang motor. Mencegah kan lebih baik dari mengubati . Katanya jaket kalis peluru pun mungkin tak dapat selamatkan arwah. Tapi masalahnya disini, petugas media langsung tak disediakan dengan jaket tu.
Tapi, tak boleh 100% nak salahkan Kelab Putera 1 Malaysia dalam permasalahan ni. Bukan saja saja seronok nak ke sana. Bukan nak holiday kat sana. Bukan saja nak kesana nak bagi arwah ditembak. Ada misi murni Kelab Putera 1 Malaysia ke sana. Cuma mungkin sedikit kesilapan atau kekurangan yang membawa kepada kesan yang sangat besar. Mungkin sebagai peringatan untuk pencegahan di masa masa depan. Arwah ke sana pun bukan dalam keadaan paksaan dari mana mana pihak. Beliau ke sana menjalankan tugas murni. Ajal Tuhan tak siapa yang tahu dimana. Mungkin esok esok kita pulak?
AL FATIHAH untuk Allahyarham Noramfaizul . Semoga rohnya dalam lindungan Allah SWT