usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Charice Lebih Hebat Dari Melanie Amaro?? Aku Setuju!!

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Seorang remaja berusia 19 tahun, Melanie Amaro menjadi warga AS pertama memenangi pertandingan nyanyian The X Factor kelmarin.

Kemenangan itu melayakkan Amaro memperoleh kontrak rakaman lumayan bernilai AS$5 juta (RM15.7 juta) dan kontrak iklan Pepsi.

Tempat kedua dimenangi Josh Krajcik manakala Chris Rene pula mendapat tempat ketiga…..~~READMORE


Bagi yang minat dengan rancangan X-Factor mesti dah sedia maklum kan dengan kemenangan Melanie Amaro yang berusia 19 tahun dan menjadi warga AS pertama memenangi X-Factor. Melanie yang menyanyikan lagu yang dibawanya semasa audition iaitu Listen by Beyonce.

Tapi , aku ada satu pendapat la kan . From what I have seen, memang tak dinafikan yang Melanie ni ada suara power (boleh tengok video dibawah) dan beliau berjaya membuat juri terpegun. Tapi, I prefer more to Charice. Seorang penyanyi yang bagi aku memang SUPERHEBAT sebab dia boleh menyanyikan lagu yang kadang kadang dianggap mustahil untuk dinyanyikan. Plus Charice pun baru 19 tahun. Sama dengan Melanie but shes look more matured ofkos. Charice ni nmpk comel comel ala ala budak lagi even dah 19.

persembahan dengan lagu yang sama iaitu Listen oleh Charice Pempengco

sangat sangat hebat kan Charice ni. Aku suka lagu lagi dia . Dan honestly,, aku cakap memang kebanyakan lagu yang dinyanyikan Charice ni ada dalam hp aku. Dan beberapa komen dari viewer di facebook tentang Charice selepas Melanie memenangi Xfactor.

This is actually beautiful, i can feel every single world she sang. I've got goosebumps just listening to this and i've also cried a few times, this is pure talent and nothing else. Sure Melanie is good but this is incomparable, who else can give such an unflawed performance without autotune these days? Charice can reach every single one of these high notes without the slightest effort, and her passion for singing is just incredible<3

When Melanie Amaro sing this song on X-Factor Finale, i was so amazed because she has an amazing voice but when i saw Charice singing the same song, i am stunned because of her power. Without a doubt, for me Charice executed this song better than Melanie.

so whos better? Aku pilih Charice la ofkos kan. Tapi setiap orang ada pendapat sendiri kan? Rambut sama hitam, kepala fikir lain2. hehe

Keadilan Selar Tindakan UPSI Terhadap Adam Adli

KUALA LUMPUR 23 Dis: KEADILAN menyelar tindakan dan tekanan yang dilakukan pentadbiran Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) terhadap mahasiswanya, Adam Adli yang mencetuskan kontroversi kerana menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Ia berikutan surat dikeluarkan pihak universiti itu yang mendakwa Adam di bawah dua pertuduhan iaitu merosakkan nama universiti dan memberi ancaman kepada ketenteraman awam.

“Kedua-dua pertuduhan adalah tidak berasas, tidak berperlembagaan, tidak sah dan jelas tidak masuk akal. Dalam tindakan Adam menurunkan bendera Perdana Menteri, beliau hanya menjalankan haknya dalam kebebasan bersuara dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Menurutnya, Adam tidak melakukan kesalahan undang-undang malah harus dipuji kerana mempunyai pendirian yang berani untuk memperjuangkan autonomi di institusi pengajian tinggi.

“UPSI tidak mempunyai hak untuk menghalang Adam daripada menjalankan hak-hak sivil beliau sebagai warganegara,”

“Tindakan Adam merupakan bantahan yang sah dan demokratik terhadap kegagalan Najib bagi memastikan pelajar mendapat kebebasan akademik dengan memansuhkan AUKU,”  katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Justeru, kami menyeru kepada UPSI dengan serta-merta menggugurkan semua tindakan disiplin yang dikenakan terhadap Adam serta menuntut Najib melakukan pembaharuan besar agar mahasiswa dapat mepertahankan kebebasan akademik di dalam negara,” katanya.

Adam menerima surat panggilan ke jawatan kuasa disiplin dari UPSI hari ini, gara-gara menurunkan bendera Najib di Ibu Pejabat Umno pada 17 Disember lalu.

Beliau dipanggil untuk hadir ke pendengaran jawatankuasa universiti tersebut 19 Januari depan.

 

sumber : Keadilandaily

Adam Adli juga ada membuat laporan Polis terhadap seorang polis yang mengugut beliau semasa membuat laporan polis sebelum ini . Adam Adli buat laporan ugutan ditumbuk anggota polis. Dan bagi sesiapa yang belum mendengar penjelasan Adam Adli berkaitan isu menurunkan bendera, anda boleh tengok dalam video dibawah .

 

1 Juta Pageview dan Template Baru Di HafizRahman

1 Juta Pageview dan Template Baru Di HafizRahman

Alhamdulillah kelas untuk sem ni dah berakhir semalam dan minggu ni adalah minggu yang agak memenatkan sebab aku nak kena pulun 4 subjek disebabkan jadual exam yang membawa bencana tu. Dalam masa seminggu ni, banyak benda nak kena habiskan. Every subjek ada berbelas belas chapter, buku pulak nak tebal tebal je. Stok kalau nak penampor pakai buku tu, confirm kena melayang pipi. Pastu selama satu sem ni, masuk kelas asyik main je bukan nak belajar betul betul. Masuk, gelak, main balik. Study tak tahu la bilanya. Amik kau padan muka kan? Main lagi.

Dah alang alang cuti semalam, aku amik masa sikit untuk ubah mood berblogging dengan tukar template baru. Ada la dalam 2jam jugak la aku spend nak coding balik segala semua benda yang aku dah masukkan dalam template lama. Berpinau pinau mata aku tengok code code ni. Dan akhirnya , taraaa maka terjadilah template baru ni. Still mengekalkan warna asal iaitu ala ala pink purple cam tu sebab aku rasa selesa dengan warna ni. Rasa sedap memandang. Korang tak rasa gitu ? Tak rasa sudah.

Template baru ni memaparkan banyak entry entry lepas. Ada lebih kurang 15 entry dihalaman hadapan saja. Nampak macam berat kan? Tengok la nanti cmna , kalau ada yang kata berat nak load, aku akan kurangkan sikit. Dan widget di sidebar masih lagi sama macam dulu. Cuma sekarang ni yang belum siap nak masukkan meta tag je sebab aku masih mencari meta tag yang paling efektif untuk disenarai di google search page. Ada idea tak meta tag mana yang sesuai?

Dan satu lagi, bersempena dengan Pageview blog aku  yang dah mencecah 1000,000 semalam. Tak sempat nak printscreen sebab masa mula tgk tu baru 990000. Check kali kedua dah sejuta lebih. caitt tak sempat nak menunjuk. haha.ALhamdulillah walaupun baru ja mencecah 1juta, orang lain dah berjuta juta. Tapi aku puas hati sebab tiap hari trafik bertambah. Mana la tahu nanti sebulan je dah boleh dpt pv juta juta kan? sekarang baru ratus ratus ribu je. huhu.

Dan insyaAllah masuk sem depan, aku mungkin akan menggunakan hosting dan domain sendiri. Dah tiba masanya kita beralih arah dan terus maju ke hadapan. Kalau asyik nak duduk ditempat yang sama, macammana nak maju kan?

Dan bagi sesiapa yang view blog aku, kalau ada error or masalah or ketidakpuasan hati , boleh la komen ok. InsyaAllah akan diperbetulkan apa yang tak betul tu. Template baru maknanya mood berblogging pun akan baru. Dan untuk makluman, aku dah bukak tempahan untuk header dengan harga termurah iaitu RM10 , design mengikut kehendak anda sendiri. Boleh check out disini (klik pada banner)

Yusri Dan Lisa Surihani Nikah 23 Februari 2012

Tempah Header Serendah RM10

Salam semua readers yang kacak kacak dan comel sekalian alam semua. Terdetik hati untuk aku bukak balik tempahan header kepada yang berminat sebab ada dua tiga orang yang berminat untuk buat tempahan. Bagi yang belum tahu, sebelum ni aku ada buat tempahan amal kepada yang berminat. Aku ada buat tempahan header free kepada yang berminat dan masa tu free sebab masih test market tengok ada yang berminat atau tak. Alhamdulillah ramai berminat dan ramai yang menempah. Kepada yang tempah tapi tak dapat disiapkan aku mintak maaf sebab ada masalah dengan laptop. Banyak file hilang masa kena virus . Terpaksa format.

 

Dan harini , aku nak bukak tempahan header berbayar kepada yang berminat untuk dapatkan perkhidmatan ni. Kepada yang masih tak ada header untuk blog atau yang nak tukar angin gunakan header baru tapi tak reti nak design, jangan risau sebab insyaAllah aku akan bantu sedaya upaya dengan harga yang sangat murah dan berpatutan. Bagi sesiapa yang nak tengok hasil design aku, boleh ke blog design iaitu HRDESIGN . Koleksi koleksi design akan aku uploadkan ke sana .Klik logo dibawah : 

Bagi yang berminat untuk buat tempahan header maklumat lanjut adalah seperti berikut.

  • setiap header akan dicaj antara RM10 – RM15 (harga boleh runding)  bergantung kepada permintaan header tersebut.
  • header yang simple akan dicaj sebanyak RM10 SAHAJA manakala header yang agak kompleks akan dicaj RM15 (harga boleh runding )
  • harga akan diberitahu selepas anda order

Macammana nak tempah???Mudah je. 

*****SILA EMAILKAN DETAIL BERKAITAN HEADER


antara header yang sudah disiapkan sebelum ni

 

dan selain header, aku ada jugak buat design t-shirt (jarang buat sangat).Kalau ada yang nak tempah boleh ja . Harga akan diberitahu kemudian bergantung kepada permintaan dan tahap kesukaran nak design

Lain lain design

 

BERMINAT???tempahla sekarang. MURAH JEE~~

Fida Dah Jumpa Pengganti Mamat Sepah

Sebelum ni, semasa ada krisis antara Mamat dan Fida, aku pernah beberapa kali buat entry berkaitan. Boleh baca di  Diana Amir Bertudung VS Fyda Tak Bertudung : Siapa Lagi Ok?? dan  Fyda tak Mahu Dikaitkan Dengan Mamat Lagi. Dan selepas beberapa bulan, Fida dah jumpa pengganti baru. Cepat betul ye ko Fida.

Fida Ibrahim

KUALA LUMPUR: Selepas putus cinta dengan pelawak Mamat (Sepah), pelakon Rafidah Ibrahim, 25, (Fida) mengakui sudah menemui pengganti dan kini sedang menjalin hubungan dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai ‘S’.

Fida berkata walaupun dia sudah mengenali lelaki berusia 30-an itu kira-kira satu tahun setengah yang lalu, mereka hanya mula rapat selepas dia berpisah dengan Mamat pada awal Oktober lepas.

“Kalau diikutkan saya sudah mengenali ‘S’ sebelum berkawan dengan Mamat lagi. Namun, hubungan kami sebelum ini terjalin atas dasar rakan niaga sahaja.

‘S’ muncul dan kami menjadi rapat selepas hubungan saya berakhir dengan Mamat,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Fida berkata dia tertarik kepada ‘S’ kerana kematangan dan cara pemikirannya yang banyak memberikan dorongan tentang dunia perniagaan dan kehidupan pada masa hadapan.

“Apa yang menarik tentang ‘S’ adalah kematangannya dalam membuat keputusan dan dia banyak mengajar saya untuk memikirkan tentang perancangan masa depan dan dunia perniagaan.

“Namun hubungan kami masih terlalu baru, tidak sampai enam bulan pun, jadi berilah ruang dan masa untuk kami lebih saling mengenali,” katanya.

Diusik tentang harapan yang pernah disuarakannya sebelum ini untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan, Fida berkata perkara itu memang menjadi impiannya namun dia hanya mampu berserah kepada Tuhan bagi menentukan jodoh yang terbaik.

“Memang saya pernah bercakap mengenai harapan untuk melangkah ke alam perkahwinan jika bertemu dengan jodoh yang terbaik.

“Pada tahun depan, usia saya pun akan mencecah 26 tahun tapi soal jodoh adalah ketentuan Allah, saya hanya mampu berserah,” katanya.

Ditanya adakah dia masih berkawan dengan Mamat, Fida berkata dia tidak mahu lagi menoleh ke belakang atau mengenangkan semula insiden yang mencalarkan nama baik dan maruahnya.

“Bagi saya perkara yang lepas, biarlah berlalu. Kami tidak lagi berhubung, lagi pun ketika kami berdepan konflik tersebut, saya tidak melihat kesungguhannya untuk meleraikan kekusutan yang berlaku.

“Biarlah saya jalani hidup hari ini dengan pengalaman baru. Saya doakan yang terbaik untuk apa sahaja perkara yang dilakukannya,” katanya.

Hubungan Mamat dan Fida berakhir selepas pelawak tersebut dengan secara tidak sengaja telah memuat naik gambar Fida yang menampakkan sebahagian rambutnya ke akaun Facebook miliknya, sekali gus mengakibatkan gambar tersebut tersebar luas di Internet.

Mamat dalam satu kenyataannya sebelum ini kesal dengan kesilapan itu kerana telah mencemar nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak.

Pen yang Ditelan 25 Tahun Lalu Masih Berfungsi Selepas Dikeluarkan

Kita mungkin pernah kehilangan pen dan menjumpainya dibawah sofa, tetapi seorang wanita  kehilangan pen untuk 25 tahun - selepas dia menelannya dalam kemalangan.
Kejutan terjadi apabila seorang wanita berusia 76-tahun-menemui doktor apabila mengalami penurunan berat badan dan cirit-birit. Suatu penyiasatan segera mendedahkan kawasan usus besar wanita itu telah menjadi radang, yang menyebabkan sakit perut.
Doktor di Devon Royal & Exeter Hospital Yayasan Amanah kemudian mengambil imbasan CT abdomen di mana mereka kagum apabila melihat 'objek linear' yang kelihatan seperti pen.
Apabila dipersoalkan, pesakit masih ingat bahawa 25 tahun yang lalu dia telah menggunakan pen untuk mencucuk tonsil dan melihat melalui cermin. Bagaimanapun, dia kemudian jatuh ke hadapan dan tertelan pen.

Pasukan perubatan beliau memutuskan bahawa mereka harus membuang pen kerana terdapat risiko yang kecil namun boleh dilakukan melalui tebukkan kecil dilapisan perut. Apabila dikeluarkan, menakjubkan, pen itu masih boleh digunakan..


Aduhh kes pelik ni. Macammana la masa dia tertelan pen tu dia boleh buat derk ja ek??? Lek ja biar macam tu. Plus boleh plak kan tertelan pen kemain panjang.

Ucapan I Love You Dalam Pelbagai Bahasa Dunia

Maklumat berkaitan ucapan “I Love You” dalam pelbagai bahasa dunia ni aku dapat dari facebook dan tak ada link terus kepada sumber yang buat ni. So kalau ada diantara anda yang nak claim dia yang buat ni, boleh tinggalkan komen dan aku akan masukkan link okeh. Tak nak ada kes plagiat nanti.

♥Afrikaans - Ek het jou lief
♥Albanian - Te dua
♥Arabic - Ana behibak (to male) , Ana behibek (to female)
♥Armenian - Yes kez sirumen
♥Bambara - M'bi fe
♥Bangla - Aamee tuma ke bhalo baashi
♥Belarusian - Ya tabe kahayu
♥Bisaya - Nahigugma ako kanimo
♥Bosnian - Volim te
♥Bulgarian - Obicham te
♥Cambodian - Bung Srorlagn Oun (to female)
♥Oun Srorlagn Bung (to male)
♥Cantonese/Chinese Ngo oiy ney a
♥Catalan - T'estimo
♥Cheyenne - Ne mohotatse
♥Chichewa - Ndimakukonda
♥Corsican - Ti tengu caru (to male)
♥Creol - Mi aime jou
♥Croatian - Volim te
♥Czech - Miluji te
♥Danish - Jeg Elsker Dig
♥Dutch - Ik hou van jou
♥Elmer Fudd - I wove you
♥English - I love you
♥Esperanto - Mi amas vin
♥Estonian - Ma armastan sind
♥Ethiopian - Ewedishalehu : male/female to female
♥Ewedihalehu: male/female to male.
♥Faroese - Eg elski teg
♥Farsi - Doset daram
♥Filipino - Mahal kita
♥Finnish - Mina rakastan sinua
♥French - Je t'aime, Je t'adore
♥Gaelic - Ta gra agam ort
♥Georgian - Mikvarhar
♥German - Ich liebe dich
♥Greek - S'agapo
♥Gujarati - Hu tumney prem karu chu
♥Hiligaynon - Palangga ko ikaw
♥Hawaiian - Aloha wau ia oi
♥Hebrew - Ani ohev otah (to female)
♥Hebrew - Ani ohev et otha (to male)
♥Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw
♥Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hai
♥Hmong - Kuv hlub koj
♥Hopi - Nu' umi unangwa'ta
♥Hungarian - Szeretlek
♥Icelandic - Ég elska þig
♥Ilonggo - Palangga ko ikaw
♥Indonesian - Saya cinta padamu
♥Inuit - Negligevapse
♥Irish - Taim i' ngra leat
♥Italian - Ti amo
♥Japanese - Aishiteru
♥Kannada - Naa ninna preetisuve
♥Kapampangan - Kaluguran daka
♥Kikongo - Muke zolaka nge
♥Kiswahili - Nakupenda
♥Konkani - Tu magel moga cho
♥Korean - Sarang Heyo
♥Latin - Te amo
♥Latvian - Es tevi miilu
♥Lebanese - Bahibak
♥Lingala - Nalingi yo
♥Lithuanian - Tave myliu
♥Macedonian Te Sakam
♥Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
♥Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
♥Maltese - Inhobbok
♥Mandarin Chinese - Wo ai ni
♥Marathi - Me tula prem karto
♥Mohawk - Kanbhik
♥Moroccan - Ana moajaba bik
♥Nahuatl - Ni mits neki
♥Navaho - Ayor anosh'ni
♥Nepali - Ma Timilai Maya Garchhu
♥Norwegian - Jeg Elsker Deg
♥Pandacan - Syota na kita!!
♥Pangasinan - Inaru Taka
♥Papiamento - Mi ta stimabo
♥Persian - Doo-set daaram
♥Pig Latin - Iay ovlay ouyay
♥Polish - Kocham Cie
♥Portuguese - Amo-te
♥Romanian - TE IUBESC
♥Roman Numerals - 333
♥Russian - Ya tebya liubliu
♥Rwanda - Ndagukunda
♥Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort
♥Serbian - Volim te
♥Setswana - Ke a go rata
♥Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing 'I Love You'
♥Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan
♥Sioux - Techihhila
♥Slovak - Lu`bim ta
♥Slovenian - Ljubim te
♥Spanish - Te quiero / Te amo
♥Surinam- Mi lobi joe
♥Swahili - Ninapenda wewe
♥Swedish - Jag alskar dig
♥Swiss-German - Ig liebe di
♥Tajik Man turo Dust Doram
♥Tagalog - Mahal kita
♥Taiwanese - Wa ga ei li
♥Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
♥Tamil - Naan unnai kathalikiraen
♥Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
♥Thai - Chan rak khun (to male)
♥Thai - Phom rak khun (to female)
♥Turkish - Seni Seviyorum
♥Ukrainian - Ya tebe kahayu
♥Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
♥Vietnamese - Anh ye^u em (to female)
♥Vietnamese - Em ye^u anh (to male)
♥Welsh - 'Rwy'n dy garu
♥Yiddish - Ikh hob dikh
♥Yoruba - Mo ni fe
♥Zimbabwe – Ndinokuda

Macam macam dan  rasa pelik je kan? Tapi kalau kat Malaysia sekarang yang paling popular mesti la dalam bahasa Korea. (Korean - Sarang Heyo) Yela K Pop kan? Kalau boleh semua nak kpop dari pemakaian, cakap, makan (eh yeke?) dan semua yang orang korea buat nak diikut. Tapi jangan ikut yang tak baik sudah. Ikut la apapun selagi tak bertentang dengan agama dan nilai kita kan? Boleh la cuba dengangf/bf anda lepas ni. (Bajet romantik habis letewwww~~)

 

Kalau suka entry ni boleh la tekan Like dibawah =)

Yusri Dan Lisa Surihani Umum Tarikh Nikah Sabtu Ini!

Khabarnya Yusri KRU dan Lisa Surihani sudah mengedarkan jemputan untuk sidang media mengumumkan sesuatu yang “suspen” Sabtu ni. Apa lagi kan kalau dah sidang media mak bapak ada sekali, mesti la nak umumkan tarikh bertunang or bernikah kan? Apapun, tahniah la untuk both of them. Memang sepadan. Cuma Yusri kena la jaga Lisa elok elok sebab sebelum ni dah pernah bercerai dengan Era, so kali ni mungkin kena lebih banyakkan berbincang kalau ada msalah. Damn melepas dah la Lisa . Mentang mentang la Yusri ada Lamborghini, I cuma ada motor buruk ja. Sanggup u lupakan I Lisa…U jangan ingt motor I tak ada guna. Boleh hantar u pegi shooting time jalan jem ok.Kereta Yusri boleh?? Kalau hujan, u pakai la baju hujan I, I basah xpe. … .ohh lisa~~~
PETALING JAYA: Selepas sekian lama berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan mereka, pasangan artis Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim akan membuat pengumuman istimewa mengenai perkara itu pada Sabtu ini.
Jemputan mengenai pengumuman berkenaan telah dihantar oleh pihak KRU Studios kepada pihak media pada petang Khamis.
Majlis berkenaan akan diadakan pada pukul 10.30 pagi di Hotel Marriott, Putrajaya.
Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim yang juga abang kepada Yusry ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara itu hanya ketawa dan memberitahu akan menjelaskan perkara sebenar kepada pihak media pada hari berkenaan.
klik SINI untuk Order
"Ia merupakan satu pengumuman istimewa dan pastinya ia akan diberitahu pada majlis nanti. Kalau saya beritahu sekarang tak ada kejutanlah," katanya berseloroh.
Pada pengumuman itu nanti, ibu bapa Yusry iaitu Abdul Halim dan Zarina Fenner serta ibu Lisa, Siti Amira Ahmad juga akan turut serta.
Difahamkan Yusry dan Lisa akan bernikah pada awal tahun depan yang mana majlis berkenaan akan mendapat liputan secara langsung menerusi saluran Astro.
Pasangan tersebut sudah mula rapat sejak Mac lalu dan sering berhubungan menerusi telefon bimbit masing-masing sejak setahun yang lepas.
Kemudian kedua-dua mereka membuat pengakuan pertama pada bulan Jun bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan lebih daripada seorang kawan dan menganggap ia sebuah perhubungan yang matang.


sumber : MstarOnline

Bayi Kepala Dua Lahir Di Brazil

Brazil – Bayi berkepala dua yang berkongsi jantung, paru-paru dan hati yang dilahirkan di Brazil, kini dilaporkan sihat.

Bayi berkenaan diberi nama Emanoel dan Jesus oleh ibunya, Maria de Nazare.

Mereka yang mempunyai dua otak itu dilahirkan melalui pembedahan.

Menurut pengarah hospital Santa Casa, Neila Dahas, pihaknya mencadangkan kaedah pembedahan selepas imbasan yang dilakukan mengesan kandungan itu adalah kembar namun mempunyai dua kepala.

Ia juga bagi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi berkenaan.

“Di sebalik masalah yang kita hadapi terutama kelengkapan yang kurang di hospital ini, kita berjaya menyelamatkan ibu dan bayi tersebut.

“Bagi kami, ia merupakan satu kejutan besar apabila mendapati bayi berkenaan dilahirkan sihat,” katanya.

Kelahiran bayi kembas siam sering berlaku namun kelahiran melibatkan bayi yang mempunyai dua kepala amat jarang berlaku di dunia.

Ia merupakan kelahiran kedua seumpama ini di Brazil, namun dalam kes pertama, bayi tersebut meninggal dunia selepas satu kepala mengalami kekurangan oksigen apabila satu lagi kepala meninggal dunia.

Dalam sesetengah kes, apabila bayi mempunyai kepala, otak di salah satu kepala akan mengalami proses perkembangan yang perlahan bagi menyelamatkan nyawa bayi berkenaan.

Namun dalam kes ini, Emanoel dan Jesus mempunyai dua otak, sekali gus menyukarkan doktor untuk membuat keputusan sama ada akan membuang kepala itu atau tidak.

“Jika kedua-dua kepala bayi itu mempunyai otak, bagaimana kita hendak memilih kepala mana yang akan dibuang.

“Kita tidak mempertimbangkan untuk melakukan pembedahan dan pada masa ini kita hanya akan melihat perkembangan serta pertumbuhan bayi itu ” kata Neila.

Sekurang-kurangnya 14 kes yang sama berlaku dalam kelahiran bagi tempoh 200 tahun.

 

Doktor pun konfius nak buang kepala yang mana satu sebab kedua duanya sekali berfungsi. Tapi jangan tersilap, bukan semua kes kepala dua tak boleh survive. Ada yang hidup sampai besar. Tengok video dibawah :

sumber : Mynewshub

Analisis Keputusan PMR 2011

Tahniah kepada semua candidate yang terlah berjaya dengan cemerlang dalam keputusan PMR yang diumumkan pagi tadi. Berikut adalah analisis keputusan PMR untuk tahun 2011.


Analisis keputusan PMR dilaporkan berdasarkan Pencapaian Calon dan Prestasi Mata Pelajaran. Pelaporan Pencapaian Calon adalah merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pembelajaran di sekolah menengah rendah dalam kesemua mata pelajaran yang diuji.

Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara ialah Gred Purata Nasional (GPN). Prestasi Mata Pelajaran pula merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam setiap mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan prestasi mata pelajaran ialah Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi setiap mata pelajaran. Nilai gred purata yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

Pendidikan di peringkat menengah rendah merupakan kesinambungan pendidikan dari peringkat rendah ke peringkat menengah atas untuk menyediakan peluang pendidikan yang seluas-luas dan seadil-adilnya. Pendidikan ini bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Maklumat pencapaian akademik calon bukan sahaja menunjukkan tahap penguasaan calon dalam mata pelajaran tertentu malah dapat membantu mereka membuat pilihan jurusan yang sesuai dengan minat dan potensi mereka di peringkat menengah atas. Pelbagai jurusan ditawarkan di peringkat menengah atas seperti kemanusiaan, agama, sains, teknikal dan vokasional.

Pada tahun ini, bilangan calon yang mendaftar untuk menduduki PMR bertambah sebanyak 0.1% berbanding tahun 2010 dan perinciannya ditunjukkan dalam Jadual 1. PMR telah dilaksanakan dalam dua bentuk, iaitu peperiksaan pusat dan pentaksiran berasaskan sekolah. Peperiksaan pusat telah dilaksanakan pada 4 hingga 11 Oktober 2011. Untuk mentadbir peperiksaan ini, sejumlah 3,521 pusat peperiksaan telah disediakan yang melibatkan 35,190 orang petugas peperiksaan.  Seramai 11,603 orang pemeriksa telah dipertanggungjawabkan untuk memeriksa skrip jawapan calon.

Jadual 1: Calon yang Mendaftar PMR 2011

Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata.  Jadual 2 menunjukkan pencapaian keseluruhan calon PMR dari 2008 hingga 2011.

Jadual 2: Pencapaian Keseluruhan Calon PMR dari 2008 hingga 2011

Pencapaian calon cemerlang iaitu calon yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki meningkat sebanyak 3,408 orang (0.75%) iaitu daripada 30,863 orang (7.02%) pada tahun 2010 kepada 34,271 orang (7.77%) pada 2011. Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 (0.09%) orang pada tahun 2010 kepada 346 (0.08%) orang pada tahun 2011.

Pencapaian Calon Bandar dan Luar Bandar

Pencapaian calon bandar dan luar bandar pada keseluruhannya semakin baik. Data dalam Jadual 3 memberi perincian pencapaian calon bandar berbanding calon luar bandar.

Jadual 3: Pencapaian Calon Bandar dan Luar Bandar

 

Pencapaian calon bandar dan luar bandar meningkat diukur dari segi nilai GPN, pencapaian semua A dan pencapaian melepasi tahap penguasaan minimum. Nilai GPN calon bandar menurun sebanyak  0.04 mataberbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata. Pada keseluruhannya, pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar.

Pencapaian Calon Berkeperluan Khas

Calon berkeperluan khas juga mendapat peluang yang sama dengan calon-calon yang lain untuk menduduki peperiksaan. Pada keseluruhannya, pencapaian calon berkeperluan khas pada tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas (Rujuk Jadual 4).

Jadual 4: Pencapaian Keseluruhan Calon Berkeperluan Khas

                     Tahun 2011 Berbanding Tahun 2010

Daripada Jadual 4, bilangan calon berkeperluan khas yang menduduki PMR pada tahun ini berkurang seramai 35 orang. Pencapaian calon cemerlang (semua A) meningkat kepada 12 orang berbanding 5 orang pada tahun 2010, manakala calon yang melepasi tahap penguasaan minimum (semua D) tahun ini juga meningkat dari segi bilangan dan peratusan. Ini digambarkan pada nilai GPN sebanyak 4.10 mata berbanding 4.19 pada tahun 2010.

Prestasi Mata Pelajaran

Pada keseluruhannya, kebanyakan mata pelajaran yang ditawarkan dalam PMR 2011 menunjukkan prestasi yang stabil.  Semua mata pelajaran menunjukkan kenaikan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) kecuali Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Iban dan Pendidikan Islam. Prestasi setiap mata pelajaran boleh dirujuk pada Lampiran A.

Jadual 5: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Melayu bagi Tahun 2010 dan 2011

Jadual 5 menunjukkan analisis prestasi dan GPMP Bahasa Melayu bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi gred A menunjukkan penurunan sebanyak 1.3% dari 27.6% pada 2010 kepada 26.3% pada 2011. Walau bagaimanapun, peratusan  calon yang mendapat gred B, C dan D meningkat sebanyak 1.2% dari 66.5% pada tahun 2010 kepada 67.7% pada tahun 2011. GPMP Bahasa Melayu juga menunjukkan penurunan dengan pertambahan 0.02 mata.

Jadual 6: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Inggeris bagi Tahun 2010 dan 2011

Jadual 6 menunjukkan analisis prestasi dan GPMP Bahasa Inggeris bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi gred A menunjukkan peningkatan sebanyak 0.8% dari 17.6% pada 2010 kepada 18.4% pada 2011. Walau bagaimanapun, peratusan calon yang tidak melepasi tahap penguasaan minimum masih tinggi iaitu 21.3% pada tahun 2011. GPMP Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan dengan penurunan 0.05 mata.

Jadual 7: Analisis Prestasi dan Gred Purata Mathematics bagi Tahun 2010 dan 2011

Jadual 7 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata mata pelajaran (GPMP) Mathematics bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Mathematics bagi gred A menunjukkan peningkatan sebanyak 1.3% dari 28.9% pada 2010 kepada 30.2% pada 2011. GPMP Mathematics menunjukkan peningkatan dengan penurunan 0.04 mata.

Jadual 8:       Analisis Prestasi dan Gred Purata Science bagi Tahun 2010 dan 2011

Jadual 8 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata mata pelajaran (GPMP) Science bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Science bagi gred A menunjukkan peningkatan sebanyak 4.0% dari 21.7% pada 2010 kepada 25.7% pada 2011. Walau bagaimanapun peratus calon yang tidak melepasi pencapaian minimum meningkat sebanyak 0.6% iaitu 5.7% pada tahun 2010 kepada 6.3% pada tahun 2011. GPMP Sciencemenunjukkan peningkatan dengan penurunan 0.09 mata.

Jadual 9:       Analisis Prestasi dan Gred Purata Sejarah bagi Tahun 2010 dan 2011

Jadual 9 menunjukkan analisis prestasi dan GPMP Sejarah bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Sejarah bagi gred A menunjukkan penurunan sebanyak 0.9% dari 21.3% pada 2010 kepada 20.4% pada 2011. Walau bagaimanapun peratus calon yang tidak melepasi pencapaian minimum menurun sebanyak 2.6% iaitu 7.3% pada tahun 2010 kepada 4.7% pada tahun 2011. Ini  menunjukkan peratusan calon yang menguasai tahap minimum Sejarah telah meningkat. GPMP Sejarah menunjukkan peningkatan dengan penurunan 0.05 mata.

Pendidikan Kesenian

Tahun ini merupakan tahun ketiga Kementerian Pelajaran menawarkan mata pelajaran Pendidikan Kesenian dalam peperiksaan PMR. Sebanyak empat bidang kesenian iaitu Tari, Muzik, Teater dan Seni Visual dipelajari oleh calon di Sekolah Seni Johor Bahru, Johor dan Sekolah Seni Kuching, Sarawak. Pencapaian keempat-empat bidang kesenian tersebut telah ditaksir oleh guru masing-masing dan pentaksir luar yang terdiri daripada tenaga pengajar dari Aswara, Balai Seni Lukis Negara dan Istana Budaya, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Pencapaian calon ditaksir berdasarkan standard prestasi dengan empat band daripada Band 1 (terendah) hingga Band 4 (tertinggi).

Jadual 10: Prestasi Mata Pelajaran Pendidikan Kesenian

Jadual 10 di atas menunjukkan pencapaian dalam semua bidang kesenian yang ditaksir. Bidang Seni Visual menunjukkan pencapaian tertinggi dari segi peratusan bilangan calon memperoleh Band 4, diikuti Tari, Teater dan Muzik. Pencapaian yang ditunjukkan oleh calon tersebut sangat baik dan bakat mereka boleh terus digilap semasa di Tingkatan Empat sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Tingkatan Lima dalam enam bidang kesenian yang lebih khusus iaitu Seni Halus, Komunikasi Visual, Rekabentuk, Seni Muzik, Seni Tari dan Seni Teater.

Calon-calon Sekolah Seni Malaysia yang menduduki PMR akan menerima Slip Keputusan dan juga Sijil Pendidikan Kesenian yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sijil ini mempunyai nilai tambah kepada keputusan PMR dan boleh digunakan untuk tujuan melanjutkan pelajaran yang berkaitan dengan bidang seni.

(Dipetik dari Pengumuman Analisis Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato’ Sri Abd Ghafar Mahmud pada 22 Disember 2011).

 

sumber : BLOG RASMI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update