usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Gambar Salji Turun Di Gurun Sahara

Video Final Maharaja Lawak Mega OSBON

Video Final Maharaja Lawak Mega BOBOI

Keputusan Penuh Final Maharaja Lawak Mega

Semak Tawaran ke Kolej Vokasional, SM Teknik dan SM Vokasional Tahun 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran ke Kolej Vokasional, SM Teknik dan SM Vokasional Tahun 2012 telah dibuka hari ini.

Aplikasi Semakan sudah dibuka dan para pemohon boleh membuat semakan di pautan dibawah :

SEMAKAN KEMASUKAN SEKOLAH TEKNIK TAHUN 2012

Tahniah kepada mereka yang telah berjaya mendapat tempat di mana mana sekolah diseluruh Malaysia. Bagi yang nama tidak disenaraikan, anda boleh mengemukakanpernohonan rayuan .

  • Rayuan boleh dibuat secara terus kepada Sekolah teknik, Vokasional yang dipohon.
  • Keputusan rayuan tertakhluk kepada kekosongan selepas pelajar yang berjaya mendaftar selesai membuat pendaftaran

 

Live Streaming Final Maharaja Lawak Mega | Tonton Maharaja Lawak Mega Online

Penemuan Tentang Peristiwa 2012 Dalam Al Quran

PENYELIDIKKAN DALAM SURAH AR-RAHMAN MENEMUKAN TARIKH 1433H (2012M) DAN RAKAMAN SESUATU YANG BAKAL BERLAKU.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hub...ungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999.

Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.

Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession". Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.

Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.

Penemuan 2012 dalam al-Quran

Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;

13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77

dan jumlahnya

13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433

merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana!

tetapi paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada dalam tahun 1432H (2011M), dan kita dapat mengandaikan Allah mungkin menunjukkan suatu kejadian pada tahun 1433H (2012M).

Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);

30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 days

sumber: http://www.islamicfinder.org/H​ cal/hdate_year.php?year=1433&b​ase=h

Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M).

Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.

Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.

Apakah Peristiwa Itu?

Apakah peristiwa penting itu? Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.

"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:

بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟

فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ

But if you don’t do it, and you shall never do it,

then beware The Fire for which Men and stones are its fuel; it is prepared for the unbelievers.

"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:

بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ

فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ

These are they who buy the life of this world for the hereafter,

so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.

" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]

بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ

Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.

//////////////////////////////​ //////////////////////////////​////////////

Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ILMU; dari sisi Kami.

( سورة الكهف , Al-Kahf, Chapter #18, Verse #65)

Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ILMU mengenainya.

( سورة النازعات , An-Naziat, Chapter #79, Verse #44)

//////////////////////////////​ //////////////////////////////​////////////

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam

~ AL-FARISI


semua yang berlaku dengan kehendak Allah SWT. Kita sebagai manusia cuma boleh beringat saja. Tak perlu mempercayai 100% artikel ini, cuma sebahagian dari peringatan dan panduan kepada kita.

sumber: http://www.facebook.com/#!/PendedahanKonspirasi dan arshad-terunadara

Video Pengasas Nuffnang Lamar Kekasih Dapat Perhatian Ramai Selebriti Hollywood

TIMOTHY TIAH (kanan) dan Audrey Ooi.
KUALA LUMPUR, Malaysia - Satu klip video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia, Timothy Tiah melamar teman wanitanya telah memenangi hati ramai selebriti Amerika Syarikat (AS) termasuk hos rancangan pertandingan nyanyian American Idol, Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri.
Seacrest memuji klip video berkenaan sebagai menyentuh perasaan manakala Perri, 27, yang popular dengan lagu Jar of Hearts mengaku ia membuatkan dia menangis.
"Saya menangis dan tersenyum pada masa yang sama!" kata Perri dalam komen di akaun Twitter miliknya.
Perri menyatakan bahawa dia menganggap lagunya, A Thousand Years yang digunakan dalam klip video berkenaan sebagai satu penghormatan buat dirinya.
Pujian dua selebriti itu membantu klip video berkenaan ditonton hampir empat juta kali dalam tempoh seminggu klip video itu dimuatkan di laman sosial termasuk YouTube sekali gus menjadikan Tiah dan kini tunangnya, Audrey Ooi, 26, sebagai contoh kepada pasangan kekasih di seluruh dunia.
Memiliki kerjaya sebagai usahawan Internet, Tiah yang berusia 27 tahun berkata, dia sebelum ini tidak berminat untuk berkahwin selepas banyak mendengar kisah keruntuhan rumah tangga rakan-rakannya.
"Namun, saya menyedari tiada gadis lain yang menawan hati saya seperti yang dilakukan Ooi. Tidak ada gadis lain yang saya pernah terfikir dalam pertimbangan untuk dikahwini," kata Tiah kelmarin.
Klip video berkenaan memainkan lagu balad popular Perri, A Thousand Years dan dirakam oleh sebuah syarikat pengurusan perkahwinan.
Video itu menunjukkan Tiah membuat kejutan semasa Ooi makan malam bersama dengan rakan-rakan di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur pada 30 November lalu.
Ia menunjukkan Tiah dengan gementar berjalan memasuki pintu berkaca restoran itu dam melambaikan tangan untuk mendapatkan perhatian Ooi di restoran.
Ooi kelihatan bingung semasa Tiah yang tersenyum memegang beberapa poster yang mengandungi mesej dan kini menjadi popular di online.
Salah satu poster itu menyatakan: "Jika anda sukakannya, kenapa anda tidak menyarungkan sebentuk cincin."
Sebelum poster itu ditunjukkan, Tiah menunjukkan Ooi sekeping gambar watak animasi Puss in Boots dengan mata seperti merayu dengan ayat: "Sudikah anda berkahwin dengan saya."
Klip video lima minit itu berakhir dengan Tiah melutut dan menawarkan Ooi sebentuk cincin dan bunga.
Ooi sebak dan menawarkan lamaran itu.
Mereka berkenalan selama tiga tahun selepas bertemu pada majlis ulang tahun kelahiran Ooi.
Pemilik-pemilik laman blog mula menyiarkan klip video berkenaan selepas Seacrest menghebahkannya di Facebook dan Twitter pada 23 Disember lalu.
kredit : kosmo.com.my


ini videonya




sooooooo sweet!!!
Tim's blog -
timothytiah.com/2011/12/21/video-of-our-meme-proposal
Audrey's blog - fourfeetnine.com/2011/12/11/the-proposal

Daftar Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati

PROMO PENDEK Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati

APA YANG ADA?

Hari Pertama: 31 Disember 2011 (Sabtu)

12.00 – 3.00 ptg       Pendaftaran peserta di Masjid Negara

3.00 – 5.00 ptg          Pembahagian Kumpulan  & Solat Asar

5.00 – 6.30 ptg          Majlis Perasmian Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati

6.30 – 9.00 mlm        Siap diri/ Makan malam / Solat Solat Isyak

9.00 – 12.00 mlm     Persembahan 1000 Jiwa 1 Hati

12.00 – 4.30 pg          Rehat / Tidur

Hari Kedua: 1 Januari 2012 (Ahad)

5.00-5.45 pg               Qiamullail Perdana

5.45-7.00 pg               Solat Subuh  dan Tazkirah

8.00-10.00 pg            Larian Sihat Cergas 1000 Pemuda (sila bawa baju putih)

10.00-10.30pg           Sarapan pagi

10.30-11.30 pg           Majlis Penutup

11.30-12.00tgh          Sesi Fotografi

12.00 tgh hari              Bersurai

DI MANA ???

.

BILA ??

31 Disember 2011 – 1 Januari 2012

.

MACAM MANA NAK HADIR ??

Klik dibawah untuk mendaftar sebagai PESERTA

PESERTA: 13-25 tahun. PENYERTAAN MASIH DIBUKA! TERUSKAN MENDAFTAR (klik daftar dibawah)

FASILITATOR: 20-35

APA YANG PERLU DIBAWA?

  1. 1 helai pakaian berwarna putih utk lelaki / tudung putih untuk perempuan sebagai syarat kehadiran program (digunakan utk larian pada 1hb Januari)
  2. Pakaian yang menutup aurat & sesuai untuk majlis pada 31hb Disember
  3. Alas tempat tidur
  4. Plastik beg untuk menyimpan kasut sukan (sekiranya ingin membawa ke tmpt penginapan)
  5. Beg yang boleh dikunci atau disimpan barang dengan selamat

.APA YANG TIDAK PERLU DIBAWA?

  1. Barang-barang berharga yang menarik minat pencuri utk mencuri
  2. Pakaian melambangkan kepartian, menyentuh sensitiviti agama, kaum & masyarakat
  3. Pakaian menjolok mata & membuka aurat
  4. Senjata api atau apa sahaja bentuk senjata membahayakan

****UNTUK MAKLUMAN LANJUT boleh baca di blog Rauudhatussakinah dan Maharajaserius

Al-Fatihah : Hilangnya Sebutir Permata Berharga SMKAY

Semalam dapat satu berita sedih yang mengejutkan semua student and ex student sekolah aku dulu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan (SMKAY) tentang pemergian seorang guru yang sangat dekat di hati kami iaitu Teacher Rohayah. Rasa sebak sebab tak sempat jumpa dia masa kesekolah awal tahun haritu. Memang tak sangka arwah akan pergi secepat tu. Arwah masih muda dan belum pun lagi pencen. Tapi siapa kita nak menidakkan hukum dan ketentuan Allah SWT . Dia lebih menyayangi hambanya.

Teacher Rohaya adalah first teacher English sekolah menengah aku dulu. Dia mengajar masa aku Form 1. Arwah sangat sangat baik dengan students sampaikan semua student dah anggap arwah macam ibunda kami sendiri. Sifat keibuan arwah memang sangat tinggi sampaikan kita tak rasa yang dia tu sedang mengajar murid murid tapi sedang mengajar anak anak dia sendiri. Banyak benda yang aku belajr dari arwah. Macammana nak bercakap Englis dengan betul, macammana nak menulis dengan baik, macammana nak guna grammar dengan betul. Dan dalam masa mengajar jugak, arwah banyak bagi nasihat untuk semua student dalam kelas. Boleh umpamakan seperti seorang ustazah yang mengajar subjek English.

Terima kasih teacher sebab dah jadikan saya something dari anything. Nama teacher akan selalu terpahat dalam hati sanubari kami semua anak anak teacher di SMKAY. Jasad teacher pergi menghadap ilahi tapi kenangan kami semua dengan teacher tetap akan terpahat dalam hati sampai bila bila. Semoga teacher sentiasa dinaungi keredhaan Allah disana. Doa kami anak anak SMKAY tetap akan selalu bersama teacher. Selamat Tinggal Teacher Rohayah Abd Hamid. Mungkin suatu hari nanti kita akan jumpa lagi dengan ketentuan Allah SWT.

semoga roh Allahyarhamah ducucuri rahmat dan keredhaan Illahi . Mohon sedekahkan al Fatihah .

Allahhyarhamah Rohayah Abd Hamid

20 May 1957- 28 Disember 2011

AL-FATIHAH

Ujian Memandu Guna Kereta Auto Mulai Mei 2012

KUALA LUMPUR, 28 Dis — Cadangan penggunaan kenderaan transmisi automatik bagi ujian memandu akan dilaksanakan menjelang pertengahan tahun depan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata cadangan itu dijangka dilaksanakan di seluruh negara pada Mei setelah pengubahsuaian terhadap Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu siap.

“Kurikulum ini perlu diubah kerana sebelum ini ia mengandungi sistem ujian memandu menggunakan kereta manual tapi sekarang dah guna kereta automatik, jadi memang beza,” katanya kepada Bernama.

Abdul Rahim berkata kementerian tidak terburu-buru dalam melaksanakan ujian memandu menggunakan kenderaan automatik untuk berlaku adil kepada pengusaha institut atau sekolah memandu.

“Kita perlu beri masa kerana mereka perlu ganti kereta yang manual kepada automatik. Ini semua kos, jadi kita bagi mereka masa,” katanya.

Menurutnya walaupun dengan pengenalan penggunaan kenderaan transmisi automatik ini, terpulang kepada pelajar untuk memilih sama ada kenderaan manual atau automatik untuk belajar.

Abdul Rahim berkata apabila cadangan itu dilaksanakan, lebih ramai rakyat negara ini dijangka memiliki lesen memandu terutama golongan yang telah berumur dan wanita.

“Kita tahu tidak semua orang boleh bawa kereta manual sebab susah, jadi bila kita bagi dia buat ujian guna kereta automatik, mereka mesti suka,” katanya.

Mengenai kurikulum baru yang bakal diguna pakai, Abdul Rahim berkata pengubahsuaian itu memberi penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin.

“Sebelum ini kurikulum kita lebih kepada kemahiran dan pengetahun tentang undang-undang di jalan raya sebab itu kita ada ujian undang-undang dan ujian berkaitan kemahiran, tapi sekarang kita tambah satu elemen iaitu bagaimana untuk jadi pemandu lebih bertimbang rasa,” katanya.

Abdul Rahim berkata usaha melahirkan pemandu yang berdisiplin, berhemah dan bertimbang rasa dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan maut kerana 60 hingga 70 peratus kemalangan itu disebabkan faktor manusia.

Beliau juga berkata belum ada cadangan untuk menggantikan Sistem Kejara dengan sistem lain kerana ia masih relevan, malah digunapakai oleh banyak negara.

Katanya sistem itu akan terus dilaksanakan kerana ia dapat menjadikan seseorang pemandu lebih berhati-hati ketika di jalan raya sekaligus dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

“Kalau sistem ini tiada pemandu tidak takut jadi mereka boleh buat ikut suka di jalan, jadi kalau ada sistem ini mereka lebih hati-hati kerana bila mata Kejara mereka lebih daripada 15, lesen akan digantung,” katanya.

Honda Thailand Lupus 1500 Kereta Baru Ditenggelami Banjir

SEJUMLAH kereta Honda yang rosak akibat banjir menunggu untuk dimusnahkan di sebuah loji kereta syarikat tersebut di wilayah Ayutthaya, tengah Thailand semalam.

BANGKOK - Pembuat kereta No.1 Jepun, Honda mula memusnahkan sebanyak 1,055 buah kereta buatannya di Thailand semalam.
Tindakan itu dilakukan bagi meyakinkan para pelanggan bahawa tiada kenderaan yang rosak akibat banjir di negara berkenaan dijual kepada mereka.
Honda dalam satu kenyataan memberitahu, proses memusnahkan semua kenderaan di kilang Honda di tengah wilayah Ayutthaya itu dijangka mengambil masa selama sebulan.
Kilang Honda terletak di Taman Industri Rojanam yang merupakan kawasan yang ditenggelami air pada awal Oktober lalu.
Bencana berkenaan menyebabkan pengeluaran kilang tersebut terpaksa dihentikan manakala gambar-gambar dari udara menunjukkan ratusan buah kereta Honda digenangi air berselut.
"Walaupun kami dapat memindahkan banyak kereta baharu ke kawasan selamat, sejumlah kereta yang ada di kilang ini rosak akibat banjir," kata Timbalan Presiden Eksekutif Honda Automobile Thailand, Pitak Pruittisarikorn.
"Kami tidak menjual kereta yang rosak ini kepada pelanggan, menjual atau mengguna semula sebarang bahagian kenderaan tersebut," tambahnya.
Kebanyakan kereta yang akan dimusnahkan merupakan model kereta sedan saiz pertengahan seperti Honda City, Honda Brio dan Honda Jazz.
Lebih 700 orang terkorban dalam banjir yang menjejaskan 65 daripada 77 wilayah yang terletak di kawasan rendah di Thailand sejak beberapa bulan lalu.
Banjir tersebut turut menyebabkan tujuh taman industri utama terpaksa ditutup sekali gus mengganggu rangkaian bekalan global.

warghhhhh!!!! nak menangis aku tengok kereta ni dilupuskan macam tu aje. Nak dapat sebijik pun tengah mati kerja.!!! Kuasa Tuhan tak siapa boleh lawan .

Tutorial Recent Post Dengan Fungsi Scrolling

Ada yang bertanya macammana nak buat widget Recent Post yang disertakan dengan scroll seperti yang terdapat dalam blog aku. Boleh tengok dibahagian sidebar , atas sekali. Recent post berfungsi untuk menunjukkan entry terbaru anda yang dibuat. Ia boleh meningkatkan pageview anda kalau readers berminat dengan tajuk dan klik pada recent entry . Semestinya kita nak semua entry kita dibaca oleh readers kan?Dan yang specialnya, recent post ni aku dah attached sekali dengan kod scrolling supaya ia tak mengambil terlalu banyak ruang dibahagian sidebar.(Tengok no.2 dalam gambar dibawah ) Mesti korang nak lebih area untuk widget lain kan?  Recent post widget adalah salah satu cara untuk menarik minat readers membaca. So macamana nak buat? Ikuti cara cara yang sangat mudah ni .

image

   1.  Buka Dashboard > Design > Page Element > Add A Gadget > HTML/Java Script.

   2. Pastekan code dibawah di dalam widget HTML/Java Script

<div style="overflow:auto; height:400px;width:320px;">


<script style='text/javascript' src='http://blogergadgets.googlecode.com/files/recentpostswidgetv1.js'></script><script style='text/javascript'>var numposts = 100;var showpostdate = false;var showpostsummary = false;var numchars = 100;</script><script src='http://MASUKNAMABLOG.blogspot.com/feeds/posts/default?orderby=updated&alt=json-in-script&callback=showrecentposts'></script>

</div>

**Ubah pada bahagian MASUKNAMABLOG dalam kod diatas dengan link blog anda sendiri. Ini penting, kalau tak , tak akan menjadi.

    3.  Savekan widget anda dan siap. Cuba preview dan kalau dah ikut dari langkah mula. Confirm akan menjadi.

##Sekian. Ada masalah dan pertanyaan boleh tinggalkan komen okeh? 

Nak lagi banyak tutorial blogging yang mudah dan senang? Cuma klik pada banner dibawah .


Tarikh Akhir Permohonan IPTA Lepasan SPM 31 Disember 2011

KUALA LUMPUR - Pelajar yang ingin memohon untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan politeknik premier bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Fasa 1, sesi akademik 2012/2013 diminta segera berbuat demikian kerana permohonan tersebut akan ditutup pada 31 Disember ini.

Menurut satu kenyataan daripada Kementerian Pengajian Tinggi, pengisian borang permohonan tersebut boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web www.upu.my yang dibuka sejak 16 November lalu.

Kata kenyataan itu, sebelum mengisi aborang tersebut, pemohon perlu mendapatkan nombor pengenalan yang boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau menggunakan mesin pengeluaran wang automatik bank berkenaan dengan harga RM10.60.

"Setelah menyemak permohonan melalui laman web tersebut, pemohon perlu klik pada butang sah dan hantar untuk mengesahkan permohonan tersebut telah diterima," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, pemohon juga dinasihatkan supaya mencetak maklumat permohonan untuk simpanan dan rujukan permohonan pada masa depan.

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan itu, pelajar yang berminat boleh merujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi melalui talian 03-8883 5858 atau melayari laman web www.upu.mohe. gov.my.

**so cepat cepat ye adik adik . Ada masa  2 hari je lagi bagi yang belum membuat permohonan.

KOSMO

ENTRY TERDAHULU:

Tonton Movie Terbaru Online Free : Watch Free Online Movie

Gambar Khairul Fahmi Che Mat Hiasi Muka Depan Majalah GLAM Januari 2012

Black Berry Empathy Concept Mobile Yang SuperCanggih!!!

Tonton Movie Terbaru Online Free : Watch Free Online Movie

Gambar Khairul Fahmi Che Mat Hiasi Muka Depan Majalah GLAM Januari 2012

Black Berry Empathy Concept Mobile Yang SuperCanggih!!!

Isteri Orang Dicekup Berpeluk Telanjang Bulat Dengan Kekasih

ALOR GAJAH: Seorang wanita yang juga isteri orang ditemui dalam keadaan mengaibkan apabila berpelukan dalam telanjang bulat dengan teman lelakinya dalam bilik di sebuah rumah Kampung Baru Lendu, Alor Gajah, pagi kelmarin.
Lebih memalukan apabila kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu disedari pemilik rumah berkenaan, Sutini Hamzah, 61, bersama anak lelakinya, Ainol Adnan, 38, yang datang ke rumah itu selepas dimaklumkan jiran mengenai tindakan sepasang kekasih tidak dikenali menginap di rumah mereka tanpa kebenaran.
Ainol ketika ditemui berkata, sebaik dia dan ibunya tiba di rumah itu, mereka mendapati pintu pagar depan, tingkap dan pintu utama rumah terbuka luas seperti sudah lama ditinggalkan.
Katanya, dia memberi salam sebanyak tiga kali, namun tidak bersahut sebelum masuk ke dalam rumah yang mempunyai empat bilik itu untuk melakukan pemeriksaan, namun mendapati tiada sebarang kesan rumah itu diceroboh.
“Bagaimanapun, apabila saya dan ibu masuk ke bilik terakhir, kami terkejut apabila terserempak sepasang kekasih bertelanjang bulat dalam keadaan berpelukan nyenyak tidur seperti orang kepenatan.
“Gelagat mereka sedang berpelukan intim di atas katil amat mengaibkan, malah mereka tidak sedar kehadiran kami,” katanya


Aduhh, dah la isteri orang, kena tangkap dengan kekasih, telanjang pulak tu, pastu masuk rumah orang tanpa kebenaran, kantoi pulak dengan tuan rumah and anak dia. Apa penyakit la dengan manusia macam ni aku pun tak faham. Dah “gersang” sangat pun agak agak la. Nak buat projek pun cari la tempat yang aib tak dibuka.  Dosa tanggung sendiri la kan dah nak buat sangat. Jadi macam ni, sampai mati orang ingat dan sampai mati la ko malu . Tua tua nanti bila difikirkan balik, menyesal tak sudah. So berfikirlah sebelum buat sesuatu perkara bodoh.


 

myMetro

Leina Hangat Perjelas Isu Gambar “Panas”

Isu Leina Hangat dengan penyebaran gambar yang memang “hangat” menjadi sensasi dan kritikan ramai bloggers dan masyarakat kerana aksi yang dikatakan “melampaui batas” dan sama seperti “ pelacur” . Leina Hangat melalui portal Murai,com memberi penjelasan yang mengatakan beliau hanya ingin menjadi pengibur popular.

Dengan rendah diri, saya hanya melengkapkan tugasan saya dengan menghiburkan tetamu, bukan menjual diri dengan adengan mengiurkan. Memang saya berpakain seksi tetapi itu keselesaan saya.

Saya masih tahu batasnya dan saya tahu apa yang boleh buat, apa yang tidak boleh. Saya tidak begitu bodoh melakukan perkara tidak elok, tambahan pula dikhalayak ramai. Mungkin ada orang salah tafsir persembahan saya malam itu.

Kenapa hanya lihat keburukan saya, sedangkan itu tanggungjawab saya sebagai penghibur? Kenapa perlu menjatuhkan saya sedangkan itu sumber pencarian saya? Saya hanya mahu jadi penghibur profesional.

Nak jadi popular pun takkan la sampai macam tu sekali kan? Siapa yang tengok pon akan kata “pelacur” . Tapi tak apalah. Apa kata kita bersangka baik. Mungkin itu kesilapan beliau. Semua manusia ada melakukan kesalahan. Kalau kita yang tak berhak ni asyik menghentam. Bila masalah akan selesai betul tak? So lebih baik kita bersangka baik. Mungkin beliau bukan “seburuk” yang kita sangkakan. Who knows right?

**Semoga beliau “berubah” . InsyaAllah.

Hantu Kak Limah Alam Nyata Merayau Di Terengganu

Isu hantu Kak Limah di Terengganu antara cerita hangat jugak semalam. Lawak pun ada jugak bila mengenangkan cerita Mamat Khalid yang lawak tu. Bila diingatkan yang Kak Limah nyanyi lagu enjit enjit semut, aku terbayang benda yang sama jadi dengan keluarga Mazlan Ali. Tapi dalam masa yang sama, kesian jugak sebab setiap hari diganggu. Siapa tahan kan benda benda macam tu. Tambah pulak ada anak lagi. Mesti trauma habis. Hantu ni cuma istilah orang orang kita panggil ja tapi hakikatnya semua tu kerja jin dan syaitan yang memang kerjanya menyesatkan manusia dan mengganggu. InsyaAllah ada jalan penyelesaiannya.

seram jugak ni kalau jadi betul betul . Mau tak cukup tanah lari kalau jumpa.


Tawar usir hantu Kak Limah

MARANG – Terkejut. Itulah perasaan Mazlan Ali sebaik sahaja bangun dari tidur pagi apabila telefon bimbitnya tidak putus-putus berdering selepas kejadian seram yang dialaminya disiarkan di muka hadapan Sinar Harian semalam.
Sehingga jam 5 petang semalam, Mazlan menerima lebih 100 panggilan telefon dan 50 mesej melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dari seluruh pelosok negara.
Sinar Harian semalam menyiarkan kisah lembaga misteri berambut panjang yang kadangkala menutup kepala dengan kain batik. Rupanya seperti watak hantu Kak Limah dalam filem komedi ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ yang didakwa mengganggu keluarga itu sejak lebih seminggu lalu.
Selain Mazlan, anaknya juga dihujani panggilan telefon dan SMS daripada orang ramai, ada yang sedia menawarkan khidmat untuk mengusir lembaga itu dan ada juga yang memberi cadangan agar keluarga itu bertemu pakar bagi mengatasi masalah tersebut.
Salah seorang anak Mazlan, Mohd Syawal, 22, ketika dihubungi semalam berkata, pakar dimaksudkan oleh pemanggil terbabit ialah tokoh agama, termasuk dari kawasan Pantai Timur yang dikatakan mampu menamatkan gangguan lembaga misteri itu.
“Ada yang menyuruh saya menghubungi Ustaz Fauzi, Ustaz Ariffin dan ramai lagi ustaz yang mahir mengenai perkara ini yang tinggal di negeri ini dan juga di negeri lain. Namun saya belum menghubungi sesiapa kerana bimbang kos bayaran yang bakal dikenakan.
“Kami bimbang kos mengusir lembaga misteri itu menelan belanja ribuan ringgit. Jika murah pun belum tentu kami dapat menyediakan wang dalam masa singkat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, di sini, semalam.
Mohd Syawal memberitahu Sinar Harian, kisah keluarganya itu turut mendapat perhatian pihak media lain dan orang perseorangan yang ingin membuat liputan mengenai kisah yang didedahkan melalui akhbar ini.
Keluarga Mazlan dan empat lagi keluarga anaknya, termasuk Mohd Syawal, tinggal berasingan bersama keluarga masing-masing di kawasan itu. Mereka dikatakan berada dalam ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu.
Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan merayau-rayau sekitar kawasan lima buah rumah keluarga Mazlan di situ saban malam. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.
Menguatkan lagi dakwaan itu, Mohd Syawal turut menunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu.
Sinar Harian kelmarin juga menyiarkan kejadian menyeramkan itu dialami ahli keluarga terbabit bermula selepas mereka membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah pusaka keluarga itu dari Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah Mohd Syawal.
Selain itu, ahli keluarga terbabit turut mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang itu sering merayau sekitar lima buah rumah keluarga itu dari waktu malam hingga ke Subuh, sebelum menghilangkan diri.
Sementara itu di Facebook Sinar Harian, lebih 6,000 pengunjung membaca berita ini, manakala terdapat 60 komen daripada pengunjung. Sebahagian besar pengunjung laman sosial itu bersetuju dengan pendapat imam dalam berita tersebut yang menyarankan Mazlan melakukan solat hajat dan menunaikan solat dengan lebih khusyuk.

sumber

usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update