Akibat Hantaran, Perkahwinan 11.11.11 Jam 11.11 AM Berakhir Dengan Perceraian
Seorang lelaki Bangladesh yang berkahwin pada 11.11.2011 pada pukul 11.11 pagi akhirnya bercerai dengan isterinya beberapa minit selepas majlis perkahwinan mereka berlangsung.
Lelaki Bangladesh itu, Shawkat Ali Khan berkata, dia tidak mengetahui kenapa isterinya itu bertindak keluar dari majlis perkahwinan mereka.
Namun, pasangannya itu, Farzana Yasmin berkata, dia berasa marah ekoran permintaan keluarga Shawkat yang mahu hantaran perkahwinan termasuk sebuah peti sejuk dan sebuah televisyen.
Amalan hantaran perkahwinan oleh pengantin wanita telah dilarang di Bangladesh.
"Untuk menjadikan majlis tersebut istimewa, saya mengeluarkan kad mahal, mengundang rakan dan saudara-mara untuk menyertai majlis perkahwinan," kata Shawkat yang berusia 32 tahun.
Menurutnya, majlis itu diadakan pada pukul 11.11 pagi pada 11.11.2011.
"Majlis itu berlangsung di sebuah masjid tepat pada waktu itu," katanya yang merupakan seorang guru besar.
Dia percaya 11 merupakan nombor yang bertuah.
"Kami telah merancang parti selepas perkahwinan dua hari kemudian.
"Saya menunggu majlis yang mempunyai nombor tersebut selama bertahun-tahun lamanya.
"Saya tidak mengetahui bahawa ia akan berakhir," tambahnya.
Farzana yang berusia 27 tahun dipuji oleh ramai penduduk Bangladesh kerana pendiriannya berhubung hantaran perkahwinan itu.
Amalan hantaran dalam perkahwinan itu dikritik kerana keluarga pengantin perempuan perlu memberikan hadiah yang mewah kepada si suami.
Ketua polis tempatan, Babul Akhter menyokong dakwaan Farzana dengan menyatakan perkahwinan tersebut berkecai berhubung ekoran tuntutan hantaran yang dibuat oleh ibu saudara Shawkat semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Namun, Shawkat menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan dia berkemampuan untuk tidak menerima hantaran itu.
Macammana nak dapatkan RM1000 sebulan dengan blog???ini rahsia kita dua ja
Tak Tahan Tengok Adik Ipar Mandi Bogel
“Yang Arif, saya melakukan perbuatan itu kerana tidak tahan melihat dia mandi berbogel, ditambah lagi ketika itu bekas isteri saya sedang berada di hospital melahirkan anak bongsu kami,” jawapan spontan tertuduh, Awang Ismail, 52, selepas mengaku bersalah merogol bekas adik iparnya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Duda kepada tiga anak itu tanpa segan silu mengaku, merogol bekas adik iparnya yang ketika itu baru berumur 15 tahun sehingga melahirkan seorang anak perempuan pada 4 Jun 2010 disebabkan kurangnya keimanan dalam diri untuk melawan godaan nafsu syaitan itu.
## opportunity to be a Hollywood star and celebrity for a night!
Bagaimanapun, perbuatan keji tertuduh yang beralamat dari Kampung Alor Batu, Jabor, Kuantan itu terbalas selepas hakim, Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman penjara selama 32 tahun selepas pengakuan bersalah tertuduh atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 376 B (1) Kanun Keseksaan itu direkodkan.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh pada :Ogos 2009, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Limau Nipis, Bukit Payong, Marang telah melakukan persetubuhan dengan mangsa.
Manakala, mengikut pertuduhan kedua, tertuduh dituduh sekali lagi melakukan perbuatan terkutuk itu di tempat sama pada September 2009.
Zainal Abidin kemudiannya menjatuhkan hukuman 16 tahun penjara bagi pertuduhan pertama dan 16 tahun penjara untuk pertuduhan kedua yang diarahkan berjalan secara berasingan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela.
Mengikut fakta kes, mangsa yang ketika itu berumur 16 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payong pada 27 Jun 2010 dengan mengatakan dirinya telah dirogol dan telah pun melahirkan seorang bayi perempuan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun.
Rentetan laporan polis dibuat, pada 7 Julai 2010, polis telah menjalankan siasatan terhadap tertuduh yang ketika itu masih berstatus abang ipar mangsa dan telah mengambil sampel darah mangsa bagi tujuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Hasil ujian didapati, mangsa telah dirogol oleh tertuduh berdasarkan keputusan laporan kimia DNA yang diperoleh pihak polis setelah pihak Jabatan Kimia membuat perbandingan antara DNA mangsa, anak mangsa dan tertuduh.
Bagaimanapun, selepas mengetahui dirinya diburu, tertuduh telah melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh anggota polis Balai Polis Jaya Gading, Pahang, pada 30 September lalu, kira-kira jam 1.40 pagi.
Dengan itu, tertuduh telah didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.
sumber : Illustrasiaku
nasihat kepada anak anak gadis, jaga jagalah semasa anda mandi. Mungkin boleh pakai kain basah. Kalaupun nak mandi tak nak pakai apa apa, pastikan tiada satu lubang pun yang terdedah kepada kaum lelaki ni.Walaupun saudara serumah. Even bapa atau adik atau abang sekalipun. Jangan sesekali buat mereka “terangsang” . Kita tak tahu tahap iman seseorang. Tok aji serban pun boleh rebah kalau hal hal macam ni. Teringat pulak satu skrip dari filem Merong Mahawangsa yang diucapkan oleh Kamawas lakonan Khir Rahman .katanya “ Empangan kalau sudah dibuka, tak boleh ditahan airnya” lebih kurang macam tu la. SO faham faham la ek dengan lelaki ni. Berjaga jaga .!! Sorry kalau korang rasa tajuk atas tu over sangat. hehehee
entry lepas :
Masyarakat China Yang Makan Manusia Hidup Hidup
Wasiat Bertulis Terakhir Muammar Ghaddafi
GADDAFI : RAHSIA TERSEMBUNYI YG AMAT DIGERUNI YAHUDI LAKNATULLAH
Senarai Insentif Yang Diumumkan Dalam Bajet 2012
Hari ni tumpuan utama adalah Bajet 2012 yang diumumkan oleh PM Malaysia pada petang tadi. Bajet kali ini nampak sangat berkebajikan . Mungkin kerana PRU dah dekat? Mungkin jugak. Siapa tahu kan? Menarik sebab yuran sekolah peringkat rendah dan menengah akan dimansuhkan bermakna ibu bapa tak perlu lagi membayar yuran anak anak ke sekolah. Dan sekali lagi, Najib sangat menjaga warga Felda kerana sekali lagi warga warga Felda akan bergelar jutawan selepas Najib mengumumkan durian runtuh untuk mereka. Apa intipati bajet dan insentif yang diumumkan ? Boleh baca senarai insentif bajet 2012 dibawah :
— Skim saraan baru yang dikenali sebagai Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan gaji satu lapis bakal menawarkan kenaikan tahunan RM80 hingga RM300 mulai tahun depan
— Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500
— Bantuan persekolahan RM100 akan diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara mulai tahun depan
— Warga emas berusia 60 tahun ke atas dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan
— Kerajaan akan membina lebih banyak hospital dan menaik taraf hospital sedia ada di samping menambahbaikan 81 klinik kesihatan luar bandar sedia ada serta membuka 50 klinik 1Malaysia
— Buat pertama kalinya, kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan mulai tahun depan
— Bagi mengenang jasa polis khas dan polis tambahan pada zaman darurat, kerajaan akan memberi insentif RM3,000 kepada setiap bekas anggota polis, duda dan balu
— Mulai tahun depan, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred
— Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500
— Umur persaraan wajib penjawat awam akan dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan mereka
— Peneroka Felda akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan
— Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013
— Seramai 600,000 pesara kerajaan akan mendapat kenaikan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun.
## tak semua insentif dipaparkan dalam laman ini.
Bajet kerajaan memperuntukkan RM 232.8 billion untuk rakyat , manakala bajet yang diumumkan oleh Pakatan Pembangkang pada isnin lepas berjumlah RM 220billion. Secara atas kertas, kerajaan menang. Tapi bagaimana pulak dengan pelaksanaan bajet tersebut? Yang dirancang tak selalunya berjalan seperti yang diinginkan sebab banyak tangan tangan “jahat” yang nak menyeluk poket kerajaan dan ambil wang rakyat untuk kepentingan sendiri. Semoga bajet kali ini memberi manfaat kepada rakyat yang “membayar cukai” untuk kesenangan diri mereka sendiri. Bukan membayar cukai untuk menyenangkan menteri menteri dan orang orang atas yang sememangnya dah kaya.
Sumber rujukan : malaysianinsider
4 Penuntut UiTM Machang Maut Kemalangan Selepas Balik “Overnight”
MACHANG – Hasrat lima penuntut untuk melepaskan tekanan selepas tamat peperiksaan bertukar tragedi apabila kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM4.2 Jalan Machang-Pasir Puteh pada Khamis mengakibatkan empat daripada mereka maut.
Dalam kejadian pada pukul 5.30 pagi itu Mohd Shamil Malik, dari Batu Pahat, Johor dan Mohd Rizal Mohd Zain, dari Kluang, Johor, mati di tempat kejadian.
Sementara Mohd Faizuddin Jamil, 19, dan Sazuan Rosli, 19, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dekat sini, kata Ketua Polis Daerah Machang DSP Malek Bedut kepada pemberita di sini, Khamis.
Beliau berkata kesemua penuntut berusia 19 tahun itu merupakan penuntut tahun dua dan tiga jurusan seni reka tangan halus di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Machang.
Mohd Faizuddin dan Sazuan pada awalnya mengalami cedera parah telah dihantar ke Hospital Machang untuk menerima rawatan, dan kemudian dipindahkan ke HUSM untuk mendapatkan rawatan rapi akibat kecederaan mereka.
Beliau berkata Mohd Faizuddin meninggal pada 4.30 petang dan Sazuan meninggal dunia sebaik diberikan rawatan kecemasan di HUSM.
Malek berkata sementara seorang pelajar Haziz Jailani dari Batu Pahat, diberi rawatan pesakit luar di Hospital Machang.
Difahamkan lori berkenaan cuba membuat pusingan-u sebelum kemalangan itu berlaku dalam keadaan gelap. Pemandu lori itu tidak cedera.
Seorang rakan kumpulan penuntut itu, Mohd Fakaruddin Mahyi, 19, memberitahu pemberita mereka baru tamat peperiksaan dan ingin melepaskan tekanan peperiksaan di Pantai Cahaya Bulan, Kota Baru.
Mohd Fakaruddin berkata pada mulanya dia bercadang mengikuti rombongan itu tetapi membatalkannya kerana kereta Perodua Kenari berkenaan telah penuh. – BERNAMA
sumber : Berita Harian
Semoga roh semua jenazah yang terkorban dicucuri rahmat Tuhan. Ambil iktibar dari apa yang terjadi. Jangan fikir nak seronok sangat. kes ni terjadi lepas semua mangsa baru balik dari “overnight” selepas habis fibal exam. Aku pun kadang kadang buat benda benda macam ni. Habis exam nak lepas tensyen, pergi ramai2 nak lepak .Takut pulak aku baca berita ni. Moga dijauhkan dari perkara perkara macam ni.
Video Dan Gambar Bayi Dicampak Dari Tingkat 2 : Gambar Suspek Campak Bayi
Pakatan Rakyat Umum Bajet 2012 Versi Pakatan
Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Kini Buruan SKMM dan Interpol


Menurut berita Bernama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendakwa Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara' yang menghina Allah SWT, Islam, Nabi Muhamad SAW, dan agong menetap di Sweden.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara'.
Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita di sini, Rabu.
"Maklumat mengenai keluarganya sudah diperoleh dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu," katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.
Menteri itu berkata, oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana 'berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa'.
Bagaimanapun, menteri berkenaan berkata SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberikan isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes itu.
Menurutnya individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air.
Alhamdulillah sangat sebab kes ni dah diambil tindakan oleh pihak SKMM yang nak bekerjasama dengan Interpol untuk heret mak cik kurang hajar ni. Jatuhkan hukuman paling berat untuk lahanat ni. Perosak Islam. Aku baru lepas baca beberapa post dalam blog lahanat ni. (Harap blog ni cepat cepat dipadamkan. Memang rasa sedih dan rasa nak penerajang muka dia kalau jumpa depan depan. Rupa rupanya si makcik ni pengecut . Duduk di Sweden patut la dia berani sangat nak cabar SKMM . haa amik kau Interpol pun dah masuk campur. Habis la kau mak cik.Hopefully cepat cepat la kes ni selesai. Kita heret perempuan murtad ni ke muka pengadilan.
Video Dan Gambar Kebakaran Kolej Jati UiTM Shah Alam
Aku baru tau cerita tentang kebakaran Kolej Jati UiTM bila bukak laptop pagi ni. Kejadian ni dah berlaku dari semalam lagi tapi kenapa tah macam tak ada berita pun yang menyampaikan . Maybe sebab classmate aku tak ada yang stay kat kolej tu kot. Kejadian kebakaran ni berlaku di tempat pembuangan sampah dan api menjulang tinggi . Alhamdulillah kebakaran tak totally ranapka bangunan dan tak ada nyawa yang terlibat dengan kejadian ni. Dikatakan jugak yang punca kebakaran adalah kerana “sepuntung rokok’. See? dah la rokok tu dah memang menyusahkan. Sekarang menyusahkan orang ramai pulak.
Dan ini ulasan yang dibuat oleh blogger yang maybe stay kat kolej tu jugak kot.
Ulasan blogger Falihin Jasmy: “Assalamualaikum readers dan salam 1dunia…selepas Empire Subang Shopping Gallery meletup kira-kira 3.45 pagi tadi, Kolej Kediaman Jati yang menempatkan pelajar lelaki pula telah terbakar. Sebab kejadian masih lagi dalam siasatan. Berikut adalah video yang sempat dirakamkan oleh pelajar yang tinggal di kolej tersebut. Berikut merupakan gambar Naib Canselor Uitm Shah Alam, Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, yang mengadakan lawatan ke Kolej Jati sebaik sahaja menerima aduan kebakaran.”
Dan ni pulak video yang dirakam oleh salah sorang penghuni semasa kejadian
ada yang merungut tentang aspek keselamatan Kolej tersebut dan dikatakan jugak cuma ada satu tangga untuk selamatkan diri. Bila dah jadi macam ni macam macam statement keluar. Bangunan tak ada CF la., macam macam. Bila dah jadi baru nak sedar. Tapi ada sorang budak kolej ni jugak bagitau :
dan lepas kejadian tu. Naib Canselor Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan Timbalan Naib Canselor ada melawat tempat kejadian.
Kesimpulan yang boleh kita ambil dari kejadian ni
JANGAN HISAP ROKOK.
- Kalau nak hisap jugak, puntung tu jangan la buang merata rata. Nak buang, pijak la dulu bagi api habis padam
- Jangan buat endah tak endah bila latihan kebakaran sebab benda tu akan sangat berguna time kejadian macam ni jadi. Kalu tak amik tahu, bila terjadi apa apa mula la nak gelabah biawak tak tau nak buat apa.
Sumber :

