usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Lee Chong Wei Juara Badminton Terbuka Malaysia 2012

Keputusan Separuh Akhir Badminton Terbuka Malaysia | Lee Chong Wei Mara Ke Final

KUALA LUMPUR - Selepas membalas dendam ke atas seteru utama, Lin Dan pada Terbuka Korea minggu lalu, Datuk Lee Chong Wei melengkapkan kebangkitannya pada 2012 dengan melunaskan pula dendam ke atas Chen Long semalam untuk melangkah ke final Terbuka Malaysia hari ini.

Chong Wei, yang kalah dalam pertemuan terakhir dengan jaguh muda China itu pada Siri Super Masters Akhir, bulan lalu bagaimanapun tidak diberi laluan mudah untuk melepasi halangan, sebaliknya diheret dalam pertarungan satu jam, 15 minit sebelum menang 21-18, 17-21, 21-13.

Biarpun 9,000 penyokong di Stadium Putra, Bukit Jalil kecewa dengan penarikan diri juara dunia 2010, Chen Jin yang cedera buku lali kanan ketika berdepan bintang Jepun, Kenichi Tago dalam satu lagi separuh akhir, namun kejayaan Chong Wei ke perlawanan akhir buat kali kelapan lebih daripada cukup menggembirakan mereka.

Malah, kemenangan ini meletakkan juara All England itu selangkah lagi untuk menyamai rekod kejohanan yang dipegang legenda badminton negara, Wong Peng Soon yang menjadi juara terbanyak Terbuka Malaysia sebanyak lapan kali pada 1953, 1952, 1951, 1950, 1949, 1947, 1941 dan 1940.

Chong Wei, 29, sudah meraih tujuh kejuaraan pada 2011, 2010, 2009, 2008, 2006, 2005 dan 2004, selain muncul naib juara 2003 selepas kalah kepada bintang China, Chen Hong dalam perlawanan akhir.

Hari ini, dia memegang kelebihan psikologi yang amat besar ke atas Tago kerana telah menumpaskan naib juara All England 2010 itu dalam semua 10 pertemuan mereka sebelum ini, malah menang dalam pertemuan terakhir di Terbuka Korea, minggu lalu.

"Chong Wei sentiasa memiliki kelebihan ke atas saya, apatah lagi kali ini kami bertemu di depan penyokongnya. Saya kecewa kerana Chen Jin tidak turun beraksi hari ini, saya sangat bersedia untuk bertemu dengannya, mungkin tenaga yang tidak digunakan itu akan bantu saya menghadapi Chong Wei esok," kata Tago.

Chong Wei, yang kalah tiga kali kepada Chen Long tahun lalu mungkin tidak bermain seagresif kebiasaan, malah seketika dilihat memperlahankan permainan dan tidak berani melakukan terlalu banyak smash, namun bagi mengimbangi tenaga muda Chen Long, ia dilihat taktik yang bijak.

Malah, fokus juga menjadi aspek yang harus diberi tumpuan pemain No. 1 dunia itu menjelang Sukan Olimpik 2012, enam bulan dari sekarang kerana semalam, dia dilihat mampu mengatasi Chen Long hingga 14-7 dan 16-14 di set pertama tetapi agak terleka hingga membenarkan lawan mengejar 18-18, sebelum mengakhiri saingan 21-18 dalam masa 23 minit.

Set kedua pula menyaksikan Chen Long lebih agresif dan Chong Wei pula melakukan banyak kesilapan di jaring, selain kerap memberi bola tinggi yang membolehkan pemain China itu melakukan smash. Dia akhirnya tewas 19-21.

Set ketiga juga agak mendebarkan di awal saingan, Chong Wei yang pada mulanya tampak memperlahankan permainan ketinggalan 3-7, 4-8 sebelum mengejar 8-8 dan meninggalkan lawan 11-8, 17-12 dan akhirnya 21-13.

"Pada kedudukan 4-8 di set ketiga, saya cuba melupakan semua tekanan dan melakukan serangan demi serangan, ia nyata menjadi. Selepas berjaya mengejar, saya mendapat semula keyakinan, malah sokongan padu penonton benar-benar membantu. Selagi bulu tangkis tidak jatuh ke lantai, selagi itu saya cuba mengangkat.

"Mengenai pertemuan dengan Tago esok, sudah tentu dia lebih cergas kerana Chen Jin tiba-tiba menarik diri, sedangkan saya terpaksa bertarung lebih satu jam. Apa pun, saya tidak mahu fikir perlawanan itu sekarang, saya mahu menikmati kemenangan ini dan turun dengan aksi terbaik kemudian," kata Chong wei.

Sementara itu hasrat pasangan muda negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying untuk melakar kejutan terbesar dalam beregu campuran berakhir dengan kekalahan mudah 13-21, 16-21 di tangan juara dunia dan pilihan pertama, Zhang Nan-Zhao Yunlei dari China.

Pertarungan akhir beregu lelaki pula menemukan dua pasangan yang tidak diduga dan kedua-duanya beregu bukan pilihan, Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu dari Taiwan serta Cho Gun Woo-Shin Baek Choel dari Korea.

Chieh Min-Sheng Mu yang mengejutkan beregu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada Terbuka Korea minggu lalu mara selepas menumpaskan Hirokatsu Hashimoto-Noriyasu Hirata dari Jepun 21-19, 18-21, 21-12, manakala Gun Woo-Baek Choel menyingkirka pilihan ketiga dari China, Chai Biao-Guo Zhendong 26-24, 23-21.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

Keputusan Penuh Bolasepak Liga Super Malaysia 2011 / 14 Januari 2012

Sabah (2) vs (1) Sarawak


Kuala Lumpur (0) vs (3) T-Team


Kedah (0) vs (0) Lions XII


Johor FC (0) vs (2) Negeri Sembilan


Terengganu (3) vs (0) Felda United


Selangor (1) vs (0) Perak

Cerita Sebenar Pengislaman Kaka

Beberapa hari yang lalu, heboh kisah pemain bola sepak terkemuka dunia , Kaka yang dikatakan memeluk Islam bersama isteri. Cerita dan khabar angin ni keluar selepas beberapa gambar Kaka bersama penduduk Islam dirakam bersama didalam sebuah masjid. Sampaikan ada yang update di wall status facebook “ Alhamdulillah, Kaka dah masuk Islam “ walhal belum pasti lagi pengislaman beliau. Tapi itu bukan kebenarannya, Yang sebenarnya, Kaka bersama keluarganya ke Masjid Bastakiya di Dubai tetapi bukanlah untuk masuk Islam. Di bawah merupakan gambar Kaka Bersama Keluarganya melawat Dubai.

Kaka mengucapkan terima kasih kepada orang – orang yang menyebarkan gambar Kaka di Dubai.

Kaká sebenarnya dijemput oleh DTCM (Jabatan Pemasaran Pelancongan danPerdagangan Dubai ).

Kaká berkata: “Dubai adalah sebuah bandar yang indah dan salah satu yang paling baik di dunia. Saya amat berbesar hati untuk berada di sini untuk percutian keluarga. Saya mengucapkan terima kasih kepada DTCM peluang indah yang diberikan kepada saya untuk melawat emiriah itu. Saya terharu dengan layanan Saya senang di sini dan kami merancanguntuk datang lagi ke Dubai tidak lama lagi. ”

Pada mesyuarat itu, mereka membincangkan promosi dan pemasaran Dubai sebagai destinasi sukan di seluruh dunia dan bagaimana DTCM telah mempromosikan bola sepak melaluipelbagai inisiatif, termasuk edisi baru-baru ini diadakan keempat Cabaran Bola Sepak Dubai.

InsyaAllah dengan ketentuan Allah, mungkin satu hari nanti beliau akan memeluk Islam ? Sama sama kita doakan.

SUMBER

Gol Nazmi Ke-7 Terbaik Dunia Minggu Ini

BIARPUN skuad Olimpik negara pimpinan Ong Kim Swee tewas kepada Bahrain dalam Kelayakan Sukan Olimpik London Ahad lalu, namun salah satu jaringan yang dihasilkan pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor tercatat sebagai gol ketujuh terbaik dunia minggu ini.

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan dalam laman rasmi 101greatgoals.com, anak jati Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu mencuri perhatian dunia selepas meledak gol pembukaan negara dari jarak 30 meter.

Tambah manis, dia menjadi pemain termuda yang berjaya memasuki carta jaringan terbaik sepanjang minggu ini biarpun baru berusia 17 tahun.

Karier perjalanan Nazmi bermula dengan bergabung bersama skuad Harimau Muda B yang kini beraksi dalam kancah Liga Perdana musim 2011.

Selepas itu, kecederaan yang menimpa Gary Steven Robbat menyebabkan Nazmi dipanggil Kim Swee bagi memperkuat skuad bawah 23 negara untuk menghadapi temasya Sukan Sea Jakarta, bulan lalu.

Walhal, pada saat itu, Nazmi sedang beraksi mewakili pasukan bawah 19 negara pada kejohanan di Vietnam. Namun, seperti sudah tersurat, kehadiran Nazmi membawa tuah apabila membantu rakan sepasukan mempertahankan pingat emas Sukan Sea dimenangi di Laos dua tahun lalu serta tersenarai pada pertemuan berdepan Syria dan Bahrain.

Kini, namanya meniti puncak kemasyuran seperti dikecapi pemain yang lain. Namun harus diingat, Nazmi masih muda dan memerlukan penjagaan rapi daripada semua pihak bagi mengelakkan jangka hayat pemain yang mendapat jolokan ‘Kaka Malaysia’ ini ‘tidak panjang’ gara-gara publisiti yang melampau.

Malah, Kim Swee sendiri melahirkan kerisauan terhadap Nazmi yang mula mendapat tumpuan peminat dan media selepas berakhirnya kempen pertandingan bola sepak Sukan Sea lalu.

 

Senarai ranking penjaring gol terbaik di dunia minggu ini:

1. Kevin Prince Boateng (AC Milan lwn Barcelona, 23 November 2011)

2. Bruno Mezenga (Crvena Zvezda lwn Smederevo, 23 November 2011)

3. Yohann Eudeline (Sedan lwn Laval, 25 November 2011)

4. Dylan McGeouch (Celtic lwn St Mirren, 26 November 2011)

5. Jam Schlaudraff (Hannover lwn Hamburg, 26 November 2011)

6. Salif Hanifi (Saida lwn Kabylie, 26 November 2011)

7. Nazmi Faiz Mansor (Malaysia B23 lwn Bahrain B23, 27 November 2011)

8. Tim Brown (Wellington Pheonix lwn Sydney CF, 27 November 2011)

9. Inigo Martinez (Real Sociedad lwn Real Betis, 27 November 2011)

10. Damian Alvarez (Tigres lwn Pachuca, 27 November 2011)

Kuartet Emas 4x400m Malaysia Dilayan Macam Pelarian Di Indonesia

PALEMBANG - Kuartet 4x400m yang melakukan kejutan meraih emas kelmarin dilayan seperti orang pela- rian apabila segera dihantar pulang semalam tanpa sempat menerima pingat yang dimenangi mereka.

Gandingan S. Kannathasan, P. Yuvaraaj, Schezuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasaleh sepatutnya perlu menghadiri majlis penyampaian hadiah semalam selepas ditangguhkan kelmarin.

Malangnya, perancangan kelam-kabut yang dibuat Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menyaksikan detik manis yang sepatutnya di- nikmati mereka selepas penyertaan mereka dianiaya, tidak kesampaian.

Penerbangan mereka telah ditentukan lebih awal gara-gara KOAM menjangkakan gandingan ini tiada harapan pingat untuk dimenangi.

Antara yang lantang membidas tindak tanduk dan kelemahan KOAM itu ialah atlet olahraga negara, Noraseela Khalid yang menegaskan, rombakan segera perlu dibuat supaya lebih ramai lagi atlet tidak menjadi mangsa.

"Mereka datang lewat tetapi pulang awal kerana KOAM tidak percaya mereka boleh menang pingat. Inikah persatuan yang memperjuangkan nasib atlet?

"Sepatutnya mereka diberi peluang menerima hadiah dulu, barulah pulang. Ini tidak, dah jadi macam orang pelarian pulak. Di Malaysia ramai lagi telah menjadi mangsa seperti kuartet 4x400m ini.

"Jadi, bantulah kami melakukan perubahan dalam KOAM sekiranya kita tidak mahu melihat atlet terus menjadi mangsa. Harap presiden KOAM juga dapat membantu," katanya.

Kuartet 4x400m lelaki negara pulang pada pukul 2.50 petang semalam selepas 17 jam memenangi pingat emas dengan menewaskan Thailand di tempat kedua dan Indonesia ketiga.


Sampai bila bila pun sukan Malaysia tak akan berjaya kalau perangai pihak pengurusan sendiri pun tak elok. Kalau dah tak yakin, kenapa nak hantar jugak atlet? Buang duit rakyat? Kalau KOAM cuma fikir hantar untuk memenuhkan kuota dan cuma nak bagi nampak penyertaan Malaysia, lain kali tak payah hantar dah. Tak pasal pasal 4 orang brader atas ni jadi macam bahan je. Apa pun KOAM memang buat silap besar jugak la dan tunggu la lepas ni apa lagi KOAM ni nak kena.

 

Jangan  lupa baca entry ini

Amaran Banjir Besar Di Pantai Timur Disember Ini

Gambar Lucah Gadis Melayu Tersebar Ke Facebook? Ianya Satu Virus! Berhati Hati

Keputusan Liga Juara Juara Eropah 3 November 2011

Penyokong Negeri Sembilan Bakar Bendera Terengganu Satu FITNAH???

Kesinambungan daripada tragedi yang dikatakan penyokong Negeri Sembilan membakar bendera Terengganu, boleh rujuk dalam entry ini

 

 

tup tup hari ni keluar pulak cerita dari salah seorang penyokong NS yang mengatakan cerita ini tidak benar sama sekali dan tiada sebarang kes bakar bendera berlaku. Gambar ini juga dikatakan bukan mangsa yang dipukul tersebut. Habis kenapa terbaring macam ni baju tak pakai?

 

image

Berikut adalah petikan yang diambil dari laman Ilustrasiaku tentang komen salah seorang penyokong NS tersebut .

 

-info-selepas tamat perlawan saya telah keluar dari kawasan tempat duduk dan melihat sekumpulan pasukan kompang/gendang n9 meraikan kemenangan berhampiran gate tiket.

tiba2 segerombolan penyokong terengganu lalu berhampiran tempat penyokong negeri sembilan yang sedang meraikan kemenangan..senang crite…tup2 diorang ni bertembung saya pun lari ke belakang nak selamatkan diri..nampak dari jauh kecoh2 polis pun datang redakan keadaan.saya dan kawan2 beranikan diri mara ke depan bila polis dah asingkan penyokong terengganu ke luar stadium..

saya pun nampak orang diatas terbaring dan dikelilingi penyokong negeri sembilan yang cuba membantu..saksi dan rakan2 dia kata dia telah dipijak ketika bertembung tadi..namun tiada pun kesan bendera dibakar mahupun api berada di kawasan berhampiran..harap maklum.

jadi sebenarnya apa yang berlaku pada malam tersebut. harap pihak polis dapat selesaikan masalah ni so that di masa masa depan tak ada lagi insider buruk berlaku setiap kali ada perlawanan bola sepak. Setiap kali perlawanan ada ja pergaduhan yang berlaku. Kemon la. Setiap perlawanan mesti ada menang kalah. Mana mungkin kedua dua pasukan menang. Belajarlah menerima hakikat. Jangan diikutkan sangat nafsu amarah dan darah muda tu. Nanti diri sendiri binasa. Akhirnya menyesal tak sudah. Sesiapa yang tahu apa cerita sebenar malam tu??sila lah ceritakan .

Video Penyokong Negeri Sembilan Kena Belasah Selepas Bakar Bendera Terengganu

Kesinambungan daripada entry Penyokong Negeri Sembilan Dibelasah Akibat Bakar Bendera Terengganu. Dibawah ni aku attach video kes brader yang bingai tu kena belasah. Seriusly bingai . Cari pasal dengan orang yang tengah panas hati. Tapi video ni dalam keadaan senget . So aku tak jamin la kalau lepas tengok video ni kepala korang jadi senget. haha

VIDEO PENYOKONG NEGERI SEMBILAN DIBELASAH



nasib la masih hidup. Ramai betul orang nak belasah dia ni.

Penyokong Negeri Sembilan Dibelasah Akibat Bakar Bendera Terengganu

image

SEORANG lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.
Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan.
Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu.
Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul.

Ape kejadah la yang dia pergi bakar. Bukan team dia kalah pun. Menang kot . Saja seronok kot nak cari pasal , kan dah kena cepuk. Tak pasal pasal cari sakit. Kan bagus kalau duduk diam elok elok. Balik rumah tidor dari dok cari pasal . Dah la penyokong Terengganu tu tengah panas sebab  kalah. Ada pulak yang cari pasal. Memang kena la jawapnya. Kalau aku pun , aku cepuk budak ni. Kesimpulannya aku tak kesian tapi nak cakap padan mkuka kat budak yang kena pukul tu. Memang logik pun dia kena pukul.



Entry Terkini

Keputusan Final Piala Malaysia 2011 : Terengganu vs Negeri Sembilan


Perlawanan antara Terengganu dan Negeri Sembilan yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada 29 Oktober 2011 .

Keputusan setakat jam 10.30 malam , minit ke 86 ++


Terengganu 1 – 2 Negeri Sembilan
Ashaari 58′                                                                                                                                    Kunalan 81′

Hairuddin 85′

keputusan akhir :TAMAT PERLAWAN . NEGERI SEMBILAN MENANG!!!! Tahniah kepada pasukan NS, Terengganu tahun depan boleh cuba lagi. Kedua dua pasukan bermain dengan sangat baik. Tetapi nasib lebih menyebelahi NS. Adat perlawanan. Ada kalah dan menang. Kalau semua nak menang, siapa nak jadi yang kalahnya kan? Mana mungkin kedua duanya menang.

***update jaringan gol dan ulasan perlawanan akan dibuat sebaik tamat perlawanan.

Live Streaming Final Piala Malaysia : Terengganu vs Negeri Sembilan

Sepak mula perlawanan bola sepak Final Piala Malaysia akan berlangsung tepat jam 8.45 malam ini . Bagi peminat bola sepak tanah air yang tidak berkesempatan untuk hadir ke Stadium Shah Alam atau memang memboikot kenaikan harga tiket, anda masih berpeluang untuk menyaksikan Live Streaming perlawanan yang boleh ditonton terus dari komputer anda.

Siapa yang bakal menjuarai Piala Malaysia kali ini? Terengganu atau Negeri Sembilan?. Kedua dua pasukan ada kelebihan sendiri . Tapi ada yang kata Terengganu lebih berpeluang besar untuk memenangi perlawanan. Tapi bola itu bulat, kita tak tahu apa pengakhirannya sebelum ia betul betul berakhir. Kita tunggu malam ni je la untuk keputusan penuh perlawanan.

 

Live Streaming Perlawanan Final Piala Malaysia boleh anda dapatkan di laman berikut :

 

Live Streaming Denaihati

Live Streaming Anastasyea

Laman Web FAM Digodam Akibat Harga Tiket RM 50

Laman sesawang FAM digodam oleh hacker yang mengamuk dengan kenaikan tiket final kepada RM 50 . Yela RM 50 tu semata mata nak tengok bola sepak dalam negara. Aku rasa kalau 500 tengok Ramli main kat MU tak de hal lah. Ini cuma perlawanan dalam negara. Mesti la rakyat rasa terbeban. Dengan harga barang pun dah naik. Ramai yang sangat tak setuju dengan kenaikan ni. Mentang mentang la sekarang ni bola sepak Malaysia baru nak naik sikit. Safee Sali dah dijemput ke Cardiff. Safiq Rahim pun, mula la FAM nak naik kepala. Nak makan lebih. Dan pagi tadi laman web FAM kena godam AMBIK!! si Aizuddin tu ingat dia sorang je kot hebat?? Bermacam macam caci maki hamun dalam tu. Bagus jugak la sekurang kurangnya FAM tahu dan sedar yang rakyat di Malaysia memang tak puas hati . Salah sorang penyokong cakap

 

tindakan FAM disifatkan tidak profesional dan menyentap semangat penonton yang datang dari jauh bagi menyokong pasukan kesayangan mereka. “Rata-rata penyokong bukannya daripada golongan berada dan RM50 adalah jumlah yang besar buat kami,” katanya.

 

Gambar FAM selepas digodam (maaf gambar ini agak sensitif)

dan video tribute to FAM yang diletakkan hackers tersebut

 

ini memang betul betul marah ni. haha. Hopefully FAM mendengar ketidakpuasan hati peminat bola sepak tanah air dan buat keputusan terbaik. Jangan sampai peminat naik bosan. Aku tertarik dengan satu ayat yang ditinggalkan hackers yang tak tahu siapa. Katanya 

 

Kami mampu buat lebih lagi daripada ini. Kami mahu ranking naik dan harga tiket turun, bukan ranking turun tapi harga tiket naik. Rakyat terseksa dengan ideologi rm 50 anda. Alasan tak masuk akal. Anda jangan fikir rakyat bodoh. 100 tahun baru boleh bolasepak Malaysia maju yer!!!

betul jugak kata dia ni. hehe.

Video Highlight Manchester United 1-6 Manchester City 23 Oktober 2011

Malam ni, semua fan MU meratapi kekalahan teruk MU kepada M.City dengan kekalahan 6-1. Lebih memburukkan keadaan apabila Mu kalah ditempat sendiri. Aku bersimpati dengan semua fan MU yang confirm akan jadi bahan kepada semua fan Arsenal, Liverpool, Chelsea yang akan bergabung tenaga malam ni untuk membahan semua fan MU. So kepada anda fan MU, kalau rumate anda antara fan Arsenal, Liverpool, Chelsea  , aku nasihatkan korang jangan balik bilik malam ni. takut kena bahan kaw2..haha

It was United's heaviest ever home defeat in the Premier League as their neighbours romped to a sensational victory.
Mario Balotelli put the visitors in front on 22 minutes and added a second on the hour after Jonny Evans had been sent off for a professional foul two minutes into the second half.
Sergio Aguero added a third on 69 minutes and although Darren Fletcher pulled one back nine minutes from time, City scored three times in the closing minutes. Edin Dzeko got two and David Silva one to inflict United's first defeat of the season and their heaviest at home since 1955.
For an in-depth match report, click here.

setakat ni, cuma video ni yang aku jumpa. Aku akan attached video yang resolusi lebih baik kalau dah ada di youtube nanti

(Video Dan Gambar)Marco Simoncelli Terbunuh Dalam Kemalangan Di Litar Sepang

 

“Penunggang Honda, Marco Simoncelli disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang, sebentar tadi.

Sebelum itu, perlumbaan kategori berkenaan dibatalkan berikutan kemalangan yang menimpa pelumba Itali berkenaan yang terjatuh dan dilanggar Colin Edwards dan Valentino Rossi pada pusingan kedua perlumbaan terbabit.

Topi keledar Simoncelli tercabut ketika kemalangan di selekoh 11 apabila beliau tergelincir dengan motosikalnya melintang di atas litar dan ketika itu menjadi laluan Edwards dan Rossi.

Perlumbaan itu terus diberikan bendera merah dan Simoncelli yang kaku di atas litar terus dibawa ke pusat perubatan menggunakan ambulans.

Edwards yang menunggang Yamaha turut terjatuh tetapi terselamat daripada sebarang kecederaan serius manakala Rossi berupaya dapat menunggang motosikalnya balik ke pit. – REUTERS”

 

Moment of horror: Simocelli loses control on the second lap before fatally colliding with Colin Edwards as Valentino Rossi ahead manages to escape

 

 
Losing control: Simoncelli (No 58) crashed on the second lap of the race, riding between Edwards and Valentino Rossi
Emergency: Race marshalls quickly arrive at the scene to assist the stricken Simoncelli
Wheeled away: Track officials remove Simoncelli's motorcycle after the dreadful accident
Support: Simoncelli girlfriend Kate is consoled by a TV crew member following her partner's tragic crash
Kekasih mendiang ditenangkan oleh krew pasukan
 
Paolo Simoncelli, Marco's father, is comforted by his son's manager Carlo Pernat outside the medical center following the accident
bapa kepada Marco
 
 
 
 

##memang tragis kemalangan ni sebab helmet yang dipakai tercabut dan motor yang datang dari belakang melanggar tepat kepada beliau. Malang memang tak berbau.Tak kira kat mana sekalipun, kalau dah takdir akan berlaku, berlaku jugak. So tungganglah dengan selamat. Sayangi diri sendiri dan orang lain.

Satu yang agak memburukkan keadaan . Cuba tengok yang ini

Cancelled: Rubbish covers the track after the race was abandoned early in Sepang

sampah bertaburan selepas perlumbaan ditamatkan serta merta. Mungkin mentaliti macam ni perlu diubah.Nak marah pun muungkin ada cara lain selain dari ini??? Suka sangat baling benda2. Silap silap anak yang dipegang tu pun nak dibaling sebab tak puas hati.

Video Iklan Manchester United Versi Malaysia Yang SuperStyloo

Video Highlight Gol Malaysia vs Jepun 21 September

Paul Scholes Akan Sarung Jersi Selangor

Itu tanggapan peminat bola sepak tempatan sekiranya bekas pemain tengah Manchester United, Paul Scholes menyarung jersi Selangor pada perlawanan Piala Sultan Selangor (PSS) 2011 menentang Singapura 1 Oktober depan, lapor AHMAD FAZLI MOHD. YADI.

Spekulasi itu timbul apabila legenda United itu menepati krite- ria pemain import yang dimaksudkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bagi memperkuatkan skuad Gergasi Merah pada pertandingan itu kelak.

Selain itu, FAS juga difahamkan turut berminat untuk membawa bekas pemain Liverpool untuk digandingkan bersama Scholes yang menjaringkan 150 gol sepan- jang 676 penampilan bersama United.

Apa yang pasti, ribuan penyokong setia bola sepak tanah air pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan dua bekas pemain Liga Perdana England ini menyarungkan jersi Gergasi Merah dengan lebih dekat.

Seandainya desas-desus itu menjadi kenyataan, satu lagi seja- rah bola sepak tanah air bakal tercipta apabila menyaksikan kelibat Scholes dan bekas pemain Liverpool beraksi bersama bekas penyerang Selangor, Mohd. Safee Sali untuk merobek gawang Sang Singa di Stadium Shah Alam.

Namun pengerusi penganjur PSS, Datuk Abd. Karim Munisar bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu, sambil memberi- tahu, teka-teki itu hanya akan terjawab sebaik pengumuman rasmi senarai penuh pemain Sela- ngor hari ini.

"Kita telah mengenal pasti dua pemain import itu tetapi buat masa ini tidak dapat mengumumkan nama mereka kerana kami masih menunggu persetujuan daripada mereka.

"Setakat ini perkara ini masih dalam proses rundingan dan akan diumumkan kelak," jelasnya.

Safiq Rahim Akan Bermain Untuk Cardiff City

KAPTEN skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim bakal mencipta nama di bumi Eropah. Dia akan mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama beraksi di saingan Liga Divisyen Dua England, Liga Kejuaraan.


Semalam, pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu telah menerima surat tawaran rasmi daripada Cardiff City untuk menjalani ujian percubaan (trial) selama tiga minggu pada penghujung Oktober depan.
“Saya sangat gembira apabila mendapat peluang keemasan seperti ini. Saya akan cuba melakukan yang terbaik sepanjang ujian percubaan itu nanti.


“Saya telah menerima surat tawaran dan dokumen berkaitan hari ini (semalam). Pada 5 September depan, saya akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Datuk Chan Tien Ghee (Pengerusi Cardiff City).
“Insya-Allah kalau ada rezeki dan terpilih, dapatlah saya menyarung jersi Cardiff City pada musim perpindahan Januari nanti,” kata Safiq .


Pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan yang membesar di Kuala Selangor itu turut lega apabila pihak Cardiff City memberi ruang untuknya memberi tumpuan kepada aksi Piala Malaysia terlebih dahulu.
“Mereka (Cardiff City) tidak mahu ganggu tugasan saya bersama Selangor dalam Piala Malaysia. Mereka mahu saya beri tumpuan penuh terhadap saingan itu terlebih dahulu sebelum menghadiri ujian percubaan tersebut.


“Buat masa ini memang saya seorang saja yang diberi tawaran ini tetapi mungkin selepas ini mereka akan tawarkan juga kepada Safee Sali (penyerang Pelita Jaya),” jelas Safiq.


Difahamkan, Cardiff City kendalian pengurus, Malky Mackay terpikat dengan aksi Safiq ketika menyaksikannya beraksi pada perlawanan menentang Liverpool dan Arsenal pada Julai lalu, terutamanya apabila dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika bertemu Liverpool.
Kelmarin, tiga pemain skuad Olimpik negara, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas telah sah bergelar pemain pinjaman kelab Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce selama 3 bulan sehingga awal November depan.


Ia sekali gus membuka lembaran baharu buat pemain-pemain bola sepak negara mengembangkan bakat mereka beraksi di luar negara seperti dicetuskan Safee yang beraksi untuk Pelita Jaya sejak Februari lalu.-Kosmo

dan terbaru : 1 Juta Mohon Tan Sri Tony Fernandes Ambil Safee Sali Bermain Untuk Qpr.

Keputusan Penuh Dan Ulasan Perlawanan Kejohanan Badminton Dunia 2011

rugi siapa yang tak tengok game malam ni. Game yang aku rasa paling best pernah aku tengok. Walaupun sedikit kekecewaan kepada rakyat Malaysia kerana Datuk Lee Chong Wei kalah tipis kepada seteru utama beliau iaitu Lin Dan. Tapi kekalahan LCW bagi aku, adalah kekalahan paling bermaruah. Sebelum tu kita tengok keputusan penuh perlawanan .

image

Keputusan Penuh Perlawanan

LIN DAN MEMANG KE ATAS LEE CHONG WEI DALAM 3 SET

SET PERTAMA : (LEE CHONG WEI 22 – 20 LIN DAN )

SET KEDUA : (LEE CHONG WEI 14 – 21 LIN DAN )

SET KETIGA : (LEE CHONG WEI 23 – 21 LIN DAN )

set pertama LCW nampak sangat yakin untuk menang perlawanan tersebut. Tapi dalam set ke 2, 5 mata berturut turut dilepaskan oleh beliau yang memberi peluang kemenangan kepada Lin Dan. Set ke 3 adalah set paling mendebarkan kepada semua rakyat Malaysia . Aku yang tengok pun rasa berdebar gila sebab mata bergerak secara seimbang dengan kedua dua pemain saling melakukan smash dan gerakan menarik. Perhh memang sakit jantung dibuatnya tengok. Tapi apa nak buat, rezeki bukan milik LCW. Lin Dan menang ke atas beliau dan dengan rasminya dinobatkan sebagai Juara Kejohanan Badminton Dunia untuk kali yang keempat

Sangat simpati tengok muka LCW yang sangat kecewa semasa majlis penyampaian pingat . Dia nangis kot sebab sangat kecewa. Ye la, tahun depan tak ada Kejohanan Dunia sebab ada Sukan Olimpik. 2013 LCW dah berumur 31 tahun. Mungkinkah beliau akan bersara atau terus bersama dalam arena badminton?Atau mungkinkah beliau akan menebus kekalahan dalam Sukan Olimpik tahun hadapan.?Sama sama la kita tunggu . InsyaAllah

##sebenarnya aku sangat kecewa ni. Ingatkan dia boleh menang sebab stylo cukup dia main. CUma mungkin nasib dia tak baik harini. Apa pun, Lee Chong Wei memang atlet terbaik sepanjang zaman.

usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update