usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Blogger Popular Mana Kahwin Senyap Senyap 17April Lepas??

 

hari ni dah habis satu paper untuk final exam iaitu paper islamic Banking. yang aku tak minat. Pesal tah, asal nama ada islamic ja, syaitan kejadah tu mesti buat bagi kita kurang suka . Dugaan2.

 

Ini bukan nak cerita pasal exam tapi nak cerita pasal kahwin. Bukan aku kawin, aku lambat g. Maybe tahun depan. gatal la plak nak kawin. haha. nak bagi bini makan pasir?  

 

Balik dari study , check di dashboard ada update terbaru pasal blogger yang berkahwin. And ramai pulak yang tak tahu. grr!!Blogger Popular Kahwin Senyap Senyap!!

 

erkk pinjam gambar satu dari blog si pengantin baru. Kenal kan sapa?ape tak kenal?yela. pandangn tepi mana perasan sangat kan?nengok ini pulak

 

Ailyl Rozanna

haa siap dengan nama lagi. Tak kenal lagi memang kena sekeh la . Waa kawin senyap senyap plak si Ailyl nih. But its ok . As long as dia bahagia ke akhir hayat bersama suami tersayang. Tetiba rasa nak kawin jugak <terjun longkang>. sebab apa dia tak bagitahu pasal perkahwinan ni kena la baca sendiri di entry beliau yang pertama selepas bergelar “MADAM” .hehe

 

Upload yang pertama setelah bergelar PUAN. haha. Jangan gelak. Sebab semua orang pasti akan melalui saat seperti ini.

 

apa pun. Selamat Pengantin Baru untuk Ailyl Rozana dan jugak suami tercinta Aery Potter. Semoga bahagia sentiasa bersama anda sampai akhir hayat. Dan cepat cepat dapat baby yang comel comel . Nanti nak dapat baby jangan berahsia rahsia jugak.haha

mereka sangat sweet. (jeles 5 saat)

kenapa aku rasa muka Ailyl ni macam Tiz Zaqyah haa?nice…..

 

p/s:anda bila lagi?(tanya depan cermin )

5 Blog Yang Mesti Dilawati

Respon dari Kak Jie mengenai 5 Blog yang dia selalu lawati pada tahun 2011 dan Joe mengenai 5 BLOG YANG PASTI DILAWATI, aku pun terasa nak jugak buat review mengenai 5 blog yang aku selalu lepak dan buang masa kat sana.

Kak Jie guna Blog yang selalu dilawati, Joe guna pasti dilawati, aku nak guna MESTI dilawati, so takda isu plagiat tajuk kehh..LOL.

Macam Joe jugak, sikit sikit penulisan blogger blogger berkenaan mengefek penulisan aku jugak la walaupun tak banyak. Dan , 5 blogger tersebut banyak menceriakan hidup aku.acece. Aku tak kisah blogger popular or tak, yang penting penulisan seronok dan bess dibaca (seronok and bess bukan sama ka?).

ini antara 5 blog pilihan aku (sila klik pada gambar header untuk ke blog tersebut)

Menguasai carta adalah dia nihhhh.malas nak kenalkan sebab mesti korang dah kenal kan dengan misslolly nie?klik gambor tu kalau nak ke blog beliau. Aku suka lepak blog dia sebab penulisan dia sempoi dan bess dibaca, Kadang kadang tak larat nak gelak dengan perangai “gedik” dia tu.ahaha. Gedik dalam penulisan je kan Cik Lolly???LOL!! (bila nak kawin dengan bangla?haha)

There is No Charge For Awesomeness

si Melz ni aku dah baca blog dia semenjak aku mula mula blogging dulu. Blog dia banyak tips menarik dan idea idea untuk berblogging banyak diberi. Aku banyak belajar pasal “colour” blog dengan perhatikan blog dia. Damn , blog dia cantik and simple. Agaknya blog aku warna biru pun sebab pengaruh dia kot. Who knows..LOL

Great Teacher Onizuka

bro Eyriqazz pun salah satu blog yang aku baca sejak mula aku berblogging dari awal bulan 9 , 2009 dulu. Rasanya masa tu, bro pun baru buat blog kot. Sorry kalau silap. tapi dia cepat berjaya, Why?sebab dia kreatif. Dan anak kesayangan Nuffnang jugak sekarang. Ada ja idea untuk semua readers2 dia. Dan aku rasa, idea paling kreatip adalah GTO Pointz.

image

aku suka dia (bukan Gay) sebab penulisan yang sempoi dan simple dan senang difahami tapi bagi maksud mendalam. Penulisan entry Zack banyak masukkan dialog so senang nak difahami sesuatu benda yang nak diceritakan tuh.

ed shahir ™

aku suka gambar gambar yang dia snap.Tu ja nak bagitau. Malas nak bagitau banyak2 sebab korang kena tengok sendiri .ok aku bagi satu gambar yang cantik,yang lain p cari sendiri keh

DSC_9317

nak ngorat boleh tapi bukan yang ke3 dari kiri tuh. Itu ed punya.haha.gambor2 yang lain p cari sendiri okeh.

Blog lain yang best bagi aku

  1. FATIN LIYANA ( ada ja idea dia nak mengarang)
  2. DAHLIA JOURNAL (banyak info terkini)
  3. EYKAMEOW (dia comel lepas pakai tudung)~~keh3x
  4. HAMZAH IAN (walaupun ayat lucah.tapi aku suka baca.haha)

p/s : klik pada gambar Header untuk ke blog tersebut

Gambar Panas Blogger Darkbatman Dan Nisa Kay Tersebar


masih ingat lagi dengan entry pagi tadi berkenaan adik batman iaitu Darkbatman dan sepupu Alicia Key iaitu Nisa Kay. Setelah seorang blogger popular lari membawa diri dengan gambar gambar panas yang sudah ditunjukkan dalam entry pagi tadi. Kini hati blogger tersebut makin diragut dengan kesedihan tahap cipan selepas gambar dibawah nie tersebar. Bersabarlah~~hahhaa



image

eh3x silap gambar..hahaha saja nak wat suspen…takkan la depa macam ni kan?wahaha..ini dia


image

acecece~~

akhirnya terlerai sudah ikatan kasih , janji setia, pautan kasih, ikatan mahligai ..caitt awat ayat macam kad kawin?


lagi gosip berkaitan SKANDALISME ini boleh terus kepada blog “PATAH HATI”..haha..lek bro~~(sekarang sila play lagu Patah Hati by Sudirman)
Patah hatiku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri
Tak tentu haluan ..bersambung di SINI
image

bro muka sekupang patah hati.haha. Nisa Kay muka berkupang kupang senang hati. hihi
dan nak selitkan something yang lawak dalam entry pagi tadi.baru aku perasan lepas ondscene komen di entry pagi tadi

image

photo yang last tu photo ni la

image

bahaha aku baru perasan.kaki nisa ok. kaki Batman?er..lalala~~wahahahha.tak jadi gua nak amik luolang jadi model banner kedai murukku mak gua sebab mak gua nak cari model pakai kasut but pegi kebun..hahaha



p/s : dapat idea nak wat tajuk tu pas Darkbatman suruh ..bahaha..blogger pon dah macam artis dah aku nengok sekarang.Gosip memanjang!!

Gambar Panas Pasangan Yang Buat Blogger Popular Membawa Diri

amboiihh jeles arh tengok gambor dua orang blogger popular ni romantik romantik gitu. Sapa tak kenal dengan adik batman Malaysia iaitu Darkbatman dan si cantik manis Nisa Kay .Tujuan entry ni : unknown.haha. Saja tertarik dengan photoshoot mereka.

image

bro Darkbatman, gua jeles weh..haha

image

cis gua pun nak membawa diri la macam nie

image

grr~~

image

image

lu ingat lu comel ka pakai bunga?guwa lagi comel kalau pakai.haha

image

deymmm~~hahahhaa

both of u look greatz berdua. Bila lagi???ehemmm.ahahaa

credit pic to : BroFramestone

blogger popular mana yang sebenarnya membawa diri lepas melihat gambar gambar romantik ni?sila klik SINI untuk membaca.

p/s : sekadar bergurau senda dihari Isnin. jangan ada yang ambil hati yorrr~~tapi napa aku rasa macam tajuk over ja?haha wateva la.aku kan memang suka guna tajuk2 cam tu.hihi

Blogger Hebat Tu Hebat Ke? Sebuah Coretan Hati Blogger Tak Hebat....

sebelum aku nak mengomel bebanyak sila tengok gambar dibawah dan renungkan seketika. 

image

besar pengaruh Ben Ashaari di dunia blogging. Itu rezeki hasil titik peluh dan usaha dia untuk naikkan diri sendiri dan capai kejayaan.


berbalik pada topik asal, its about apreciation to others. Bila seorang blogger dikenali tinggalkan jejak dan jugak bagi kata kata semangat kepada blogger baru ,memang dah jadi adat untuk blogger tersebut untuk senyum sampai telinga kan3x? sesetengah blogger boleh menjadi sumber inspirasi untuk blogger lain . Menarik kan?bukan artis, bukan pelakon, bukannya penceramah hebat macam Dr fadzilah Kamsah dan bukan ahli politik yang hebat . tapi cuma seorang blogger boleh bagi pengaruh kepada orang lain . Bukan senang kita nak mempengaruhi manusia ni.


Tiba tiba aku teringat ayat yang pernah intanurulfateha pernah cakap masa ku sembang sembang dengan dia dulu

Blogger je pun..bukan Menteri!!

simple tapi mendalam maknanya. Sila tafsir sendiri makna tersebut atau tanya intan sendirik okehh.

Sebenarnya aku pun dah lupa apa aku nak taip sebab aku stuck lama sebab aku study masa buat entry nie. deymmm idea lari . Nantila kalau aku ingat balik aku ceciter okeh.hahahaha
apa apa pun , cuma nak memberitahu kepada blogger yang berada di atas , sila jangan lupakan blogger dibawah . Contohi Ben yang banyak membantu yang lain. Tidak ditujukan kepada sesiapa. Cuma sekadar ingatan untuk diri sendiri. Kita semua tak selalu berada diatas . Kadang kadang kita akan jatuh dek kerana kecuaian dan kekurangan diri kita sendiri. Macam yang selalu kita dengar dan dah muak dah dengar

Hidup Ibarat Roda

walaupun dah muak aku tetap nak guna gak statement tu sebab itu je terfikir dalam kepala aku sekarang ni. Kita semua sama. Kita semua hebat . Cuma cara kita menonjolkan diri tu berbeza beza.Renung-renungkan!!Pointing up

p/s : aku paling suka dengan blogger Eyriqazz sebab dia memang sangat baik dan nasihat dia memang sangat sangat boleh pakai.

blogger hebat seperti dalam tajuk diatas tidak ditujukan kepada sesiapa . hanya sekadar tajuk sahaja. So tak ada sesiapa yang boleh claim dia hebat. ahaha.


nota tapak kaki : damn again sebab sampai sekarang aku masih tak dapat mencari kaitan antara tajuk kat atas dengan entry ni...

Imbasan Blogger Terhangat dan Terhebat 2010 : Siapa Mereka?

2011 dah mai dah..2010 da pi dah… apa kata kita imbas balik beberapa blogger yang bagi impak besar dalam dunia blogging…dibawah nie beberapa orang blogger yang paling  aku nampak menyerlah sepanjang tahun 2010..


on_scene_sambun (49)
terpilih sebagai 10 Most Popular People Search In Google Malaysia..Hanis Zalikha is No. 6!! untuk tahun nie ..hanis memang hot blogger masa kini..semua perkembangan hidup dia orang nak tahu….kalau pada awal tahun…hanis tak sepopular sekarang..tapi analysis pada hujung tahun..memang mengejutkan…berjaya mengalahkan Siti Nurhaliza dan ramai lagi orang-orang lain yang popular!!aku rasa la kan…taun depan mesti hanis menang award best celenrity award tu dari nuffnang..caya la hanis!!..untuk rekod aku pernah 2x buat entry pasal hanis 


Hanis Zalikha Lebih Popular Dari Siti Nurhaliza


10 People Most Popular Search In Google Malaysia...Hanis Zalikha is No 6!!



rina salleh


rasanya semua dah tahu siapa gerangan wanita cantik  nie…ayu..sopan santun…lemah lembut..sukses...wanita berjaya…apa lagi nak sebut?wanita idaman setiap lelaki kat Malaysia….memang tak salah rinasalleh dipilih sebagai gadis Melayu 3…aku mula kenal dengan blog Rinasalleh dari Melz….dan kemenangan Rinasalleh memang membanggakan seluruh rakyat blogger di malaysia…Princess(boleh ke pakai rakyat tu?)  ..and the most important thing is aku masih menghentak kepala di dinding sebab tak dapat join big gathering ..RINASALLEH pon ada…tikam 



lcik epakgambar rembat  dari : http://giegurl.blogspot.com/

kalau dah aura seorang blogger popular..hilang macam mana pun orang akan cari….bermodalkan tempe cicah sambal kicap ciptaan sendiri…cikepal memang sangat terkenal masa kini….kalau masa awal tahun kalau tak silap…cik epal ada menghilangkan diri beberapa bulan dari dunia blogging…ramai blogger meratapi permergian cik epal..dari dunia blogging je laaaa….and once cik epal muncul…woww…dah makin slim dan bergaya bak sang model..phewwittt ..ngorat boleh??hak3x…apa rahsia anda wahai epal?adakah anda makan tempe dengan epal hari hari?dan kemunculan cik epal memang buatkan dia semakin popular!!(cik epal dah jadi model tu..tak caya tengok kat SINI)..Laughing out loud aku pernah dua kali buat entry pasal cik epal

BLOGGER Cik Epal HILANG???


Cik Epal Dah Kembali?Sejak Bila Nie??





ben ashaari


boleh aku kategorikan sebagai blogger yang paling cepat meningkat naik..dan jugak boleh bagi anugerah blogger paling rajin update blog…entry dia sehari boleh aku guna untuk seminggu..memang tak dinafikan Ben memang ada banyak  idea yang bagus untuk terus buat diri beliau dikenali dan dikenali dan dikenali tanpa henti…dan dia ada peminat dan pengunjung sendiri yang semakin bertambah setiap hari…terbaik bro!!  and untuk blog ben aku pernah beberapa kali masukkan nama dia


BEN NYAH GANTIKAN BEN ASHAARI!!!haha gelak guling2 aku


DEDAH!!BEN ASHAARI pernah dijemput jadi Pengacara AF?





Irine Nadia


seorang blogger yang boleh dikatakan antara tercomel Red heartselepas penulis entry nie..panggg!!1_Slap…memang comel dan cantik…dari pandangan mata seorang lelaki nie..haha…(jadi boya dah ..buaya..)satu yang aku tertarik dengan blog irienadia..aduhh…follower dia cepat bebenor naik..berkembang pesat dan maju betul…untuk rekod ,aku pernah dua kali buat entry pasal nadia… tapi kepada lelaki-lelaki di luar sana yang masih solo..AWASPointing up…beliau bukan solo.Broken heart.ahahaha
irine11


















DSC06523_thumb[3] (1)

entry melz memang simple2..tapi stylo dan menarik minat orang untuk baca.. kepopularitian melz memang sangat terserlah..wahhh ayat…itu la orang cakap..kalau dah dikenali…tak buat entry sebulan pon blog tetap akan dipenuhi dengan lambakan visitor…melz antara master dalam web design..so kepada yang nak dapatkan khidmat melz…g masuk blog dia…godek2 kat sana..haha..dan terbaru…paling menarik…event gathering yang dianjurkan oleh Melz…..memang menjadi…tahniah bro…tapi rugi aku tak boleh pergi…grrrLightning aku pernah buat entry pasal mel tapi cari tak jumpa..sorry bro..hahaha


Eyriqazz dan Hanis Zalikha 2

selepas melz..sang sifu…kita ada bro GTO…anak murid sifu Melz…(kata eryqazz sendiri)..aku suspek, respect, and pect pect pect betul dengan bro eryqazz…walaupun tak pernah berjumpa secara berdepan..tapi dia sangat la baik melayan semua rakan blogger yang tinggalkan komen…and in fact,semakin hari…dia semakin popular dalam dunia blogging….cepat naik..kenapa?sebab bro eryqazz memang kreatif dan  rajin join event-event nuffnang dan sewaktu dengannya…paling aku ingat masa dia menang TV plasma…fuhh..jeles !!!!


entry dari aku untuk bro eyriqazz masa anniversary dia : Happy Anniversary Eryqazz aka GTO |



aidid

dah macam wikileaks la pulak …kenal tak?kalau ada yang masih tak kenal…cuba aku sebut pasal Gelang Magnet AC??kenal tak?haha….aidid adalah antara blogger paling berani untuk tahun nie…pendedahan demi pendedahan sampaikan AC pon terduduk…aku respek bro aidid sebab dia sangat rajin mencari ,menyelidik dan jugak menghuraikan fakta untuk semua orang baca….walaupon ayat dia mungkin tak boleh diterima sesetengah orang..mybe itu cara dia menyampaikan apa yang nak disampaikan…and dia ada peminat dan jugak penyokong sendiri…dan paling panas…bro aidid tersenarai sebagai blogger yang namanya ada dengan pihak polis sebab AC buat laporan polis…and then..cerita nie senyap..sekarang nie aku pon dah tak amik tahu….terbaik bro..teruskan dengan pendedahan..cam Edisi Siasat laaaaa…..


miss lolly

tertarik dengan gaya penulisan Miss Lolly nie from the first time aku masuk blog dia ..rileks ..santai…dan jugak ramai peminat setia yang nak baca…and blog misslolly memang cantik secantik tuannya…(aicehh misslolly kembang idung dah GAMBAR (52))..and geram betul pasal aku tak menang contest dia..haha..Benci Kat Miss Lolly!! hahahhaaa



darkbatman

semakin hari semakin hebat ..dan semakin dikenali..dan semakin tough…ahaha…sapa tak kenal kan..antara blogger lelaki terhangat masa kini…paling menarik perhatian…darkbatman disenaraikan dalam TOP 10 Hottest Malaysian Blogger




ed

sure ramai yang kenal dengan ed kan?kalau ada yang masih tak kenal…jom kita pergi blog ed shahir ™…banyak gambar-gambar cantik hasil buah dada tangan ed sendiri untuk tatapan semua….cantik cantik semuanya…awek dia pon cantik wehh..ahaha..tapi apa yang lebih gempak untuk tahun nie?ed masuk sinar harian…memang biasa bagi seorang photographer untuk masuk majalah kalau dia memang dah terkenal macam kukubesi…tapi ed..bagi aku..antara photographer baru yang sangat  cepat popular..kreatif….kipidap bro…Thumbs up
dan antara blog-blog lain yang aku rasa hot dan menarik sepanjang tahun nie tapi tak sempat nak buat review adalah

    semua hebat..nak jadi macam depa semua tapi berangan ja la..



    tudia kita dah tengok antara blogger terhangat dan mungkin terhebat untuk tahun 2010 ..pada mata dan kepala hotak aku je la nie…tak ada buat research pon.....mungkin ada yang di atas nie disukai dan ada yang tak berapa nak disukai oleh sesetengah orang.kn3x>?bukan semua orang suka kita..aku nie pon ramai tak suka...ada aku kesah?ahahaha...bagi korang yang lain..mungkin ada idea dan pendapat lain?komen kat bawah……Thumbs up
    nak masuk dalam senarai blogger terhangat aku untuk 2011?jadi la macam mereka di atas..haha..kwin


    maaf kepada gambar yang dah dirosakkan di atas…aku rembat merata dunia pastu edit suka hati...jangan saman rrrbhaha

    entry nie pecah rekod entry paling banyak tag..haha

    Blogger Je Pun..Bukan Menteri

    semalam ada la kan sembang2 dengan sorang blogger popular nie…mesej2 dia…kalau aku sebut kompom korang kenal sangat…tapi tak payah la aku popularkan dia disini…cukup la dia dah popular..haha..kang dia lagi gila popular..tetttt..ahahaha

    ok berbalik kepada tajuk asal…ada la sembang something pasal blogging ..then aku tertarik laa dengan satu ayat dia dalam mesej tu
    i tak suka bila blogger3 otai berlagak otai sangat tu..blogger je pon..bukan menteri..
    babe..jangan marah i copy ayat u sejibik2..haha..gua malas nak cipta ayat sendiri…bukan exam SPM ada markah..

    sumpah aku gelak kuat pas baca nie..tak lawak..tapi nape tah rasa nak tergelak..haha..sebab aku pernah sendirik alami benda nie…alkisahnya sorang blogger otai la kot yang berlagak otai sangat..haha…padahal aku rasa dia tu suam kuku pon tak …tahap beku punya blogger ja tapi dah bajet diva plus tai3 aku memang otai…ceitt..hahahaa

    hihi blogger2 otai yang baca entry aku jangan r banned aku..marah2 aku..korang tak macam nie jangan r terasa..haha…aku pon blogger underground ja…bawah tanah..orang tak kenal…visitor2 aku semua mana ada berlagak otai kan even dia memang otai…

    buat apa nak berlagak kan?kita semua manusia…sama ja..ada hidung..ada mulut..masing2 ada mata…mati semua nak masuk kubur dalam tanah jugak….bukannya kalau dia special mati nanti pergi rumah banglo ..kn3?

    honestly speaking…aku suka blogger2 yang popular tapi dia still humble..still nak blogwalking blog blogger2 baru…still nak komen entry2 blogger2 newbie…korang tau…perasaan blogger baru bila sorang blogger popular komen??fuhh happy sangat tau…sampai boleh printscreen buat entry lain sebab blogger popular tu komen kat dia..rasa dihargai dan rasa wujud dalam dunia blogging

    so jom support rakan-rakan dan kawan-kawan blogger baru aka newbie yang fresh2..dorang pon akan jadi popular jugak satu hari nanti…

    dari pemerhatian aku la kn..blogger yang memang sangat2 popular tak de la nak berlagak…yang berlagak diva plus otai  ni selalunya yang baru nak tengah merangkak naik tu..aku tak tahu la apa masalah dia…syok sendiri ke hape tah???wateva….hahaa

    ni bukan entry carik pasal okehh..jangan marah okehh…cuma pendapat okehh..jumpa lagik okehh…OKEYYYYYY????dushhhhh…outtt!!!!

    Hanis Zalikha Lebih Popular Dari Siti Nurhaliza

    HANIS... lebih popular kerana blog.




    SHAH ALAM: Siapa Hanis Zalikha Zainal? Tentunya ada yang menimbulkan pertanyaan apabila nama itu tersenarai pada kedudukan keenam carian Google di Malaysia hingga mengatasi penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.
    Secara tiba-tiba nama itu melonjak sedangkan sebelum ini ramai yang tidak mengenalinya berbanding seorang lagi artis tempatan dan seorang penulis blog yang turut tersenarai dalam 10 individu paling dicari menerusi enjin carian berkenaan, baru-baru ini.
    Selain Siti yang menduduki tempat kesembilan, artis tempatan itu adalah Allahyarham Meor Ahmad Fuad Meor Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi (keempat) dan blogger bidang automotif, Paul Tan (10).

    Dalam enjin carian itu, penyanyi berketurunan Arab, Maher Zain di tempat pertama, diikuti penyanyi remaja antarabangsa, Justin Bieber dan Luna Maya (artis kontroversi Indonesia).

    Penyanyi antarabangsa terkenal, Lady Gaga di tempat kelima; aktor popular Korea, Lee Min Ho, ketujuh manakala naib juara American Idol, Adam Lambert, kelapan.

    Metro Ahad berkesempatan bertemu dengan Hanis bagi merungkai ‘misteri’ hingga namanya tersenarai sebagai individu tempatan kedua paling dicari selepas Din Beramboi, malah dilihat mengatasi populariti aktor kacak, Min Ho dan Lambert.

    “Saya tidak sangka nama tersenarai dalam carian berkenaan kerana saya hanya insan biasa bukannya bertaraf selebriti popular seperti Siti Nurhaliza dan lain-lain.

    “Memang saya terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara ini dan saya yakin ia adalah disebabkan blog yang saya wujudkan lebih dua tahun lalu,” kata gadis tinggi lampai berusia 20 tahun itu.

    Mengenai pencarian namanya yang mengatasi Siti Nurhaliza, Hanis Zalikha berpendapat maklumat mengenai penyanyi popular itu mungkin mudah dicari peminat dan tidak bergantung kepada enjin carian Google semata-mata kerana media cetak atau penyiaran sentiasa memaparkan beritanya.

    Katanya, mungkin enjin carian Internet itu adalah salah satu medium daripada pelbagai saluran yang digunakan peminat penyanyi berkenaan untuk mengetahui perkembangannya.

    “Berbanding diri saya, memanglah tidak popular seperti penyanyi pujaan ramai itu tetapi terkejut dengan apa yang berlaku kerana sejak nama saya disenaraikan antara yang dicari dalam Google didapati blog saya kini dilayari lebih 16,000 pengunjung sehari berbanding sebelum ini hanyalah antara 7,000 hingga 8,000 orang sehari,” katanya yang mempunyai 14,929 pengikut di blognya.

    Bercerita mengenai dirinya, penuntut jurusan Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor itu berkata selain mengikuti pengajian, dia turut terbabit dalam bidang peragaan dan pernah juga memegang watak sampingan dalam filem, Momok The Movie.

    Namun, katanya, bidang peragaan dan berlakon terpaksa dihadkan kerana selain tidak mahu mengganggu pengajiannya, jarak universiti dengan Kuala Lumpur juga membataskan dirinya bergiat aktif dalam kedua-dua bidang berkenaan.

    “Kedua-dua bidang yang penuh glamor itu juga bukan impian sebenar saya kerana cita-cita mahu bergelar seorang ahli perniagaan berjaya pada suatu hari nanti,” katanya yang pernah mendapat tempat kedua pertandingan Malaysian Dreamgirl dua tahun lalu.

    Mengenai laman blognya, Hanis Zalikha berkata, dia sengaja mewujud blog kerana meminati bidang penulisan dan menjadikannya medan untuk bercerita mengenai kehidupan seharian dan pengalamannya serta berkongsi tips kecantikan dengan sesiapa yang berminat.

    Dia yang mendapat tajaan pengajian daripada Jabatan Perkhidmatan Awam turut berkongsi kecemerlangannya dalam pelajaran dengan memberi tips berguna.


    >10 individu paling dicari dalam Google Malaysia

    sila rujuk entry 



    1. Maher Zain (penyanyi antarabangsa)
    2. Justin Bieber (penyanyi antarabangsa)
    3. Luna Maya (artis Indonesia)
    4. Din Beramboi (pelakon/pelawak/penyampai radio)
    5. Lady Gaga (penyanyi antarabangsa)
    6. Hanis Zalikha (model/blogger/pelajar)
    7. Lee Min Ho (pelakon Korea)
    8. Adam Lambert (penyanyi antarabangsa)
    9. Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi/ahli perniagaan)
    10. Paul Tan (blogger)


    sumber : METRO AHAD
    usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
    Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
    Present by kackdir mata-update