usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

RM10,000 Ganjaran Untuk Tangkap ‘Pengebom’ di Mahkamah Jalan Duta

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan ganjaran RM 10,000 kepada pemberi maklumat insiden letupan bom di Kompleks Mahkamah Jalan Duta ketika keputusan kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin lalu.

Perkara itu diumumkan melalui laman Facebook milik pasukan keselamatan itu hari ini.

"Berikutan insiden tiga letupan 'Improvised Explosive Devices (IEDs)' yang berlaku pada 9 Januari 2012 berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta, PDRM menawarkan ganjaran sebanyak RM 10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu atau kumpulan yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut," menurut status di laman Facebook tersebut.

Letupan berkenaan berlaku sejurus mahkamah memutuskan Ketua Pembangkang itu dibebas dan dilepaskan dari tuduhan meliwat pembantunya.

Menurut Ketua Polis Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh, letupan bom berkenaan dilakukan oleh mereka yang mempunyai kepakaran tentang bahan letupan.

Siasatan polis membawa kepada penemuan alatan seperti jam penggera, sembilan bateri, dan paip PVC di lokasi kejadian.

Menurut Mohamad, letupan berkenaan sengaja ditimbulkan bagi mencetuskan keadaan huru-hara kerana kawasan perkarangan mahkamah pada ketika itu merupakan kawasan tumpuan orang ramai ekoran perhimpunan pembebasan Anwar 901.

Mohamad sebelum itu berkata, "bahan letupan tersebut adalah buatan sendiri dengan menggunakan penetap masa, bebola, dan bateri, serta wayar berdasarkan penemuan yang ditemui di kawasan letupan."

Menurutnya, bahan letupan berkenaan dipercayai diletakkan di bawah kon trafik di luar bangunan mahkamah.

Letupan tersebut telah mencederakan lima lelaki di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta Isnin lalu sebaik sahaja Anwar Ibrahim dibebaskan mahkamah atas tuduhan meliwat pembantunya.

Bom pertama meletup sejurus Anwar keluar dari perkarangan mahkamah, dan disusuli letupan kedua selang beberapa minit kemudian berhampiran pencawang elektrik, kira-kira 50 meter dari pintu masuk kompleks mahkamah berkenaan.

Letupan terakhir berlaku di pusat penjaja tidak jauh dari lokasi pertama dan kedua.

Pihak polis turut menggunakan khidmat anjing pengesan untuk mencari bahan letupan, namun tidak menjumpai sebarang bahan letupan lain.

Dia juga mempertikaikan laporan akhbar Utusan Malaysia yang menyatakan bahan letupan berkenaan di bawa oleh salah seorang penunjuk perasaan dan mengagapnya "anggapan kecil media", malah menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkenaan perkara itu.

"Saya menggesa orang ramai agar tidak menimbulkan kekecohan dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya.

Sebarang maklumat berkaitan insiden pengeboman tersebut hendaklah disalurkan kepada DSP Yahya Abd Rahman di talian 019-470 8947 atau Bilik Gerakan  IPK KL di talian 03-2146 0584/0585 atau Bilik Gerakan Bukit Aman di talian 03-2031 9999 / 03-2266 3444 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

sumber

Hantu Kak Limah Alam Nyata Merayau Di Terengganu

Isu hantu Kak Limah di Terengganu antara cerita hangat jugak semalam. Lawak pun ada jugak bila mengenangkan cerita Mamat Khalid yang lawak tu. Bila diingatkan yang Kak Limah nyanyi lagu enjit enjit semut, aku terbayang benda yang sama jadi dengan keluarga Mazlan Ali. Tapi dalam masa yang sama, kesian jugak sebab setiap hari diganggu. Siapa tahan kan benda benda macam tu. Tambah pulak ada anak lagi. Mesti trauma habis. Hantu ni cuma istilah orang orang kita panggil ja tapi hakikatnya semua tu kerja jin dan syaitan yang memang kerjanya menyesatkan manusia dan mengganggu. InsyaAllah ada jalan penyelesaiannya.

seram jugak ni kalau jadi betul betul . Mau tak cukup tanah lari kalau jumpa.


Tawar usir hantu Kak Limah

MARANG – Terkejut. Itulah perasaan Mazlan Ali sebaik sahaja bangun dari tidur pagi apabila telefon bimbitnya tidak putus-putus berdering selepas kejadian seram yang dialaminya disiarkan di muka hadapan Sinar Harian semalam.
Sehingga jam 5 petang semalam, Mazlan menerima lebih 100 panggilan telefon dan 50 mesej melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dari seluruh pelosok negara.
Sinar Harian semalam menyiarkan kisah lembaga misteri berambut panjang yang kadangkala menutup kepala dengan kain batik. Rupanya seperti watak hantu Kak Limah dalam filem komedi ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ yang didakwa mengganggu keluarga itu sejak lebih seminggu lalu.
Selain Mazlan, anaknya juga dihujani panggilan telefon dan SMS daripada orang ramai, ada yang sedia menawarkan khidmat untuk mengusir lembaga itu dan ada juga yang memberi cadangan agar keluarga itu bertemu pakar bagi mengatasi masalah tersebut.
Salah seorang anak Mazlan, Mohd Syawal, 22, ketika dihubungi semalam berkata, pakar dimaksudkan oleh pemanggil terbabit ialah tokoh agama, termasuk dari kawasan Pantai Timur yang dikatakan mampu menamatkan gangguan lembaga misteri itu.
“Ada yang menyuruh saya menghubungi Ustaz Fauzi, Ustaz Ariffin dan ramai lagi ustaz yang mahir mengenai perkara ini yang tinggal di negeri ini dan juga di negeri lain. Namun saya belum menghubungi sesiapa kerana bimbang kos bayaran yang bakal dikenakan.
“Kami bimbang kos mengusir lembaga misteri itu menelan belanja ribuan ringgit. Jika murah pun belum tentu kami dapat menyediakan wang dalam masa singkat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, di sini, semalam.
Mohd Syawal memberitahu Sinar Harian, kisah keluarganya itu turut mendapat perhatian pihak media lain dan orang perseorangan yang ingin membuat liputan mengenai kisah yang didedahkan melalui akhbar ini.
Keluarga Mazlan dan empat lagi keluarga anaknya, termasuk Mohd Syawal, tinggal berasingan bersama keluarga masing-masing di kawasan itu. Mereka dikatakan berada dalam ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu.
Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan merayau-rayau sekitar kawasan lima buah rumah keluarga Mazlan di situ saban malam. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.
Menguatkan lagi dakwaan itu, Mohd Syawal turut menunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu.
Sinar Harian kelmarin juga menyiarkan kejadian menyeramkan itu dialami ahli keluarga terbabit bermula selepas mereka membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah pusaka keluarga itu dari Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah Mohd Syawal.
Selain itu, ahli keluarga terbabit turut mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang itu sering merayau sekitar lima buah rumah keluarga itu dari waktu malam hingga ke Subuh, sebelum menghilangkan diri.
Sementara itu di Facebook Sinar Harian, lebih 6,000 pengunjung membaca berita ini, manakala terdapat 60 komen daripada pengunjung. Sebahagian besar pengunjung laman sosial itu bersetuju dengan pendapat imam dalam berita tersebut yang menyarankan Mazlan melakukan solat hajat dan menunaikan solat dengan lebih khusyuk.

sumber

Sultan Kedah Lafaz Sumpah Sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-14

Selesai sudah majlis pelantikan Yag Dipertuan Agong ke 14 iaitu Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah , Sultan Kedah . Daulat Tuanku. Sultan Kedah bi memang sempoi dan berjiwa rakuat. Bangga sebab aku anak jati Kedah jugak. Pagi tadi jugak aku dah sediakan entry Biodata Yang Dipertuan Agong ke-14, Sultan Kedah .


KUALA LUMPUR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah semalam melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di sini.

Ini kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama adalah dari 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 ketika berusia 43 tahun.

Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Oktober lalu untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa semalam, menggantikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13, kelmarin.

Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong di kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara merdeka pada 31 Ogos 1957.

Istiadat semalam adalah yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar yang mula beroperasi pada 15 November lalu.

Upacara bermula jam 11.15 pagi dengan Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-227 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh baginda di Balairong Seri.

Mesyuarat dipengerusikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian menyembah surat sumpah jawatan kepada Tuanku Abdul Halim yang memakai pakaian di-Raja Kedah yang dikenali sebagai ‘Sikap’ yang terdiri daripada jaket pendek, berbelah di hadapan dan berkolar tinggi lengkap dengan tengkolok, seluar, sampin dan bengkung serta berkeris.
Baginda kemudian melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan itu di hadapan Majlis Raja-Raja. Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menjadi saksi. Istiadat semalam juga membabitkan upacara melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Ia diikuti bacaan doa dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Syed Danial kemudian memohon menangguhkan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke suatu masa yang ditetapkan. Ini disusuli istiadat menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan oleh Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong, diikuti dengan pembacaan pengisytiharan itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Istiadat diteruskan dengan Sultan Muhammad V menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong dan diikuti dengan Najib membaca pengisytiharan berkenaan.

Istiadat semalam dihadiri Raja-Raja Melayu, kecuali Terengganu yang diwakili Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Turut hadir semua empat Yang Dipertua Negeri, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kabinet serta ketua jabatan.

-Sumber

(Video Dan Gambar) Letupan Keretapi Langgar Lori Tangki Di Sabah

Remaja 14 Tahun Gantung Diri Akibat Putus Cinta

Seorang remaja lelaki terkejut apabila bekas kekasih yang dihubungi semula selepas kurang dua jam memutuskan hubungan cinta mereka menggantung diri di kediamannya di sebuah tanah rancangan Felda di sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berumur 14 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di bilik tidur kediaman keluarganya pada jam 12 tengah hari.

Sumber terdekat dengan keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, pada jam 10.30 pagi, remaja lelaki berkenaan ada menghubungi mangsa dan memutuskan perhubungan cinta mereka.

“Kurang dua jam kemudian, remaja lelaki itu menghubungi mangsa buat kali kedua untuk berbincang berkaitan beberapa hal peribadi tetapi terkejut apabila panggilannya dijawab oleh ahli keluarga mangsa yang memaklumkan gadis berkenaan sudah meninggal dunia.

“Remaja lelaki itu kemudiannya menceritakan apa yang berlaku antaranya dengan gadis berkenaan sebelum kejadian kepada keluarga mangsa, dia nyata kesal dengan perkara terbabit,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT).

Menurut sumber, mangsa pelajar tingkatan dua di sekolah sama dengan bekas teman lelaki yang menuntut di tingkatan empat dan kejadian hanya disedari adik gadis berkenaan yang curiga selepas panggilannya tidak bersahut.

Sumber berkata, adik mangsa mengintai melalui lubang kunci dan terkejut mendapati kakaknya terkulai dengan kain batik terjerut pada leher. Difahamkan, mangsa mungkin tertekan dengan perpisahan yang berlaku, dia kemudiannya dipercayai mengikat sehelai tuala pada lubang angin di dinding bilik.

Selepas itu, mangsa mengambil kain batik lantas diikat pada tuala berkenaan, kemudiannya, kain batik terbabit dijerut pada lehernya sebelum dia dikatakan terjun dari paras tinggi. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya, Mansor Othman dan pengetua sekolah mangsa turut hadir menziarahi jenazah mangsa, hadir sama Pengerusi Majlis Belia Felda Negeri Johor, Nanndzri Nasib. Nanndzri berkata, Ia ujian berat daripada Tuhan dan kita sebagai hamba perlu reda dengannya, kita akan membantu keluarga mangsa mengikut kesesuaian,” katanya.

Sementara itu, sumber polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas kerana kes masih dalam siasatan.


bila diri dah tak dikawal oleh akal yang rasional, inilah jadinya. Sia sia hidup selama 14 tahun, dengan ibu bapa menanggung kesusahan membesarkan, dek kerana seorang lelaki yang belum tentu menjadi teman hidup sampai mati. SIA SIA hidup. Kehidupan di akhirat pun sia sia tak ada guna sebab membunuh diri. Semua dah sedia tahu yang hukum membunuh diri, neraka tempatnya. Tak cium bau syurga. So kepada remaja atau sesiapa pun , berfikirlah dengan sebaiknya. Mengakhirkan hayat hidup bukan penamat dan jawapan kepada semua masalah. Hargailah hidup anda sebaiknya kerana ia cuma sekali.

Kes Bunuh Nurul Awatif Syakir Selesai : Pelajar UiTM Ditahan

SHAH ALAM 13 Sept. - Polis percaya telah menyelesaikan kes bunuh dan bakar pelajar wanita, Nurul Awatif Syakir, 19, di Ampang 5 September lalu dengan tertangkapnya seorang remaja lelaki di Perak, semalam.

Remaja berusia 19 tahun yang merupakan pelajar tahun dua Sarjana Muda Ukur Bahan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di tahan sebaik sahaja dipanggil keluar daripada kampusnya Seri Iskandar.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, turut dirampas bersama suspek ialah telefon bimbit mangsa dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil.

Beliau berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti dua stesen minyak di Ampang yang merupakan lokasi pembelian petrol untuk membakar mangsa. – Utusan



Semester baru untuk student degree baru je mula semalam. Dah kena tangkap. Tak sempat nak habiskan pengajian. Last last kena ke tali gantung jugak. So sebelum buat apa apa fikirlah sebaik baiknya. jangan bila dah buat baru nak menyesal tak sudah.  Ape la nak jadi dengan dunia sekarang ni? Ape pun tak boleh!!

Keluarga Noramfaizul Mahu Kelab Putera 1 Malaysia Bertanggungjawab : Siapa Bersalah?

SUBANG, 4 Sept —Keluarga terdekat Noramfaizul Mohd Nor mahu penganjur misi kemanusiaan ke Somalia, Kelab Putera 1 Malaysia memikul tanggungjawab atas kematian jurukamera Bernama TV itu kelmarin.

Kelab itu diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez yang juga Ketua Putera parti itu.

“Mereka (Kelab Putera 1 Malaysia) adalah pihak yang menganjurkan (misi)kemanusiaan). Mereka tidak boleh lepas tangan,” kata pak cik Noramfaizul, Abu Bakar Md Yasin kepada The Malaysian Insider di Pangkalan TUDM di sini hari ini.

“Mereka seharusnya telah melakukan risikan awal. Ia negara asing,” kata bekas kakitangan awam Kementerian Pertahanan ini.

Seorang lagi bapa saudara pak cik Noramfaizul, Md Tahir Md Yasin berkata kematian itu sepatutnya boleh dielakkan.

“Mereka seharusnya memakai baju kalis peluru. Ia bukan negara stabil,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Bekas guru berusia 69 tahun ini berkata, Bernama juga seharusnya bertanggungjawab atas kematian Noramfaizul, selain Kelab Putera 1 Malaysia.

Mary Francis, pakar psikologi yang merupakan salah seorang peserta misi kemanusiaan memberi pandangan yang seiring dengan kenyataan Tahir dengan berkata: “Mereka tiada jaket kalis peluru. Ini penting di negara yang berkonflik.”

Katanya, peserta pasukan ada memakai jaket kalis peluru ketika jenazah Noramfaizul dibawa pulang.

“Bagaimanapun ia sudah terlewat... dia mungkin selamat jika ada mengenakan jaket,” katanya.

Suri rumah berusia 54 tahun ini yang menitiskan air mata berkata, pasukan misi kemanusiaan seharusnya telah diberikan latihan secukupnya.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz berkata, wakil media misi sewajarnya telah diberikan latihan dan disediakan aspek keselamatan yang baik.

“Menyediakan jaket, kereta kalis peluru... seharusnya mereka disediakan tahap keselamatan tentera yang lebih baik,” katanya.

“Mereka seharusnya telah diberikan latihan zon perang. Peserta kali pertama (pula) tidak seharusnya dihantar,” kata beliau. –MalaysianInsider

………………………………………………………………………………………………………………………..

Itu berita yang dikeluarkan oleh MalaysianInsider berkaitan kematian Allahyarham Noramfaizul. Seperti biasa, bila dah terjadi benda benda macam ni. Baru semua nak membuka mata masing masing. Kalau dulu hanya pandang sebelah mata sambil cakap “alah tak ada apa lah” . Tapi sekarang, siap nak pakai spek lapanpuluh lapis sambil bukak mata luas luas.

Dah tu, ada pulak statement yang dikeluarkan oleh Ketua Medical Team yang mengatakan jaket kalis peluru sekalipun tak boleh selamatkan arwah. Nampak macam ayat nak melarikan diri dari tanggungjawab . Boleh baca artikel penuh di  (Vest wouldn’t have saved Bernama man, says doctor).

Slain Bernama TV cameraman Noramfaizul Mohd Nor would likely have died even if he had been wearing a bulletproof vest when he was shot, said the aid mission’s chief physician today.

ramai yang tak berpuas hati dengan kenyataan ni. Memang la orang cakap ajal tu ditangan tuhan.Kita kena terima takdir. Tapi kematian itu kan bersebab. Bukan saja saja tiba tiba nak mati .Mesti ada sebabnya. Kalau dah macam tu alasannya,  Lebih baik tak payah adakan undang undang pakai seatbelt semasa memandu dan pakai helmet semasa menunggang motor.  Mencegah kan lebih baik dari mengubati . Katanya jaket kalis peluru pun mungkin tak dapat selamatkan arwah. Tapi masalahnya disini, petugas media langsung tak disediakan dengan jaket tu.

Tapi, tak boleh 100% nak salahkan Kelab Putera 1 Malaysia  dalam permasalahan ni. Bukan saja saja seronok nak ke sana. Bukan nak holiday kat sana. Bukan saja nak kesana nak bagi arwah ditembak.  Ada misi murni Kelab Putera 1 Malaysia  ke sana. Cuma mungkin sedikit kesilapan atau kekurangan yang membawa kepada kesan yang sangat besar. Mungkin sebagai peringatan untuk pencegahan di masa masa depan. Arwah ke sana pun  bukan dalam keadaan paksaan dari mana mana pihak. Beliau ke sana menjalankan tugas murni. Ajal Tuhan tak siapa yang tahu dimana. Mungkin esok esok kita pulak?

AL FATIHAH untuk Allahyarham Noramfaizul . Semoga rohnya dalam lindungan Allah SWT 

Situasi Sebenar Yang Berlaku Semasa Allahyarham Noramfaizul Ditembak Mati Di Somalia

Malang tidak berbau. Walaupun jarak perjalanan yang perlu ditempuhi oleh sebahagian petugas media dalam misi bantuan di Somalia sebelum diserang hendap semalam hanya tiga minit, namun tempoh itu tetap merupakan antara yang paling panjang yang pernah dilalui oleh jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan.


Ini kerana dalam perjalanan tiga minit itulah mereka ditembak sekurang-kurangnya dua kali dan salah satu daripadanya mengorbankan rakannya, jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor, yang juga ketua pasukan media yang bertugas dalam Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia.


Menurut Aji Saregar, ketika kejadian, beliau dan Noramfaizul berada dalam kenderaan terakhir daripada tiga kenderaan yang bergerak dari hotel penginapan petugas media elektronik menuju ke hotel yang menempatkan petugas media cetak dan penulis blog.


“Sebelum memasuki pekarangan hotel itu dari hotel kami, saya terdengar bunyi tembakan dan sedar saya sendiri terkena tembakan di bahagian lengan kanan.

“Dalam kesakitan, saya memberitahu Noramfaizul bahawa kami diserang tetapi arwah tiba-tiba terkulai di bahu kanan saya. Saya dapat melihat bahu kanan arwah berlubang dan dia berada dalam kesakitan yang amat sangat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Aji Saregar menceritakan detik-detik cemas itu sebelum menaiki pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Mogadishu untuk pulang ke tanah air bersama jenazah Allahyarham Noramfaizul serta kesemua petugas media dan sukarelawan misi berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang waktu tempatan itu (10.30 malam tadi waktu Malaysia), konvoi tiga kenderaan termasuk sebuah kenderaan tentera kerajaan Somalia ditembak oleh penyerang tidak dikenali kira-kira 200 meter sebelum memasuki hotel berkenaan.


Tembakan yang terkena bahu kanan Noramfaizul itu dilaporkan menembusi paru-parunya dan menyebabkan Allahyarham meninggal dunia ketika dirawat di hospital berdekatan kira-kira pukul 6.07 petang waktu tempatan sementara Aji Saregar hanya cedera di lengan.


……………………………………………………………………………………………………………………

Bagi aku, orang Somalia ni , bukan semua tapi kebanyakannya memang tak kenang budi. Dah berapa puluh tahun dah Malaysia hantar misi pengaman untuk pastikan negara Somalia tu sedikit aman dan kebuluran dikurangkan. Negara negara lain banyak yang ambil sikap berdiam diri dengan masalah kebuluran antara yang terburuk di Somalia sekarang ni. But then , bila nak ditolong, jadi macam ni pulak. Persoalannya, MASIH RASIONALKAH Misi Pengaman ni kalau objektif utamanya adalah untuk menyelamatkan nyawa tapi dalam masa yang sama nyawa sendiri dipertaruhkan.

Seorang anonymous ada comment dalam entry aku :

untuk rekod pada tahun 1993 ketika Malaysia menghantar pasukan tentera (RAMD Mekanis dan Rejimen Gerak Khas) untuk misi pengaman di sana, 3 orang anggota tentera kita terbunuh di mana salah seorangnya terbunuh ketika operasi menyelamat US rangers yang dikepung oleh militia Fara Aidid. Kemudian jika tak silap 2 tahun lepas, beberapa orang kelasi rakyat Malaysia telah diculik di perairan Somalia. Sekarang wartawan kita pula terbunuh da seorang cedera. Somalia negara paling tak selamat.

Pekerja Ladang Penggal Kepala Majikan Di Kampung Sertik.

Status Halal 60,000 Ayam Segar Di Johor Diragui

Daripada 200,000 bekalan ayam segar yang dikeluarkan di Johor setiap hari, kesucian 30 peratus daripadanya diragui kerana ada pengusaha pusat penyembelihan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Johor (JAJ).

Penolong Pengarah Penyelidikan Unit Halal JAJ, Samsudin Paimi, berkata, terdapat beratus-ratus peniaga yang memasarkan kira-kira 60,000 ayam segar setiap hari yang kesuciannya diragui.

“Malah ada penyembelihan dilakukan di tempat terbuka yang turut dimasukianjing dan binatang lain,” katanya kepada pemberita selepas serbuan terhadap dua premis penyembelihan dan pemprosesan di Jalan Kampung Sawah dan Jalan Pontian-Johor Baharu di Pontian awal hari ini.

Dalam serbuan dari 1 pagi hingga 3 pagi itu, JAJ mendapati premis terbabit masing-masing tidak melakukan proses penyembelihan dengan kaedah ditetapkan manakala logo halal sudah tamat tempoh sejak empat tahun lepas.

Samsudin berkata, JAJ khuatir dengan pertambahan permintaan terhadap ayam segar menjelang Aidilfitri, pengusaha kecil seperti itu semakin berani untuk mengaut keuntungan dengan berselindung di sebalik logo halal tamat tempoh selain tidak mengikut piawaian JAJ.

Turut membimbangkan JAJ, katanya, ialah ramai pengusaha tidak memiliki tauliah penyembelihan selain mempraktikkan kedah penyembelihan dan pemprosesan ayam sambil lewa.

“Kita tidak mahu pengguna terus tertipu dan mereka seharusnya diberi kesedaran untuk hanya memilih ayam yang disahkan halal dan suci,” kata Samsudin.

Samsudin berkata JAJ sudah mewajibkan pengusaha ayam di Johor membuat label yang akan diletakkan di kepak ayam yang mengandungi maklumat mengenai penyembelihan serta status halalnya.

Mengikut Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 yang akan dikuatkuasakan bermula tahun depan, syarikat yang didapati bersalah menipu sijil halal boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM10 juta bagi kesalahan kedua. — Bernama

#surely orang Johor dah mula rasa cuak tetambah yang semalam bedal ayam tak hengat dunia. Agak biadap jugak la kan pengusaha ayam ni sebab bulan bulan puasa ni pun nak buat dajal dekat orang Islam.

usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update