usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Haa??Adik Blogger Terkenal Tu Orang Minyak?

 

hari ni 13jun adalah hari yang aku rasa hari yang agak mengong bagi aku. Bermula dengan satu kesilapan besar yang aku buat pagi pagi buta. guess what? Aku silap masuk shift kerja. Sepatutnya shift petang tapi aku denga penuh keyakinan bawak la motor pagi2 buta semangat nak pergi kerja. tengok tengok shift petang. Damnn ahh. nasib baik la ada sorang budak baru ni dia bangun lewat . So aku kol suruh dia tukar shift la dengan aku. Habis tak mau cita yang itu. Nak cita menda lain actually. Cakap omputih tu aku…

 

Dah lebih kurang sebulan aku kerja kedai minyak macam aku pernah cita dalam entry tah hapa2 ni.Kerja kedai minyak bai. Bukan orang minyak macam tajuk tu. Saja wat gempak ja.,haha..ciotanya  3hari sebelum aku masuk kerja kat tempat tu. Ada sorang perempuan ni baru masuk kerja jugak. Alia namanya,tapi ada panggil Liara, erkk mana satu? Aku panggil dia Halia.Comel dia ni. Acece lu mesti kembang alia kalau baca statement gua..haha.. Dia ni kerja sampai hujung bulan ni ja sebab bercuti politeknik. Mula mula malas dan segan nak nyembang nyembang. Yela aku ni kan memang jenis malu malu kucing nak mampos kan?So rasa kemaluan untuk semabng tu ada la jugak. nak bagi link pun tak tahu nama si Alia ni sebab aku tak tau facebook dia.

 

Lama lama cinta pun mula berputik antara kami. Damnn aku tipu besor. Mem baca mampos aku kena tibai dengan paip air. Lama lama mula la sembang sembang cam tu sebab kan satu tempat kerja. Walaupun aku ni jenis malu malu tapi sembang jugak. Pesal aku rasa nak muntah haa tep kali aku taip word malu tu..haha.. ke aku memang jenis tak tau malu. Sembang punya sembang punya sembang berhari hari sampai la ceritanya hari ni. haa ini la aku nak cerita sebenarnya. yang tadi tu cuma interodaksyen ja.

 

Papp keluar topik blogging hari ni. Sesaje la sembang sembang pastu dia pun bagitahu la tanpa aku bertanya yang kakak dia blogger terkenal jugak. Guess who? Cik Epal wehh…tak caya?okeh fine gua tipu. sejak bila adik cik epal kerja kat kedah kan?lagipun Cik Epal ada adik nama Halia ke?haha..Ok kali ni betul2. Si Alia ni adik kepada blogger designer Myravea yang selalu datang shoutbox dan wink3x. tu..nama blog pun Dinky Wink . Aku kenal la si Myravea ni. Dia confirm tak pernah kenal aku. Blogger bawah tanah je.

 

Serius gua tak sangka. Selepas dah lebih sebulan kerja sekali baru tau dia adik Myravea tuh. langsung tak expect bai. Tak tahu kenapa rasa cam eksaited semacam ja bila masuk bab bab blogging ni padahal blog aku ni dah ditinggalkan bersawang . tapi tak pa., semangat masih ada . Cuma masa tak berapa nak ada sangat .Eksaited sikit sebab sebelum ni pernah jumpa dalam blog ja . Tup2 adik si blogger yang aku kenal kerja sekali dengan aku. Tetiba rasa dunia ni kecik dan dihujung jari. Ada kena mengena tak?

 

Masuk bab Myravea plak, dia ni seorang yang sangat pandai merekacipta header. Dalam bahasa kampung  aku orang panggil designer header. kampung korang panggil cam tu tak?nak wat camna kampung aku semua ngaji omputih belaka. Kalau nak hidupkan kereta orang kg aku panggil “start injin. ” betul tah hejaan haku?. perhh omputih bai. Si myravea ni aku pernah gak dulu nak sembang sembang ngan dia pasal design header ni sebab aku pun ada jugak buat tempahan header tapi free jela dan tak ambik duit lagi.tapi terlupa nak sembang2 sebab dia kan designer hebat. Kalau nak tengok design design aku boleh la lepak di HRDESIGN  tempat aku sumbat semua design2 aku. Tapi yang latest tak sempat lagi nak masukkan.

yang paling latest yang ini la..cewah nak nunjuk gak tuh.

 

nanti al aku sambung cita kalau rajin. Lepak kedai mamak ni. Tetiba elektrik tak de plak. Mamak ni jeles ke apa aku nak blogging. Ke nak halau dengan cara tersopan?Pesal wifi boleh plak guna. Ahh lantak. balik tidor dulu esok kerja pagi.  Ehh pagi ke petang??Jangan silap lagi macam pagi tadi sudah. Cauuu~!!!!

 

pesanan penaja : sila abaikan tajuk tu yee…baca isinya sudah. ekeke~

Hadiah Untuk Pemenang Giveaway Yuyu Zulaikha Sudah Siap!!

Pagi tadi dalam entry Cashout Nuffnang, Beli DSLR Pastu Stop Blogging!!! aku ada cakap yang aku tak ada masa untuk buat post di blog dan header kan?ok aku tak tepati kata2 aku. hehe.even bz pun masih nak beronline. Apa la nak jadi ngan aku ni. Apa pun tak boleh kata JAMBU.

still ingat yang aku pernah sponsor Giveaway dari Yuyu Zulaikha?kalau tak tahu boleh baca di entry Yuyu yang ini . Lagi Sponsor Untuk Ferrero Random GiveAway. Alhamdulillah setiap yang terjadi ada sebabnya

dan GA tersebut sudah ada pemenangnya seperti yang dah diumumkan di Senarai Pemenang Giveaway Yuyu Zulaikha Sudah Dium... dan design yang dibuat ni adalah hadiah yang dimenangi oleh salah seorang pemenang iaitu FARHANA BASRI .Hope u suka dengan design ni. Actually tak tahu nak buat macamma sebab spesifikasi tak diberi secara detail .Just serahkan 100% kepada aku untuk design dan nakkan header yang simple dan tak strike colournya. . So inilah hasilnya .

saiz : 900 x  350 pixel


PICTURE ORIGINAL LINK : 

sebarang komen untuk header di atas???hehe
lagi seorang pemenang masih tak memberi sebarang komen. Aku nak komen pun tak dapat kat blog dia. tak tahu pasal apa. harap kalau dia sedar nanti dia akan mesej aku

kalau ada sebarang pertanyaan boleh bertanya di bahagian komen k.

Cashout Nuffnang, Beli DSLR Pastu Stop Blogging!!!

Alhamdulillah akhirnya ada masa jugak untuk aku update blog aku lepas beberapa hari ditinggalkan bersendirian. Minggu ni agak sibuk. Bukan agak, memang gila babeng punya sebok dengan presentation ETR . Then final exam tinggal berapa hari ja lagi.

 

So aktiviti menghupdate blog terpaksa dikurangkan. Kurang je bukan tinggal terus. Dan aktiviti mendesign header pun terpaksa dihadkan sebab better aku study (aicehh study konon.blah lalu).Beberapa hari yang lepas plak, template aku ada masalah sikit , malas aku nak caro coding yang error tu, so tukar terus pakai standard template yang ada di template designer dashboard tuh. tak yah nak pening pening kepala dah. dan alhamdulillah walaupun tak update , trafik tetap maintain. Thanx kepada anda , anda dan anda yang sudi melepak sini walaupun tak baca. dan alhamdulillah duit nuff cepat plak bertambah. Adakah kerana INI? InsyaAllah aku tak mau cashout lagi. Tunggu bagi cukup boleh dapat DSLR sejibik., aku cashout.AMIN!!!at least nampak la kan hasilnya. Ni kalau aku c.out sekarang, mesti membesarkan perut ja. Memang la nampak hasil tapi lepas tu hilang la hasil tu sebab aku kan “slim”. haha

 

Dan untuk sesiapa yang masih belum dapat header yang sudah ditempah. Aku mintak maaf sangat sebab memang tak sempat nak mengadap photoshop nak membelek satu satu design . Plus nak memerah otak sikit. Sebab kengkadang ada yang request mintak pelik2 . So kena cari masa yang panjang untuk dapat idea. Dan untuk dua orang pemenang Giveaway Yuyu Zulaikha iaitu  LIYANA KARIM DAN FARHANA BASRI, header anda akan diberi keutamaan dan akan disipakan dalam masa terdekat insyaAllah. Farhana dah bagi detail tapi si Liyana ni senyap je. Aku komen kat blog pun dia tak reply. Tak nak redeem hadiah ke?tak nak , nak kasi sama orang lain. hehe.

 

Dan bila bukak ja email, mesti ada lagi yang request nak header free. Sorry ek, dah bagitahu dah haritu yang aku dah tutup dah tempahan header free tuh atas sebab sebab tertentu plus tak sempay nak buatkan . So mintak maaf ek. Yang dah request sebelum2 tuh, header anda akan disiapkan.

 

Boleh check latest design aku di HR DESIGN

 

okeh jumpa lagi nanti.!!stay tiun hiyer !!

p/s : menda tajuk macam tu. Aku dah tak dak idea dah nak letak tajuk apa kat entry nih. wateva laa.

Dan Blogger Bertuah Tersebut Adalah.......

Dalam entry Minta Jasa Baik Tolong Vote Untuk Harga Tempahan Header Yang Sesuai!! aku ada cakap yang aku akan buat header free terakhir kepada blogger bertuah sebelum aku buka tempahan berbayar dan aku baru mencari blogger bertuah tersebut malam aku buat entry tuh. Then , cari punya cari, terbaca la kat wall facebook si eykameow ni yang 13april adalah birthday dia.If im not mistaken la 13april .ye kan eyka? So terdetik hati(acece terdetik ayat tu) aku untuk buat satu header untuk dia , as birthday present maybe.
Hope dia suka. Terpulang nak guna or tak . Sekadar suka suka design header simple ni. Kalau nak edit apa2 , juz bagitahu. Kalau tak berminat, its ok. hehe. Lagipun aku tau la buruk je ni .haha(biasa la baru belajar edit mengedit. haha)

ok ini designnya. Eyka sekarang kan dah bertudung. Satu kejayaan dan penghijrahan yang sangat2 besar.She looks cuter bertudung ,bak kata pak Cik Eyriqazz. haha. So kita letak gambar bertudung la ek tapi still bersama buibui beliau. Before that nak wish Happy Birthday ke 21 .(sama umur la plak kita,cuma dia muda 2bulan dari aku) .Moga selalu bahagia dalam hidup dan sentiasa berjaya dengan apa yang dibuat. 





PIC LINK : 


diciplak 100% dari entry  HEADER DESIGN BIRTHDAY EYKAMEOW

p/s : jangan lupa untuk vote harga tempahan header di sini Minta Jasa Baik Tolong Vote Untuk Harga Tempahan Header Yang Sesuai!!

Minta Jasa Baik Tolong Vote Untuk Harga Tempahan Header Yang Sesuai!!

ADA SATU KEJUTAN DAN BERITA BAIK. KALAU NAK TAHU KENA LA BACA SAMPAI HABIS.HEHE

seperti yang sesetengah dari anda dah sedia maklum, beberapa hari yang lepas aku ada buka tempahan header free untuk blogger blogger dan sudah pun berjaya siapkan beberapa header yang telah ditempah. Semua design header boleh dirujuk di Blog HR DESIGN .

nak tahu apa itu HR DESIGN?sila klik    HR DESIGN : FAQ Berkaitan HRD

HR DESIGN pulak adalah satu blog yang diwujudkan untuk mengumpulkan kesemua hasil karya aku yang telah siap untuk simpanan peribadi dan jugak tempahan . Selepas dah test market dengan header free. Alhamdulillah dapat feedback yang positive daripada pelanggan tersebut dan semuanya suka.. Kiranya tak ada yang kutuk kutuk la. hehe.Ni adalah salah satu header yang aku design .

header untuk TIKIN IS TEKO LUVER(sebab tu ada gambor Teko) dan Yuyu Zulaikha

design yang lain boleh rujuk di HR DESIGN

So aku maju setapak lagi untuk mula berbisnes secara serius untuk ambil tempahan kepada blogger blogger atau siapa sahaja yang nak mendesign header atau apa ja dan sedikit bayaran akan dikenakan. Haa tentang bayaran ni la sebenarnya MOTIF UTAMA aku buat entry ni.

                         image 

Haa nampak tak gambar di atas ni?kotak vote yang dah tersedia untuk anda vote. Aku nak minta jasa baik untuk sesiapa yang masuk ke blog aku ni untuk tolong vote harga yang sesuai dengan kualiti header yang aku buat. Untuk tengok koleksi header yang aku cipta, boleh rujuk di HR DESIGN. Atau klik ja logo HR DESIGN di atas kotak vote tersebut. Anda akan terus didirect  ke blog tersebut . TOLONG VOTE EK. alamak terkepslox plak dah. hehe

Lepas dah dapat maklumat berkaitan bayaran ni, baru la aku akan mula buka tempahan. Takut kalau tak dapatkan pandangan ramai, nanti terletak harga tak kena dengan kerja pulak. Kalau boleh tak mau la nanti ada yang merungut. Customers is always cute right!! Kang ada yang pelangkung kepala aku naya ja sebab mahal.

Membebel je terlupa pulak pasal KEJUTAN yang aku bagitahu kat atas tadi. Ok disebabkan aku nak buat tempahan berbayar selepas ni, so aku akan buat satu header free terakhir special untuk blogger bertuah. Siapa blogger bertuah tu, belum tahu lagi. Sesiapa yang aku rasa nak buat la kan?And bermotif untuk aku buat. hehe.Dan beliau tak akan tahu sehinggalah header tersebut siap dibuat. Then aku akan bagi on the spot ja kat dia.hehe. So  misi mencari blogger bertuah akan dijalankan pada malam ini atau esok hari.. Mencari jugak walaupun aku esok ada 2 test Dasar pemalas betol!!PERHATIAN !!komen anda yang berbunyi “Saya nak header terakhir tu sebab saya…….” tak akan beri kesan kepada pencarian aku. hahahaha. Aku yang akan decide 100% siapa yang bertuah tu.hak. dah r , rasa macam dah panjang bebenor entry kali ni. Ni yang aku malas nak membebel ni. Tak mau berenti!!

nak tahu apa itu HR DESIGN?sila baca HR DESIGN : FAQ Berkaitan HRD

 

TQ SUDI BACA !!datang la lagi nanti!!

 

HR DESIGN : FAQ Berkaitan HRD

Assalamualaikum .sebelum ni aku dah buat satu entry berkaitan HR DESIGN iaitu Pembukaan Rasmi HR DESIGN |Koleksi Design HafizRahman. Sesiapa yang belum tahu apa tu HR DESIGN. Meh aku nak cecita sikit bagi tahu.

HR DESIGN adalah singkatan bagi nama aku sendiri iaitu HafizRahman Design dimana blog ni menghimpunkan kesemua design design tak kira cantik atau buruk, yang penting semuanya adalah hasil kerja tangan aku sendiri. Semua design yang dibuat akan dihimpunkan disini untuk tontonan (macam ada orang nak tengok) dan kritikan juga kutukan . So kepada sesiapa yang sudi komen, sila silakanlah .Lebih baik mengutuk disini dari korang asyik kutuk kawan kawan . Sini tak berdosa sebab aku yang suruh. Dan  tujuan utama aku wujudkan HR DESIGN adalah sebab tak nak semakkan blog rasmi aku ni iaitu Blog HafizRahman. Disini biar aku bercerita, di HR DESIGN gambar je ada,

Buat masa sekarang, blog HR DESIGN cuma dibuka untuk tontonan saja dan belum bersedia menerima sebarang tempahan untuk buat header atau apa apa saja berkaitan “design mendesign” disebabkan kekangan waktu . Yela aku dah nak dekat final exam. Kena fokuskan kepada pelajaran dulu . Nanti asyik nak menghadap Photoshop ja, habis rosak masa depan aku pulak.

Dan logo rasmi yang akan aku gunakan untuk satu masa sehingga dapat idea baru untuk buat logo baru adalah logo yang ini (ayat tah hapa2 aku pun tak berapa faham ). Baru dicipta setengah jam yang lepas dan cuma menganbil masa 15minit ja untuk aku sipakan. So memang boleh diterima la kan kalau orang cakap buruk.hehee

KLIK PADA LOGO UNTUK KE BLOG

setakat entry ni ditulis,dah ada lebih kurang sembilan design header yang dibuat untuk beberapa orang blogger yang request semasa aku offer header free lebih kurang seminggu lepas . Dan offer tersebut dah pun ditutup. So kepada yang terlambat, maaf la ek. nak buat macammana tak ada rezeki anda semua.

Dan yang paling terbaru, HR DESIGN menjadi sponsor untuk GIVEAWAY PERERO ROSHER (hentam je la eja cam tu )  yang dianjurkan oleh Yuyu Zulaikha dan aku mensponsorkan diri untuk design header mengikut kehendak kepada DUA orang blogger yang bertuah dan blogger bertuah tersebut sudahpun dipilih. (maklumat lanjut dalam entry Senarai Pemenang Giveaway Yuyu Zulaikha Sudah Diumumkan. Semak Nama Anda)

InsyaAllah menjelang bulan MEI , aku akan ambil tempahan untuk sesiapa yang nak buat header dan insyaAllah bayaran yang dikenakan akan berbaloi dengan apa yang anda akan dapat. Aku akan pastikan harga menepati kehendak pengguna dan tak mahal. Murah je la maksudnya. Senang cita.

So stay tuned bersama blog aku iaitu HafizRahman dan Blog HR DESIGN . Blog tersebut masih dalam proses pembaikan dan insyaAllah akan diupgrade supaya mesra pembaca dari semasa ke semasa.

 SEKIAN BERITA MALAM INI !!

Senarai Pemenang Giveaway Yuyu Zulaikha Sudah Diumumkan. Semak Nama Anda

lebih kurang setengah jam yang lalu, Yuyu Zulaikha dah umukan senarai pemenang giveaway beliau . Penyertaan adalah sebanyak 567 orang dengan 10 sponsorship untuk hadiah. Dan aku adalah salah seorang sponsor that’s why aku sebok2 buat entry ni.hehe

bagi yang join boleh semak nama anda di entry Senarai Pemenang

Dan untuk bahagian hadiah yang aku sponsor iaitu Design Header Free untuk 2 pemenang bertuah, 2 orang blogger yang terpilih adalah blogger dengan nombor giliran bertuah

image

437 dan 369 iaitu blogger :

my lifestory ;D

LIYANA KARIM

DAN

FARHANA BASRI

jadi kepada dua orang pemenang tersebut, sila contact aku  untuk penebusan hadiah dan bagi detail berkaitan header yang diinginkan.

Dan aku sebagai sponsor, join jugak sebagai peserta dan TAK MENANG APA APA macam YUYU jugak. haha . Mungkin Tuhan nak bagi kat orang lain kan?tak baik tamak tamak. Untuk Yuyu jangan sedih2 sebab tak terpilih dalam GA sendiri sebab header untuk anda dah siap dan boleh diambil di entry ini

HEADER DESIGN BLOG YUYU ZULAIKHA

Kalau nak tengok Koleksi Design yang aku dah buat, boleh ke :

klik pada gambar untuk ke Blog HR DESIGN

TAHNIAH UNTUK SEMUA PEMENANG !!

Pembukaan Rasmi HR DESIGN |Koleksi Design HafizRahman

Sponsor Header Untuk Yuyu Zulaikha | Aku Pakai Skirt Biru

mungkin ada yang belum tahu dalam beberapa hari ni aku ada bukak tempahan untuk buat header secara free kepada blogger yang berminat dan belumm ada header untuk sama sama join blogger lain yang ada jugak header. Tapi , macam yang semua orang tahu, final exam makin dekat dah . Dah masuk hujung semsster dah dan aku pun dah semester last dah. So kena la pulun lebih sikit untuk pastikan aku grade diploma yang membanggakan mak bapak aku.

Dengan rasa sedihnya nak bagitahu, header free tersebut tak dapat dibuat dalam masa terdekat dan ditutup untuk sementara waktu. Dan tempahan yang diterima adalah untuk sesiapa yang telah isi form setakat jam 8malam tadi sahaja. Yang terlepas tu minta maaf ek. Dan yang dah tempah, header anda akan disiapkan . Cuma tunggu masa dan ketikanya sama ada lambat atau cepat. But jangan risau, nombor giliran dah disusun, Sape yang temoah awal dapat awal la ek.,

Ok sebenarnya nak cita benda lain. Berkenaan Giveaway yang dianjurkan oleh Yuyu Zulaikha iaitu "Yuyu Zulaikha- Ferrero Random Giveaway" . Kalau sebelum ni aku buat header secara free of charge, but bila tadi terfikir,why not aku jadi sponsor untuk GA tu jugak kan?hehe. At least , semua berpeluang untuk dapat bergantung kepada luck masing masing. Walaupun header design aku mungkin huduh2 belaka. but alhamdulillah diterima oleh Yuyu sebagai salah satu sponsor untuk GA beliau.Boleh rujuk dalam entry Lagi Sponsor Untuk Ferrero Random GiveAway. Alhamdulillah | setiap yang terjadi ada sebab nya banyak betul sponsorship untuk GA nie. Dah macam contest besor dah nengok.hehe. Tahniah YUYU. Rugi bagi sapa yang belum join.nak join sila klik SINI

image

wahaha aku pakai skirt biru tuh.(skirt macam tu ek?ntah tak penah pakai).haha..buat ayat sedih pulak budak kecik ni. Yela nanti penganjur akan dapat satu.haha

So kepada yang join GA tersebut. Gud luck semua. Hadiah semua bes2. Tapi kan!!Aku pun join gak..hahahahhaa..itu semalam punya cilita before aku sponsor hadiah sekali. tak tahu la plak sponsor layak join or tak.LOL!

 

HEADER DESIGN : 2Tempahan Design Header Free Lagi Untuk Diambil

Pesal aku rasa semacam ja tajuk kat atas tu haa?ahh hentam jelah. malas teman nak  pikior , asal paham udah lae. Cakap banyak watpe kan3x? selepas semalam aku dah siapkan 3 header yang dah ditempah oleh 3 orang blogger, petang nie, dalam lebih kurang setengah jam macam tu, aku berjaya siapkan lagi 2 header untuk seorang blogger wanita dan seorang blogger lelaki yang pernah aku jumpa masa gathering kat Alor Star hari tu.

Tak mau cakap banyak sangat nanti korang boring, meh tengok dan komen design terbaru aku ni.hehe

design kedua dua blogger ni aku buat dalam 2 versi iaitu transparent dan bukan transparent. But aku prefer transparent sebab nampak lebih smooth bila digunakan untuk header dan nampak lebih kemas .

HEADER 1 untuk TIKIN

LINK : http://i935.photobucket.com/albums/ad193/fasyril/TEMPAHAN%20HEADER/transparent.png

untuk header Cik Tikin ni, ada ceritanya. Lawak gak sebab semalam masa dia isi form, aku tak da idea nak buat header macam mana sebab tak diberitahu dengan detail . Dia cakap macam mana pun tak pa. Aku musykil dengan perkataan TEKO tu, teko air tu ke. then alu pun search la teko  berwarna pink.Yang lawaknya, boleh aku lupa teko dalam bahasa omputih, puas mencari kamus dekat setengah jam nak tahu perkataan “pot” , bengong gak padahal google translate depan mata tak mau guna. Grrr~~ Pastu pagi tadi , rasa macam musykil je , teko lain kot. Aku mesej dia di facebook dan mintak dia mesej aku balik. Pastu dia bagitahu, dia pun tak tahu TEKO ape. Rasa nak tarik hidung ja budak ni. Dia pun cakap buat la macammana pun. ok fine aku buat ikut suka.haha. SO aku pun dah malas nak cari gambar kaler pink dah. Tibai je letak teko  pink tu. Cantik jugak teko tu.ahaha. Sorrt kalau tak ikut tema cik tikin

HEADER 2 untuk SHAHJIEHAN 

LINK : http://i935.photobucket.com/albums/ad193/fasyril/TEMPAHAN%20HEADER/header-transparent.png

ini pun satu lagi yang aku tak da idea nak buat macammana. Dengar Shahjihan dalam kepala aku terbayang bayang Taj Mahal je. So hentam je la. haha. Header untuk lelaki ni kurang sikit. Untuk perempuan macam mencurah curah ja idea. tak kuasa nyahh.yarkss. Ya Allah jauhilah aku dari kesesatan.haha

DESIGN HEADER YANG LAIN2 DISINI

  1. 3 Header Free Sudah Siap Untuk Diambil
  2. Header Free Untuk Blogger

 

3 Header Free Sudah Siap Untuk Diambil

3 header terawal yang ditempah oleh 3 orang blogger yang mengisi form dengan lengkap di entry Makluman Penting Untuk Tempahan Header Free di Blog HafizRahman dah aku siapkan semalam .Kalau ikutkan keadaan semasa, memang tak sempat, then tetiba classmate aku bagitahu yang quiz hari ni postpone ke hari khamis so memang cari pasal la. Masa terbuang jangan disiakan. haha. Padahal banyak lagi kerja lain aku kena buat. Tapi tak pa, demi kawan kawan aku tak kisah punya . Berlagak baik kan?

Dan setelah berhempas pulas mengerah keringat tulang 2 kerat (tangan je) maka terhasillah sebuah karya terburuk dalam sejarah negara iaitu karya dari aku.

3 header ini ditempah oleh :

Dan headernya disini mengikut turutan di atas :

 

untuk ANYSS

link : http://i935.photobucket.com/albums/ad193/fasyril/TEMPAHAN%20HEADER/header.png

 

 

 

untuk AIN

Link : http://i935.photobucket.com/albums/ad193/fasyril/TEMPAHAN%20HEADER/Header-1.png

dan untuk YAYA

http://i935.photobucket.com/albums/ad193/fasyril/TEMPAHAN%20HEADER/header-yaya.png

amacam?cantik ka buruk?hahaha. Perasan. Semua ni aku buat mengikut apa yang diminta, tapi sorry la sebab aki masih lagi dalam proses pembelajaran. Aku ni umpama buah cempedak diluar pagar yang kena tolong jolokkan tu la lebih kurang. So aci la kalau tak cantik kan?

Hope ketiga tiga customer pertama ni suka dengan hasil kerja aku. Kalau suka nanti boleh la aku proceed dengan lain lain dan insyaAllah kalau dapat permintaan , masa masa akan datang sedikit bayaran akan dikenakan. hehe. Buat masa ni masih free sebab aku still dalam practical lagi. acece practical plak.

So kepada yang nak jugak, boleh rujuk entry Makluman Penting Untuk Tempahan Header Free di Blog HafizRahman. INGAT!! request yang ikut syarat syarat yang ditetapkan ja yang akan dilayan . Dan 3 blogger di atas adalah antara mereka yang ikut syarat tu la.haha.Dan had free header ni akan tamat bila bila masa dari sekarang sampai satu masa yang akan diberitahu kemudian Sapa nak cepat. Lambat lu gigit jari gua cakap.

 

HEADER POST FOR BLOGGER

usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update