usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

KBU WE CARE : Kembara Ramadhan Kami Blogger Utagha Bersama Warga Tua Dan Anak Yatim Part 1

dah 4hari berlalu event ni. Baru harini aku berkesempatan untuk update event yang diadakan oleh Kelab Blogger Utagha dimana kami dari kalangan blogger di bahagian utara iaitu Perlis Kedah Penang dan Perak berhimpun dan beramal. Berblogging tak semestinya cuma untuk bersuka suka ria dan bergosip gosip tapi dalam masa yang sama kita boleh jugak  beramal tambahan dalam bulan Ramadhan yang mulia ni. Berkongsi dengan yyang memerlukan adalah satu amalan mulia.Kesenangan dan kemewahan yang Tuhan berikan kepada kita sepatutnya dikongsikan dengan mereka yang memerlukan. Sharing kan Caring.  Ini adalah bahagian pertama update event ni. Ada beberapa part lagi selepas ni sebab terlalu banyak gambar yang aku dapat dari event ni.
Ini adalah version “Rabu Tak Kata Apa Apa “ yang dipenuhi dengan aksi aksi keterlanjuran semua blogger yang menyertai. Kalau dah jumpa, memang havoc habis blogger utara ni. ye la orang utara kan peramah. betui dak?(FAKTA)
banner program . Tak tahu la siapa yang buat ni. Tengok tengok dah wujud dah didunia maya dan alam nyata.
PERHATIAN : beribu ribu gambar akan muncul. So kepada yang nak terberak tu, elok sangat la bukak dan pergi berak dulu pastu mai sini tengok balik sebab loading page akan menjadi tahap cipan lembap kepada mereka yang gunakan berukben. Biasa la dah hujung hujung bulan ni bandwith dah nak habis kan?hehe
Part 1 ni kita move on to kepada mereka mereka yang hadir dulu k.
311603_1803739547687_1665822561_1429546_5510842_n
KBU Care for those who needed
DSCF0199 [1024x768]
Mikro Kukus
DSCF0198 [1024x768]
Cik Zai Penang yang bawak kereta sumpah laju nak …….. Ligan tak dapat weh
DSCF0201 [1024x768]
satu satunya makhluk tuhan yang pakai baju kuning. Bila ditanya bila nak beli baju KBU (nanti la aku beli jawab dia).haha
DSCF0204 [1024x768]
3 orang yang aku sangat segan nak tegur malam tu. Yala aku kan pemalu. haha: Atin , Tatia dan Fatyn
DSCF0208 [1024x768]
#retis Siti Jusiza (memang patut pun orang panggil #retis.sepanjang perjalanan karaoke. haha)
DSCF0209 [1024x768]
#retis kedua iaitu Naqiah Othman
DSCF0214 [1024x768]
abaikan tudung merah tu. Gambar dia dah ada kat atas .haha. ini adik beradik Anith dan Abil Chan. baru sekarang aku tau kenapa nama facebook dua orang ni panjang. Chan tu comes from nama ayah rupanya.
DSCF0225 [1024x768]
Kak Adish Shida dan Pakcu Sofi Admin KBU
DSCF0255 [1024x768]
pengasas, peneraju, penaung,pengerusi,perancang apa lagi semua dia la. Ini dia Cik GKSB Admin KBU (yang belakang tu wat comei plak)
Ceti KBU iaitu Syakira Yaakub.Comell!!upss..haha
DSCF0271 [1024x768]
awat yang dua kanan tu rasa macam dah byk kali ada gambar ni?Arhhh awat byk sgt gambaq depa. haha. Dari kiri : Farhana , Nur Lina Jamal , dia dan dia. kah3x
DSCF0304 [1024x768]
aduhh terlupa dua orang ni. sapa ek?ermmm
DSCF0305 [1024x768]
Nadh Zher Ee (Nazri kan senang ..grrr)
294736_1803753388033_1665822561_1429582_8314083_n
Nora Amila (awat muka sama ek)
304115_1803751347982_1665822561_1429577_5653980_n
Remaja Boroi (tapi tak boroi pon. Diet dah kot )
294829_1803738387658_1665822561_1429544_5391773_n
jejaka yang hadir. Walaupun sikit tapi cukup untuk membisingkan keadaan dan  buat kecoh di Majlis ni. (sila ambil perhatian yang kedua dari kanan tu adalah aku ..nak jugak!!!)
300132_1804280041199_1665822561_1430423_5956636_n
Photographer rasmi Nadzli Azlan
305468_1803758108151_1665822561_1429593_5776703_n
Munet dan …errr lupa ..otak beku!!
………………………………………………………………………………………………………………….
Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Warga Emas dan Anak Yatim
335151_2213132601571_1045211814_32620692_1441055_o
agaknya apa la yang sedang Tok Wan ni fikirkan?
sumbangan KBU sebelum dibungkus. Alhamdulillah keseluruhan sumbangan yanng dikutip berjumlah 1.3k (kalau tak silap) dapat meringankan sedikit sebanyak kesusahan tambahan nak hari raya ni. Sumbangan berbentuk keperluan harian, Al Quran, sejadah telekung etc.
Sumbangan untuk 40 orang warga emas dan 10 orang anak yatim
Sumbangan untuk warga Emas
sumbangan untuk anak anak Yatim
aku sendiri rasa happy sangat bila dapat tengok anak anak yatim ni senyum.
305924_1803747747892_1665822561_1429568_2491101_n (1)
salah seorang di dalam gambar ini adalah pelakon terkenal. Cuba teka (yang join iftar ni dok diam ok. haha
Keluarga KBU. We Are Once And Forever Will Be . InsyaAllah
Overall majlis ni memang besss gilak dan antara gath terbesar pernah aku join bersama KBU. Aicehh padahal baru 2x join event. Walaupun mungkin sumbangan ini tak banyak, tapi alhamdulillah, niat semua ahli KBU untuk membantu mereka yang memerlukan tercapai dengan jayanya. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima dan atas kesedaran tu , kami Blogger daru Utara rasa bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada masyarakat sekeliling dan menjadi masyarakat prihatin.
Bersambung di Bahagian kedua  okehhh..








TENTATIF PROGRAM KEMBARA RAMADHAN DAN KEMPEN JALUR GEMILANG BLOGGER UTAGHA

Before this aku ada buat entry berkaitan program amal yang akan dijalankan oleh geng geng blogger utara . Sila rujuk entry KEMBARA RAMADHAN (Majlis Berbuka puasa Bersama Anak Yatim & Warga Emas “Kami Blogger Utagha”)

Tentatif Program Majlis Kembara Ramadhan dan Kempen Jalur Gemilang


Anjuran Bersama KBU dan MAYC Kg Padang Melangit, Perlis


Tarikh : 20 Ogos 2011 (SABTU)Lokasi : Masjid Kg Padang Melangit, Perlis 

1.30 ptg : Ahli dari Penang akan bertolak
3.30 ptg : Berkumpul di Stesen Minyak Mobil / Esso Jalan Putra, Mergong (sebelah kiri ke kangar)
4.15 ptg : Berkumpul di Perlis - Petronas Taman Guru Jaya, Kangar (Menghala ke Beseri)
               : Konvoi ke Balai Baru
5.00 ptg : Konvoi Kempen Jalur Gemilang dengan MAYC ke Kg Padang Melangit
6.00 ptg : Penyampaian Sumbangan
7.00 mlm : Ketibaan VVIP (MB Perlis, YB Santan, MAYC Negeri, Majlis Belia Negeri)
7.35 mlm : Berbuka Puasa - makanan ringan (Kurma dan minum air sahaja)
7.45 mlm : Solat Maghrib berjemaah
8.00 mlm : Makan Malam (berbuka dengan makanan berat)
8.40 mlm : Solat Isyak dan Terawih
10.00 mlm : Bersurai


** SETIAP AHLI YANG HADIR AKAN PEGANG 2 @ 3  ORANG PENERIMA SUMBANGAN UNTUK MENGIRINGI WARGA EMAS SEMASA PENYAMPAIAN SUMBANGAN


UNTUK PENGANGKUTAN...sila rujuk / ctc wakil negeri masing-masing


Diharap ahli yang terlibat untuk program ini...dapat memberi kerjasama dengan sewajarnya supaya majlis yang dirancang akan berjalan lancar..sekiranya mempunyai masalah sila maklum dengan segera.


Sekian, terima kasih


Harap Maklum

 

sebarang pertanyaan lanjut boleh terus berhubung dengan admin Kami Blogger Utagha :

GKSB- 019-4446535

Pakcu sofi- 0194406353

Adish Shida- 014-7577561

 

MAKLUMAT LANJUT RUJUK SINI

KEMBARA RAMADHAN (Majlis Berbuka puasa Bersama Anak Yatim & Warga Emas “Kami Blogger Utagha”)

Poster yang aku design 5minit sebelum tulis entry ini. Cantik tak?cer komen.hehe

Link gambar diatas : https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSj-q2DZAwFMe9AOlgJfNPZcOhqq6BLLTKQaQBoAVEo-h9_w8wFk8iEZX5t1rS5v6Gjnqjof2Ltt2uWwza25yJ6B2Oup3gOWggxPNN8IeCjGD6vKun7XmQU50o2ViAgocwTYN_y9bjfeCy/s912/kbu-latest.png

Sekali lagi KBU atau Kelab Blogger Utagha atau kami Blogger Utagha akan menganjurkan satu lagi event tapi kali ni join venture bersama Belia Negeri Perlis iaitu

KEMBARA RAMADHAN (Majlis Berbuka puasa Bersama anak yatim & warga Emas)   yang akan diadakan seperti maklumat dibawah :

Anjuran Belia Negeri Perlis (KBU join Venture)

TEMPAT: KG Padang Melangit, Perlis

TARIKH : 20 Ogos 2011

HARI : SABTU

JAM : 6.00 ptg -9.00 malam

KELEBIHAN: Makanan untuk berbuka telah disediakan

TINDAKAN KBU: Kumpul sumbangan dari semua ahli Minimum RM 10.

Sumbangan boleh di bank-in kn di

CIMB: 08240004875529

Nur Syakira Bt Yaakub (Bendahari KBU)

TARIKH AKHIR BAYARAN: 18 OGOS 2011

Bila dah bank-in nanti inbox @syakira Yaakub tarikh, jam

Pada yang tak dapat hadir, sumbangan adalah dialu-alukan.

Perjalanan

Berkumpul di tempat Majlis pada jam 5.30ptg, dijangka pulang selepas Isya' (sapa nak terawih kat sana bleh stay)

Pengangkutan

1. Kak Adish Shida (dari pendang)

- Anith Shasha Chan

-Cahaya Wany

2. Syakira Yaakub (dari Alor Star)

-Cik GKSB

-Munet

-Mastura

3. Naqiah Othman (dari Alor Star)

-

-

-

4. Mikro Kokus (dari Penang)

-  Zezolla Atin (maybe la kot)

-  ASYЯAFUĿ van Hellsing ИAĪM

-  Nur Fatyn

-  Tatia Bulat

dikopipes dengan selambernya di Doc Group KBU

Majlis Amal dan Berbuka Puasa 2011 Bersama Rumah Orang Tua Anjuran Kelab Blogger Utagha


masih belum tahu apa itu KELAB BLOGGER UTAGHA? Anda memang rugi kalau tak tahu. Kelab Blogger Utagha (KBU) adalah satu komuniti yang menghimpunkan semua blogger bloggger dari kawasan utara iaitu Perlis, Kedah , Pulau Pinang dan Perak. Ahli yang join tak kisah sama ada lahir di Utara, tinggal atau belajar di utara.Yang penting ada kena mengena dengan utara.

Before this, dah ada beberapa event yang dah dihandle oleh semua geng2 KBU. Dan terbaru, KBU akan mengadakan sedikit aktiviti amal iaitU Majlis Amal dan Berbuka Puasa 2011 yang akan diadakan di Rumah Sri Kenangan . Sebelum ni , KBU jugak pernah buat aktiviti amal iaitu Gathering Blogger Utagha Bersama Sama Anak Yatim. Untuk baca entry berkaitan KBU , boleh klik di SINI

MAKLUMAT BERKAITAN Majlis Amal dan Berbuka Puasa 2011
Tarikh :: 13hb ogos (sabtu)
Masa :: 4pm - 11pm..
tempat :: Rumah Orang Tua Seri Kenangan Bedong, Kedah
Bayaran :: RM20/persekepala (tertakluk pada harga makanan, kalau harga lebih murah, bayaran akan dikurangkan) bayaran untuk pembelian yassin, hamper atau sesiapa blh memberi cadangan...
Aturcara majlis ::
- sesi ramah mesra bersama warga penghuni rumah seri kenangan
- berbuka puasa bersama penghuni
- sesi penyerahan sumbangan kepada rumah sri kenangan
- terawih bersama penghuni
*pukul 4pm dh kene ade kt sana...
*pakaian baju KBU dan pakaian sembahyang
*boleh bawak kawan, family, pakwe, makwe..dgn syarat buat bayaran..
last date bayar 8 ogos..bayaran kepada bendahari Syakira Yaakub (bank-in)..sila PM beliau utk urusan pembayaran
*yg xdapat datang tapi nak menderma dipersilakan berbuat demikian
*yg memerlukan transport sila rujuk kpd wakil negeri;
Pulau Pinang - Mikro KoKus
Perlis-
Kedah-
Perak-
kpd driver yg kereta/motor masih kosong sila beritahu~
sebarang pertanyaan sila bertanya di bawah terima kasih~

DISEDIAKAN OLEH ADMIN KBU iaitu Pakcu Sofi

##kalau document ni diupdate, aku akan update di entry nie jugak. Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian. Kalau ada yang nak join , boleh berhubung seperti tertera dalam maklumat diatas okeh? Boleh la di share kalau nak yang lain lain tau jugak. Berkongsi tu kan kasih sayang?Sharing is Caring!!hehee

Topik KBU: Sifat Lelaki Dan Wanita Yang Dibenci

 

Assalamualaikum. Ceritanya bermula semalam bilamana seorang manusia bergelar admin di Kelab Blogger Utagha mengutarakan satu soalan berbunyik “Topik KBU: Berikan 1 sifat lelaki/perempuan yang paling ampa tak suka??’..ni semua kerja Cik GKSB.

 

So apa lagi. Aku pun nak jugak la menyebok bagi idea sikit sikit sambil sambil merapu merapan menggelakkan sapa2 yang baca. Antara jawapan yang geng KBU bagi adalah ;

 

image

takda masa aku nak kabur kaburkan nama pengomen kat situ..haha. Lantakla sapa suruh komen kan dah kena perinsekerin.haha. Damn pesal aku tercrop kat bawah sekali tu ada gambar budak comel. ?Ciss siapakah beliau. Comel sungguh. Demit!!

Jawapan2 kat atas tu cam tak best sangat. So jom kita tengok antara jawapan yang bess dan panas.

image

ok LEGGING . Ini sumpah aku nyampah. Cam sampah. Apa ingat cntik sangat ke tunjuk kaki yang macam gajah tu plus lemak2 kat peha. Adehh geli weh. Tolong la hapuskan pesyen cam tu. Apa kejadah la pakai legging cam tak pakai seluar je. Kalau nak pakai, pakai atas katil tunjuk kat laki ko sudah la. Biar dia tergoda sikit.Pahala pun dapat. Ada satu kes tu, aku pernah jumpa. TERTENGOK ok. Bukan sesaja. Ada ke patut pakai legging sampai nampak bentuk “"TUT” yang depan tu. adehh batal posa aku.

 

image

erkkk tamau komen yang ni.Aku rasa panas ..hahaha

 

image

dan isu yang aku timbulkan menimbulkan sikit perkelahian aka orang kedah panggil bekelai. asal bunyik sudah. Yeke laki bau kaki?bau wangi ke?haha. Ingat pompuan kaki wangi ke?Cuba pompuan tu pijak taik lembu. Busuk jugak kan?hahahaha

Okeh sorry CIK GKSB sebab aku dah umumkan tentang ketidakmandian anda . haha.. Caitt busuk. Prove yang menunjukkan pompuan lagi malas mandi dari lelaki. Full stop.wuahaha…

 

dan komen yang paling aku suka….

image

haha nice one la Carrot Polysacaride. Aku pun pelik jugak kadang kadang. Rasa hensem ka angkat  koler?Cam tak ja. nampak macam budak2  ada la.

 

Dapat idea lepas baca entry SIFAT LELAKI ATAU PEREMPUAN YANG PALING AMPA TAK SUKA?? DAN JAWAPANNYA........ oleh budak TAK MANDI!! sekian berita melaporkan dari utagha !

UPDATE!! Gathering Blogger Utagha Bersama Sama Anak Yatim

berblogging bukan sahaja bermaksud untuk berseronok seronok juma kawan baru. tapi dalam masa yang sama, kita boleh berbakti dengan mereka yang tidak mampu mendapat apa yang diimpikan. So dengan rasa tanggungjawab, Kelab Blogger Utagha telah mengambil inisiatif bersuka ria sambil beramal dengan menganjurkan gathering bersama sama anak anak yatim . Maklumat lanjut seperti dibawah :

TARIKH: 26 MAC 2011

HARI: SABTU

MASA: 12 TENGAHARI - 4.30 PETANG

TEMPAT: TANJUNG ASAM, TELUK KUMBAR PULAU PINANG

BAYARAN: RM 15 SEORANG

PENGLIBATAN: BLOGGER UTARA DAN ANAK YATIM SINARAN KASIH PULAU PINANG

Align Center

Gathering Blogger Utara kali ini akan turut dimeriahkan dengan kehadiran anak yatim dari Rumah Sinaran Kasih.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah dirancang untuk menghangatkan lagi Gathering kali ini.

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk bersama-sama memeriahkan Gathering kali ini.

Selain dapat beramah mesra sesama Blogger kita turut dapat berbakti dan menggembirakan anak-anak yatim.

Kalau ada pihak yang ingin menaja, sangat dialu-alukan

malangnya aku tak dapat nak join sebab sabtu ni ada kursus.huhu..

sumber : CIK GKSB dan Ehh!!Blogger

 

Gathering Kelab Kami Blogger Utagha Masuk Paper

waa Kelab Kami Blogger Utagha semakin popular and ahli semakin bertambah hari ek hari. Tahniah la..And hari ni ,semua detail berkenaan gathering yang akan diadakan minggu hadapan disiarkan dalam surat khabar Sinar Harian.cekidaut

image

tahniah ye Cik GKSB sebab nama penuh anda telah direveal.ahaha

dan maklumat lanjut berkaitan Gathering adalah seperti banner dibawah

image

KLIK PADA BANNER UNTUK KE ENTRY BERKENAAN GATHERING TERSEBUT

Tempahan Baju Kelab Blogger Utagha Khas Untuk Blogger Utara!!!


Kelab blogger Utagha melangkah ke depan sekali lagi mengatasi negeri negeri lain apabila mereka sekali lagi memperkenalkan baju mereka sendiri untuk menunjukkan kebersatuan dan kekerjasamaan mereka semua. Ini adalah satu berita baik untuk semua kalangan penduduk bloggerisme kerana penyatuan ini dapat memastikan kebersatuan mereka akan berkekalan selamanya.(ayat cam haram)

okeh tak mau cakap banyak ..ini entry khas untuk kesemua blogger yang berasal dari kawasan Utara iaitu Perlis, Kedah, Penang dan Perak. Tidak kira sama ada anda sekarang tinggal di mana mana pun asalkan anda semua pernah berada di utara, jom kita ramai2 buat baju. Bila gathering nanti senang la nak cam .hehee..Tahniah KBU..


ini design yang dipilih (alhamdulillah design aku tak dipilih . Tak payah aku design balik ke pixel besar untuk hantar kedai.haha) design baju ni dibuat oleh
The Sharkox. Terbaik lah bro…




bahagian hadapan


belakang


bahagian belakang akan jadi macam ini

dan ini design bahagian hadapan


pic credit rembat dari CIK GKSB


cara nak tempah (copy dari SINI )
  • Harga yang dianggarkan dalam RM 25 untuk lengan pendek dan RM 27 untuk lengan panjang.
  • Untuk tambahan link blog sendiri RM 2.00.
  • Harga tertakluk kepada perubahan~tidak termasuk kos penghantaran.
  • Untuk tempahan email anyss273@gmail.com atau PM inbox FB
  • sertakan nama blog, no telefon dan saiz baju sekali yer dan nak baju lengan pendek atau lengan panjang.
  • Selewat-lewatnya sebelum hari Jumaat ni 11 Mac 2011.

maklumat lanjut boleh terus berhubung dengan CIK GKSB


update terbaru : tambahan link blog sendiri ,cuma perlu bayar RM 2.00 instead of RM 2.50 awal2 haritu. Dah dapat deal dengan pembekal.



Air Kosong Boleh Basi Tak??

pertanyaan dari Oshin Jati yang aku jumpa masa gathering haritu ..aku pun tak terfikir nak tanya soalan macam nie..kreatif betul si Oshin ni kan?haha

ehh air kosong boleh basi ke tak haa?tapi kalau ikut pengalaman setakat ni belum laggi la aku jumpa,but kalau air tu disimpan lama cuma akan berbau sikit and rasa dia macam tak best je la.

Ok ini teori kepala otak tak betul dari aku. Kalau ikutkan air sungai dan laut dari awal mula bumi ni wujud dah ada kan and sampai sekarang tak pernah basi. Then air hujan yang turun pun tak pernah rasa basi plak kan?So secara teorinya air kosong tak basi. haha

Macam nie punya entry pun ada ka?ok fine aku tak da idea dah , so mana yang aku rasa menarik otomatit la aku printscreen masuk ja and then terus buat entry

sila renungkan perbualan dibawah. Dialog berikut dicopy dari Group Kami Blogger Utagha. acehh awat ayat aku skema semacam?rasa macam nak tumbuk diri sendiri ja.

image

sorry kalau sesiapa yang kurang faham sebab kebanyakan dari ayat di atas adalah bahasa kedah piauuu punya…

Jom Main Raba-Raba Disini

JOM MAIN RABA RABA NAK????


and semalam bes tergelak gelak bila baca geng ni sembang sembang pasal raba meraba..haha..dah klama aku tak guna ayat ayat nie..hari nie meh kita belajar bahasa Utara. jangan gelak weh nanti aku pelangkung kepala sorang sorang..ahaha



sebelum tu tengok dulu gambar dibawah and perhatikan betul betul yang aku merahkan tu. 



meh sini nak raba..haha

RABA adalah singkatan bagi rubber yang bermaksud Pemadam atau dalam bahasa moden lagi Eraser. ermm pelik jugak kengkadang mai mana jadi raba.haha.kalau orang tak tau mesti akan cakap tak senonoh. contoh ayat akan jadi macam nie

ayat Utara : weh mai nak raba sat. (kalau yang dimintak tu orang Selangor tak ka kena penyepak free??)
ayat KL : Nak pinjam eraser jap. 


aku suka dengan ayat kedua yang aku merahkan tu ...'cikgu..nak raba'..hahahahahha..mau kena berdiri kat luar buat keja dalam longkang satu hari kalau cikgu tu bukan orang utagha.

and word kedua kita nak belajaq hari ni adalah.

GERMIT

bukan Gurmit Sing .Aku pun sebenarnya tak tau mai mana perkataan germit nie...

Germit = pengasah pensel atau sharpener dalam bahasa lagi moden..yang kecik2 tu macam nie


 bukan yang pusing2 besar tu.yang tu moden sangat


yang besar nie orang tak panggil germit tapi stil panggil sharpener. 


dua tu jacikgu nak ajar arini. esok kita sambung pelajaran lita lagi. sila balik dan study ok budak budak!!!

usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update