usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Kenangan Berpuasa Masa Kecik Aku Yang 18SG

Sempena hari sabtu yang mulia ni (bukan jumaat je mulia . hari hari mulia) aku nak mengenang balik kisah kisah lama aku time kecik kecik dulu. Sekarang pun kecik lagi cuma dulu comel . demm muntah . 21 kecik g kan?Hari hari buat entry SEO sekali sekala nak jugak manjakan blog aku dan tangan aku menaip banyak sikit.

Dulu dulu masa kecik bulan ramadhan adalah bulan yang paling aku tak mau tunggu. Tapi bulan raya adalah paling nak tunggu. Kalau boleh nak skip sebulan dalam kalendar suruh orang yang buat kalendar tu skip bulan puasa bagi tak wujud. Apasal la aku jahil gila time tu aku pun tak tau.watdepak?(ehh bulan posa takleh carut2)

Yala standard la budak budak tak suka posa kan?Posa kan lapar. Aku ni pulak kalau dah lapar jenis nak jadi King Kong .Dulu masa aku sekolah sekolah rendah kan , aku selalu buat benda ni . Gua harap mak gua tak baca entry ni. Kalau tak dia mesti kecewa beranakkan aku. Sorry mak. ahaha. Ini entry kenangan aku berpuasa. or ekceli kenangan tak berpuasa aku rasa.haha

1 : Masuk dalam bilik air pastu minum air paip

aku pun tak tau sebab apa aku boleh dengan penuh selera mentekedarah air paip macam hirup sebotol Twister Oren. Ekceli bukan dalam washroom tapi dalam jamban. Bila diingatkan balik. Sanggup aku minum guna paip yang orang guna basuh berak. Demm33x patut la otak aku tak cerdas bila dah besar ni. Rupa rupanya sebab tu. (18SG sebab penuh dengan aksi meloyakan..yarkss)

aku bukan duduk dalam baldi macam tu weh

2 : beli air kotak kat kedai senyap senyap pastu korban beramai2

Kedai kat kampung aku ni dia kira nak untung ja. Bukan dia kisah pun budak budak nak beli air kotak. So peluang keemasan tu digunakanlah oleh aku and member2 aku yang sekepala setan dengan aku untuk melampiaskan nafsu kebuluran kami. Duit lebih mak bagi sekolah beli air kotak sekotak simpan dalam beg. Aku ingat lagi ,aku selalu beli Marigold Oren. Masa tu dalam 8posen ja kot. Sumpah enak rasanya tambah2 bulan puasa lagi.perhh~ Pastu balik rumah tak minum lagi. Lepas aku dah sebat air paip yang aku cita tadi. Aku keluar ke tempat lepak kami iaitu tali air di tepi sawah kat rumah aku. Sebat air kotak ramai ramai. Arhh jahat betul wat jahat beramai ramai. Kenapa la time tu tak ada orang tua yang nampak dan libas aku dengan kayu . Kalau tak mesti aku dah insaf dari kecik kecik g. Bukan salah aku tapi salah orang orang tua yang tak nampak aku buat jahat.haha

ni la air kotak yang aku rembat tu

3. Masuk dapur senyap senyap time mak tak ada.

Selalunya lebihan sahur mak aku tak basuh g dan memang hari hari ada nasik nasik lebih masa sahur. Bila mak aku keluar sembang ke, keluar ke kedai ke. Aku pun mulakanla mission aku melantak sekenyang kenyangnya sebelum buat muka inesen macam puasa. Memang kenyang gak r. Untuk menghapuskan bukti bukti di tempat kejadian. Aku basuh la semua tu . Acece bajet anak mithali la tolong mak basuh pinggan semua. Padahal dah tibai habis makanan tu.ahaha.kejadah hapa perangai lagutu (kalau mak nampak memang aksi paip berterbangan ke tengah belakang akan berlaku)

4. Buat buat gastrik sebab nak bukak puasa

Sebenarnya masa kecik kecik dulu mana tau perkataan gastrik tapi sebab nak bagi aku punya entry nampak modern sikit so guna gestrit ni. Dulu dulu buat2 sakit perut adalah perkara biasa dan normal dibuat oleh seorang kanak kanak cerdik pandai macam aku. Alasan untuk berbuka puasa la tu. Padahal bukan sakit perut tapi pandai je berlakon. Kemain berlakon pegang pegang perut macam sakit. Dan yang sronoknya , menjadi jugak lakonan tu bila mak cakap “p la bukak”. Aku rasa tu la ayat paling heaven dibulan puasa.haha. So pengajarannya kepada ibu dan bapak zaman sekarang, sila jangan percaya dengan tipu helah anak anda tu ok. ahaha padan muka kau budak budak zaman sekarang. Aku budak zaman dulu dulu tak pe.

TAPI ITU DULU!!sekarang aku dah baik dah. Dah jadi anak yang baik dan dah tak buat2 sakit perut lagi. Puasa dah penuh dah. Mana ada tinggal weh. Umur dah 21 tahun dah wajib puasa penuh kalau tak macammana aku nak kawin kan?Huii ada hati dah nak kawin. Sekian entry merapu dari aku .

**apa pulak pengalaman korang semua masa bulan puasa  nie?cer kongsi cer kongsi!!

ENTRY SEBELUM NI : Belasah Isteri Sebab Tak Mau Buat Seks Lepas Sahur

 

Evie Fadila…Kau Selalu Dalam Ingatanku….Tenanglah Kau Disana Sahabat

tetiba tajuk malam nie agak emo…aku rindu dengan arwah…tak tau kenapa tetiba aku teringatkan arwah Evie…mungkin sebab tadi aku terjumpa folder ada pic dia yang dah lama aku tak open..lebih kurang dah 3 taun Evie pergi dari dunia nie..

Evie sorang kawan yang aku tak pernah jumpa..tapi antara kawan terbaik aku pernah kenal…aku cuma kenal dia di alam maya ja..masa tu wap free yang online guna phone memang popular..aku ingat lagi masa tu…dalam tahun 2007 or 2008 cam tu la..ada Winwap..Kuyawap..Payenwap…and aku kenal dengan Evie masa di Princesswap..masa tu Evie guna nickname PrincessEvie..sweet orangnya….rasanya tak sesuai untuk aku tunjuk gambar evie kat public..biar la ia jadi rahsia…

setiap pagi mesti evie akan shout di inbox aku…

hye hafiz…selamat pagi…sihat ?dah breakfast?

mulanya aku tak tahu Evie sakit…pastu tetiba dia menyepi dari dunia wap…dalam seminggu lebih…then bila dia online balik baru aku dapat tau..itupun lepas aku paksa dia cerita..dia cakap,dia barah otak…dah peringkat akhir..masa tu..Tuhan je tau perasaan aku…sentap bila evie cakap peringkat akhir…tapi,evie kuat semangat…dia tak pernah menyesal dengan apa yang jadi..dia terima…redha..Evie memang kuat semangat..dia selalu cakap dengan kawan-kawan di princesswap..jangan risaukan dia…dia kuat…dia akan lawan sekuat mungkin penyakit tu walaupon dia tau..peluang untuk dia hidup dah tak lama….

masa di wap…evie selalu guna smiley nie….

ev

dan yang ini jugak….tak tahu apa maksud evie bila dia selalu guna smiley bride nie…=(

fadila

dan smiley paling evie suka..yang bawah nie…ada sorang kawan di wap yang hadiahkan…

evie2[1]

evie cakap dia nak jadi pari-pari macam tu…

lepas operation tu..ada kawan-kawan yang melawat evie di hospital.. tapi aku tak dapat nak lawat sebab dia juah nun di Sabah dan aku di Kedah...kesian evie…terpaksa menanggung sengsara sakit..tapi dia tetap kuat…dia gagahkan diri jugak untuk online dan ucap selamat pagi dekat kawan-kawan Princesswap…

dan yang paling buat aku tak boleh terima pemergian evie…pagi tu…dalam pukul 6.30pagi 15 Ogos 2008..evie sempat mesej di inbox profile aku…

hafiz…evie nak cakap secara jujur dari hati evie…evie nak mintak maaf kalau selama nie evie ada buat salah dengan hafiz..maafkan evie ya…

 

bila baca..aku rasa lain..kenapa evie cakap macam tu?aku terkilan sebab aku tak akan jumpa dah dengan evie lepas tu…itu mesej terakhir evie untuk aku…dan mesej yang aku reply tak sempat evie baca…pagi tu kali terakhir evie online..aku tunggu sepanjang hari ..tunggu evie online…tapi tak ada..then malam tu…kami semua dapat berita sedih dari kak oli…owner princesswap ,sepupu evie jugak..…evie dah pergi buat selama-lamanya sebab ada komplikasi dalam otak evie….evie dah takkan bersama kami lagi..evie tak kan ada untuk buat kami senyum dan ketawa lagi…lepas evie pergi..di princesswap cuma ada smiley nie sepanjang masa

nangis9

lepas ja evie tak ada…princesswap jadi sunyi sepi..ramai yang dah beralih ke wap lain sebab tak dapat terima hakikat evie dah tak ada…aku pon..lepas tu..dah tak online dah guna hp…mood dah tak ada…bila aku tengok smiley kat atas..kat mana sekalipun..mesti aku akan ingat evie…walaupon evie dah lama pergi ..aku sebagai kawan…susah nak terima evie dah tak ada..bf evie…salah sorang members princesswap jugak…tak tahu la macammana dia hadapi kehilangan macam  nie

aku terkilan sebab dari awal kenal dia…sampaila akhir hayat ,aku tak penah jumpa evie…masa pengebumian evie pon aku tak dapat hadir…yela…aku di kedah..evie di Sabah…jauh…insyaAllah kalau ada rezeki aku pergi Sabah nanti..aku akan lawat kubur evie…

evie…walaupon evie dah tak ada…evie tetap dalam hati kami…moga evie tenang disana….mohon sedekahkan Al-Fatihah…

in memories of evie2[1]Evie Fadila……..

Ekspedisi Tawan Gunung Jerai 1 Jejaka Dan 3 Gadis

apesal aku rasa tajuk macam over ja?lagi sesuai kalau ganti dengan gunung Tahan ke, Kinabalu ke?ini Gunung Jerai. cehhh .
ingat ape?penat jugak weh. Cuba naik tengok. Ingat Gunung Jerai tak tinggi ka?
sebenarnya dah lama aku nak buat entry nie sebab ika sebok sebok tanya nak masuk dalam entry blog aku yang popular nie. yarksss. So ika aku tunaikan permintaan ko. ahahaha
pagi berapa hari bulan ntah aku tak masuk dalam diary pun . Kami bertolak empat  orang je  . Aku . ika , fiza and Saidah . Gila laa aku sorang ja laki bawak 3 anak dara. Jeng3x Ika la punya permintaan nak naik sangat gunung jerai . haa amik hang kita naik. Mulanya ingat nak naik sampai half tangga kenari ja. tau tak apa tu Tangga Kenari?tak tahu Google sendiri. Jangan malas sangat .grrr..haha
then sampai la half. Lepak pom pam pom pam then Geng Kedah Extreme Club sampai . Diorang ajak naik sekali sampai puncak. Apa lagi , Saidah pun sampai dah melutut merayu rayu mintak   nak naik jugak (hyperbola ja) .Pastu naik je la ……………….sampai la puncak dalam pukul 1.50 macam tu. Lepak sampai pukul 3setengah then turun balik. Aku orang first sampai . pukul 5.15 petang. Yang paling lewat sampai pukul 6 setengah. Itu je la aku nak cita.. Jom tengok gambar pulak
165535_184325834925351_100000438068400_569707_327548_n (1)
ini masa otw naik. Aku dah macam model spender la plak(tetiba rasa nak muntah )
168460_184329364924998_100000438068400_569786_5625302_n (1)
dengan rasa bangganya kembang hidung nak bagitau yang aku orang first sampai puncak dan aku first sampai bawah
ini penghujung tangga kenari. tapi yang ini dipuncak. Sepanjang jalan bukan tangga . Ini cuma sambungan dari yang bawah ja. (cana tah nak explain..arghhh)
164549_184331264924808_100000438068400_569819_3987598_n
ni la eyka senget tu..macam nenek kebayan
164703_184330841591517_100000438068400_569811_6557357_n
eyka dan fiza. Sumpah pemandangan sawah padi bawah tu cantik wehhh
166356_184330924924842_100000438068400_569813_4976707_n
buruk bebenor muka aku macam nie.
167581_184330971591504_100000438068400_569814_4619236_n
aku yang berlagak cool. Fiza yang berlagak kiut dan eyka dalam posisi sedia nak kawad perbarisan hari sukan sekolah rendah
178945_184330878258180_100000438068400_569812_4530952_n
mereka rasa mereka bagus. Motifff????hahahahhaa..nganyin ka hapa dua manusia nie?
persoalannya ..
  1. KENAPA GAMBAR AKU BANYAK?( sebab blog aku ..haha..tak la .. sebab ni ja gambar yang aku ada dalam simpanan.jangan marah r 3 gadis)
  2. KENAPA GAMBAR SAIDAH TAK DA? ( takut orang ngorat!!haha.no la.again sebab gambar dia memang tak da dalam simpanan aku. pesal aku tak tau.)
anda ada pengalaman panjat gunung Jerai atau gunung lain?sila buat entry suka hati anda.haha. tak mo buat sudah(tetiba)

untuk tengok gambar lagi sila klik SINI

Kisah Kecik-Kecik Dulu...Kisah Lawan Pemadam

SCHEDULED POST SEBAB CUTI RAYA


sila focus kepada yang merah2 saja....surely korang semua pernah main menda alah nie kat sekoalh rendah la selalunya game nie kita main...asal cikgu tak dak ja....abis sekelas main..

yang lawaknya bebudak pompuan aka perempuan atau gurlz pon main jugak..siap buat team lagik lawan dengan boyz...sure2 la kitorang menang kn??abis pemadam (dulu kecik2 pon dah pandai pggil eraser)hak2..

dulu masa darjah 1 aku selalu kalah ....hape tah tak reti main..mana aci..aku pemadam sekupang yang gambar otromen  kecik ja...member semua pakai pemadam mahal2 dan lebar...cissss....pastu darjah dua dah pandai atur strategi dah...memang siap la..aku pakau pemadam gedabak punya besar..masa tu satu singgit kot...(sanggup beli wohh)
 tipu arh besar nie..dustaaa

rindu semua kawan2 masa sekolah rendah dulu balik =(...dah 11 taun lost contact..nasib la facebook menemukan kamim kembali..ewahh ayat..

nie gambar denagn geng2 skolah rendah dulu....try teka aku yang mana???mesti la yang paling comel...uwekkk...pangggg...



usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update