usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Pemegang Lesen Auto Tidak Dibenar Pandu Kereta Manual

Sebelum ini kerajaan dah umumkan tentang  Ujian Memandu Guna Kereta Auto Mulai Mei 2012 bagi mereka yang tidak mahir menggunakan transmisi manual. Dan terbaru, untuk mereka yang mengambil lesen menggunakan kereta auto dilarang memandu kereta manual.

IPOH – Mereka yang memegang lesen memandu selepas diuji dengan kenderaan transmisi automatik hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu sahaja mulai Mei ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, melalui pelaksanaan sistem baru itu, pemandu yang lulus selepas diuji menggunakan kenderaan manual dibenarkan memandu kedua-dua jenis kenderaan, transmisi automatik dan manual.

“Kita sedang membuat satu rancangan pengubahsuaian terhadap Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu siap yang merangkumi ujian menggunakan kereta automatik sebagai satu pilihan.

“Terpulang pada pelajar untuk memilih sama ada mereka hendak diuji dengan kenderaan automatik atau manual untuk belajar.

“Mereka yang diuji kereta manual lesen memandu boleh digunakan untuk memandu manual dan auto manakala mereka yang diuji dengan kereta auto, pemegang lesen hanya boleh memandu kereta auto sahaja,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan cek Magnum IT Sdn Bhd sebanyak RM69,000 kepada 23 badan-badan kebajikan di seluruh Perak.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan cadangan penggunaan kenderaan transmisi automatik bagi ujian memandu yang akan dilaksanakan pada Mei selepas pengubahsuaian terhadap Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu siap.

Mengenai pendidikan keselamatan jalan raya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah, Kong berkata, kerajaan bercadang untuk melanjutkannya sehingga ke Tingkatan Empat bagi mewujudkan satu budaya keselamatan jalan raya di kalangan generasi muda.

Kong berkata, bagi Tingkatan Satu sebuah buku teks yang mengandungi pendidikan keselamatan jalan raya disediakan mulai tahun ini.

“Ini adalah satu usaha kerajaan dan agensi berkaitan termasuk Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) sebagai satu usaha untuk membantu pengguna jalan raya agar lebih bertanggungjawab dan mematuhi peraturan undang-undang jalan raya,” katanya.

Pada April 2007, JKJR dengan kerjasama Kementerian Pelajaran memperkenalkan pendidikan keselamatan jalan raya yang diterapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, bermula di 1,000 sekolah rendah terpilih. – BERNAMA


**so lebih baik rasanya kalau ambil lesen guna kereta manual. Boleh pandu kedua dua kereta. Kalau ada emergency nak kena pandu kereta member yang manual kan ke senang tak payah dah nak cari kereta auto bagai. Kita kena lihat konteks masa hadapan. Bukan nak senang masa ambil lesen tu je. And one more thing , kereta manual masih dikeluarkan. Lain la kalau memang nak dihapuskan manual and semua kereta akan dikeluarkan dalam transmisi automatik kan.

mynewshub

Gambar Duit Baru 2012 : Wang Kertas baru 2012

GAMBAR DUIT BARU 2012

GAMBAR WANG KERTAS BARU 2012

Bank Negara Malaysia akan memperkenalkan kembali wang kertas RM20 selepas 16 tahun dihentikan. Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri mata wang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50 dan akan memudahkan pengguna membuat bayaran.
Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1995.

Kakitangan Bank Negara, Nor Aimah Mohd Nor,32, menunjukkan Note baru Ringgit Malaysia yang akan di keluarkan pada Julai tahun depan, di Kuala Lumpur, Rabu.

Gambar koleksi wang kertas dan duit syiling terbaru yang akan digunakan di Malaysia mulai Julai 2012
Rekaannya menonjolkan hiasan tradisional Malaysia dan gambar ibu pejabat Bank Negara di muka bertentangannya.
Ia merupakan sebahagian daripada siri wang kertas dan duit syiling terbaru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan.

Rekabentuk wang kertas RM20 yang dikeluarkan semula mulai tahun depan.

 

Canik jugak kan duit baru ni? tetiba rasa eksaited nak pakai duit baru  nih. Yang 20 ringgit la paling cam bes sekali sebab dah lama kan duit RM 20 tak ada .

sumber : Blog Sensasi

Gerhana Bulan Penuh Jam 7.34 Malam Esok : Live Streaming Gerhana Bulan 10 Disember 2011

Gaji Kakitangan Awam Naik 7 Hingga 13 Peratus Tahun Depan

Sumber dari MstarOnline

PUTRAJAYA: Kakitangan awam akan menikmati kenaikan sebanyak 7 hingga 13 peratus di bawah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berkuat-kuasa 1 Januari depan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, kenaikan bagi kakitangan kerajaan itu dibuat berdasarkan empat prinsip iaitu hierarki, bakat dan pengalaman, jawatan dan bidang kepakaran serta prestasi.

Katanya, sekiranya terdapat beberapa pegawai kerajaan tidak menepati prestasi dikehendaki, mereka tidak akan mendapat sebarang kenaikan.

Prestasi kerja di kalangan pegawai kerajaan akan dinilai menerusi Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

"Sebagai contoh, seorang doktor dengan gaji di antara RM4,431 dan RM6,439 kini layak mendapat gaji di antara RM4,520 dan RM8,840.

"Namun, gaji doktor tersebut tidak akan diubah serta-merta kepada gaji maksimum yang baru sekiranya dia memperoleh pendapatan sebanyak RM6,439 buat masa ini," katanya.

Jelasnya, doktor tersebut akan memperoleh gaji sama dan terus mendapat kenaikan sehingga RM8,840 (37 peratus lebih tinggi berbanding gaji terdahulu) walaupun sebelum dia dinaikkan ke gred seterusnya.

Sementara itu, bagi pekerja am, beliau berkata, jika seorang pemandu memperoleh gaji di antara RM1,222.51 dan RM1,882 di bawah skim sedia ada, pendapatannya akan meningkat kepada RM1,245 dan RM2,965.

 

MAKLUMAN : Penjawat awam mempunyai masa selama 15 hari untuk memilih Skim Saraan Baru Perkhidmatan atau kekal dengan Skim Saraan yang sedia ada. Maklumat lanjut boleh baca di

Tempoh 15 hari untuk pilih SBPA atau kekal dalam SSM

 

sumber

HafizRahman Kini Dalam Versi Pink…eerkk~~

Salam readers yang baik hati .Pink selalu dikaitkan dengan kelembutan, wanita, dan feminin. Tapi pink bukan hanya milik wanita je.  Sebab… harini dah mencipta satu sejarah tersendiri untuk blog aku. Selama 3 tahun aku dah berblogging, akhirnya salah satu warna yang belum pernah aku gunakan untuk template blog, akhirnya dah aku gunakan. Rasanya dah semua warna pernah aku guna sebelum ni except this one, PINK. . Pink memang aku tak pernah minat sebelum ni. jangan harap la aku nak guna apa apa barang warna pink. Bukan bermaksud kalau pakai pink tu nampak macam perempuan, tapi memang dah hati aku sebati untuk mengatakan TIDAK kepada warna pink.

Tapi harini, entah apa benda yang dah masuk dan merasuk dalam kepala aku petang tadi, bila aku tengok dan renung lama lama blog aku yang sebelum ni warna merah , rasa sakit kepala la pulak terang sangat. Then aku mula la edit coding, satu satu aku try mana yang cantik dan rasa tenang sikit. And at last terpilih warna pink dan rasa ok jugak warna ni. Haha. Bukan ramai blogger lelaki nak guna template dengan warna agak pinky2 sikit. Tapi kan, cuma tengok elok elok, tak ada la pink macam blog budak INI .Itu baru betul betul pink kan? AKu pnya pink nak purple sikit (punya la tak mau mengaku warna pink kan? )haha. Dan warna ni jugak sebagai appreciation untuk golongan wanita yang banyak jadi follower blog aku. Girl you are the best.

Sebelum ni, pernah beberapa orang blogger termasuk si Intan ni haa dah cabar untuk aku  buat blog aku warna pink masa aku buat entry pertanyaan tentang warna blog yang menarik untuk aku tukar. Dah tak ingat entry yang mana satu. Even awek aku pun dah beribu ratus kali cabar aku buat warna pink. Ciss dia ingt aku heran.? Tapi masa tu malas la nak layan perangai budak2 minat pink tuh. Dah minat pink, nak mempengaruhi dan mempinkkan minda dan perasaan aku. Rosak minda aku dengan pinky2. haha. Ok harini aku dah terima cabaran. So nak bagi berapa? haaaa??? (sambil jeling mereka mereka yang cabar tu)

Agak serabut jugak la nak tukar warna jadi pink ni. Walaupun nampak mudah, tapi dekat sejam jugak la mata aku ni berpinau pinau menahan tengok code html yang kecik kecik tu. Bukan senang nak cari satu satu code warna setiap satu detail template. But at last, dah jadi pink dah pun. Tak pasti lagi la berapa lama aku nak guna . Mungkin esok aku tukar balik? Sapa tau. So apa pendapat you all dengan warna ni dan blogger lelaki yang menggunakan template berwarna pink? (Tapi aku bukan pink, aku purple nak pink sikit sikit..kan3x?? ) haha.

Lesen Memandu Ikut Tarikh Lahir Mulai 21 Nov

Mulai Isnin ini, orang ramai boleh mula memperbaharui lesen memandu mereka mengikut tarikh lahir, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata melalui inisiatif itu, tarikh tamat tempoh lesen memandu adalah sama dengan tarikh lahir seseorang pemegang lesen.

“Inisiatif itu juga dibuat bagi memudahkan orang ramai mengingati tarikh memperbaharui lesen memandu selain mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif,” katanya kepada pemberita.

Dipetik Bernama Online, Kong berkata diharapkan selepas ini, tidak timbul lagi isu lupa untuk memperbaharui lesen memandu terutamanya apabila pemandu terbabit dalam kemalangan.

Berdasarkan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan, terdapat 2.2 juta daripada 11.8 juta pemegang lesen tidak aktif atau tidak memperbaharui lesen memandu mereka.

Beliau berkata kerajaan akan menanggung fi lesen tempoh lanjutan bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya di antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir adalah di antara 12 hingga 18 bulan (termasuk tempoh lanjutan).

Bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya di antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir adalah di antara 19 hingga 24 bulan (termasuk tempoh lanjutan), mereka perlu membayar untuk lanjutan tempoh melebihi enam bulan tetapi kurang daripada 12 bulan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata semua dokumentasi mengenai Sistem Penguatkuasaan Automasi (AES) akan siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Katanya pemasangan sistem dijangka dimulakan secara berperingkat pertengahan tahun depan.

“Lebih 800 lokasi risiko kemalangan sudah dikenal pasti untuk dipasang dengan sistem itu bagi mengesan sebarang kesalahan lalu  lintas yang dilakukan pengguna,” katanya.

AES, yang banyak digunakan di negara maju, pada asasnya adalah satu sistem di mana kamera dipasang di kawasan sering berlaku kemalangan bagi mengesan pemanduan laju, dan di persimpangan lampu isyarat bagi mengesan mereka yang melanggar lampu merah.


mesti ada yang tertanya tanya kan apa rasional kerajaan nak buat macam ni? Sebabnya, banyak yang bagi alasan lupa lesen mati bila kena tahan dengan polis. Alasan lupa memang alasan paling banyak orang bagi . So dengan buat macam ni, dah tak ada alasan dah untuk cakap lupa. Pernah lupa ke tarikh birthday sendiri? Tak pernah kan??

Amaran Banjir Besar Di Pantai Timur Disember Ini

Gambar Lucah Gadis Melayu Tersebar Ke Facebook? Ianya Satu Virus! Berhati Hati

Harini heboh di facebook dengan penyebaran gambar gambar lucah gadis gadis Melayu yang muncul di newsfeed . Ada sesetengah dari pengguna facebook yang dah tertengok kan? Mungkin anda yang sedang membaca ni pun dah tertengok gambar gambar panas tersebut. Aku sendiri mengaku aku pun dah tertengok. Ia nampak macam friends di facebook kita  yang sharekan gambar gambar tersebut .

 

TAPI!!!jangan cepat melatah dan jangan tuduh kawan kawan anda jahat sebab sebarkan gambar gambar lucah tu. Sebenarnya, tu semua kerja hacker tak guna yang memang dah tak ada kerja lain dah nak buat. Bertindak seperti virus, hacker ni dah masukkan gambar gambar tersebut yang menampakkan certain certain pengguna share gambar gambar tersebut. SANGAT JAHAT dan BIADAP apa yang hacker ni buat . Virus tersebut akan bertindak dengan menghantar gambar tersebut kepada friend list di facebook kita secara automatik melalui comment tanpa kita sedari dan akan muncul di newsfeed rakan rakan di facebook. Sangat bahaya kan?

 

Dan ini ada sedikit makluman untuk pengetahuan anda :

 

Kepada kawan2 ku yg dihormati..Sekarang ni ada virus yang dah menjangkiti rangkaian Friendster , Tagged , MySpace , Facebook.Virus ini akan menghantar gambar-gambar lucah melalui "comment" kepada kita .. Sekiranya berlaku , seterusnya ia akan membuatkan kite ter "SIGN OUT" dengan sendirinya tanpa kita tekan LOG OUT.. Lepas kita "SIGN IN" balik , virus ini akan mula beroperasi dan ia a......kan... menghantar gambar2 lucah itu kepada friend list kita di Friendster,Tagged,MySpace,Facebook, dll ni melalui comment dengan menggunakan nama kita..Secara langsung,ia dapat memburukkan nama baik kita sendiri..Pada kawan2 sekalian,sekiranya anda menerima gambar yang bukan-bukan (lucah) daripada ID saya,ianya adalah disebabkan oleh virus tersebut .. Saya tidak akan melakukannya sebab saya menghormati kawan2 saya.HARAP MAKLUM..SEBARKAN PADA KAWAN2 YANG BELUM TAHU SEBELUM ANDA MENJADI MANGSA!

Boleh berkongsi pada rakan rakan yang lain berkaitan info ni. Atau tekan button like atau retweet.

 

sumber

Tonton Perlawanan M.United vs M. City Bersama Najib Di Sri Perdana

Mari Berjumpa Mari Berhubung: Sunday Nite Football @ Seri Perdana

EVENT DETAILS:

  • Date: 23 October 2011
  • Time: 8:00 pm to 11:00 pm
  • Location: Seri Perdana

image

Klik Button Di Atas untuk mendaftar


KUALA LUMPUR, 19 Okt ─ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengajak para peminat bola sepak untuk menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United (MU) dengan Manchester City di kediamannya di Seri Perdana, Putrajaya, pada pukul 8 malam Ahad ini.

Najib (gambar) dalam laman webnya www.1malaysia.com.my berkata mereka yang berminat bolehlah mendaftar di http://bit.ly/rmH8tz untuk berpeluang menghadirkan diri bersama seorang teman.

Beliau yang merupakan penyokong kuat MU berkata pendaftaran dibuka sehingga pukul 5 petang esok.

“Setelah menghadiri beberapa sesi menonton bola sepak beramai-ramai termasuk di sepanjang Jalan Bukit Bintang dan bersama belia di Putrajaya, saya memutuskan untuk menganjurkan satu sesi yang serupa malam Ahad ini, 23 Oktober.

“Inilah masanya untuk saya ‘lepak’ bersama rakan-rakan Facebook dan Twitter,” katanya dipetik Bernama Online.

 

sumber : 1malaysia..

Himpunan Sejuta Umat , Selamatkan Akidah Umat Di Stadium Shah Alam

Kalau kita boleh memenuhkan stadium untuk menonton bola, berpeluh peluh menyertai perarakan BERSIH, berduyun duyun serbu konsert Justin Bieber,mengapa tidak kita berbuat perkara serupa untuk agama? Anda rasa bertanggungjawab untuk menjaga kesucian agama Islam di Malaysia? Jom kita sertai himpunan Sejuta Umat. maklumat lanjut seperti dibawah :
himpun-sejuta-umat

Apa objektif yang mahu kita capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?
  • Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
  • Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
  • Memberitahu kepada rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
  • Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
  • Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
  • Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
Himpunan  Sejuta Umat ini akan dikendalikan mengikut lunas-lunas dan prinsip himpunan seperti berikut :
  • Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik.
  • Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik  (Walaupun perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namunpenyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan).
  • Himpunan ini adalah perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak yang berkuasa.
  • Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini.
  • Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.
**jangan risau dan khuatir sebab perhimpunan ni dah mendapat permit dari pihak berkuasa dan anda tak akan ditangkap jika menyertainya.


usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update