usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Daftar Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati

PROMO PENDEK Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati

APA YANG ADA?

Hari Pertama: 31 Disember 2011 (Sabtu)

12.00 – 3.00 ptg       Pendaftaran peserta di Masjid Negara

3.00 – 5.00 ptg          Pembahagian Kumpulan  & Solat Asar

5.00 – 6.30 ptg          Majlis Perasmian Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati

6.30 – 9.00 mlm        Siap diri/ Makan malam / Solat Solat Isyak

9.00 – 12.00 mlm     Persembahan 1000 Jiwa 1 Hati

12.00 – 4.30 pg          Rehat / Tidur

Hari Kedua: 1 Januari 2012 (Ahad)

5.00-5.45 pg               Qiamullail Perdana

5.45-7.00 pg               Solat Subuh  dan Tazkirah

8.00-10.00 pg            Larian Sihat Cergas 1000 Pemuda (sila bawa baju putih)

10.00-10.30pg           Sarapan pagi

10.30-11.30 pg           Majlis Penutup

11.30-12.00tgh          Sesi Fotografi

12.00 tgh hari              Bersurai

DI MANA ???

.

BILA ??

31 Disember 2011 – 1 Januari 2012

.

MACAM MANA NAK HADIR ??

Klik dibawah untuk mendaftar sebagai PESERTA

PESERTA: 13-25 tahun. PENYERTAAN MASIH DIBUKA! TERUSKAN MENDAFTAR (klik daftar dibawah)

FASILITATOR: 20-35

APA YANG PERLU DIBAWA?

  1. 1 helai pakaian berwarna putih utk lelaki / tudung putih untuk perempuan sebagai syarat kehadiran program (digunakan utk larian pada 1hb Januari)
  2. Pakaian yang menutup aurat & sesuai untuk majlis pada 31hb Disember
  3. Alas tempat tidur
  4. Plastik beg untuk menyimpan kasut sukan (sekiranya ingin membawa ke tmpt penginapan)
  5. Beg yang boleh dikunci atau disimpan barang dengan selamat

.APA YANG TIDAK PERLU DIBAWA?

  1. Barang-barang berharga yang menarik minat pencuri utk mencuri
  2. Pakaian melambangkan kepartian, menyentuh sensitiviti agama, kaum & masyarakat
  3. Pakaian menjolok mata & membuka aurat
  4. Senjata api atau apa sahaja bentuk senjata membahayakan

****UNTUK MAKLUMAN LANJUT boleh baca di blog Rauudhatussakinah dan Maharajaserius

Ujian Memandu Guna Kereta Auto Mulai Mei 2012

KUALA LUMPUR, 28 Dis — Cadangan penggunaan kenderaan transmisi automatik bagi ujian memandu akan dilaksanakan menjelang pertengahan tahun depan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata cadangan itu dijangka dilaksanakan di seluruh negara pada Mei setelah pengubahsuaian terhadap Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu siap.

“Kurikulum ini perlu diubah kerana sebelum ini ia mengandungi sistem ujian memandu menggunakan kereta manual tapi sekarang dah guna kereta automatik, jadi memang beza,” katanya kepada Bernama.

Abdul Rahim berkata kementerian tidak terburu-buru dalam melaksanakan ujian memandu menggunakan kenderaan automatik untuk berlaku adil kepada pengusaha institut atau sekolah memandu.

“Kita perlu beri masa kerana mereka perlu ganti kereta yang manual kepada automatik. Ini semua kos, jadi kita bagi mereka masa,” katanya.

Menurutnya walaupun dengan pengenalan penggunaan kenderaan transmisi automatik ini, terpulang kepada pelajar untuk memilih sama ada kenderaan manual atau automatik untuk belajar.

Abdul Rahim berkata apabila cadangan itu dilaksanakan, lebih ramai rakyat negara ini dijangka memiliki lesen memandu terutama golongan yang telah berumur dan wanita.

“Kita tahu tidak semua orang boleh bawa kereta manual sebab susah, jadi bila kita bagi dia buat ujian guna kereta automatik, mereka mesti suka,” katanya.

Mengenai kurikulum baru yang bakal diguna pakai, Abdul Rahim berkata pengubahsuaian itu memberi penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin.

“Sebelum ini kurikulum kita lebih kepada kemahiran dan pengetahun tentang undang-undang di jalan raya sebab itu kita ada ujian undang-undang dan ujian berkaitan kemahiran, tapi sekarang kita tambah satu elemen iaitu bagaimana untuk jadi pemandu lebih bertimbang rasa,” katanya.

Abdul Rahim berkata usaha melahirkan pemandu yang berdisiplin, berhemah dan bertimbang rasa dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan maut kerana 60 hingga 70 peratus kemalangan itu disebabkan faktor manusia.

Beliau juga berkata belum ada cadangan untuk menggantikan Sistem Kejara dengan sistem lain kerana ia masih relevan, malah digunapakai oleh banyak negara.

Katanya sistem itu akan terus dilaksanakan kerana ia dapat menjadikan seseorang pemandu lebih berhati-hati ketika di jalan raya sekaligus dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

“Kalau sistem ini tiada pemandu tidak takut jadi mereka boleh buat ikut suka di jalan, jadi kalau ada sistem ini mereka lebih hati-hati kerana bila mata Kejara mereka lebih daripada 15, lesen akan digantung,” katanya.

Senarai Insentif Yang Diumumkan Dalam Bajet 2012

Hari  ni tumpuan utama adalah Bajet 2012 yang diumumkan oleh PM Malaysia pada petang tadi. Bajet kali ini nampak sangat berkebajikan . Mungkin kerana PRU dah dekat? Mungkin jugak. Siapa tahu kan? Menarik sebab yuran sekolah peringkat rendah dan menengah akan dimansuhkan bermakna ibu bapa tak perlu lagi membayar yuran anak anak ke sekolah. Dan sekali lagi, Najib sangat menjaga warga Felda kerana sekali lagi warga warga Felda akan bergelar jutawan selepas Najib mengumumkan durian runtuh untuk mereka. Apa intipati bajet dan insentif yang diumumkan ? Boleh baca senarai insentif bajet 2012 dibawah :

— Skim saraan baru yang dikenali sebagai Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan gaji satu lapis bakal menawarkan kenaikan tahunan RM80 hingga RM300 mulai tahun depan

— Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500

— Bantuan persekolahan RM100 akan diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara mulai tahun depan

— Warga emas berusia 60 tahun ke atas dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan

— Kerajaan akan membina lebih banyak hospital dan menaik taraf hospital sedia ada di samping menambahbaikan 81 klinik kesihatan luar bandar sedia ada serta membuka 50 klinik 1Malaysia

— Buat pertama kalinya, kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan mulai tahun depan

— Bagi mengenang jasa polis khas dan polis tambahan pada zaman darurat, kerajaan akan memberi insentif RM3,000 kepada setiap bekas anggota polis, duda dan balu

— Mulai tahun depan, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred

— Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500

— Umur persaraan wajib penjawat awam akan dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan mereka

— Peneroka Felda akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan

— Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013

— Seramai 600,000 pesara kerajaan akan mendapat kenaikan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun.

 

## tak semua insentif dipaparkan dalam laman ini.


Bajet kerajaan memperuntukkan RM 232.8 billion untuk rakyat , manakala bajet yang diumumkan oleh Pakatan Pembangkang pada isnin lepas berjumlah RM 220billion. Secara atas kertas, kerajaan menang. Tapi bagaimana pulak dengan pelaksanaan bajet tersebut? Yang dirancang tak selalunya berjalan seperti yang diinginkan sebab banyak tangan tangan “jahat” yang nak menyeluk poket kerajaan dan ambil wang rakyat untuk kepentingan sendiri. Semoga bajet kali ini memberi manfaat kepada rakyat yang “membayar cukai” untuk kesenangan diri mereka sendiri. Bukan membayar cukai untuk menyenangkan menteri menteri dan orang orang atas yang sememangnya dah kaya.

Sumber rujukan : malaysianinsider

Senarai Permohonan Yang Diputuskan Tidak Berjaya Oleh Mesyuarat Panel Pengesahan HALAL Malaysia

"Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam". (Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270)
Isu halal adalah isu paling hangat dalam beberapa hari ni. Harui ni, keluar lagi satu isu berkaitan .Dari sumber blog Cikgu Sazuya. Senarai Permohonan Yang Diputuskan Tidak Berjaya Oleh Mesyuarat Panel Pengesahan HALAL Malaysia yang dikatakan dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Pahang seperti dalam letterhead ini



dan dalam surat tersebut ada dilampirkan senarai syarikat yang tidak berjaya dalam permohonan pengesahan halal. Dan yang paling mengejutkan. Berus mekap dari SIMPLYSITI juga dikatakan dari sumber babi. Dan produk  MAMEE juga termasuk dalam senarai. Untuk senarai penuh sila ke laman berikut 


# tapi jadi isu pulak mengenai benda ni sebab dikatakan yang JAKIM tak akan mengeluarkan senarai syarikat yang tidak berjaya.Tapi dalam masa yang sama,  pihak bertanggungjawab yang berkongsi maklumat ni mengatakan yang dia dah pun confirmkan isu ini dengan JAIP . Sila rujuk bawah :

image
dan satu pihak yang lain pulak :
image

**kenapa pulak tak boleh sebarkan kepada umum?Ini melibatkan halal haram. Pengguna berhak ambil tahu.

mana satu yang benar dan tulen. Masih belum dapat dipastikan. Tapi seeloknya kita mengambil perhatian yang serius tentang hal ni sebab ia melibatkan produk yang kita gunakan setiap hari . Ketulenan surat ini masih diragui dan kita tunggu pengesahan lanjut daru bahagian pensijilan halal JAKIM yang lebih arif tentang hal ini.

Peluang Blogger Untuk Lunch Bersama Alam “So You Think You Can Dance” Sabtu Ini

ini cuma lebih kurang pengumuman je la . bagi sesiapa yang belum tahu , nuffnang ada membuka satu peluang kepada blogger nuffnanger untuk lunch bersama Juara So You Think You Can Dance iaiti Alam yang juga salah seorang members Wakaka .

3 nuffnanger berrtuah akan dipilih dan boleh dating dating dengan Alam. For sure , tawaran ni mungkin akan lebih dapat sambutan dari wanita kan’?Detail “dating” tersebut adalah

Date: 16 April 2011 (Saturday)
Time: 12 pm – 2 pm
Venue: Italiannies, Sunway Pyramid

Wallpost di facebook nuffnang:

Hey Nuffnangers! Remember Alam, the champion of So You Think You Can Dance & Showdown in Malaysia? We've got 3 passes to give away for a lunch date with Alam this Saturday! :D If you'd like to have lunch with Alam, head on to this page for more info - http://www.nuffnang.com.my/contest-submission-alam/

so kalau nak sila isi form di laman web nuffnang.klik link dibawah. Tak perlu buat submission entry, cuma isi form sahaja ISI FORM SAHAJA. dan tunggu berita dari pihak nuffnang. So anda kena jadi sanagt lucky la untuk dapat ni. ehehe

Contest Submission Alam 

wondering ! kenapala aku buat entry ni .Padahal bukan aku pernah minat Alam ni pun.haha

HR DESIGN : FAQ Berkaitan HRD

Assalamualaikum .sebelum ni aku dah buat satu entry berkaitan HR DESIGN iaitu Pembukaan Rasmi HR DESIGN |Koleksi Design HafizRahman. Sesiapa yang belum tahu apa tu HR DESIGN. Meh aku nak cecita sikit bagi tahu.

HR DESIGN adalah singkatan bagi nama aku sendiri iaitu HafizRahman Design dimana blog ni menghimpunkan kesemua design design tak kira cantik atau buruk, yang penting semuanya adalah hasil kerja tangan aku sendiri. Semua design yang dibuat akan dihimpunkan disini untuk tontonan (macam ada orang nak tengok) dan kritikan juga kutukan . So kepada sesiapa yang sudi komen, sila silakanlah .Lebih baik mengutuk disini dari korang asyik kutuk kawan kawan . Sini tak berdosa sebab aku yang suruh. Dan  tujuan utama aku wujudkan HR DESIGN adalah sebab tak nak semakkan blog rasmi aku ni iaitu Blog HafizRahman. Disini biar aku bercerita, di HR DESIGN gambar je ada,

Buat masa sekarang, blog HR DESIGN cuma dibuka untuk tontonan saja dan belum bersedia menerima sebarang tempahan untuk buat header atau apa apa saja berkaitan “design mendesign” disebabkan kekangan waktu . Yela aku dah nak dekat final exam. Kena fokuskan kepada pelajaran dulu . Nanti asyik nak menghadap Photoshop ja, habis rosak masa depan aku pulak.

Dan logo rasmi yang akan aku gunakan untuk satu masa sehingga dapat idea baru untuk buat logo baru adalah logo yang ini (ayat tah hapa2 aku pun tak berapa faham ). Baru dicipta setengah jam yang lepas dan cuma menganbil masa 15minit ja untuk aku sipakan. So memang boleh diterima la kan kalau orang cakap buruk.hehee

KLIK PADA LOGO UNTUK KE BLOG

setakat entry ni ditulis,dah ada lebih kurang sembilan design header yang dibuat untuk beberapa orang blogger yang request semasa aku offer header free lebih kurang seminggu lepas . Dan offer tersebut dah pun ditutup. So kepada yang terlambat, maaf la ek. nak buat macammana tak ada rezeki anda semua.

Dan yang paling terbaru, HR DESIGN menjadi sponsor untuk GIVEAWAY PERERO ROSHER (hentam je la eja cam tu )  yang dianjurkan oleh Yuyu Zulaikha dan aku mensponsorkan diri untuk design header mengikut kehendak kepada DUA orang blogger yang bertuah dan blogger bertuah tersebut sudahpun dipilih. (maklumat lanjut dalam entry Senarai Pemenang Giveaway Yuyu Zulaikha Sudah Diumumkan. Semak Nama Anda)

InsyaAllah menjelang bulan MEI , aku akan ambil tempahan untuk sesiapa yang nak buat header dan insyaAllah bayaran yang dikenakan akan berbaloi dengan apa yang anda akan dapat. Aku akan pastikan harga menepati kehendak pengguna dan tak mahal. Murah je la maksudnya. Senang cita.

So stay tuned bersama blog aku iaitu HafizRahman dan Blog HR DESIGN . Blog tersebut masih dalam proses pembaikan dan insyaAllah akan diupgrade supaya mesra pembaca dari semasa ke semasa.

 SEKIAN BERITA MALAM INI !!

Senarai Pemenang Giveaway Yuyu Zulaikha Sudah Diumumkan. Semak Nama Anda

lebih kurang setengah jam yang lalu, Yuyu Zulaikha dah umukan senarai pemenang giveaway beliau . Penyertaan adalah sebanyak 567 orang dengan 10 sponsorship untuk hadiah. Dan aku adalah salah seorang sponsor that’s why aku sebok2 buat entry ni.hehe

bagi yang join boleh semak nama anda di entry Senarai Pemenang

Dan untuk bahagian hadiah yang aku sponsor iaitu Design Header Free untuk 2 pemenang bertuah, 2 orang blogger yang terpilih adalah blogger dengan nombor giliran bertuah

image

437 dan 369 iaitu blogger :

my lifestory ;D

LIYANA KARIM

DAN

FARHANA BASRI

jadi kepada dua orang pemenang tersebut, sila contact aku  untuk penebusan hadiah dan bagi detail berkaitan header yang diinginkan.

Dan aku sebagai sponsor, join jugak sebagai peserta dan TAK MENANG APA APA macam YUYU jugak. haha . Mungkin Tuhan nak bagi kat orang lain kan?tak baik tamak tamak. Untuk Yuyu jangan sedih2 sebab tak terpilih dalam GA sendiri sebab header untuk anda dah siap dan boleh diambil di entry ini

HEADER DESIGN BLOG YUYU ZULAIKHA

Kalau nak tengok Koleksi Design yang aku dah buat, boleh ke :

klik pada gambar untuk ke Blog HR DESIGN

TAHNIAH UNTUK SEMUA PEMENANG !!

usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update