usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Iklan Pengambilan Graduan Untuk Berkhidmat Sebagai Pegawai Angkatan Tentera Malaysia

permohonan pegawai ATM, pengambilan pegawai ATM, syarat permohonan pegawai ATM, pegawai Angkatan Tentera Malaysia, syarat kelayakan, cara memohon pegawai ATM , pegawai ATM lepasan SPM dan Ijazah,muat turun borang pengambilan pegawai ATM ,

image

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

PENGAMBILAN GRADUAN UNTUK BERKHIDMAT DALAM

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa graduan warganegara Malaysiayang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

SEKSYEN A - SYARAT KELAYAKAN AM

2. Jantina:

a. Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) – Lelaki sahaja

b. Perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) – Lelaki dan wanita

3. Umur:

Tidak melebihi 27 tahun pada 1 Mac 2012.

4. Fizikal:

a. Tinggi minimum: 1.62m (Lelaki)/ 1.57m (Wanita).

b. Berat minimum: 47.5 kg (Lelaki)/ 45.0 kg (Wanita).

c. Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja): 76sm.

d. Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 23.0.

5. Taraf Kesihatan: Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata  dan kanta lekap. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT – Forward Everywhere (FE).

6. Kriteria Pemilihan: Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit Kelayakkan Akademik, Ujian Kepimpinan, Ujian Fizikal dan Prestasi Temuduga. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

SEKSYEN B – SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

7. Kelayakan Akademik:

a. Lulus SPM ATAU kelayakan setaraf dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik.

b. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 ke atas dan memiliki kelulusan di dalam jurusan yang diperlukan seperti berikut:

(1) Tentera Darat Malaysia

(a) Kejuruteraan dan Arkitek

i. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (Kepujian)

ii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Ukur & Geomatik (Kepujian)

iii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Persekitaran (Kepujian)

iv. Ijazah Sarjana Muda Senibina (Kepujian)

v. Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian)

(b) Pengurusan Dan Perniagaan

i. Ijazah Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran (Kepujian)

ii. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)

iii. Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Kepujian)

iv. Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Mass (Perhubungan Awam) (Kepujian)

v. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel & Katering (Kepujian)

vi. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan

vii. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Seni Kulinari

viii. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah (Kepujian)

ix. Ijazah Sarjana Muda Knowledge Management (Kepujian)

x. Ijazah Sarjana Muda Facilities Management (Kepujian)

xi. Ijazah Sarjana Muda Pengangkutan (Kepujian)

xii. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial (Kepujian) Kajian Jenayah

(c) Sains Sosial Dan Kemanusiaan

i. Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Dasar Luar Negara (Kepujian)

ii. Ijazah Sarjana Muda Psikologi & Kaunseling (Kepujian)

iii. Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian)

(d) Lain-lain Jurusan

i. Ijazah Sarjana Muda Sains Statistik (Kepujian)

ii. Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian)

iii. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Remote Sensing

ix. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Kepujian)

v. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL/TESOL (Kepujian)

vi. Ijazah Sarjana Muda Bahasa Asing (Jepun/Arab/Perancis/Rusia/Sepanyol) (Kepujian)

vii. Ijazah Sarjana Muda Digital Forensic (Kepujian)

viii. Ijazah Sarjana Muda Veteriner (Kepujian)

(2) Tentera Laut Diraja Malaysia

(a) Ijazah Sarjana Muda Senibina (Kepujian) Kapal

(b) Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Aktuari

(c) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang(Kepujian)

(d) Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik (Kepujian)

(e) Ijazah Sarjana Muda Kejurteraan (Kepujian) Teknologi Minyak dan Petroleum

(f) Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Tekstil/Senireka Tekstil

8. Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) : Calon-calon yang memiliki Ijazah dari Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan dan luar negara perlu mendapatkan pengesahan pengiktirafan dari JPA melalui Laman Web JPA -www.jpa.gov.my

SEKSYEN C – PERLANTIKAN DAN PENTAULIAHAN

9. Perlantikan. Calon-calon yang berjaya terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet untuk menjalani pengajian ketenteraan.

10. Pentauliahan. Pegawai Kadet yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam pengajian ketenteraan akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek (TJP) dengan menyandang pangkat Leftenan Muda (Lt Muda) atau setaraf setelah diperkenan oleh SPB Yang Di Pertuan Agong.

11. Gaji. Berdasarkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA - ATM) yang sedang berkuatkuasa.

CARA PERMOHONAN

12. Dokumen Diperlukan. Tiada borang khusus disediakan untuk tujuan permohonan. Permohonan boleh dibuat dengan menyertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:

a. Profil peribadi (resume) beserta nombor telefon dan alamat e-mail yang boleh dihubungi.

b. Salinan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang yang ditawarkan.

c. Salinan Transkrip Akademik.

d. Salinan Sijil SPM/SPMV.

e. Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan bapa.

f.  Salinan Sijil Berhenti Sekolah.

g. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon, Ibu dan bapa.

h. Salinan Sijil Sukan dan Ko-kurikulum.

i. Surat Pengesahan JPA (sekiranya berkaitan).

j. Sekeping gambar berukuran pasport.

k. Sampul surat Pos Ekspres berukuran 229mm x 162mm, beralamat sendiri.

13. Alamat. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat:

Markas Angkatan Tentera Malaysia

Bahagian Perkhidmatan Anggota

Cawangan Tenaga Kerja

Kementerian Pertahanan

Jalan Padang Tembak

50634 KUALA LUMPUR

(Untuk Perhatian: Sel C)

ATAU

Datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa salinan dokumen–dokumen seperti di atas. Calon-calon juga boleh memohon melalui laman web www.jobsmalaysia.gov.my atau www.jobsperak.com

14. Maklumat Permohonan: Sila berhubung dengan pegawai pemilih seperti berikut:

  1. Mej Abdul Hamid bin Maarus - 03-20712382
  2. Kapt Ezril Redzuan bin Hj Zainudin TUDM – 03-20714526

Kapt Ridzuan bin Abdullah - 03-20714524

            Kapt Mohd Izham bin Ahmad Rashidi – 03-20712387

  1. Kaunter Pertanyaan dan Penyerahan Borang: 03-20712391
  2. Talian Bebas Tol : 1-800-88-7588
  3. Nombor Faks: 03-26985340 ,03-26986235
  4. Email: ctk.mtk@ mod.gov.my

15. Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2012

Maklumat Penting:

Pemohon tidak perlu mengisi sebarang borang permohonan untuk jawatan di atas. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ujian dan temuduga di pusat pemilihan yang ditetapkan. Mereka yang tidak menerima sebarang surat tawaran setelah DUA (2) MINGGU dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Artikel di atas disediakan oleh Myadha . Juga disediakan di Scribd untuk dimuatturun. Klik Iklan Pengambilan Calon Lepasan SPM Untuk Dilantik Sebagai Pegawai Kadet Universiti an Nasional Malaysia UPNM 2012

Tarikh Akhir Permohonan IPTA Lepasan SPM 31 Disember 2011

KUALA LUMPUR - Pelajar yang ingin memohon untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan politeknik premier bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Fasa 1, sesi akademik 2012/2013 diminta segera berbuat demikian kerana permohonan tersebut akan ditutup pada 31 Disember ini.

Menurut satu kenyataan daripada Kementerian Pengajian Tinggi, pengisian borang permohonan tersebut boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web www.upu.my yang dibuka sejak 16 November lalu.

Kata kenyataan itu, sebelum mengisi aborang tersebut, pemohon perlu mendapatkan nombor pengenalan yang boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau menggunakan mesin pengeluaran wang automatik bank berkenaan dengan harga RM10.60.

"Setelah menyemak permohonan melalui laman web tersebut, pemohon perlu klik pada butang sah dan hantar untuk mengesahkan permohonan tersebut telah diterima," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, pemohon juga dinasihatkan supaya mencetak maklumat permohonan untuk simpanan dan rujukan permohonan pada masa depan.

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan itu, pelajar yang berminat boleh merujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi melalui talian 03-8883 5858 atau melayari laman web www.upu.mohe. gov.my.

**so cepat cepat ye adik adik . Ada masa  2 hari je lagi bagi yang belum membuat permohonan.

KOSMO

ENTRY TERDAHULU:

Tonton Movie Terbaru Online Free : Watch Free Online Movie

Gambar Khairul Fahmi Che Mat Hiasi Muka Depan Majalah GLAM Januari 2012

Black Berry Empathy Concept Mobile Yang SuperCanggih!!!

Cara Memohon Dan Syarat Memohon Duit Bantuan RM500

KERATAN Kosmo! 1 Disember 2011.


KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan semalam menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

"Ini merangkumi individu yang berkahwin; ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) sebatang kara," kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan semalam.

Seramai 5.2 juta isi rumah dijangka layak menerima bantuan RM500 sekali bayar itu dengan kos RM2.6 bilion.

Kementerian itu juga mengingatkan bahawa pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada 10 Disember ini hingga 10 Januari, 2012.

Borang pendaftaran boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Penerangan Malaysia, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta akhbar.

Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, Jabatan Penerangan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDNM.

Katanya, permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pembayaran akan dibuat mulai pertengahan Januari 2012.

 

Macammana nak memohon bantuan RM500? klik pada salah satu pautan dibawah untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan bantuan kerajaan  RM 500:

 


sumber  : KOSMO

Permohonan Kemasukan Ke UiTM Sesi 2 2011/2012

Permohonan Kemasukan Ke UiTM Sesi 2 2011/2012 telah dibuka kepada orang ramai bermula 15Oktober 2011 sehingga 16 November 2011. Program yang ditawarkan adalah seperti dalam pautan berikut :

• Profesional

• Sarjana Muda - Sepenuh Masa (S)

• Sarjana Muda - Pelajar Luar Kampus (PLK) / Setara Sepenuh Masa (SS)

 

CARA MEMOHON MELALUI APLIKASI DALAM TALIAN (ONLINE APPLICATION)

Berikut adalah panduan untuk memohon melalui aplikasi sistem dalam talian:

  1. Permohonan untuk program yang ditawarkan adalah melalui aplikasi dalam talian (Online).
  2. Permohonan dalam talian melalui laman web www.online.uitm.edu.my akan dibuka pada 15 Oktober 2011 (Jumaat) Jam 12 Tengahari sehingga 16 November 2011
  3. Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil), di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau menggunakan mesin ATM BSN bermula 15 Oktober 2011 sehingga 16 November 2011.
  4. Setelah membuat pembayaran, pemohon boleh melakukan permohonan melalui laman Web Aplikasi Elektronik UiTM yang beralamat www.online.uitm.edu.my dengan memasukkan nombor slip yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Pemohon diingatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti sah pembayaran.
  5. Sila baca dan teliti senarai serta syarat program sebelum mengisi permohonan agar pemohon tidak tersalah memilih program.
  6. Pemohon dinasihatkan mencetak maklumat permohonan yang telah muktamad tersebut sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Berikut adalah pautan pautan penting untuk proses permohonan kemasukan ke UiTM .

 

PANDUAN PERMOHONAN
e-BORANG

 

KEPUTUSAN

 

##sila gunakan Internet Explorer untuk membuat permohonan bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa membuat permohonan.

sumber : LAMAN WEB RASMI PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2012/ 2013

UPDATE : hanya tinggal 8 hari saja lagi untuk membuat Permohonan online bagi kemasukan matrikulasi kementerian pelajaran malaysia (kpm) bagi sesi 2012/ 2013

Permohonan online bagi kemasukan matrikulasi kementerian pelajaran malaysia (kpm) bagi sesi 2012/ 2013 boleh dibuat mulai 1 julai hingga 10 oktober 2011. Calon-calon spm 2011 digalakkan untuk membaca syarat dan kelayakan minimum untuk memohon program matrikulasi. Untuk membaca kelayakan minimum, sila baca di syarat program dan kalayakan minimum matrikulasi.

Calon juga boleh membaca panduan atau cara-cara untuk memohon matrikulasi. Sila baca di panduan mengisi borang permohonan matrikulasi.

Sebelum tu, calon mestilah membeli no pin BSN sebelum membuat permohonan matrikulasi secara online. Setelah membaca segala panduan permohonan, calon boleh la melayari Aplikasi Permohonan Online Matrikulasi Sesi 2012/ 2013 untuk memohon program matrikulasi.

Untuk membuat semakan status permohonan sila layari Aplikasi semakan permohonan. Halaman ini bertujuan untuk semakan sama ada maklumat anda telah disimpan atau tidak.

 

Permohonan Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPT) SESI DISEMBER 2011

Header

Permohonan ke Sesi Disember 2011 boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian (ON-LINE) sahaja dengan melayari laman web www.politeknik.edu.my mulai 8 Ogos 2011.


Untuk mengakses e-Borang, pemohon mesti mengisi nombor kad pengenalan dan nombor PIN.


Pemohon diminta membeli nombor PIN di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran seperi berikut:

Kategori Pemohon

Harga No. PIN

Catatan

Lulusan SPM RM 10.60 No. PIN 6 digit bermula dengan nombor 16XXXX
Lulusan Sijil/Diploma Politeknik, lulusan Sijil Kolej Komuniti, lulusan Kolej Matrikulasi KPM RM 6.00 No. PIN 6 digit bermula dengan nombor 41XXXX

Pemohon perlu mengemukakan MyKad semasa membeli nombor PIN di BSN bagi mengelakkan berlakunya kesilapan nombor kad pengenalan. Kesilapan tersebut akan menyebabkan pemohon tidak boleh mengakses e-Borang.


Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan MyKad pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN.


Sila pastikan slip pembayaran BSN dicetak dengan nombor kad pengenalan pemohon yang betul serta terdapat enam (6) digit nombor PIN setelah pembayaran dibuat.


Calon yang tidak berjaya atau calon yang berjaya tetapi tidak mendaftar bagi sesi sebelum ini, perlu memohon semula jika masih berminat untuk melanjutkan pengajian di Politeknik KPT.

Permohonan akan ditutup pada hari Isnin, 12 September 2011.


Keputusan permohonan boleh diketahui pada Rabu, 26 Oktober 2011. KLIK PAUTAN DIBAWAH :

usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update