usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Penuntut Wanita IPTS Ditahan Ugut Bunuh Najib, Wajar Atau Tidak?

pelajar wanita ugut naib ditahan, pelajar ipts kedah ditahan, ugut najib, pelajar ugut najib, pelajar ditahan ugut najib, pelajar ipts kedah,gambar status facebook pelajar ditahan di kedah

image

Ini macam pun kena tahan ka?? Haiyaaaa~

ALOR SETAR: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis pada Khamis, kerana menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Meteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial.

Penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda itu ditahan pada pukul 9 pagi, selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook miliknya.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 10 malam semalam mengenai perkara itu, dan menahan penuntut terbabit selepas mengenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut.

image

gambar hiasan sahaja . Tiada kena mengena dengan artikel

“Kita telah ke universitinya dan melalui pihak universiti, kita telah memanggil pelajar itu untuk diambil kenyataan berhubung berkara itu,” katanya kepada pemberita, di sini malam Khamis.

Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik pelajar tahun dua IPTS tersebut untuk siasatan.

“Kita juga turut memanggil ibu bapa pelajar itu bagi membantu siasatan,” kata Ahmad.

Katanya memandangkan pelajar itu masih lagi dalam minggu peperiksaan, pihaknya telah membebaskan pelajar tersebut petang tadi selepas diambil keterangan bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan.

“Kita akan memanggil beberapa individu lain untuk memberi keterangan berhubung perkara ini. Kita juga akan memanggil pelajar tersebut pada bila-bila masa jika perlu,” katanya.

Beliau berkata pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan terhadap pelajar itu dan akan menyiasat dengan terperinci perkara tersebut.

“Kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA


**Persoalannya, wajarkah beliau ditahan? Mungkin wajar. Mungkin tidak. Ramai remaja sekarang suka melepaskan nafsu marah dengan update status di facebook. Tapi bukan dengan niat nak buat benda itu betul betul . Beberapa hari lepas, seorang pemuda India dari  USM ditahan sebab dikatakan nak bom helikopter Najib , hari ini pelajar IPTS di Kedah pulak ditahan kerana dikatakan mengugut Najib. Macam macam hal la.

yang haritu nak bom helikopter, harini nak tembak kapal terbang. Kejap, masalahnya, boleh ke amoi ni nak tembak kapal terbang yang sedang terbang. Please laa. Logik sikit boleh tak? Yang kes Shahrizat tu tak ada pulak nak tahan tahan? PELIK AKU DENGAN NEGARA NI!!! Aku rasa budak Cina ni pun tak berapa nak cerdik sgt buat status macam ni tapi, agak agak la sampai kena tahan kan? Kesian dolll budak tu.

Masih ingat dengan kisah brader ni?

image

**Aku suka dengan pandangan Joegrimjow berhubung isu tahan menahan pelajar ni. Boleh baca di KOMEN AKU PASAL STUDENT NAK BOM HELIKOPTER NAJIB. Satu pendapat yang bernas yang boleh dijadikan panduan untuk kita lebih memahami isu sebenar.

**Baca jugak pandangan aku berkaitan POLITIK MALAYSIA Pandangan Aku Tentang Politik + Video Politic Machine

p/s: Nak update status sekarang kena jaga jaga, nanti kena saman dan kena tahan Polis.

sumber : kosmo, syukran, joegrimjow

Wardina Panggil Blogger Tuduh Samun Palsu | mStar Fitnah Wardina?

wardina difitnah, tun faisal dan wardina, blog fitnah wardina, wardina kes samun, samun palsu wardina, kes samun palsu, ruangbicarafaisal dan wardina, kes samun wardina, wardina milosuam.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah menjemput penulis blog Ruang Bicara Faisal (RBJ) menemuinya jika ingin mengetahui sama ada kejadian samun yang berlaku terhadapnya baru-baru ini adakah lakonan atau pun kisah benar.

Wardina berkata, dia tidak mempunyai sebarang keperluan untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh penulis blog tersebut seperti yang diminta.

“Jika dia mahu jawapan kepada semua persoalan yang bermain di dalam mindanya sila datang berjumpa saya. Tidak ada sebab mengapa saya perlu membalas dengan menulis kenyataan saya untuk dia meletakkan jawapan saya itu di dalam blognya.

“Biarlah orang ramai sendiri yang membuat penilaian terhadap semua perkara yang ditimbulkan kerana saya sudah penat untuk bercakap mengenai hal tersebut,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.

Antara petikan menerusi ruangbicarafaisal.blogspot.com mempersoalkan kejadian samun Wardina.

Wardina diminta mengulas tulisan RBJ menerusi ruangbicarafaisal.blogspot.com yang mempersoalkan kononnya dia memperbesar-besarkan kejadian rompakan yang berlaku di rumahnya semata-mata untuk menagih simpati orang ramai bagi mendapatkan publisiti.

Penulis blog itu juga mempertikaikan tindakan Wardina yang mendakwa berada dalam keadaan trauma tetapi sempat meminjam komputer milik jiran untuk menulis kejadian yang berlaku menerusi Twitter miliknya.

Dalam pada itu, Wardina berkata, dia tidak berasa terkesan dengan tulisan tersebut sebaliknya menganggap penulis blog itu terlalu mempunyai banyak masa untuk menulis pelbagai cerita mengenai orang lain.

Wardina berkata, dia juga tidak risau dengan pandangan masyarakat yang membaca entri tersebut kerana percaya mentaliti masyarakat di negara ini sudah cukup bijak untuk menilai sama ada kejadian tersebut benar atau tidak.

“Mungkin ada segelintir pihak akan terpengaruh dengan entri tersebut dan memikirkan perkara negatif mengenai diri saya, tetapi saya percaya itu hanya mewakili segelintir pihak sahaja.

Wardina Safiyah bersama suaminuya, Ikhwan Johari menunjukkan barang yang diselongkar oleh perompak dalam kejadian pecah masuk di rumah mereka pada 12 Januari lalu.

“Rakan-rakan dan keluarga tahu apa yang sebenarnya yang berlaku dan pada tahap ini itu sudah memadai,” ujarnya.

Sementara itu, Wardina berkata, penulis blog tersebut sepatutnya menulis sesuatu yang lebih bermanfaat dan berfaedah sebagai bahan bacaan supaya dapat mengembangkan minda masyarakat.

Katanya, walaupun kejadian samun yang berlaku terhadapnya mendapat liputan luas tetapi ia telah membuka mata banyak pihak supaya menjadi lebih berhati-hati dalam menjaga keselamatan keluarga.

“Ada perkara yang lebih penting untuk saya fikirkan daripada melayan karenah orang sebegini yang nyata hanya membuang masa,” ujarnya.

Pada 12 Januari lalu, Wardina mengalami kerugian kira-kira RM20,000 apabila rumahnya dimasuki tiga lelaki bersenjata di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, tiga penjenayah terbabit memasuki rumah Wardina setelah mengumpil pintu belakang rumah teres tepi dua tingkat milik beliau sebelum mengarahkan semua anggota keluarga Wardina berkumpul.


Dalam berita berasingan yang disediakan oleh Milosuam, Mstar dikatakan melaga lagakan Wardina dengan Tun Faisal walhal penulis asal blog yang mempersoalkan berkaitan isu samun Wardina tersebut adalah Faisal Rohban dan bukannya Tun Faisal iaitu Exco Pergerakan Pemuda UMNO. Wartawan mstar melaporkan berita yang boleh menimbulkan salah faham dari segi politik kepada masayarakat.

 

laporan silap oleh mstar

dan selepas laporan sila tersebut dikeluarkan, Wardina mengeluarkan kenyataan di Twitternya bahawa beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyebut nama Tun Faisal sebagai blogger yang mempersoalkan isu beliau disamun tersebut.

berita penuh boleh baca di Portal mStar cuba melaga-lagakan Wardina dan Tun Faisal?


Salah faham kes besar macam ini macam ada sedikit pengaruh politik. Kesian Wardina, sudah jatuh, ditimpa tangga. Harap Kak Wardina bersabar dengan semua dugaan .Tiga kes malang berlaku pada Wardina, Disamun, blogger kata samun palsu dan sekarang mstar melaporkan berita palsu.  InsyaAllah , Allah bersama orang orang yang benar. Mstar pun nak jadi macam UTUSAN jugak ke suka nak laga lagakan orang?

Anda juga boleh baca artikel berkaitan kes samun Wardina Saffiyah di link ini :

  1. Rumah Wardina Dirompak 3 Lelaki Berparang, Suami Dipukul
  2. Wajib Baca! Kisah Trauma Wardina Saffiyah Dirompak
 

sumber rujukan : 2dayblogger, Milosuam

RM10,000 Ganjaran Untuk Tangkap ‘Pengebom’ di Mahkamah Jalan Duta

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan ganjaran RM 10,000 kepada pemberi maklumat insiden letupan bom di Kompleks Mahkamah Jalan Duta ketika keputusan kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin lalu.

Perkara itu diumumkan melalui laman Facebook milik pasukan keselamatan itu hari ini.

"Berikutan insiden tiga letupan 'Improvised Explosive Devices (IEDs)' yang berlaku pada 9 Januari 2012 berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta, PDRM menawarkan ganjaran sebanyak RM 10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu atau kumpulan yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut," menurut status di laman Facebook tersebut.

Letupan berkenaan berlaku sejurus mahkamah memutuskan Ketua Pembangkang itu dibebas dan dilepaskan dari tuduhan meliwat pembantunya.

Menurut Ketua Polis Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh, letupan bom berkenaan dilakukan oleh mereka yang mempunyai kepakaran tentang bahan letupan.

Siasatan polis membawa kepada penemuan alatan seperti jam penggera, sembilan bateri, dan paip PVC di lokasi kejadian.

Menurut Mohamad, letupan berkenaan sengaja ditimbulkan bagi mencetuskan keadaan huru-hara kerana kawasan perkarangan mahkamah pada ketika itu merupakan kawasan tumpuan orang ramai ekoran perhimpunan pembebasan Anwar 901.

Mohamad sebelum itu berkata, "bahan letupan tersebut adalah buatan sendiri dengan menggunakan penetap masa, bebola, dan bateri, serta wayar berdasarkan penemuan yang ditemui di kawasan letupan."

Menurutnya, bahan letupan berkenaan dipercayai diletakkan di bawah kon trafik di luar bangunan mahkamah.

Letupan tersebut telah mencederakan lima lelaki di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta Isnin lalu sebaik sahaja Anwar Ibrahim dibebaskan mahkamah atas tuduhan meliwat pembantunya.

Bom pertama meletup sejurus Anwar keluar dari perkarangan mahkamah, dan disusuli letupan kedua selang beberapa minit kemudian berhampiran pencawang elektrik, kira-kira 50 meter dari pintu masuk kompleks mahkamah berkenaan.

Letupan terakhir berlaku di pusat penjaja tidak jauh dari lokasi pertama dan kedua.

Pihak polis turut menggunakan khidmat anjing pengesan untuk mencari bahan letupan, namun tidak menjumpai sebarang bahan letupan lain.

Dia juga mempertikaikan laporan akhbar Utusan Malaysia yang menyatakan bahan letupan berkenaan di bawa oleh salah seorang penunjuk perasaan dan mengagapnya "anggapan kecil media", malah menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkenaan perkara itu.

"Saya menggesa orang ramai agar tidak menimbulkan kekecohan dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya.

Sebarang maklumat berkaitan insiden pengeboman tersebut hendaklah disalurkan kepada DSP Yahya Abd Rahman di talian 019-470 8947 atau Bilik Gerakan  IPK KL di talian 03-2146 0584/0585 atau Bilik Gerakan Bukit Aman di talian 03-2031 9999 / 03-2266 3444 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

sumber

Demonstrasi AUKU Di UiTM Shah Alam 4 Jan 2012 ?



image
dan update di Twitter Dato’ Sahol .
image

rata rata students memang tak setuju dengan demonstrasi ni. Sebab minggu ni orang kan kalut kalut nak exam. Bila dah ditutup pintu belakang tu kan ke dah menyusahkan orang nak masuk study di dalam. Nak mengharung jammed lagi. Pagi dah jammed, malam jammed lagi . Semak kepala je duduk sini.

So kita harapkan tak ada apa apa demonstrasi. Bagi la habis exam dulu woi ko nak demo demo pun. Jangan la demo sekarang. Doraemon betul laa.


Dan dibawah ni beberapa screenshot ketidakpuasan hati student berhubung isu demo di UiTM malam ni.

image
image
image


**Menangi RM50000 hanya dengan berkongsi cerita anak anda!!! 

Keputusan Kes Aminulrasyid : Koperal Jenain Bersalah

Terkejut pun ada dengan keputusan kes ni. Kesian pun ada dengan polis yang disabitkan ni. Bukan sengaja sengaja dia nak tembak budak ni.Nasib la 5tahun ja hukuman.  Mungkin orang akan cakap ‘padan muka’ pada polis ni, tapi aku rasa kesian pun ada dengan dia .Sebab…ada laa. Aku tau la jugak cerita cerita kes ni sebab kakak aku salah seorang peguam yang terlibat dengan kes ni. Ada jugak harini dia ajak aku ke mahkamah dengar keputusan mahkamah tapi tak sempat pulak sebab ada taklimat . Rugikk .Tak pernah masuk mahkamah lagi. Kes besar camni plak kan..(gila jakun.haha)

Entry berkaitan kes Aminulrasyid sebelum ini : TERKINI!!KISAH SEBENAR APA YANG TERJADI PADA MALAM AMINULRASYID DITEMBAK


SHAH ALAM, 15 Sept — Koperal Jenain Subi didapati bersalah menyebabkan kematian pelajar Aminulrasyid Amzah akhir April tahun lalu, kes yang menarik perhatian seluruh negara mengenai soal pematuhan peraturan oleh anggota pasukan keselamatan sendiri.

Dalam keputusannya hari ini, Hakim Latifah Mohd Tahar memutuskan bahawa penggunaan senjata oleh Jenain, yang berakhir dengan 21 tembakan, satu tindakan keterlaluan dan tidak wajar untuk menghentikan kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid.

Anggota polis itu dikenakan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen.

Latifah membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Jenain, 48, didakwa melakukan kesalahan itu antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Kesalahan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Kes kematian Aminulrasyid, 15, mendapat liputan meluas dan kecaman masyarakat selepas remaja itu mati terkena tembakan di kepalanya ketika dikejar anggota peronda yang sebelum itu mengarahkan dia yang memandu kereta Proton Iswara, berhenti.

Seramai 39 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Nasib la 304 dan bukan 302. Kalau tak , ke tali gantung la jawabnya.

usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update