usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

KBU WE CARE : Kembara Ramadhan Kami Blogger Utagha Bersama Warga Tua Dan Anak Yatim Part 1

dah 4hari berlalu event ni. Baru harini aku berkesempatan untuk update event yang diadakan oleh Kelab Blogger Utagha dimana kami dari kalangan blogger di bahagian utara iaitu Perlis Kedah Penang dan Perak berhimpun dan beramal. Berblogging tak semestinya cuma untuk bersuka suka ria dan bergosip gosip tapi dalam masa yang sama kita boleh jugak  beramal tambahan dalam bulan Ramadhan yang mulia ni. Berkongsi dengan yyang memerlukan adalah satu amalan mulia.Kesenangan dan kemewahan yang Tuhan berikan kepada kita sepatutnya dikongsikan dengan mereka yang memerlukan. Sharing kan Caring.  Ini adalah bahagian pertama update event ni. Ada beberapa part lagi selepas ni sebab terlalu banyak gambar yang aku dapat dari event ni.
Ini adalah version “Rabu Tak Kata Apa Apa “ yang dipenuhi dengan aksi aksi keterlanjuran semua blogger yang menyertai. Kalau dah jumpa, memang havoc habis blogger utara ni. ye la orang utara kan peramah. betui dak?(FAKTA)
banner program . Tak tahu la siapa yang buat ni. Tengok tengok dah wujud dah didunia maya dan alam nyata.
PERHATIAN : beribu ribu gambar akan muncul. So kepada yang nak terberak tu, elok sangat la bukak dan pergi berak dulu pastu mai sini tengok balik sebab loading page akan menjadi tahap cipan lembap kepada mereka yang gunakan berukben. Biasa la dah hujung hujung bulan ni bandwith dah nak habis kan?hehe
Part 1 ni kita move on to kepada mereka mereka yang hadir dulu k.
311603_1803739547687_1665822561_1429546_5510842_n
KBU Care for those who needed
DSCF0199 [1024x768]
Mikro Kukus
DSCF0198 [1024x768]
Cik Zai Penang yang bawak kereta sumpah laju nak …….. Ligan tak dapat weh
DSCF0201 [1024x768]
satu satunya makhluk tuhan yang pakai baju kuning. Bila ditanya bila nak beli baju KBU (nanti la aku beli jawab dia).haha
DSCF0204 [1024x768]
3 orang yang aku sangat segan nak tegur malam tu. Yala aku kan pemalu. haha: Atin , Tatia dan Fatyn
DSCF0208 [1024x768]
#retis Siti Jusiza (memang patut pun orang panggil #retis.sepanjang perjalanan karaoke. haha)
DSCF0209 [1024x768]
#retis kedua iaitu Naqiah Othman
DSCF0214 [1024x768]
abaikan tudung merah tu. Gambar dia dah ada kat atas .haha. ini adik beradik Anith dan Abil Chan. baru sekarang aku tau kenapa nama facebook dua orang ni panjang. Chan tu comes from nama ayah rupanya.
DSCF0225 [1024x768]
Kak Adish Shida dan Pakcu Sofi Admin KBU
DSCF0255 [1024x768]
pengasas, peneraju, penaung,pengerusi,perancang apa lagi semua dia la. Ini dia Cik GKSB Admin KBU (yang belakang tu wat comei plak)
Ceti KBU iaitu Syakira Yaakub.Comell!!upss..haha
DSCF0271 [1024x768]
awat yang dua kanan tu rasa macam dah byk kali ada gambar ni?Arhhh awat byk sgt gambaq depa. haha. Dari kiri : Farhana , Nur Lina Jamal , dia dan dia. kah3x
DSCF0304 [1024x768]
aduhh terlupa dua orang ni. sapa ek?ermmm
DSCF0305 [1024x768]
Nadh Zher Ee (Nazri kan senang ..grrr)
294736_1803753388033_1665822561_1429582_8314083_n
Nora Amila (awat muka sama ek)
304115_1803751347982_1665822561_1429577_5653980_n
Remaja Boroi (tapi tak boroi pon. Diet dah kot )
294829_1803738387658_1665822561_1429544_5391773_n
jejaka yang hadir. Walaupun sikit tapi cukup untuk membisingkan keadaan dan  buat kecoh di Majlis ni. (sila ambil perhatian yang kedua dari kanan tu adalah aku ..nak jugak!!!)
300132_1804280041199_1665822561_1430423_5956636_n
Photographer rasmi Nadzli Azlan
305468_1803758108151_1665822561_1429593_5776703_n
Munet dan …errr lupa ..otak beku!!
………………………………………………………………………………………………………………….
Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Warga Emas dan Anak Yatim
335151_2213132601571_1045211814_32620692_1441055_o
agaknya apa la yang sedang Tok Wan ni fikirkan?
sumbangan KBU sebelum dibungkus. Alhamdulillah keseluruhan sumbangan yanng dikutip berjumlah 1.3k (kalau tak silap) dapat meringankan sedikit sebanyak kesusahan tambahan nak hari raya ni. Sumbangan berbentuk keperluan harian, Al Quran, sejadah telekung etc.
Sumbangan untuk 40 orang warga emas dan 10 orang anak yatim
Sumbangan untuk warga Emas
sumbangan untuk anak anak Yatim
aku sendiri rasa happy sangat bila dapat tengok anak anak yatim ni senyum.
305924_1803747747892_1665822561_1429568_2491101_n (1)
salah seorang di dalam gambar ini adalah pelakon terkenal. Cuba teka (yang join iftar ni dok diam ok. haha
Keluarga KBU. We Are Once And Forever Will Be . InsyaAllah
Overall majlis ni memang besss gilak dan antara gath terbesar pernah aku join bersama KBU. Aicehh padahal baru 2x join event. Walaupun mungkin sumbangan ini tak banyak, tapi alhamdulillah, niat semua ahli KBU untuk membantu mereka yang memerlukan tercapai dengan jayanya. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima dan atas kesedaran tu , kami Blogger daru Utara rasa bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada masyarakat sekeliling dan menjadi masyarakat prihatin.
Bersambung di Bahagian kedua  okehhh..








Sumbangan Ikhlas RM 1 Seorang Kepada yang Memerlukan

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Seringgit mungkin tidak bermakna apa apa kepada mereka yang bersenang lenang dengan kekayaan dunia. Tapi bagaimana pulak dengan mereka yang memerlukan ?Seringgit dari anda sangat bermakna bagi mereka. Berita ni aku ambil dari blog kak anastasyea berkenaan seorang pemuda yang memohon bantuan  dan jasa baik rakyat Malaysia untuk mendapatkan RM 2000 bagi kos membeli peralatan untuk pembedahan mata ibu tersayang yang tidak dapat amelihat kerana penyakit .

Sumbangan ikhlas  boleh disalurkan melalui akaun bank Islam Hazimah Mat Hassan (ibu Mohd Firdaus), nombor akaun 03036020176725.

KOTA BAHARU, 21 Ogos (Bernama) -- Tidak sanggup melihat penderitaan ibunya yang sering menahan sakit kepala sejak sepuluh tahun lalu sehingga hilang penglihatan, seorang anak memohon bantuan orang ramai menghulurkan sumbangan RM2,000 untuk membantu ibunya menjalani pembedahan mata.

Mohd Firdaus Abdullah, 23, dari Kampung Kubang Siput, Pasir Hor, berkata ibunya, Hazimah Mat Hassan, 48, disahkan menghidap penyakit mata Glaukoma dan hilang penglihatan sejak empat tahun lalu.


Katanya doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian mengesyorkan beliau membuat pembedahan untuk meletakkan peralatan khas bagi membolehkannya melihat semula.
"Kos perubatan ditanggung HUSM, tetapi kami harus menanggung kos untuk membeli peralatan khas itu berharga RM2,000 tetapi kami tidak mampu.


"Dengan hanya bergantung pada pendapatan ayah, Awang Abdullah, 59, yang mengambil upah menoreh getah, tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup kami lima beranak, apatah lagi untuk membiayai pembedahan emak yang mahal," kata anak sulung daripada tiga beradik yang masih menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah, kepada pemberita di sini. Sementara itu, Hazimah berkata penyakit mata berkenaan dialami setelah saraf pada bahagian matanya rosak dan dia pula sering mengalami sakit kepala.


"Sejak 10 tahun lalu, saya mengalami sakit di dalam mata dan bahagian kepala, lama-kelamaan mata hitam saya bertukar menjadi warna kelabu, malahan semakin lama, pandangan semakin kabur dan sehingga kini kedua-dua mata langsung tidak dapat melihat," katanya.


"Saya tetap akan berusaha untuk menjalani pembedahan bagi memulihkan penglihatan, saya tidak sanggup untuk terus membebankan keluarga terutama suami yang bekerja mengerah keringat dan terpaksa meluangkan masa untuk menjaga saya sepanjang masa," katanya.

Bagi mereka yang berhasrat untuk menyalurkan sumbangan boleh menghubungi Mohd Firdaus di talian 014-9035423. – BERNAMA

 


Sumber Rujukan: Sumbangan Ikhlas RM1 Seorang Untuk Pembedahan Mata | Anastasyea Aida | Blogging is a Smart SEO Strategy


PRIHATIN : Adik Nur Umairah Perlu Bantuan Anda Para Bloggers



kita booleh ja buat entry panjang berjela jela semata mata nak ceritakan tentang hidup kita. SO hari nie nak memohon kepada semua untuk tolong sebarkan satu berita nie kepada semuia blogger Malaysia . Blogger juga boleh beramal dari jauh. Blogger PRIHATIN!!




POHON JASA BAIK SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG PRIHATIN UNTUK MENGHEB...AHKAN PENDERITAAN ADIK NUR UMAIRAH BINTI MOHD ZAIDI


Nama: Nur Umairah binti Mohd Zaidi

Umur: 1 tahun

Asal: Kampung Padang Kulim, Kedah

Penyakit: Hidrosefalus (kepala membesar)


Bantuan yang diperlukan:

1. Doktor pakar untuk tampil membantu

2. Hospital pakar tampil membantu dengan teknologi perubatan yang ada

3. Pengamal perubatan alternatif diminta tampil membantu

4. Pengamal perubatan tradisional juga dipelawa untuk tampil membantu

5. Bantuan kewangan

6. Semangat dan sokongan moral buat keluarga

7. Hebahan dalam online (Facebook, blog, forum dan lain-lain)


Sesiapa yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Norbaizura Dol (ibu adik Nur Umairah) yang bernombor 0711129000100633.

Doktor pakar, pihak hospital pakar swasta, pengamal perubatan alternatif dan tradisional yang ingin membantu boleh berhubung dengan saya seperti butiran di bawah:

Mohammad Rizan Hassan, Setiausaha ADUAN BELIA-MAJLIS BELIA MALAYSIA

+60137733676

Kerjasama semua amatlah kami hargai. Sama-sama kita berdoa agar ada jalan penyelesaian buat adik Nur Umairah. KEPADA ALLAH KITA BERSERAH !!!



POST ASAL DARI BLOG SENSASI
usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update