usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

MUST SEE!! Kamera Nikon J1 “PINK GILERR” Special Edition Untuk Peminat Pink

  • gambar kamera pink
  • Nikon j1 pink
  • Nikon Pink special edition
  • harga nikon j1 pink
  • spesifikasi Nikon J1 pink


Pastinya sesuatu yang aku nak tunjukkan ni satu berita menarik untuk semua peminat PINK colour , ofcourse la majoritynya perempuan. Ada gak ek lelaki obses pink? Dan pastinya selepas memandang benda ni, matanya akan berpusing pusing, hati meronta ronta nak beli. Aku pernah sekali jumpa seorang girlz ni yang superobses dengan pink . Everything kena pink. Kalau tak ada pink, rasa macam tak ada tangan sebelah. Haa lebih kurang macam tu la betapa pentingnya pink dalam hidup dia.

macammana? PINK tak ? Ini adalah Nikon J1 Special Edition yang dikeluarkan dalam variasi pink.  Warna pink kamera ni sangatlah obvious. Bukan sikit sikit je pink . Memang fully pink. Kotak pun pink. Perhh giler laa. Mesti dah ada yang mula tak tentu arah ni kan?hehe

sekali tengok aku rasa macam lawa la pulak. Dua kali tengok ok la. Tiga kali tengok , still tak rasa excited pun sebab memang tak minat pink. But kamera ni memang la aku minat. Siapa tak mau weh benda baru.

Didatangkan bersama Lens untuk fokus lebih tinggi. Kamera compact dengan ciri ciri DSLR. Pink pulak. Wanita mana la yang buang tebiat tak mahu benda macam ni kan?

makk aiii. Even flash dia pun pink. Nasib la lampu flash tu pun tak pink jugak. But seriusly flash tu sangat comel. Nampak macam serombong kamera kapal selam tu. Ape tah nama dia tak ingat. Stereoskop ek?

Mungkin anda yang betul betul minat pink dan suka bergambar, boleh dapatkan produk ni? Kamera dengan kualiti DSLR tapi dengan saiz yang kecil. Tapi aku lebih prefer DSLR besar sebab sedap pegang. Lain orang lain citarasanya kan? Tapi yang penting, ianya cukup untuk membuat peminat peminat pink terbeliak biji mata .

Selain pink, Nikon J1 juga dikeluarkan dalam beberapa variasi warna lain. Boleh ushar gambar dibawah :

 

 

Berminat? Sila baca FULL SPECIFICATION Nikon J1 ini di amateurphotographer.co

Harga? Price: RM 2,600.00 berdasarkan harga yang dipaparkan di mobilemegamall

* boleh jugak terjahi pentaxforums untuk membaca review lain.

Gambar: iPhone SJ Adalah iPhone 5??

Sebelum ni admin pernah membuat review berkaitan Black Berry Empathy Concept yang supercanggih dan memang membuat mata kita tak henti merenungny. Kini Apple melalui bahagian R&D telah mengeluarkan sebuah smartphone kesinambungan dari iphone sedia ada dengan menamakan produk atau prototaip tersebut sebagai i-Phone SJ (Steve Job)m sempena memperingati pengasas Apple iaitu Steve Job yang telah meninggal dunia. Ramai yang beranggapan bahawa model konsep SJ ini akan menjadi model i-Phone 5 yang diwar-warkan akan dikeluarkan pada penghujung tahun lalu namun iphone 4s yang dikeluarkan. Dan ramai peminat smartphone mengharapkan model konsep ini akan menjadi model untuk i-phone 5 kerana design yang lebih menarik dan “modern” .

406787_10150471888021379_158792911378_8873451_919946028_n

67795

timthumb

Mungkin juga ia akan dikeluarkan dalam tahun 2012 ini? Sama sama kita nantikan.

GILA!!! Samsung Galaxy Note Hanya RM1599, S2 RM 1199, Galaxy Tab 8.9 RM1200

Black Berry Empathy Concept Mobile Yang SuperCanggih!!!

Gambar Honda CR-Z : Honda CR-Z Masuk Malaysia

sebelum ni aku pernah buat review tentang Honda Civic Type R Baru Yang Perhhhhhhhhh!!!. Dan harini, aku nak buat review jugak untuk kereta Honda. Wahh dah boleh jadi wakil iklan honda dah ni

HONDA Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) akan memperkenalkan Honda CR-Z, kereta sport hibrid yang memenangi anugerah Kereta Terbaik Jepun 2010 ke pasaran negara ini, minggu depan.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno berkata, Malaysia menjadi negara Asean pertama melancarkan model berkenaan.
“Kami berpuas hati dengan langkah kerajaan melanjutkan pelepasan cukai penuh bagi duti import dan duti eksais seperti dalam Belanjawan 2012 baru-baru ini.
“Pelancaran CR-Z sememangnya seiring dengan usaha kerajaan untuk mempromosikan teknologi hijau dan memastikan pembangunan lestari di negara ini,” katanya dalam kenyataan di Petaling Jaya semalam.
Beliau berkata, berikutan sambutan hangat bagi model Honda Insight yang dilancarkan tahun lalu, pihaknya memutuskan untuk membawa satu lagi kenderaan hibrid ke negara ini.
“CR-Z bukan saja mesra alam, malah sangat mesra pengguna dan seronok untuk dipandu,” katanya.
Sejak memasuki pasaran di Jepun pada Februari 2010, model ini sudah dijual hampir 34,000 unit di seluruh dunia sehingga Disember tahun lalu.

 

Gambar Honda CR-Z

 

 

sumpah supersportycantik!!! esok nak g beli satu la. haha macam ada duit . Nak makan pun jenuh mencari ada hati nak pakai kereta mahal. Angan angan kan satu impian. ! Info lanjut di ARENAKERETA

Fakta Menarik Tentang Starbuck Yang Perlu Anda Tahu

Samsung Galaxy Skin Yang Boleh Dilentur Dan Melengkung

Mungkin ramai beranggapan mustahil untuk gadget seperti smartphone dilengkungkan seperti kertas yang boleh digulung gulung. Namun , Samsung telah maju kehadapan dengan memperkenalkan konsep Samsung Galaxy Skin yang boleh dilenturkan dan bersifat elastik. Pertama seumpamanya didunia .

Telefon Bimbit Samsung Galaxy Skin Mampu Melengkung

TELEFON bimbit Galaxy Skin daripada Samsung merupakan telefon berteknologi yang sangat fleksibel dan boleh dilengkungkan.

Syarikat Samsung telah mendemonstrasikan skrin mudah bengkok AMOLED yang berukuran 4.5 inci lebar dan hanya 0.3mm tebal pada Januari tahun ini.

Laporan sebelum ini memberitahu bahawa telefon bimbit yang boleh “digulung” dan tahan pukulan tukul – akan muncul pada pertengahan tahun hadapan.

Teknologi itu bergantung kepada lapisan atom tebal “graphene” – kepingan atom karbon – yang dihimpit bersama, melindungi satu lapisan “skrin” cecair kristal.

Pada awal tahun ini, satu laporan mendedahkan yang Samsung mempunyai keupayaan untuk menghasilkan skrin itu dalam jumlah yang besar pada “awal 2012″ – tetapi tiada sesiapa yang mengetahui untuk apa skrin itu digunakan.

Laporan yang lain pula menyatakan bahawa telefon bimbit itu akan menawarkan banyak spesifikasi termasuk skrin AMOLED fleksibel beresolusi-tinggi berukuran 800×480, kamera lapan megapiksel dan 1Gb RAM serta pemproses 1.2GHz.

Spesifikasi tersebut hampir serupa dengan spesifikasi model terkini Samsung, Galazy S II.

Samsung tidak membuat pengumuman rasmi mengenai produk itu, walaupun ternyata mereka boleh menghasilkan teknologi sedemikian.

Bagaimanapun, Galaxy Skin dipamerkan secara terbuka pada awal tahun ini.


Lagi banyak gambar Samsung Galaxy Skin dibawah :

Samsung Galaxy Skin Samsung Galaxy Skin Concept

sangat3x superhebat kalau gadget ni dapat dikeluarkan dalam masa terdekat. Mungkin tahun hadapan. For sure ramai yang akan berebut rebut untuk mencuba gadget hebat ini dan menjadi yang pertama dapat memilikinya.

 

sumber : Mynewshub

Padini Warehouse “GILA” Sale, Semua Barang RM5

dari 30 september hingga 1 Oct iaitu semalam, Padini ada buat sale gila gila babeng untuk warehouse clearance . Tapi sorry la bagi sesapa yang tak tahu. Ini entry nak cerita je bukan nak hebahkan pasal sale gila ni. So dah terlambat . Dah habis dah

Sebenarnya aku tak berpeluang untuk join pun sebab laki bukan minat sangat pun shopping ni kan. Kalau pompuan, dengar je tangan dah terketar ketar dah nak keluarkan duit. Aku cuma sempat hantar kakak aku je la sebab pagi semalam ada program di UiTM. Pagi pagi pukul 7 kami dah gerak ke Glenmarie . Aku rasa macam awal jugak la aku hantar kakak aku gi sana. Sebab sale open pkul 9 pagi. Sampai sampai je, makk aii. Bukan main panjang dah beratur. Tak tahu la pukul berapa orang orang tu datang beratur. Kul 5 pagi ke hape??

ini iklan yang dikeluarkan :

Padini Warehouse Clearance Sales 2011 is back!!!

For all Padini Fans fashion label, there will be a warehouse clearance sales from 30 Sept – 1 Oct 2011 at Padini Holdings Berhad, No 15 Jalan U1/20, Hicom Glenmarie Industrial Park, Shah Alam.

You can enjoy with all your favorites labels such as P&Co, Seed, PDI, Miki, Padini Authentics, Padini and many more. All this for price starting from RM5.

Goods sold is strictly not exchangeable, returnable & refundable. No Smoking / F&B / Big Bags is allowed in. Cash Only

gila betul kan semua barang 5 hengget ja. Bukan senang nak dapatkan barang barang Padini dengan harga standard bundle.

yang tak tahu mesti geram gila kan tengok promotion gila ni?haha. Tapi sorry la dah habis dah semalam. Warehouse Clearance kali ni kakak aku cakap adalah yang paling besar dia pernah buat. Sebelum sebelum ni tak ada la besar sangat. Kali ni memang gempak . Ye la bayangkan satu baju 5 ringgit. Pastu boleh beli unlimited. Gaji pulak baru masuk hujung hujung bulan. Bagi yang otak bisnes. Boleh la beli berpuluh ratus pasang. Pastu balik jual mahal2 . Orang bukan tau kan? Dapat untung. And kakak aku cakap siap ada yang sanggup datang Shah Alam sewa hotel semata mata nak datang sale gila ni. Giler gempak tidor hotel terus.

Tapi yang malangnya, semalam baju perempuan je la banyak. Baju untuk laki stok2 xxxl ade la.Damn it. Tau2 je mmg perempuan je yang gila nak datang situ. Semalam plak aku memang tak dapat nak pegi. Hopefully taun depan ada lagi. Nak2 pulak time baru masuk duit PT. Memang serbu habissss la Pukul 4 pagi aku g beratur. haha


ada tak blogger yang join jugak beratur panjang panjang semalam?kongsikan la. Aku nak tengok gak gambar gambar dalam tu macmna. Tapi rasanya mmg tak sempat snap dah. Mata tu nampak baju je kan?

Dan bagi sesiapa yang nak tengok promotion terbaru di malaysia, boleh layari laman web Offerstation

 

DAPATKAN IPAD2 PADA HARGA SERENDAH RM20

60 iPad 2 dalam masa 60 hari untuk anda menangi . Peluang yang datang hanya sekali dalam hidup. Siapa yang tak mahu gadget paling “panas” masa kini dengan tanpa membayar apa apa kan?

Adidas menganjurkan satu contest kepada pembeli pembeli produk Adidas . Sebagai penghargaan di atas sokongan dan pembelian, Adidas akan memeberikan 60 Ipad2 secara percuma kepada mereka yang bertuah. Seorang pemenang akan dipilih setiap hari dan total 60 orang pemenang bertuah akan memenangi ipad2 ini. Syarat syarat penyertaan teramat sangatlah mudah. Anda tak perlu berbelanja beribu ribu. So macammana anda nak menang ipad2 ni? Check it out here :

1 x iPad 2 EVERYDAY for 60 days

Contest Period: Daily from 15th August 2011 till 13th October 2011

60 daily contests giving you 60 chances to win!

Total of 60 x iPad 2 to give-away




Purchase RM20 pr above on any adidas body care products at participate retail outlets nationwide. (Please retain your receipt as proof of purchase for prize redemption)


SMS your entry details to 33310 as below:

adidas<_space>Name<_space>I/C No.<,>Retail Outlet Name<,>Receipt No.<,> Last 5 digit of Product’s Barcode(s)*

SEND TO 33310

*Type in the last 5 digits of all product(s) purchased, separated by _space if more than 1 products.

Example:
adidas Mohd Ali,880123-45-6789, Guardian, GD12345, 12345 88999
SEND to: 33310

Note: Each successful SMS entry will be charged at RM0.50. All unsuccessful SMS entries and system reply SMS will not be charged.


Check for Result
Result will be posted online (http://www.6060contest.com.my/winner) , and notified via phone.

TERMS and CONDITIONS APPLY

KLIK UNTUK BESARKAN

Cuma berbelanja minimum RM20 dan anda dapat peluang keemasan untuk dapatkan ipad2 . Menarik bukan?

HADIAH HARIAN YANG SUPERGEMPAK

 

Hadiah harian lain  juga disediakan kepada pemenang . Jumlah keseluruhan hadiah yang anda berpeluang untuk menangi adalah

1 x iPad 2 and 9 x adidas premium daily for 60 days.
TOTAL = 600 Prizes
 60 units of iPad2 + 540 adidas premium products

dan anda akan dapat 2x lebih peluang jika membeli sebarang produk Adidas Ice Effect . 2x peluang bermakna peluang untuk anda menjadi salah seorang dari 60 pemenang semakin hampir menjadi nyata.

semakin mudah untuk anda menang kan? Dan kalau korang dah bertindak cergas dan cerdas dengan syarat2 penyertaan di atas. Anda mungkin salah seorang pemenang yang akan diumumkan pada minggu minggu berikut :

Week 1 (15th August  - 21st August 2011)

Week 2 (22nd August - 28th August 2011)

Week 3 (29th August  - 4th September 2011)

Week 4 (5th Septmber - 11th September 2011)

Week 5 (12th Septmber - 18th September 2011)

 

**CHECK OUT SENARAI PRODUK ADIDAS YANG COOL

 

***cuba2 belajar nak buat sponsor post.This is my first try. haha.  Mana tau ada rezeki masa masa depan. Bro Eyriqazz tolong komen. hehe. Alhamdulillah walaupun BE lama baru je jadi ME, dah ada BE baru yang masuk gantikan. Sayang nuffnang (walaupun tgh apply innity..hihi)

ref : 6060contest

usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update