usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Rosmah Belanja Rm325,000 Untuk Beli Baju – Akhbar Australia

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Akhbar Australia Sydney Morning Herald hari ini melaporkan isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.


Dalam ruangan 'Private Sydney', akhbar itu memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp menggelarkan Rosmah sebagai "first lady of shopping" disamping gelaran asalnya first lady of Malaysia (Flom).
Selain menyifatkan Rosmah sebagai 'pengikut fesyen yang berdedikasi', Carl Kapp juga menyifatkan isteri Datuk Seri Najib itu sebagai "pelanggan terbesar" kerana telah membelanjakan A$100,000 semata-mata untuk membeli pakaian.


Selain itu, Rosmah juga katanya sangat baik hati dan mudah berurusan.
Menurut akhbar tersebut juga, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut, menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling.


Selain itu, Kapp juga didakwa sangsi terhadap identiti seorang pelanggan yang dikatakan VIP itu apabila kedai Oxford Street menerima panggilan bertalu-talu yang meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.


Akhbar itu juga melaporkan, kesemua barangan yang dipesan termasuk 61 baju, seluar dan penutup kepala diperbuat dari sutera terbaik dan dalam pelbagai warna cetakan yang sangat eksotik.-Harakahdaily

**Wahh, semakin hebat ye Tok Mah, saya berbangga menjadi rakyat yang mempunyai First Lady macam awak (mata ke atas, tangan ke dada~~haaa) . Hebat ye beliau. Sebelum  ni aku dah buat perkiraan jumlah wang simpanan yang perlu disimpan oleh Rosmah sehari . Boleh rujuk di entry Rosmah Mansur Dimalukan Di Laman Web Antarabangsa , 9gag : Simpan RM 3620 Sehari Untuk Beli CIncin??. Nampaknya ada tambahan sebanyak RM 325000 lagi. So kita terpaksa kira balik la . haha.

Aku kesian sebenarnya dengan Najib. Orang tak suka bini dia, sekali dengan dia orang tak suka. Bukan setakat dia ja, habis semua orang BN terima efeknya. Harapnya semua tu duit simpanan peribadi beliau dan bukan wang yang dimanipulasi. Jika benar ia adalah wang manipulasi atau wang public. Rosmah memang cari nahas besar. Sedangkan ada mereka , rakyat rakyat yang masih memakai baju yang sama untuk beberapa tahun, makan sekali sehari. Bagaimana dengan “isteri pemimpin” boleh berbelanja luar tahap normal seorang wanita “Malaysia” . Kaya kaya kayappp.

Najib Razak Dan Rosmah Mansor Dikaitkan Dengan Pembunuhan Altantuya??

cerita ni dah agak lama senyap, tapi semalam dipanaskan balik bil RPK ataut Raja Petra kamarudin diwawancara oleh Buletin Utama berkaitan isu “Altantuya” .

petikan artikel dari MalaysiaInsider:

KUALA LUMPUR, 14 April — Blogger kontroversial Raja Petra Raja Kamarudin hari ini mendedahkan konspirasi yang cuba mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu dengan harapan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, boleh menjadi perdana menteri.

Raja Petra membuat pendedahan ini sehari selepas sebahagian temu bual dengan stesen televisyen prokerajaan, TV3, muncul malam tadi di mana beliau menafikan pernah menuduh isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, dilihat berada di lokasi Altantuya dibunuh lima tahun lalu.

“Keseluruhan matlamat usaha ini ialah menghalang Najib daripada mengambil alih jawatan perdana menteri. Jika (Tun) Abdullah Ahmad Badawi boleh dipaksa untuk meletakkan jawatan, dan jika Najib boleh dihalang daripada mengambil alih, maka Tengku Razaleigh boleh menjadi perdana menteri,” tulis Raja Petra dalam portal Malaysia Today kendaliannya hari ini.

Raja Petra yang turut dikenali sebagai RPK berkata, pertemuan itu yang dihadiri sekitar 30 orang telah berlangsung di pejabat bekas menteri kewangan itu di mana pembantunya Nik Azmi Nik Daud adalah pengucap utama.

“Tujuan pertemuan ialah mengeksploitasi (cara) bagaimana ia (rancangan itu) boleh digerakkan supaya Tengku Razaleigh boleh mengambil alih jawatan perdana menteri,” kata Raja Petra yang kini tinggal dalam pembuangan kendiri di United Kingdom.

Raja Petra juga menamakan beberapa orang yang hadir pada pertemuan itu termasuk penulis blog Umno dan juga Rafizi Ramli, kini pengarah strategi PKR, tetapi tidak menyebut bila mesyuarat itu diadakan.

Najib menggantikan Abdullah pada April 2009.

Menerusi segmen Buletin Utama malam tadi,  TV3 menyiarkan temu bual eksklusif bersama Raja Petra yang mendakwa beliau tidak pernah menuduh Najib atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu.

Pengendali portal Malaysia Today itu berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib mengambil alih jawatan perdana menteri.

Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu.

Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

Menurut Raja Petra, seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

“Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil,” katanya.

Beliau berkata, kesemua individu itu pernah berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah.

Raja Petra menamakan Din Merican salah seorang daripada beberapa individu terbabit.

Yang lain ialah Nik Azmi Nik Daud dan John Pang, kedua-duanya dari pejabat Tengku Razaleigh.

Dalam tulisannya hari ini, Raja Petra juga mengesahkan bahawa beliau tidak pernah menuduh Najib atau Rosmah ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya dan kemudian diletupkan menggunakan C4 pada 2006.

Najib dan Rosmah dikaitkan dengan kes itu di mana rakannya yang juga seorang penganalisis politik, Abdul Razak Baginda turut dikenakan tuduhan tetapi dibebaskan kemudian.

Bagaimanapun dua pengawal peribadi Najib disabitkan kesalahan.

Raja Petra menambah bahawa apa yang beliau katakan dalam temu bual TV3 bukan satu pendedahan baru dan telah banyak kali disebutkan selepas menandatangani akuan bersumpah 2008.

“Saya memberitahu TV3 bahawa apa yang hendak saya katakan bukan sesuatu yang baru. Saya telah menulis dan bercakap mengenainya banyak kali sebelum ini. Malah, saya juga telah memberi kenyataan kepada polis ketika ditahan ISA.

“Dan, kenyataan ini direkodkan oleh polis,” katanya lagi.

Malah Raja Petra menulis, beliau bertemu dengan Nik Azmi dua kali pada 2008 sebelum bersetuju untuk mengeluarkan akuan bersumpah.

Katanya, ketika pertemuan pertama, Nik Azmi “mengaitkan Lt Kol Azmi Zainal Abidin, orang nombor dua dalam risikan tentera, memiliki laporan rahsia membuktikan bahawa Rosmah, Lt Kol Aziz Buyong, dan isterinya Lt Kol Norhayati Hassan, ada di lokasi Altantuya dibunuh. Bul meminta saya mendedahkan ini.”

Raja Petra menamakan Nik Azmi sebagai “Bul”.

“Saya memberitahu dia biar saya berfikir dulu. Isteri saya, bagaimanapun, tidak bersetuju (untuk mendedahkan perkara ini menerusi portal),” kata Raja Petra.

Raja Petra menambah, isterinya merasakan seolah-olah “cerita itu diada-adakan” dan Bul bukan merupakan sumber yang boleh dipercayai.

“Kita hanya boleh lakukan jika mereka tunjukkan laporan rahsia itu,” tulis beliau lagi.

Raja Petra berkata, Bul memberitahu bahawa laporan itu hanya boleh didedahkan selepas polis memulakan siasatan.

“Jadi, saya mendedahkan yang ini untuk memprovokasi polis agar melancarkan siasatan. Saya memutuskan untuk tidak melakukan apa-apa,” katanya.

Raja Petra juga menulis bahawa ketika pertemuan kedua “Bul ada bertanya sama ada saya akan mendedahkan cerita ini dan saya memberitahunya bahawa tidak akan (berbuat demikian).”

“Saya memberitahu Bul bahawa saya pasti akan ditahan dan dituduh jika saya melakukan apa yang dia syorkan.

“Dia memberi jaminan bahawa jika yang itu berlaku (ditahan) dan dia mahu yang itu terjadi untuk rancangan (mereka) berjaya, maka laporan risikan tentera akan keluar,” kata blogger ini.

Katanya, Nik Azmi juga berjanji akan melindunginya dan memastikan tidak akan dipenjarakan.

Raja Petra berkata, beliau akan menulis satu artikel tetapi Nik Azmi mahukan akuan bersumpah memandangkan polis tidak boleh mengabaikan perisytiharan berkanun.

Beliau kemudian memanggil Pang dan diberitahu bahawa Ahli Parlimen Gua Musang itu mengenali Lt Kol Azmi dengan baik.

“Sebenarnya dia selalu ke pejabat Tengku Razaleigh dan Tengku Razaleigh juga tahu akan laporan risikan tentera berkaitan dengan Rosmah dan dua orang Lt Kol berada di tempat kejadian,” tulis beliau.

Raja Petra menulis beliau kemudian menghubungi blogger Din Merican, yang malam tadi turut menafikan dakwaan editor Malaysia Today itu, untuk memeriksa latar belakang  Lt Kol Azmi dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Din menghubungi balik dan memberitahu bahawa Anwar tahu beliau dengan baik, dia selalu bertemu dengan Anwar dan dia boleh dipercayai,” katanya.

Raja Petra berkata selepas akuan bersumpahnya muncul beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dikenakan tuduhan hasutan dan fitnah.

“(Kemudian) saya bertanya Nik Azmi satu naskhah laporan (risikan itu).

“Bul berkata dia tidak ada (laporan) itu lagi. Keseluruhan fail sudah dicincang, kata Bul. Sudah pasti mereka ada naskhah sokongan, kata saya,” tulis Raja Petra.

Raja Petra seterusnya menulis Nik Azmi kemudian memberitahu beliau bahawa “maaf, tiada salinan sokongan.”

“Laporan itu sudah tidak wujud lagi. Sebenarnya keseluruhan fail itu sudah tidak wujud lagi,” katanya lagi.

Raja Petra juga berkata, beliau memberitahu polis perkara ini kepada polis ketika masih ditahan di bawah ISA.

laporan risikan tentera???macammana tu?takkan polis tak ambil laporan tentera tu, dan kenapa Polis macam senyap ja berkaitan “perkara” nie?Rosmah dan Najib tak dipanggil ke untuk bagi keterangan?

Rosmah Mansor Pula Dikecam Akibat Mulut Celupar Isu Tsunami Jepun

Sebelum nie, Fizz Fairuz, kemudian Berita Harian, lepas tu 50cent dan sekarang Rosmah mansor, yang orang panggil wanita pertama Malaysia tu. Yeke?

Lepas sorang , sorang lagi datang.Bercakap tanpa berfikir dulu akan kesan jangka panjang. Mungkin semua dah sedia maklum ramai yang tak berapa suka dengan isteri PM kita iaitu Mak Cik Rosmah tu. dan hari ni beliau membuatkan lebih ramai yang tidak menyukainya.

artikel berbahasa English ini dipetik dari iReport CNN.

video dari iReport CNN.

 

artikel berbahasa English ini dipetik dari iReport CNN.

iReport —

Wife of Malaysian Prime Minister, Datin Seri Rosmah Mansor said this when asked to comment on Japan's quake-tsunami disaster.

“Japan's earthquake and tsunami is a result of negligence in conducting environmental-friendly developments.

"To me, this is a lesson to other countries, that in everything they do or in whatever development they plan, they should study the surrounding environment and connect it with climate change and green technology," she told private news channel Astro Awani.

A video clip of Rosmah airing her view instantly became a hit among internet users, circulating in sites such as Twitter and Facebook, and being met with sarcastic comments from viewers.

The clip (in Malay language) can be viewed on

http://www.youtube.com/watch?v=zuMLtycp_0I

dan yang memburuukan lagi keadaan yang memang dah buruk. 10577 orang sudah recommend artikel tersebut dan surely artikel tersebut sedang merebak ke seluruh dunia dengan sangat cepat. dan Malaysia?tanggung la malu dengan perangai “wanita pertama” tu. haisyy

katakan dari 10577recommend tu separuh lagi akan share jugak.Dan dari setengah tu, setengah lagi share. dan lagi dan lagi dan lagi…berapa banyak share artikel ni. Silap silap sampai ke antartika orang tau berita ni.  Fuhh kejap ja benda ni dah tersebar. Memalukan betul la…

image

dan setakat pukul 10.48PM waktu Malaysia, dah ada 30573 orang yang telah view dan 1558shares

image

jadi kepada anda yang lain. Berfikirlah sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan. Orang cerdik pandai berfikir sebelum bercakap, orang yang bercakap sebelum berfikir maknanya dia ??ok anda yang sebut sendiri ok. dia tak cerdik..

Rosmah Mansur, Sila Minta Maaf Pada Umat Islam

Isu ni dah agak lama tapi aku tetap tak puas hati sampai sekarang......grrr

seperti yang kebanyakan atau semua blogger dan rakyat malaysia dah tahu...islamic fashion yang dianjurkan oleh 'wanita' yang dikatakan 'wanita' pertama Malaysia memang dapat kritikan dan jugak menimbulkan kemarahan umat Islam...kalau korang selidik2 dan baca2 di blog...fashion2 yang dipertontonkan memang menghina agama Islam...

kenapa perlu menggunakan nama Nabi Muhammad ?kenapa boleh terlepas pandang??tak kan sorang Islam pon tak perasan atau memang dah disuap dengan duit dan jugak nama untuk kaburkan mata...


lepas nie akan lebih banyak orang islam akan pakai baju macam nie...alasannya...islamic fashion membenarkan dan pemimpin sebuah negara ''islam contoh'' benarkan...



ini ka dunia akhir zaman?mengharamkan yang halal...matlamat tak pernah menghalalkan cara...nama fashion Islam..tapi baju2 sikit tak tunjukkan islam..setakat tutup kepala sikit dah cakap islam...apa cita pulak dengan agama2 lain yang tutup kepala?pakai scarf??tak ada beza la Islam dengan agama lain kn..??
dah diwujudkan group macam nie


BUKAK SINI MEH





yang memaksa Rosmah Mansor untuk mintak maaf..tpi kn aku rasa ..tak adanya dia nak mintak maaf..pernah ka dia mintak maaf??dulu dengan isu C4..upsss...cari sendirik okehh
walao apa pon....Najib sebagai ketua negara....Malaysia sebagai negara Islam contoh tak sepatutnya benarkan benda nie jadik...so fikir2kan...


bayak NGO yang dah mengutuk keras tindakan 'bodoh' nie...antaranya


DEWAN PEMUDA PAS

PROMAHASISWAUPM

PELAJAR MESIR

BULETINONLINE

MAHASISWAKINI

p/s : harap Dato' Najib membaca entry nie dan entry2 rakan2 blogger lain yang mengutuk tindakan tu....MEMALUKAN!!!!




...p/s : rasa2 kena ISA x entry nie??bercakap benda betul pon kalau kena dakwa jugak tak tahu la nak cakap apa...
usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update