usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

10 Tanda Dia Jodoh Kamu

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :


1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

-Artikel iluvislam.com

sumber : ArshadTerunaDara

JADUAL SPM 2011 PDF

semalam dah disediakan soalan soalan percubaan SPM bagi negeri negeri di Malaysia untuk pelajar pelajar Tingkatan 5 yang akan mengambil peperiksaan tersebut. Boleh rujuk di entry :

SOALAN TRIAL SPM 2011 MENGIKUT NEGERI

 

dan bagi students yang belum tengok lagi jadual peperiksaan SPM, boleh terus download atau save file jadual yang disediakan dalam bentuk pdf ni. Klik pada banner dibawah :

SEMOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN

Soalan Trial SPM 2011 Mengikut Negeri

untuk adik adik yang akan menduduki Peperiksaan SPM. Boleh mula buat latihan secara bulk sekarang sebab SPM  dah tak lama dah. SPM satu exam yang sangat penting sebab ia menentukan masa depan dan hala tuju untuk pekerjaan masa depan. Dan yang paling penting, Sijil SPM akan digunakan sampai bila bila even dah dapat Diploma atau Degree. So semestinya nak semua yang dalam sijil tu cemerlang kan?Apa lagi, study banyak banyak kasi result gempak .

Kertas Percubaan SPM Pahang 2011

Bahasa Melayu 1 & 2 (Answer)

Bahasa Inggeris (Answer))

Sejarah 1 (Answer)

Sejarah 2 (Answer)

Pendidikan Islam 1 (Answer)

Pendidikan Moral (Answer)

Tasawwur Islam (Answer)

Kertas Percubaan SPM Kuala Lumpur 2011

Bahasa Melayu 1

Bahasa Melayu 2

Kertas Percubaan SPM Sabah 2011

Bahasa Melayu 1

Bahasa Melayu 2

Kertas Percubaan SPM Negeri Sembilan 2011

Bahasa Melayu 1

Bahasa Melayu 2

Bahasa Inggeris

Matematik

Pendidikan Islam

Pendidikan Moral

Perdagangan

Pendidikan Seni Visual 1

Sejarah (With Answer)

Tasawwur Islam

Kertas Percubaan SPM Terengganu 2011

Bahasa Melayu

Mathematics

Additional Mathematics

Physics/Fizik

Biology

Science

P. Kejuruteraan Mekanikal

P. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

Tasawwur

Kertas Percubaan SPM Kedah 2011

Bahasa Melayu (With Answer)

English 1119 (With Answer)

Bahasa Cina (With Answer)

Mathematics (With Answer)

Additional Mathematics (With Answer)

Sejarah (With Answer)

Physics/Fizik (With Answer)

Biology (With Answer)

Chemistry (With Answer)

Sains (With Answer)

Perdagangan (With Answer)

Pendidikan Islam (With Answer)

Kertas Percubaan SPM Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2011

Bahasa Melayu (With Answer)

English 1119 (With Answer)

Mathematics (With Answer)

Additional Mathematics (With Answer)

Sejarah (With Answer)

Physics/Fizik (With Answer)

Chemistry (With Answer)

Biology (With Answer)

Prinsip Perakaunan (With Answer)

Pendidikan Moral (With Answer)

Pendidikan Islam (With Answer)

Lukisan Kejuruteraan (With Answer)

Teknologi Kejuruteraan (With Answer)

 

INFO TAMBAHAN : BOLEH JUGAK CARI SOALAN DIBANK SOALAN (klik banner dibawah)

 top_banner

Gudluck kepada mereka yang akan mengambil exam SPM untuk tahun ini. Seronok dengan student zaman sekarang. Semua maklumat dihujung jari ja. Tak payah bersusah payah nak photostat bagai. SO ambil peluang ini untuk kejayaan masa depan yang lebih cerah .

sumber artikel : Blog AzriJohan

 

entry terbaru :

Gambar Diana Amir Bertudung Bersama Wardina Safiyyah

NAIK MOTOR BOGEL. Apakah ini??

Nur Janah Allia Penyanyi Lagu “You” Yang Berbakat Besar

usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update