ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-75 , Persiapan Sebelum Konvokesyen
bagi student UiTM yang sudah menamatkan pengajian semester lepas. Mesti tengah menunggu saat saat konvokesyen kan?Same goes to me. Banyak benda sebenarnya yang kena disettlekan sebelum anda semua boleh konvo. Dan masih ramai yang masih tak tahu apa perlu dibuat sebelum konvo. Dibawah ni aku senaraikan apa yang perlu dibuat sebelum ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-75 yang akan berlangsung dari 20 hingga 31 Oktober 2011.
(29/7/2011 sehingga 19/8/2011)
1) Semak nama graduan dan kemaskini maklumat terkini (klik disini)
(Pelanjutan tempoh bagi semakan nama graduan dan kemaskini maklumat terkini sehingga 19 Ogos 2011)
LANGKAH KEDUA GRADUAN
(1/9/2011 sehingga 30/9/2011)
2) Semak maklumat berkaitan bendahari,denda tertunggak dan status bayaran (Denda Perpustakaan,Keselamatan dan Hal Ehwal Pelajar)
LANGKAH TERAKHIR GRADUAN
(1/10/2011 sehingga 14/10/2011)
1) Sahkan kehadiran
2) Cetak Borang Jubah
3) Cetak Panduan Istiadat Konvokesyen
4) Cetak Bil Konvokesyen
Untuk konvokesyen UiTM Ke-75 ni, ada 5 kampus yang akan mengendalikan konvokesyen iaitu Shah Alam, Perak, Perlis, Sarawak dan Terengganu. Berikut adalah pecahan sidang konvokesyen bagi setiap kampus dan setiap kursus. Boleh semak tarikh konvokesyen dan sidang konvokesyen anda disini.
Pecahan Sidang Kampus Shah Alam
Pecahan Sidang Kampus Terengganu
PALING PENTING ADALAH sentiasa alert dengan laman web ini http://konvokesyen.uitm.edu.my/ dan http://hazrilhafiz.blogspot.com/.hehee
UPDATED : MAKLUMAT TAMBAHAN
Yuran konvo+gambar amik skroll(2kping) = RM 115
2) Gambar kalau nak amek degan family dan portrait sorang2 = RM 150++
#Tahniah kepada semua yang telah berjaya
#WW = Wednesday Word : Shah Alam , Here I Come
Selalunya hari rabu ramai blogger akan buat enrty #WW yang tak perlu nak membebel pot pet3x..cuma kasi taruk itu gambar dan letak tajuk. Siap. Tapi hari rabu minggu ni aku tak mau buat wordless wednesday tapi aku nak buat Wednesday Word. ahaha. Still boleh guna #WW lagi kan?agak agak kena saman tak guna trademark orang. Ada kesah?
Minggu lepas adalah minggu yang sangat menyerabutkan kepala aku when it comes to nak sambung degree punya pasal.Mana taknya, dalam entry Stay Di Kedah ni, aku penah cita yang aku akan sambung degree di Kedah jugak lepas dah habiskan 3tahun kat kedah untuk diploma. Tup2 minggu lepas , bila aku sembang dengan Timbalan Pengarah HEA UiTM sendiri, tetiba dia cakap yang course aku , Degree in Retailing akan dipindahkan ke Shah Alam sebab kat Kedah tak jadik buat. Deymmm terkezut tahap beruk dah la dengar cam tu. Memang dalam kepala otak aku pikir nak stay kedah ja after dapat tawaran yang mula mula dulu. But then kena tukar pulak dah. Elok la dah lepas sebulan dapat tawaran tu. Mula la dalam kepala aku serabut pikir macam macam
Habis semua kawan kawan , kakak2 aku yang ada dekat2 area Shah Alam aku kol . Kesian korang. Nasib la kena layan aku kan?Tapi credit hp aku la. Ape aku kisah. haha. Bila awal awal aku dapat degree kat kedah but then kena tukar kampus pulak, jadi macam tak berapa nak best la pulak sebab dalam kepala aku memang dah set macam macam dah benda yang aku nak buat di Kedah nanti masa degree. Tetiba jadi kejutan budaya pulak nak kena bertukar. Habis rosak semua program. Lagi satu, aku malas nak pergi sebab faktor kewangan. Macam tak tahu kan kos hidup kat sana macmna. Aku ni bukannya dari orang kaya raya maya yang petik jari duit terjun dari langit. Kalau boleh, semua belanja aku nak tanggung sendiri tak nak menyusahkan mak bapak aku. Yela aku kan anak mithali (kah3x) .
Tapi nasib baik la aku dapat Shah Alam dan bukan ditempat pelik pelik yang aku tak pernah jejak kaki. Maunya diletak aku di Kelantan ka, Terengganu ka. Adehh berat jugak tu nak pergi sana. At least di Shah Alam , aku ada 2 orang kakak yang stay kat Seksyen 2. Rumah dia kat taman depan Wetworld tu je. So dekat la. Apa apa masalah aku boleh terus menyusahkan mereka2.
Tapi tak pa belajar ni dimana mana pun boleh. Asalkan kita pandai bawak diri. Lagipun aku ni dah terbiasa berjauhan dengan family. Buktinya, darjah 1 aku dah stay asrama. Sekali lagi gua ulang . DARJAH 1 ok bukan tingkatan 1. Bukan nak bangga tapi nak bangga la jugak sikit. haha. So sapa sapa yang tinggal di SA , lepas ni boleh la lepak2 sekali . Acehh bajet #retis pulak.
##harap lepas ni dah tak ada penukaran kampus dah. Kalau ada lagi. Adehh tak tau nak cakap apa dah. Hanya mampu buat satu lagi entry yang macam ni. keh3x.
Majlis Makan Malam Komander Kesatria UiTM Kedah Bersama Pengarah Kampus
Alhamdulillah. Dah semester akhir dah aku sekarang ni. Dan dah 5 sem rasanya aku jadi komander kesatria di UiTM nie, Mungkin bagi budak budak UiTM, mereka kurang berminat dengan benda benda lasak macam nie, but bagi aku , sejak menjadi komander la hidup aku banyak berubah. Dan alhamdulillah, selepas setahun aku pegang jawatan sebagai Pengerusi , banyak benda aku belajar. Macammana nak memimpin sesuatu organisasi besar, macammana nak bekerja dalam tekananan, macammana nak membuat keputusan on the spot. TQ semua komander UiTM Kedah yang dah banyak bagi aku kerjasama sepanjang menjadi Komander disini.Banyak kelemahan yang perlu aku baiki.
Dan 2hari yang lepas iaitu pada 8hb April 2011, MPKK UiTM Kedah telah menjayakan Majlis Makan Malam Komander Kesatria UiTM Kedah Bersama Pengarah Kampus yang diadakan di SP Inn Hotel, Sungai Petani . Tema makan malam ni “Red Carpet” . So bermacam macam la fashion menarik, pelik, dan macam macam lagi la yang muncul. Aku?Aku pilih untuk pakai Blazer la ofkos. hehe
Dan tetamu yang hadir adalah Pemangku Pengarah Kampus yang akan menggantikan Pengarah sedia ada iaitu Dr Haida . Beliau sangat cool dan rileks. Memang calon pengarah yang ditunggu tunggu semua . Dah la,aku malas nak cakap banyak. Layan gambar sudah la.
ni poster awal, but event ni dah ditunda ke tarikh 8 April 2011 sebab on the 26, semua komander kena ke Pangkor Island.
penari Asmaradana yang buat persembahan pembukaan. Gambar gambar ni semua dari kamera Hidayah (bertudung merah tengah) , so memang gambar dia je la banyak dalam entry ni. Padan muka spa suruh aku tak bawak kamera (damn)
aku dengan salah seorang penari Asmaradana (farlily)
Kamil , Hidayah dan Aku (ada gaya Men in Black tak kami?hahaha)
kamil yang malu tah pa2..kesian dia sebab petang tu dia baru lepas eksiden teruk . But still datang jugak untuk join. Ni muka tahan sakit ni
ini si Farlily yang penari tadi after dah tukar baju tarian kepada penunggang kuda .ahahaha(terasa diriku semakin slim ..muntah!!!)
motif???
AFIQ GANU, NADIA, ATIKAH S, KENG
MARDIANA DAN YDP BARU (AHMAD BUJANG )
MARDIANA, ZULHILMAN DAN AZIAH
MEN IN BLACK.HAHA.
mereka menggedik sebelum balik. Masa ni aku dah blah balik dah pasal kena sambung esaimen.
Dan yang manisnya bagi aku, malam ni adalah pertama kali aku menyanyi di atas pentas. Perhh gua segan beb. kalau dalam karaoke box tu boleh la aku melalak suka hati . Tapi kali ni kena buat persembahan atas pentas depan VIP plak tu. nasib la duet dengan Naib Yang Di Pertua aku dulu, Atikah Jamil. tak la rasa nak terjun bangunan sangat.hahaha
CHECKOUT HR LATEST DESIGN @ HR DESIGN 
Nikmat Bersama Kaunselor
ini cerita panas yang baru keluar petang tadi. Dalam pukul 3. haha. Sila baca cerita selanjutnya selepas anda layan iklan iklan ini yerr
belum join churp churp?ingin duit dari dunia blogging?klik banner dibawah
broadband 3GB hanya 38ringgit sebulan dan anda akan dapat Mata Ganjaran tambahan setiap kali anda buat bayaran setiap bulan.Klik banner dibawah untuk maklumat lanjut.
iklan tajaan khas ChurpChurp
ok kita sambung cerita pasal kaunselor.Kenikmatan tak terhingga dah aku rasa tadi tatkala berjumpa dengan kaunselor itu. Okeh nak citer elok elok nih. Dengar. Sebenarnya dah lama aku ada masalah peribadi dan dalam dilema untuk pilih sambung degree. nak tentukan masa depan sendiri pun aku susah nak buat keputusan. Macam macam benda nak kena difikirkan. Segala benda nak kena dipertimbangkan dulu. Family, masa depan, and macam maca lagi la.
Then semalam aku buat keputusan untuk jumpa secara privasi dengan kaunselor UiTM Kedah . Lepas dah buat appointment semua, then pukul 3petang tadi mengadap la aku ke bilik dia. Dekat sejam lebih jugak la kena basuh dengan dia. Dan alhamdulillah lepas dengar pendapat orang pakar macam dia, macam macam masalah dah rasa ringan sikit walaupun belum selesai. Dah nampak sikit cahaya di jalan yang gelap tu. Kira dah dapat sikit la pedoman dengan hidayah untuk aku buat keputusan masa depan aku.
Terima kasih sangat pada Puan Azliza, kaunselor UiTM Kedah yang sangat baik dan lemah lembut layan student student yang datang untuk sesi kaunseling. Memang terbaik la dia. Kalau macam ni, hari hari pun aku sanggup jumpa dia sebab lepas jumpa. rasa macam masalah selesai la setengah jam. Pastu serabut balik la..haha. Dah dasar memang jenis bermasalah kot aku nie kan?
Apa pun kepala dah rasa ringan sikit lepas sesi tadi. InsyaAllah lepas ni akan buat follow up dengan dia lagi untuk betul betul settle masalah ni.
jangan pelik dengan entry ni sebab ia ditaip 2hari yang lepas.cuma tak publish ja sebab bagi priority untuk entry2 SEO dulu.hehe
Juara Imam Muda dan Juara Akademi Al Quran Di UiTM Kedah
Alhamdulillah ,hari ni aku nak mencoret sikit pasal semalam. Semalam Pusat Islam UiTM Kedah menganjurkan Perarakan Maulidur Rasul dan terus disambung dengan Malam Sinar Maulidur Rasul.

dah lama rasanya aku tak join event event macam nie. Rasa diri ni dah makin jauh lepas keluar dari sekolah menengah dulu. Kalau dulu , kat sekolah agama. Tiap hari pengisian agama tu berterusan datang tapi bila kita mula hidup bebas dan sendiri, macam macam dugaan kita kena tempuh. Dah makin jauh.
Event semalam sangat sangat terbaik la aku cakap. Bermula dengan perarakan yang disertai oleh hampir 20 k0ntinjen, Aku macam biasa join geng aku la kan. Majlis Perwakilan Komander Kesatria UiTM Kedah. And guest what?Alhamdulillah kami menang perarakan tempat ke 3 . Tapi gambar tak dak nak upload sbb aku tak snap gambar pun. And then jam 8.30 malam disambung di Dewan Utama UiTM Kedah .
Acara bermula dengan bacaan al-Quran oleh pemenang Akademi Al-Quran 3 iaitu Ustaz Fakhrul Razi. Sedap menusuk jiwa betul dengar bacaan dia secara live, dengan lampu dewan semua ditutup and cuma lampu berwarna di pentas ka dibuka. Pastu acara disambung dengan Soal Asyraf iaitu Johan Imam Muda Astro ,hampir sejam jugak la denar dia berceramah..besss rugi sapa tak join semalm.
Then terus disambung dengan pentorama ‘Kembara Cinta Agung’ yang dilakonkan semula oleh student UiTM dan menceritakan tentang perjalanan Rasulullah dari awal menerima wahyu sehingga baginda wafat. Time nie memang yang perempuan memang dah abis meleleh, betul la orang cakap hati perempuan ni lembut. Yang laki jarang nak tengok menangis. Mungkin cuma menangis dalam hati tapi tak mau tunjukn kan?Tak macho la kan?hehe. Tapj sound efek and lampu memang best.
apa pun tahniah Ustaz Hadi, pentorama ciptaan anda memang hebat. Dah rasa macam pergi ESQ ja semalam. Last sekali dihiburkan oleh kumpulan nasyid UiTM Kedah, Voice of Virtue(VOV). And yang tak dijangka. Semalam tersangat la ramai yang datang sampai penuh dewan tu and kerusi tambahan sampai kena tambah lagi 2 lori. Bagus la kan?orang minat dengan event event Islamik. Tahniah untuk Pusat Islam UiTM Kedah sebab organised event yang terbaik macam nie.
kalau nak baca lagi sila klik link di bawah
PROGRAM FEBRUARI PUSAT ISLAM UITM KEDAH 2011
p/s : rasa macam tak kena sebab masa aku buat entry nie, tengah dengar lagu Paramore. Aduhh!!!tampor2 kepala sendiri!!!
Iklan Kemasukan,Diploma,Ijazah dan Penerapan UiTM Tahun 2011
Attention to all Students !!
Permohonan kemasukan pelajar UiTM bagi kategori berikut memerlukan pembelian no. slip melalui BSN untuk kemasukan ke UiTM Sesi Jun 2011 (Diploma) dan September 2011 (Ijazah Sarjana Muda) bermula 1 Mac 2011 dan akan tamat pada 31 Mac 2011. Sila lihat iklan kemasukan pelajar sesi Jun/Sept 2011.Sila klik pada button dibawah untuk download fail
Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
Penggunaan url http://upu.mohe.gov.my/ menyebabkan permohonan anda tidak
akan diproses. Terima kasih.
Tarikh permohonan dibuka adalah bermula 1 Mac 2011 (Selasa)
Tarikh pembelian no. Slip BSN adalah bermula 1 Mac 2011 (Selasa)
sila sebarkan kepada kawan kawan anda okehhh!!
YDP MPP UiTM Paling Hensem SeMalaysia
dia sangat bebakat
sifat kepimpinan dia lagak dia seksi dia
plus2 sora dia yang mencairkan sapa yang dengaq...
Masa Depan Atau Keluarga?Tolong Aku!!!!
3 Artis Popular Kelahiran UiTM Kedah..Siapakah Mereka??..Part 2
ada yang bertanya dan tertanya-tanya siapakah artis yang lagi 2 orang tu??actualy ada komen dari encik KOBESRUMATEKUYANGGILA yang dah mengexposekan ketiga-tiga artis tu..kuang asam ang kobes...heran pa..aku tak publish comment tu...nyebok ja memanjang..hahahah
3 Artis Popular Kelahiran UiTM Kedah..Siapakah Mereka??..Part1...
namanya Frany Phelsy jugak budak UiTM...budak kos Pre-Law sama dengan Yuna jugak...gosip apa aku malas nak cita..korang google sendirik..haha..









