usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Video Aksi Koboy Palmerah

Video Aksi Koboy Palmerah - Sebuah aksi penodongan dari aksi Koboi Palmerah ini mencuat saat videonya diunggah di Youtube “Koboi Palmerah“. Misteri tentang lelaki yang menenteng senjata Api dan menodongkannya kepada seorang pengendara sepeda motor ternyata seorang kapten. Lelaki tersebut bertugas di lingkungan Markas Besar TNI Angkatan Darat.
Video Aksi Koboi Palmerah Anggota TNI Angkatan Darat
Seperti diketahui, video yang diunggah seseorang dengan nama ‘UnpluggedTheTV‘ itu mempertontonkan perilaku seorang pengendara mobil TNI AD sedang berselisih dengan pengendara motor di kawasan Palmerah. Video Aksi Koboi Palmerah tersebut diunggah pada 30 April lalu. Penasaran dengan Video Aksi Koboi Palmerah? Berikut Video Aksi Koboi Palmerah.

Demikian Informasi Tentang Video Youtube Aksi Koboy Palmerah
100out of 100 based on 99998 ratings. 1 user reviews.

Video Mayat Dalam Tabung Elpiji

Video Mayat Dalam Tabung Elpiji - Informasi Terbaru Neh sob, Mayat EIJ ditemukan membusuk dalam tabung besi. Diduga dibunuh majikannya sebulan lalu. dan Silahkan Saksikan Videonya


Video Mayat Dalam Tabung Elpiji
mayat: ilustrasi vivanews



rating 5

Video Bunyi Aneh Di Samarahan Sama Dengan Di Alberta

bunyi aneh di samarahan, bunyi langit samarahan, samarahan sound, bunyi pelik di samarahan, video bunyi pelik di samarahan, video bunyi langit samarahan, langit samarahan berbunyi,bunyi aneh di london, bunyi aneh dari langit london 

image

Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.

Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.

Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu

The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.

Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.

Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.

sila rujuk di sini : http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/

Ini bunyi yang berjaya direkodkan oleh salah seorang penduduk:

Bunyi hampir serupa juga direkodkan di Conklin, Alberta pada 12 Januari 2012 yang lalu.

UPDATED: dan terbaru , bertarikh 17 Januari 2012, bunyi yang seakan akan sama direkodkan di London. Saksikan..

Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu.

Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.

Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)

HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).

DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.

HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.

Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI).

IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.

IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.

Boleh tengok penjelasan berkaitan HAARP

Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari.

Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya – Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)

**apapun, sebagai seorang Islam, kita tak boleh nak mempercayai sebarang perkara diluar batasan pemikiran dan bersifat tahyul .Mungkin ada sebabnya semua ini berlaku. Ada yang kata ini suara Dajjal. Hanya Allah yang mengetahui. Jadikan pengajaran untuk peringatan dan pedoman kita. Bukan sesuatu yang menyesatkan kita.

Azwan Ali Dan Ummi Hafilda Berdamai Setelah 7 Tahun Tidak Bertegur

video azwan ali berbaik dengan ummi hafilda, azwan ali dan ummi hafilda, ugutan azwan ali, azwan ali didakwa kes ugut ummi, sidang media ummi dan azwan, video sidang media ummi dan azwan ali, azmin ali dan azwan ali

image

Kita semua sudah sedia maklum tentang persengketaan Azwan, Azmin dan Ummi Hafilda yang sebelum ini memang langsung tak bertegur sapa dan bergaduh terul Dan beberapa hari lepas,  Azwan Ali ada mengeluarkan statement di dalam Twitter mengenai ugutan bunuh dan bakar kepada adik kandung beliau sendiri iaitu Ummi Hafilda. Sejurus selepas ugutan itu dikeluarkan, Ummi Hafilda membuat laporan polis berkaitan isu tersebut.

image

Dan lepas 7 tahun , akhirnya semalam Azwan Ali dan Ummi Hafilda telah membuat sidang media dan berbaik semula . Ini petikan yang diambil dari ulasan video sidang media tersebut :

Umi Hafilda berkata, beliau mengambil tindakan demikian selepas Azwan memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan media dan memastikan keselamatannya terjamin.


"Berkat doa ibu. Kami yang hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa dan daripada musibah ini, kami berdamai. Saya bersyukur, Allah makbulkan doa ibu," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Azwan, di sini tengah hari ini.


Azwan Ali juga memohon maaf kepada ke semua pemimpin negara yang dikutuk termasuk Tun Dr Mahathir.
Azwan Ali juga dilihat menangis 'Sebak' bila nama Azmin Ali disebut sambil menafikan dia bukan penyokong kuat Anwar Ibrahim.Dia juga meminta jangan menghina keluarganya sambil menangis.


Dan Azwan Ali juga bersumpah tidak akan menghina, mengeji atau pun mengutuk apa-apa pun melalui twitter dan facebook beliau dan berkemungkinan twitternya akan ditutup.


Ummi juga berkata Azwan Ali sudah berubah cukuplah menghina beliau.

Alhamdulillah kalau benar benar Azwan dah berubah. Jangan hanya berubah sekejap saja sebab sebelum ini dah banyak kali dah Azwan cakap lain, buatnya lain. Harap kali ni dia dah tak “berlakon” lagi. Biarlah berubah betul betul dan kembali ke pangkuan keluarga. Apapun yang jadi, keluarga tetap yang paling penting. Jangan kerana politik dan kepentingan diri, keluarga berpecah belah.

Tak tahu sebenarnya siapa yang betul dan siapa yang salah. Tak berani nak cakap nanti jadi fitnah pulak. Hanya mereka yang berkenaan ja tau. Kita yang tak tahu  ni tak payah la nak pandai pandai buat spekulasi sendiri menyokong sebelah pihak sahaja tanpa ada bukti sahih.

Video Flashmob MAS Sambut Penumpang Di KLIA Yang Awesome

flashmob MAS, video sambut ketibaan MAS, kakitangan MAS menyanyi, video flashmob MAS, video di KLIA, flashmob di KLIA,missing you flashmob at KLIA,

Walaupun dah 4hari video ni berlegar dalam Youtube, baru harini aku berpeluang nak buat entry berkaitan benda ni. Berkaitan flashmob yang dibuat oleh Malaysia Airline Service semasa menyambut ketibaan penumpang yang sampai di KLIA. Aku tertarik dengan inisiatif MAS ni . Satu idea menarik. Even something macam ni pernah dah dibuat di luar negara, tapi tak payah la nak kutuk kutuk kritik kan . At least MAS ada inisiatif untuk menghargai semua pelanggan mereka kan?

Flashmob yang dibuat oleh MAS ini adalah gabungan bakat dari Kit Kat Klub, Enfiniti Vision Media, Staff dan keluarga Malaysia Airlines, pelajar UNISEL, dan choreographer terkenal tanah air, Pat Ibrahim. Pat Ibrahim adalah choreographer untuk filem Puteri Gunung Ledang, P.Ramlee The Musical dan Secret Life of  NORA.

Flasmob ni sangat menarik sebab melibatkan lagu dari semua bangsa. Melayu, Cina, India, Western untuk sambut ketibaan penumpang. Betul  betul menunjukkan adat tradisi dan budaya Malaysia yang hidup berbilang bangsa dan menghargai setiap kaum yang ada. Jugak tak lupa kepada pelancong dari seluruh dunia yang datang ke sini. So cool la . Truly Malaysian flashmob dan aku rasa, tak ada sebab untuk kata ini cuma satu idea yang dicuri. Ada la blog tu cakap kan. Macam korang tak tahu. hehe.

Jom layan video flashmob from MAS

cool kan . Setting baik punya . Aku paling suka part brader dua orang tu nyanyi lagu “Rindu”. Masa minit ke 3.27. Mati mati aku ingat dia baru sampai. Tetiba nyanyi. haha.  Keep it up MAS. You will always be number 1. The greatest choice of airline service. Tak kisah la nak cakap apa, yang penting mamat Argentina tu dah cakap”This is the best airport in the world” .Anda dah buat semua pelanggan anda tersenyum dan happy semasa di KLIA . Even only part of it dan tak semua. GOOD JOB MAS!! Buat la lagi lain kali.

Video Kapal Mewah Costa Concordia Terbalik Ala Ala Titanic

Saksikan video sebuah kapal persiarang mewan iaitu Costa Concordia yang terbalik berdekatan sebuah pulau. Yang pastinya, ini mestinya salah kapten kapal sebab kapal sebesar tu boleh melanggar batu karang. Alaa ala Titanic langgar iceberg pulak kan?


ROM - Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban dan empat lagi hilang semalam selepas sebuah kapal persiaran tersadai dan terbalik terbalik dekat sebuah pulau di perairan selatan Itali.

Kapal persiaran Costa Concordia sedang dalam perjalanan di sekitar Laut Mediterranean apabila ia terlanggar terumbu karang dekat Pulau Isola del Giglio, 15 kilometer ke selatan tanah besar Itali sekitar pukul 10 malam (waktu Itali) kelmarin.

Kemalangan berlaku ketika para penumpang sedang makan malam.

PENUMPANG kapal Costa Concordia tiba di Pelabuhan Porto Santo Stefano, wilayah Tuscany di Itali semalam.


Menurut media tempatan, beberapa penumpang terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.

Pihak berkuasa tempatan menyatakan, sebahagian daripada 3,200 penumpang dan 1,023 kru kapal sepanjang 290 meter itu dipindahkan dengan menggunakan beberapa buah bot kecemasan, helikopter dan kapal lain yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

"Berlaku senario panik seperti dalam kapal Titanic. Kapal kami melanggar kawasan berbatu dekat Pulau Isola del Giglio. Saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku. Kapten kapal ini tentunya sudah gila," kata seorang penumpang, Mara Parmegiani.

"Kami amat takut dan kesejukan kerana kemalangan berlaku semasa kami sedang makan malam. Kami tiada masa untuk membuat persediaan. Mereka (pasukan penyelamat) ada memberi selimut tetapi bilangannya tidak mencukupi," tambah Parmegiani.

GAMBAR fail pada April 2009 menunjukkan kapal persiaran Costa Concordia.


Para penumpang yang dipindahkan dibawa ke pulau Giglio sebelum ditempatkan di beberapa buah sekolah, kediaman persendirian dan gereja untuk semalaman.

Agensi berita Itali, Ansa memetik beberapa petugas penyelamat sebagai memberitahu, sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala sejumlah lagi cedera tetapi punca kematian mereka tidak diketahui setakat ini.

Menurut Ansa, seorang lelaki berusia 70-an maut akibat serangan jantung selepas terjun ke dalam laut.

Seorang pengawal pantai tempatan, Francesco Paolillo berkata, terdapat lubang sebesar 30 meter pada badan kapal berkenaan.

Kapal Costa Concordia memiliki 58 bilik penginapan bertaraf suite lengkap dengan balkoni, 13 buah bar, lima jakuzi, lima restoran, dan empat kolam renang. - Agensi

Video Ongbak Rindu (Parodi)

Video Orang Kuat UMNO (OKU) Penampilan Khas Bob Lokman dan Pak Jabit

Video Ucapan Terakhir Keluarga Anwar Ibrahim Sebelum Keputusan Diumum

imageRasanya most of us dah tahu yang harini satu lagi sejarah politik tanah air akan tercipta dimana keputusan mahkamah akan menentukan sama ada Dato Sri Anwar Ibrahim akan didapati bersalah atau tidak dalam kes liwat untuk kali kedua. Yaa ini tuduhan dalam tempoh kedua untuk beliau . Kita tak tahu sama ada kes ini betul ataupun tidak TAPI, if u logically and reasonably think of it. Memang kes ni langsung TAK LOGIK DAN TAK MASUK AKAL dan menampakkan mereka yang berkuasa menggunakan sepenuh kuasa untuk menjatuhkan karier Anwar Ibrahim sebelum pilihanraya ke 13. Cuba fikir, kenapa 2012 adalah masanya untuk umumkan keputusan ini . Hanya tinggal sebulan dua lagi ja before pilihanraya .

Aku tidaklah menyokong sangat DSAI ni mostly. Tapi kita berpihak kepada apa yang kita rasa lebih benar dan bagi aku, dengan umur aku yang dah 22tahun ni, aku rasa aku sendiri boleh berfikir apa yang terbaik, apa yang betul dan apa yang tak betul. Aku benci betul bila ada orang cakap “Belajar kat sekolah kerajaan , nak lawan kerajaan pulak “ NO !! Its not about menghargai jasa. Its about something we believe . Even kalau Kerajaan cap ayam memerintah pun , mereka still kena bagi duit untuk rakyat belajar. Not masa BN memerintah ja ada pendidikan. Im 22 and I have right for my country. Politik dari kedua dua belah pihak selalu mencanangkan mereka adalah terbaik untuk memimpin. Tapi kita sebagai pengundim kena berfikir selogiknya siapa lebih layak .

Keputusan mahkamah hari ini mungkin adalah keputusan paling getir dan susah untuk dibuat. Jika benar ia bermotifkan politik (macam kita tak tahu kan mahkamah sekarang pun dah ada “influence” dari mereka yang memerintah) pastinya sukar untuk keputusan dibuat. Kalau DSAI lepas, PRU 13 BN susah. Kalau DSAI kena , Rakyat akan bangkit pada PRU 13. Diluah mati mak diluah mati bapak. Keluar mulut singa, masuk mulut buaya. Apa yang mengejutkan ialah, majoriti pengundi yang akan mengundi buat kali pertama melihat kes DSAI sebagai penentu siapa yang akan mereka undi . Take a look at this

image

ok tengok video ini dulu. Maybe yang terakhir sebelum DSAI dijatuhkan hukuman. Seriusly aku tengok keluarga dia ni sangat bahagia. Tak macam keluarga keluarga menteri menteri lain

 

Aku tertarik dengan satu komen dari viewers video ini

image

image

sentap jugak ayat ini

Video Real Bas Jatuh Gaung 50 Meter

Sebuah video mengejutkan ketika sebuah bas jatuh ke jurang sedalam 50 meter saat cuba melintas di ‘jalan paling berbahaya di dunia’.

Menangi RM50000 hanya dengan berkongsi cerita anak anda!!!


Rakaman ini menunjukkan pemandu bas cuba melalui tepi tebing berbahaya di Bolivia, sementara beberapa orang membantu arah jalan baginya. Namun nahas, akibat beban yang terlalu berat Bas tersebut terjerumus kedalam jurang sedalam 50 meter.


Meskipun ke-50 orang penumpang selamat kerana telah turun dari bas lebih dahulu, namun tidak demikian dengan nasib sang pemandu yang tewas dalam kecelakaan mengerikan tersebut.
Kecelakaan ini terjadi di Camino de la Muerte atau ‘Jalan Kematian’ di Bolivia, dimana jalan sepanjang 38 mil (sekita 60 km) yang menghubungkan La Paz dengan Coroico, wilayah Amazon Bolivia.

Samsung, HTC atau Blackberry®  bersama ,pakej internet dengan HARGA MURAH GILAAAA!!!


Menurut laporan The Sun, jalan ini mengorbankan setidaknya 200-300 nyawa dalam setahun. Bahkan pada tahun 1995, Bank Pembangunan Antar-Amerika ‘membaptis’ rute ini sebagai  ‘jalan paling berbahaya di dunia.’

Tak pasti pulak apa nasib pemandu bas tersebut. Tapi nampaknya macam tak ada peluang ja untuk hidup sebab memang tragis sangat bas tu jatuh kebawah. Teringat masa kecik kecik dulu selalu balik Kedah dari Cameron Highland naik bas lalu jalan Tapah –Cameron. Situ pun bahaya jugak jurangnya. Cuma bezanya jalan besar sikit tak macam ini.

 


Sumber : BORAK KOSONG

Video Penjelasan Amalina Che Bakri Isu Seksi Dan Gagal Universiti

Videp Ucapan Amalina Kepada Rakyat Malaysia
Video Amalina Jelaskan Isu Seksi





Dan petang tadi, dengan kerjasam blog hiburan Beautifulnara.com dan Hazrey.com, Amalina telah berjaya dihubungi melalui talian video SKYPE dan beliau telah memberikan penjelasan dan memohon supaya blogger blogger dan masyarakat Malaysia supaya menghentikan tohmahan dan cacian kepada beliau berhubung isu tersebut. Tak dinafikan gambar gambar yang disebarkan memang milik Amalina dan beliau memohon jasa baik kepada pengendali laman web yang menyiarkan gambar gambar tersebut untuk menarik semula artikel dan memadam semua gambar gambar yang “mengaibkan” tersebut. Pihak Admin HafizRahman sendiri telah memadam keseluruhan artikel “panas” tersebut tengahari tadi iaitu sebelum perbualan video dibuat petang tadi atas permintaan beberapa pihak yang meninggalkan komen dan email kepada admin.

Dan dibawah ini adalah video perbualan Amalina yang dirakamkan oleh hazrey.com





maka dengan penjelasan ibu beliau dan dari pihak Amalina sendiri, mungkin isu ini akan reda dalam masa sehari dua lagi dan diharapkan isu sebegini tak timbul lagi dan  kesilapan Amalina jugak yang “menyebarkan secara tak sengaja” gambar gambar daring beliau . Kalau benar ia simpanan peribadi, jaga elok elok dan hanya untuk tontonan seorang diri sahaja. Mungkin ini kesilapan beliau , semua kita pernah, dan akan melakukan kesilapan yang tidak kita sedari selama kita hidup sebagai seorang manusia. InsyaALlah kita doakan yang terbaik untuk beliau di sana. Dan rasanya permintaan Amalina secara baik untuk buang gambar gambar seksi beliau perlu diambil berat oleh semua pengendali blog di Malaysia.
sumber dan gambar :


UPDATED : video penuh penjelasan mengenai semua isu di (VIDEO EKSLUSIF)Nur Amalina Che Bakri Menjawab Segala Cemuhan

hazrey.com
beautifulnara.com

Video “Lembu Nak Jaga” : Parody Move Like Jagger

Jom layan Parody Lagu Move Like Jagger yang dibuat di Malaysia dengan tajuk Lembu Nak Jaga. Lawak gak la sampai boleh menyembur nasik aku tengah makan ni. haha

Lyrics :


Inilah hidup
Ku di kampung
Hatiku murung
Ku di kongkong
Tiap hari ku, ku kata okay
Tapi dah takdir
Isteri ku control
Ku tak tahan
Asyik kena troll
Kena bahan
Badan berpeluh
Ego ku teguh
Ku takkan runtuh
And it goes like this
Hari-hari kau
Nak paksa
Tak ingat ke kau
Yang ku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga
Kau pushy sangat kenapa
Kau kena ingat aku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga
Kau bangun lambat
Suka hati
Aku merempat
Kau nak maki
Aku tak tahan
Dengan kau perempuan
Gila meghoyan
Sudah lah Senah
Ku dah penat
Ku balik rumah
Ku nak rehat
Jangan kau angin
Baik kau salin
Aku nak main
And it goes like this
Hari-hari kau
Nak paksa
Tak ingat ke kau
Yang ku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga
Kau pushy sangat kenapa
Kau kena ingat aku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga
Aku mahu
Hidupku senang
Gelang baru
Kilat gila baq hang (habaq hang)
Itulah ganjaran
Ku pasti tak tahan
Gerenti senyuman
Hai bang Samad
Kau dengar sini
Kau nak p*nt*t
Kau dengar cakap bini
Itulah ganjaran
Kau pasti tak tahan
Gerenti senyuman
Hari-hari kau
Nak paksa
Tak ingat ke kau
Yang ku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga
Kau pushy sangat kenapa
Kau kena ingat aku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga

Video Final Maharaja Lawak Mega OSBON

Video Final Maharaja Lawak Mega BOBOI

Video Pengasas Nuffnang Lamar Kekasih Dapat Perhatian Ramai Selebriti Hollywood

TIMOTHY TIAH (kanan) dan Audrey Ooi.
KUALA LUMPUR, Malaysia - Satu klip video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia, Timothy Tiah melamar teman wanitanya telah memenangi hati ramai selebriti Amerika Syarikat (AS) termasuk hos rancangan pertandingan nyanyian American Idol, Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri.
Seacrest memuji klip video berkenaan sebagai menyentuh perasaan manakala Perri, 27, yang popular dengan lagu Jar of Hearts mengaku ia membuatkan dia menangis.
"Saya menangis dan tersenyum pada masa yang sama!" kata Perri dalam komen di akaun Twitter miliknya.
Perri menyatakan bahawa dia menganggap lagunya, A Thousand Years yang digunakan dalam klip video berkenaan sebagai satu penghormatan buat dirinya.
Pujian dua selebriti itu membantu klip video berkenaan ditonton hampir empat juta kali dalam tempoh seminggu klip video itu dimuatkan di laman sosial termasuk YouTube sekali gus menjadikan Tiah dan kini tunangnya, Audrey Ooi, 26, sebagai contoh kepada pasangan kekasih di seluruh dunia.
Memiliki kerjaya sebagai usahawan Internet, Tiah yang berusia 27 tahun berkata, dia sebelum ini tidak berminat untuk berkahwin selepas banyak mendengar kisah keruntuhan rumah tangga rakan-rakannya.
"Namun, saya menyedari tiada gadis lain yang menawan hati saya seperti yang dilakukan Ooi. Tidak ada gadis lain yang saya pernah terfikir dalam pertimbangan untuk dikahwini," kata Tiah kelmarin.
Klip video berkenaan memainkan lagu balad popular Perri, A Thousand Years dan dirakam oleh sebuah syarikat pengurusan perkahwinan.
Video itu menunjukkan Tiah membuat kejutan semasa Ooi makan malam bersama dengan rakan-rakan di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur pada 30 November lalu.
Ia menunjukkan Tiah dengan gementar berjalan memasuki pintu berkaca restoran itu dam melambaikan tangan untuk mendapatkan perhatian Ooi di restoran.
Ooi kelihatan bingung semasa Tiah yang tersenyum memegang beberapa poster yang mengandungi mesej dan kini menjadi popular di online.
Salah satu poster itu menyatakan: "Jika anda sukakannya, kenapa anda tidak menyarungkan sebentuk cincin."
Sebelum poster itu ditunjukkan, Tiah menunjukkan Ooi sekeping gambar watak animasi Puss in Boots dengan mata seperti merayu dengan ayat: "Sudikah anda berkahwin dengan saya."
Klip video lima minit itu berakhir dengan Tiah melutut dan menawarkan Ooi sebentuk cincin dan bunga.
Ooi sebak dan menawarkan lamaran itu.
Mereka berkenalan selama tiga tahun selepas bertemu pada majlis ulang tahun kelahiran Ooi.
Pemilik-pemilik laman blog mula menyiarkan klip video berkenaan selepas Seacrest menghebahkannya di Facebook dan Twitter pada 23 Disember lalu.
kredit : kosmo.com.my


ini videonya




sooooooo sweet!!!
Tim's blog -
timothytiah.com/2011/12/21/video-of-our-meme-proposal
Audrey's blog - fourfeetnine.com/2011/12/11/the-proposal

Video Parody Panglima Mysapce Jadi Isu Pulak? Kyopropaganda Beri Penjelasan

tengah hangat dengan cerita abang ludah , datang pulak satu video lawak yang buat aku gelak guling guling masa mula  mula tengok. Video yang “seakan akan” tapi tak sama bertajuk Panglima Nak Ludah Muka Buku tu dibuat sekadar untuk hiburan dan hanya video parody . Jadi kenapa pulak menjadi isu . Ada dikalangan blogger yang mempertikaikan motif video tu dibuat whether nak berjenaka atau untuk menyokong pihak disana . Ada yang kata video tersebut sebagai tindak balas video ludah yang dibuat oleh Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara (boleh rujuk di entry Video: Pemuda UMNO Nak Ludah Mahasiswa Turun Bendera Najib Di Putrajaya) . Video penjelasan tentang video tersebut pula dalam entry Video yang dipertikaikan tu pulak :

 

Kenapa la pulak nak menjadi isu benda benda macam macam ni? Aku tak rasa ada salah untuk buat macam ni. Kalau benda benda macam ni dah dianggap sebagai “menyokong” pihak tak sepatunya, susah la. kena sokong “pihak” yang itu je la sepanjang masa. Duduk jadi skema. Dan Kyopropaganda telah menjawab segala tohmahan dan cacian yang mereka dapat dalam video ni .

 

kami dgn tawaduk dan kasih sygnya ingin menjelaskan kembali kepelikan dimana sesetengah laman web dan blog yang memperlihatkan seakan kami berpihak kepada mana mana parti politik.
Parody ini dibuat berdasarkan cadangan org ramai dan kami tidak berniat hendak mengejek atau menghina mana mana individu.

 

So dah dijelaskan dengan terang lagi bersuluh, tak payah nak dijadikan isu besar sangat. Semua nak buat isu. Itu yang Malaysia tak pernah aman tu. Asyik nak cari gaduh je. Dah bosan hidup dah kot tak tahu nak buat apa, cari pasal dengan orang.

Video SMM Jawab Isu Turun Bendera Najib Dan Pemuda UMNO Nak Ludah Mahasiswa

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah mengeluarkan satu kenyataan balas berkaitan isu bendera Najib yang diturunkan pada protes AUKU 17 Disember dengan mengemukakan hujah berakademik instead of hujah “ludah” yang dikeluarkan oleh Pemuda UMNO yang diketuai oleh Panglima Perang ARMAN AZHA. Brader ni dah buat satu kesilapan terbesar dalam hidup beliau dengan mencabar kredibiliti mahasiswa Malaysia. Mahasiswa sekarang bukan lagi dari kalangan minoriti dan suara mahasiswa adalah suara yang amat ditakuti oleh pucuk pimpinan . Jangan main main dengan api yang marak, nanti terbakar diri tak siapa yang nak tolong padamkan. Kalau bercakap kena bercakap dari otak . Bukan bercakap dari perut atau lutut. Renung renungkan ye Abang Brader Panglima Abang Besar

 

ini adalah video kenyataan balas berkaitan isu Adam Adli yang menurunkan bendera tersebut. Semua kekeliruan dijawab dengan baik oleh Pengerusi SMM .

 

mahasiswa semakin hilang percaya dengan tampuk kepemimpinan negara. Kerajaan UMNO pasti goyang dengan SMM sebab SMM adalah satu badan yangh dapat menyatukan semua mahasiswa seluruh Malaysia untuk bangkit melakukan perubahan. Pindaan AUKU hanya akan menyusahkan dan seperti memperbudakkan golongan mahasiswa di malaysia. Mahasiswa dah ada hak dan kematangan sendiri untuk berfikir dan memilih apa yang terbaik untuk mereka. Kalau dihujah isu kerajaan bagi duit untuk mahasiswa belajar dan bukan berpolitik menentang kerajaan, isu tersebut memang tak boleh dijadikan sebagai asas hujahan. Sebab menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan yang memerintah untuk memberi keperluan pendidikan kepada rakyat. Even kalau kerajaan cap Ayam sekalipun memerintah, tanggungjawab tersbeut perlu dilaksanakan sebaiknya. Jadi kenapa ada mulut mulut busuk diluar sana mempertikaikan isu ini? Jangan sampai semua mahasiswa hilang terus kepercayaan kepada tampuk pemerintahan sedia ada.

 

Isu pemuda UMNO  ludah mahasiswa boleh dibaca di Video: Pemuda UMNO Nak Ludah Mahasiswa Turun Bendera Najib Di Putrajaya

Video: Pemuda UMNO Nak Ludah Mahasiswa Turun Bendera Najib Di Putrajaya

Marah  betul video ni. Video “marah” ni dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara membidas tindakan seorang mahasiswa UPSI yang bertindak menurunkan bendera Najib di Putrajaya semasa Protes memansuh Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) 1971 di Putrajaya membabitkan 300 orang pelajar dan mahasiswa.Walaupun mungkin macam agak serius , tapi aku gelak guling guling tengok video ni.
Armand Azha
A
Adam Adli., Pelajar UPSI

Huuuu takutnya dengan Panglima panglima perang  ni. hahahahahhaa………..Deyy brader, tak kena cara la nak buat video macam ni. Kot ye pun kau nak “berjihad” dan budak Adlin tu bersalah turunkan bendera Najib.Tak yah la nak maki hamun caci ludah bagai . Perhimpunan tu diadakan secara aman dan Polis pun tak kacau kan.? Orang semua tahu yang anda Pemuda UMNO. Jangan sampai semua mahasiswa seluruh Malaysia benci dengan UMNO sebab kebiadapan mulut brader ni. Cakap tu baik la sikit kan? Dah caci maki tetiba dihujung “TAKBIR” . Apa guna kau nak takbir kalau dari mula bercakap macam “haram” . Yela , kan nak BERJIHAD kan?Entah dia tahu ke tak tah motif utama nak bertakbir tu? Takbir raya ke? Dah la pakai rantai lip lap lip lap . Nak takbir plak.  Pening aku dengan politik sekarang. Dah tak tahu dah nak undi siapa. Undi diri sendiri la. Tak pun beratur panjang2 masa hari mengundi, pastu buat undi rosak. Buang masa . Satu blog Pro-UMNO plak secara terang terangan mencaci semua mahasiswa yang terlibat dengan protes tersebut. Boleh baca di  Mari kita kenal siapa Si Bangsat Adam Adli UPSI. Apapun ramai tak suka dengan video ni. Buktinya :

image
aku sendiri dah dislike . 37 like dan 1089 dislike?? Tak malu ke saudara Arman ??

Berita berkaitan protes ;

Desakan untuk memansuh Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) 1971, memuncak apabila lebih 300 mahasiswa berhimpun dan berarak secara aman.
Protes itu digerakkan Solidariti Anak Muda (SMM) dan disertai Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Gerakan Menuntut kebebasan Akademik (Bebas), Legasi Mahasiswa Agresif (LMA).
Seawal jam 1 petang, mahasiswa berhimpun depan masjid jamek sebelum berarak ke bangunan Maju Junction untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Ketika berarak, mereka melaungkan slogan mendesak kerajaan menghapuskan Auku dan memberi amaran betapa gelombang mahasiswa bakal menjejaskan hayat politik Umno Barisan Nasional (BN)
Mereka juga menyatakan tidak gentar untuk dipenjara demi memperjuangkan usaha memansuhkan Auku, bukan sekadar memindanya.
Orang awam yang kagum dengan keberanian mahasiswa yang dikawal polis termasuk anggota cawangan khas (SB), turut memberi sokongan.
Depan bangunan Maju Junction, mereka kemudian duduk memegang kain rentang dan melaung desakan supaya mahasiswa diberi kebebasan bersuara dan akademik.
Selepas 10 minit, Pesuruhjaya Suhakam, Shaani Abdullah menerima memorandum daripada mahasiswa dan menyifatkan perarakan itu tidak menyalahi undang-undang.
“Perlu pelbagai cara bagi dapatkan perhatian. Berhimpun adalah satu cara dan mereka berhak melakukannya. Memorandum ini akan dipanjangkan kepada kerajaan,” kata Shaani.
Mahasiswa kemudian berarak ke bangunan Umno – Putra World Trace Centre (PWTC) bagi menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
Ketika Saifuddin berucap menggunakan pembesar suara, seorang mahasiswa, Adam Adli, 22, dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dilihat menurunkan bendera yang tertera wajah Najib sebagai protes.
Tindakan itu mencuri tumpuan peserta lain sehingga mengakibatkan pengawal keselamatan kelam kabut menaikkan semula bendera berkenaan.
Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat.
Saifuddin melalui twitter mendesak mahasiswa memohon maaf atas tindakan itu tetapi SMM hanya akan membuat kenyataan seawal-awalnya hari ini.

Mahasiswa bangkit tuntut hak, perjuang kebebasan
KUALA LUMPUR, 17 Dis: Mahasiswa hari ini bangun mendesak hak kebebasan mereka serta menuntut agar kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) serta tidak takut ditangkap kerana memperjuangkan kebebasan.
Gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bersama Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) yang mengadakan perhimpunan perarakan dari Masjid Jamek ke Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan seterusnya ke bangunan Umno menuntut agar kerajaan hari ini peka dengan hak yang dikehendaki oleh pelajar.
Pengerusi Sigma Gamis, Rohayu Rusli memjelaskan bahawa hari ini anak muda Malaysia mencipta sejarah telah turun ke jalanan menyatakan pendirian hak bersuara serta prinsip bahawa mahasiswa mahasiswi dan anak muda Malaysia.
"Kita tidak akan pernah berhenti menyuarakan kebenaran dan keadilan, menuntut hak yang selama ini dikekang.
"Hari ini juga turut memperlihatkan bahawa partisipasi mahasiswi dalam himpunan, turut bersuara, turut hadir membarisi barisan anak muda, sejarah hari ini memberi amaran kepada pemerintah agar tidak bersenang lenang sedangkan rakyat dan mahasiswa dalam keperitan," jelasnya.
Sementara itu, Presiden Gamis, Akram Taib Azamudden semasa berucap menberitahu hari ini menyaksikan satu himpunan dan perarakan laungan kebenaran memenuhi Bandaraya Kuala Lumpur.
"Ini bukti bahawa mahasiswa cukup muak dan benci terhadap akta zalim yang kita tuntut untuk dimansuhkan.
"Gamis mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Bebas, Safwan Anang serta seluruh pimpinan front mahasiswa yang telah menggerakkan kekuatan ahli untuk terjun bersama ke lapangan rakyat menyatakan pendirian kebenaran," katanya.
Dalam pada itu beliau agar pihak kerajaan, bebaskan mahasiswa untuk memanfaatkan seluas mungkin daya intelek yg mereka pasak sewaktu di universiti.
Katanya lagi, Gamis akan terus mendokong apa sahaja kebenaran khususnya Bebas dengan menggerakkan seluruh jentera dalam memastikan kebenaran itu tertegak selari dengan tuntutan Islam.
Suhakam teliti memorandum
Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah yang menerima memorandum dari gabungan mahasiswa itu menjelaskan pihaknya akan meneliti kandungan memorandum tersebut dan ia akan dibawa ke peringkat jawatankuasa.
"Saya melihat apa yang mahasiswa hari ini bangkit menuntut hak mereka dalam menyuarakan kebebasan dan bagi saya ia bukan satu jenayah jika mereka berhimpun kerana negara ini adalah sebuah negara demokrasi.
"Kita mempunyai pelbagai cara untuk menarik perhatian pihak yang bertanggungjawab dan apa yang dilakukan oleh mahasiswa hari perlu diambil perhatian oleh kerajaan.
"Kerajaan perlu beri perhatian terhadap isu yang dibangkitkan ini, hak kebebasan bersuara tidak salah di negara ini dan kerajaan sepatutnya perlu meneliti Auku adakah ia perlu dipinda ataupun dimansuhkan terus," jelasnya.
Ketika ditanya mengenai Persidangan Meja Bulat yang dianjurkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini, beliau memberitahu itu adalah cara terbaik bagi menyelesaikan kemelut Auku sekarang.
"Cara perbincangan yang diadakan hari ini adalah satu yang baik, kita perlu mendengar pendapat dari semua pihak sebelum sesuatu perkara itu diputuskan.
"Saya pasti setiap pihak yang dijemput berpeluang menyatakan pendapat mereka terhadap perlaksanaan Auku di sebalik kesannya terhadap pelajar serta pendidikan di negara ini, kerajaan perlu menilai sebelum membuat sebarang keputusan," sambungnya lagi. -HD
apu

Filem Pendek Tentang Apa Sebenarnya Hukum Hudud : Bob Lokman dan Mat Luthfi Pun Ada

Ada sebuah filem pendek, bagi aku antara yang paling menarik untuk ditonton oleh semua rakyat Malaysia yang masih didalam kekeliruan tentang apa sebenarnya hukum hudud. Caption dari video asal

Sebuah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk 'Musim hudud' dan 'Hudud PAS lagi'.Semoga klip video ini dapat memberi manfaat kepada para penonton.

Video ni dibuat untuk menjawan persoalan “jahil” yang ditimbulkan oleh video “sembang rakyat” (geli aku nak share video disini, buat semak je. Kalau sesiapa belum tengok, boleh tengok di Youtube ye). Semua persoalan utama mengenai hukum hudud ada dijawab disini. So sila tengok sampai habis ok. Sangat meanrik tengok ustaz ustaz hebat berlakon dan dalam masa yang sama menerangkan dengan detail apa itu hudud. Lepas menonton, aku yakin korang akan setuju dengan pelaksanaan hudud. Ada jugak penampilan istimewa dari Math Luthfi, Bob Lokman dan Man John.

Aku tertarik dengan ayat masa minit bermula 5.10 , DENGAN KEJAHILANNYA, DIA BERCAKAP MENGHINA HUKUM ALLAH TANPA DIA SEDARI, BATAL AKIDAH dan minit ke 7.30 “HUDUD NI ADALAH UNDANG UNDANG TUHAN, TUHAN YANG MENCIPTA KITA, JANGAN CAKAP SEBARANGAN , NANTI KITA TELA MEMPERLEKEH DAN MENGHINA ALLAH, BOLEH JATUH MURTAD.

 

So ambil iktibar dari video pendek  ni. Walaupun pendek , banyak manfaatnya untuk semua rakyat malaysia yang masih keliru dengan pelaksanaan hukum hudud. Ingat!!hudud adalah hukum Allah dan tak ada siapa pun dari kalangan manusia berhak untuk memperlekehkannya. Tak kisah la kita ni baik, jahat, beriman atau kurang iman, jangan sesekali hina hukum Allah sebab boleh jatuh hukum Murtad.

 

Dan dari video ni , pengajaran yang ditunjukkan senang difahami, bila dah terkena seorang , semua terkesan. Masyarakat yang melihat tu tau itu hukum Allah, bukan hukum kerajaan. Sebab hudud ni dilaksanakan untuk mengubat penyakit masyarakat yang dah tak ada cara nak menyelesaikannya lagi. Sebagai jalan terakhir yang paling berkesan sebab dah terlampau menjadi jadi dah masalah dan dah jadi penyakit dalam masayrakat.

 

Pandai Ustaz ustaz dalam ni berlakon kan? Ustaz zaman sekarang dah maju dan moden seiiring dengan zaman la. Takkan la ustaz zaman sekarang masih nak duduk di masjid je kan? Ustaz zaman sekarang dah boleh join sekaki dengan remaja diluar. Dan yang paling penting pelakon pelakon didalam ni bukan calang calang orangnya .

USTAZ IMRAN AL-MALIZI
(PENCERAMAH BEBAS)

USTAZ SYED KADER AL-JOFREE
(TANYALAH USTAZ TV9)

USTAZ RIDHUAN MOHD NOOR
(MUSLIM CARE)

USTAZ BIK ABDUH
(ILMAM)

USTAZ NASRUDIN HASSAN

BOB LOKMAN
(ARTIS DAN PENCERAMAH BEBAS)

MATH LUTHFI
(VLOGGER)

MAN JOHN
(ARTIS ROCK 80AN)

 

semua hebat hebat belaka.

Dan bagi yang nak tahu, lagu yang digunakan didalam filem pendek ni adalah lagu Impian Anak Jalanan oleh Kumpulan Kembara dan penyanyi utama adalah M Nasir. Aku dah suka lagu ni lama dah.

 

Moga mendapat manfaat dari entry ni. Kalau rajin, tekan la butang like dan share kepada rakan rakan lain. =)

Video Nik Aziz Menebas Hutan : Inilah Seorang Pemimpin Masyarakat

Seminggu dua ni heboh dengan video “sembang rakyat” yang secara terang terangan mengutuk kepimpinan Pas Kelantan dan Kedah. Aku rasa video tu adalah satu perkara terbangang untuk tahun ni sebab mereka mereka yang buat video tu bajet orang Malaysia ni tak ada otak dan boleh dipengaruhi video macam tu. Sorry to say , orang kamung zaman sekarang pun dah tahu bezakan mana mereka kena pilih . Alaahh terpolitik la pulak sikit.

 

Terjumpa satu video di Youtube dan terasa nak berkongsi dengan semua pembaca . Betapa tawaduknya seorang yang digelar pemimpin. Inilah pemimpin yang sebenarnya.

**sedang membayangkan Najib , Nazri Aziz, dan Rosmah menebas hutan. hurmm~~

usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update