usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Al Fatihah, Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia

Penyanyi Izwan Pilus telah pun meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi dipercayai akibat jangkitan kuman dalam darah.




Perkhabaran ini juga telah disahkan oleh adik allahyarham Aril AF di twitter miliknya.



Dikatakan ini adalah gambar terakhir arwah sebelum menghembuskan nafas terakhirnya:





Biodatanya;


NAMA: Khairil Izwan Pilus


PANGGILAN: Izwan atau Kutek


TARIKH LAHIR: 24 November 1979


TEMPAT LAHIR: Hospital Universiti, Kuala Lumpur


BINTANG: Sagitarius


TINGGI: 174 sm


ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada empat beradik


HOBI: Membaca dan aktiviti lasak


PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dari Universiti Utara Malaysia (UUM)


MUZIK: Pop, R&B, Irama Malaysia, balada dan alternatif rock


PENCAPAIAN: Finalis Bintang RTM (2004), Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 dan Finalis Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-14.


Alfatihah untuk arwah dan takziah kepada keluarga arwah . Smoga roh beliau ditempatkan bersama sama orang beriman. InsyaAllah. 


sumber : mynewshub

Al-Fatihah : Hilangnya Sebutir Permata Berharga SMKAY

Semalam dapat satu berita sedih yang mengejutkan semua student and ex student sekolah aku dulu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan (SMKAY) tentang pemergian seorang guru yang sangat dekat di hati kami iaitu Teacher Rohayah. Rasa sebak sebab tak sempat jumpa dia masa kesekolah awal tahun haritu. Memang tak sangka arwah akan pergi secepat tu. Arwah masih muda dan belum pun lagi pencen. Tapi siapa kita nak menidakkan hukum dan ketentuan Allah SWT . Dia lebih menyayangi hambanya.

Teacher Rohaya adalah first teacher English sekolah menengah aku dulu. Dia mengajar masa aku Form 1. Arwah sangat sangat baik dengan students sampaikan semua student dah anggap arwah macam ibunda kami sendiri. Sifat keibuan arwah memang sangat tinggi sampaikan kita tak rasa yang dia tu sedang mengajar murid murid tapi sedang mengajar anak anak dia sendiri. Banyak benda yang aku belajr dari arwah. Macammana nak bercakap Englis dengan betul, macammana nak menulis dengan baik, macammana nak guna grammar dengan betul. Dan dalam masa mengajar jugak, arwah banyak bagi nasihat untuk semua student dalam kelas. Boleh umpamakan seperti seorang ustazah yang mengajar subjek English.

Terima kasih teacher sebab dah jadikan saya something dari anything. Nama teacher akan selalu terpahat dalam hati sanubari kami semua anak anak teacher di SMKAY. Jasad teacher pergi menghadap ilahi tapi kenangan kami semua dengan teacher tetap akan terpahat dalam hati sampai bila bila. Semoga teacher sentiasa dinaungi keredhaan Allah disana. Doa kami anak anak SMKAY tetap akan selalu bersama teacher. Selamat Tinggal Teacher Rohayah Abd Hamid. Mungkin suatu hari nanti kita akan jumpa lagi dengan ketentuan Allah SWT.

semoga roh Allahyarhamah ducucuri rahmat dan keredhaan Illahi . Mohon sedekahkan al Fatihah .

Allahhyarhamah Rohayah Abd Hamid

20 May 1957- 28 Disember 2011

AL-FATIHAH

Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia : Jenazah Selamat Dikebumi

SHAH ALAM: Jenazah Allahyarham Penyanyi Datuk Ahmad Jais,75, atau nama sebenarnya Mohd. Jais Ahmad selamat dikebumikan kira-kira pukul 2 petang, di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini, Selasa.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.30 pagi Selasa di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC ) di sini.

Allahyarham meninggalkan lima cahaya mata dan 13 orang cucu.

Menurut anak keempat beliau, Maimun, 31, doktor mengesahkan kematian Allahyarham adalah disebabkan komplikasi penyakit paru-paru.

Kata Maimun, Allahyarham meninggal dunia di sisi beliau dan adik bongsunya iaitu Mashitah Mohd Jais, 25.

"Sejak semalam keadaan ayah bertambah kritikal dan doktor menasihati supaya kami bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Saya dan adik bersama Allahyarham sejak semalam dan sempat membacakan surah Yassin sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir pagi ini (Selasa)," ujarnya.

Selain Maimun dan Mashitah, tiga lagi anak Allahyarham ialah Mohamad Iskandar Mohd Jais, 45, Mohd Iesham, 43 dan Salawati, 30-an.

Jenazah sebelum itu dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini untuk dikapan dan disembahyangkan.

Peminat dan rakan artis penyanyi veteran itu kelihatan berkumpul di perkarangan masjid untuk memberikan penghormatan terakhir terhadap beliau.

Antara artis yang kelihatan adalah Datuk A. Rahman Hassan, Datuk Sharifah Aini, Uji Rashid, Hail Amir, Aziz Satar dan Ibnor Riza.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada 25 September lalu selepas mengalami masalah sesak nafas.

Beliau dikhabarkan mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam.

Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC kerana beliau mempunyai rekod perubatan di situ.

Antara lagu popular beliau ialah Bunga Ku Puja Dipetik Orang, Dikau Pujaan, Gelisah danBahtera Merdeka.

sumber : mstaronline


hilang sebutir lagi permata negara. Semoga roh allahyarham ditempatkan bersama golongan beriman dan beramal soleh. AL Fatihah untuk Allahyarham Datuk Ahmad Jais

Wartawan Malaysia Mati Ditembak Di Somalia

Terkejut bila dengar berita tentang seorang wartawan dari Malaysia yang mengikuti misi kemanusiaan di Somalia terkorban selepas ditembak semasa menjalankan tugas di Mogadishum Somalia. . Takziah kepada keluarga Noramfaizul Mohd Nor . Al Fatihah untuk beliau. Semoga rohnya sentiasa berada bersama orang orang beriman dan beramal soleh. Niat beliau sangat murni dengan menyertai misi kemanusiaan walaupun tahu risiko yang bakal ditnggung . Namun ajal terlebih dahulu datang menyambut beliau.  AL FATIHAH!!

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.

Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. - Bernama

NORAMFAIZUL BIN MOHD NOR - Berpengalaman luas dalam misi bantuan kemanusiaan bersama Kelab Putera 1Malaysia. dikenali dengan nama ZUL. Beliau seorang yang berpandangan tajam dan tidak mudah berpuas hati dengan hasil kerjanya. (sumber )

Pelakon Adan bin Meon @ M Shahdan Meninggal Dunia Selepas Sahur

image

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Adan Meon atau dikenali M Shahdan meninggal dunia akibat sesak nafas di rumahnya di Kampung Padang Balang, Gombak di sini, kira-kira jam 6 pagi semalam.

M Shahdan, 76, menghembuskan nafas terakhir selepas bersahur. Dia yang uzur dan mengidap kencing manis terlanggar tunggul kayu dua hari lalu sebelum terlantar di rumah. Produser, Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam, berkata kehilangan rakan karibnya itu dirasai selepas mereka bersahabat sejak kegemilangan Merdeka Studio pada 1973.

“Sepatutnya, dia datang ke majlis kesyukuran Skop di Finas baru-baru ini untuk terima bonus Aidilfitri, tetapi dia tidak dapat hadir kerana uzur. “Sepanjang mengenalinya, dia seorang yang gigih bekerja sejak zaman Cathay Keris Film pada 1960-an hingga ke akhir hayat. Dia seorang yang suka bekerja belakang tabir dan seronok berlakon.

“Dia juga membintangi 20 drama terbitan Skop antaranya, Harimau Rimba, Remang-Remang Kotaraya, Gerak Khas dan filem, Pasrah. Sejak tujuh tahun lalu, dia bertambah uzur dan hanya berniaga nasi lemak dan mi bandung Muar,” katanya.

Arwah berasal dari Muar, Johor, pernah membintangi pelbagai filem Melayu termasuk Hati Batu (1973) terbitan Cathay Keris Film, Cinta dan Lagu (1976) bersama Merdeka Film Productions dan Bila Hati Telah Retak (1983). Dia juga pernah bekerja belakang tabir sebagai ‘runner’ dan pengurus produksi. Jenazah dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Gombak.

AL FATIHAH!

sumber

Status Facebook Terakhir Aleesya Farhana @ Ashraf Hafiz Sebelum Meninggal Dunia

Dikatakan yang ini adalah printscreen yang menunjukkan wall status terakhir Ashraf hafiz @Aleesya Farhana sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir. Boleh rujuk entry Ashraf Hafiz @ Aleesya Farhana Meninggal Dunia

beliau seperti sudah mengetahui akan kedatangan maut yang akan menjemputnya. Bagaimana pula dengan kita?Adakah sudah bersedia.

Al Fatihah untuk Allahyarham Ashraf Hafiz

sumber

Ashraf Hafiz @ Aleesya Farhana Meninggal Dunia

Bingkisan Hidup : Perjuangan Ashraf Berakhir

KUALA TERENGGANU – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan, memetik Bernama.com.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.   (sumber)

##Walaupun mungkin apa yang dibuat beliau salah disisi agama dan undang undang negara, tapi hanya Allah yang layak menilai hambanya. Baik atau buruk, syurga neraka hanya Allah yang mengetahui. Kita doakan arwah dicucuri rahmat Allah. Janganlah kita mencaci , atau menyalahkan arwah ke atas apa yang terjadi. Bukan bermaksud menyokong. Tapi yang lepas tu, lepas la. Arwah pun dah selamat dikebumikan. Yang baik kita jadikan tauladan. Yang buruk kita jadikan sempadan. Al Fatihah!!

Artikel Berkaitan:

‘Saya Rela Mati’ – Ashraf @ Aleesha

Bingkisan Hidup : Perjuangan Ashraf @ Aleesha Berakhir

Evie Fadila…Kau Selalu Dalam Ingatanku….Tenanglah Kau Disana Sahabat

tetiba tajuk malam nie agak emo…aku rindu dengan arwah…tak tau kenapa tetiba aku teringatkan arwah Evie…mungkin sebab tadi aku terjumpa folder ada pic dia yang dah lama aku tak open..lebih kurang dah 3 taun Evie pergi dari dunia nie..

Evie sorang kawan yang aku tak pernah jumpa..tapi antara kawan terbaik aku pernah kenal…aku cuma kenal dia di alam maya ja..masa tu wap free yang online guna phone memang popular..aku ingat lagi masa tu…dalam tahun 2007 or 2008 cam tu la..ada Winwap..Kuyawap..Payenwap…and aku kenal dengan Evie masa di Princesswap..masa tu Evie guna nickname PrincessEvie..sweet orangnya….rasanya tak sesuai untuk aku tunjuk gambar evie kat public..biar la ia jadi rahsia…

setiap pagi mesti evie akan shout di inbox aku…

hye hafiz…selamat pagi…sihat ?dah breakfast?

mulanya aku tak tahu Evie sakit…pastu tetiba dia menyepi dari dunia wap…dalam seminggu lebih…then bila dia online balik baru aku dapat tau..itupun lepas aku paksa dia cerita..dia cakap,dia barah otak…dah peringkat akhir..masa tu..Tuhan je tau perasaan aku…sentap bila evie cakap peringkat akhir…tapi,evie kuat semangat…dia tak pernah menyesal dengan apa yang jadi..dia terima…redha..Evie memang kuat semangat..dia selalu cakap dengan kawan-kawan di princesswap..jangan risaukan dia…dia kuat…dia akan lawan sekuat mungkin penyakit tu walaupon dia tau..peluang untuk dia hidup dah tak lama….

masa di wap…evie selalu guna smiley nie….

ev

dan yang ini jugak….tak tahu apa maksud evie bila dia selalu guna smiley bride nie…=(

fadila

dan smiley paling evie suka..yang bawah nie…ada sorang kawan di wap yang hadiahkan…

evie2[1]

evie cakap dia nak jadi pari-pari macam tu…

lepas operation tu..ada kawan-kawan yang melawat evie di hospital.. tapi aku tak dapat nak lawat sebab dia juah nun di Sabah dan aku di Kedah...kesian evie…terpaksa menanggung sengsara sakit..tapi dia tetap kuat…dia gagahkan diri jugak untuk online dan ucap selamat pagi dekat kawan-kawan Princesswap…

dan yang paling buat aku tak boleh terima pemergian evie…pagi tu…dalam pukul 6.30pagi 15 Ogos 2008..evie sempat mesej di inbox profile aku…

hafiz…evie nak cakap secara jujur dari hati evie…evie nak mintak maaf kalau selama nie evie ada buat salah dengan hafiz..maafkan evie ya…

 

bila baca..aku rasa lain..kenapa evie cakap macam tu?aku terkilan sebab aku tak akan jumpa dah dengan evie lepas tu…itu mesej terakhir evie untuk aku…dan mesej yang aku reply tak sempat evie baca…pagi tu kali terakhir evie online..aku tunggu sepanjang hari ..tunggu evie online…tapi tak ada..then malam tu…kami semua dapat berita sedih dari kak oli…owner princesswap ,sepupu evie jugak..…evie dah pergi buat selama-lamanya sebab ada komplikasi dalam otak evie….evie dah takkan bersama kami lagi..evie tak kan ada untuk buat kami senyum dan ketawa lagi…lepas evie pergi..di princesswap cuma ada smiley nie sepanjang masa

nangis9

lepas ja evie tak ada…princesswap jadi sunyi sepi..ramai yang dah beralih ke wap lain sebab tak dapat terima hakikat evie dah tak ada…aku pon..lepas tu..dah tak online dah guna hp…mood dah tak ada…bila aku tengok smiley kat atas..kat mana sekalipun..mesti aku akan ingat evie…walaupon evie dah lama pergi ..aku sebagai kawan…susah nak terima evie dah tak ada..bf evie…salah sorang members princesswap jugak…tak tahu la macammana dia hadapi kehilangan macam  nie

aku terkilan sebab dari awal kenal dia…sampaila akhir hayat ,aku tak penah jumpa evie…masa pengebumian evie pon aku tak dapat hadir…yela…aku di kedah..evie di Sabah…jauh…insyaAllah kalau ada rezeki aku pergi Sabah nanti..aku akan lawat kubur evie…

evie…walaupon evie dah tak ada…evie tetap dalam hati kami…moga evie tenang disana….mohon sedekahkan Al-Fatihah…

in memories of evie2[1]Evie Fadila……..

Takziah Buat Blogger Merah90


AL FATIHAH



salam semua...walaupon dah terlewat tapi rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan takziah buat sorang rakan baik aku di UiTM Kedah dan jugak seorang blogger yang baru kehilangan ayahanda tersayang pada 16 Disember 2010 iaitu 2 hari lepas....saudari 
Mahfuzah aka Merah90 

Takziah atas pemergian ayahanda tersayang ...kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan segala-galanya....ajal maut di tangan Tuhan..kita cuma mampu menerima ja...untuk Fuzah..aku harap hang jangan patah semangat untuk teruskan kehidupan 

di pihak Majlis Perwakilan Komander Kesatria UiTM Kedah ,sebagai Yang Di Pertua,aku mewakili semua Komander Kedah mengucapkan takziah ...insyaAllah kami akan sentiasa ada untuk terus bagi semangat..be strong !!!

dan hari nie Nenek Saudara aku baru ja meninggal dunia sebab sakit tua...al fatihah untuk Tok Lang..



semoga roh kedua-dua jenazah dicucuri rahmat Tuhan dan sentiasa berada dibawah lindungannya...AMINN!!.

Selamat Pulang Ke Pangkuan Ilahi Sahabatku...=(( In memories of Ahmad Syamil Basri

AL FATIHAH


In memories of
ALLAHYARHAM AHMAD SYAMIL BASRI (27DISEMBER1990 - 14OKTOBER2010)




nie gambar Allahyarham masa kami melepak sekali sebulan lepas...arwah berbaju biru..


aku baru balik dari pengebumian sahabat masa sekolah menengah dulu...alhamdulillah semuanya selamat ...arwah dikebumikan dalam suasana yang penuh kesayuan dan keberkatan....hujan turun renyai2 membawa keberkatan ...ramai yang datang melawat ...separuh masjid penuh masa jenazah disembahyangkan


alhamdulillah aku sempat tatap wajah arwah masa allahyarham dimandikan....Ya Allah....Tuhan ja yang tau betapa sebak bila tengok seorang sahabat yang pernah kita bersembang..bertegur sapa...melawak...belajar sekali...main sekali....tapi tadi...allahyarham terbujur kaku tanpa sebarang kata...nak tengok wajah pon rasa tak sanggup mengenangkan yang kami tak akan jumpa sampai hari akhirat nanti...


semua kawan2 terkejut dengar berita yang tiba2 macam nie....raya lepas...kami sama2 lepak....main futsal sekali....beraya rumah Teacher Rozi sekali..14Sept ramai geng2 agama yan yang kluar jumpa untuk raya...tapi semalam 14Oct...allahyarham pergi dulu menghadap illahi...cukup sebulan......=(


sedih bila mengenangkan penerimaan keluarga Allahyarham ...Allahyarham satu2nya anak tunggal lelaki dalan keluarga...adik2 masih lagi kecik...tadi sedih masa tgk adik2 tolong jiruskan air ke badan allahyarham masa mayat dimandikan...=((...Tuhan ja tau perasaan ibu dan bapa ...Cikgu Basri dan Puan Masyitah...allahyarham sangat baik...disekolah dulu,..dia ketua kumpulan Nasyid Agama Yan....selalu menang pertandingan...suara allahyarham memang sangat2 merdu...kalau azan...menusuk sampai dalam hati...tadi sempat sembang dengan bilal masjid tempat jenazah disembahyangkn...katanya....Syamil selalu azan untuk masjid kalau dia balik bercuti...alhamdulillah...moga2 segala kebaikan akan menjadi teman buat allahyarham di sana...


alhamdulillah ramai kawan dan sahabat allahyarham yang datang melawat...dari SMKA YAN ada Lan Omar...Adib Sulaiman..Asyraf Tahir...Arip..Ammar Hafizudin..Faizi....Ban Cop..Shafik Johari...Najmi Kolok..Macha..Chaq(Syamim) ...Amirul Naim...Amirul Hasmidi...yang permpuan tak pasti pulak...tak perasan sapa yang hadir sebab terlalu ramai orang tadi...cikgu2 sekolah pon ramai yang datang....dari Maktab Perguruan Tunku Bainun....satu bas penuh...


untuk pengetahuan rakan2 dan sahabat yang masih tak tahu....Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian akibat kemalangan di Highway BKE...langgar lori yag diletak di tepi jalan...apa pon...ajal allahyarham sampai disini ja....Allah lebh sayangkan dia ...kita pulak....hanya menunggu masa....


insyaAllah Allahyarham Ahmad Syamil Basri akan bersama golongan beriman dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.Aminnnn....AL FATIHAH!!!

AL-FATIHAH ....selamat tinggal mak ngah =(



petang tadi...kakak kol..cakap mak dgn ayah peg mlawat mak ngh kat Hospital Alor Star....kakak cakap mak ngah da teruk...sampai dah xkenal orang...aku dah rasa lain..

tadi malam...kakak kol lagi..dia cakap mak ngah dah xada...bukan setakat rasa lain..ttba aku rasa sgt2 terkejut....cepat sgt mak ngah peg..=((..

lepas sorang,sorang peg....=(....xde mak ngah...raya nanti ..dah xmeriah dah...mybe aku cuma anak saudara...boleh je trima...tapi kesian anak2 mak ngah....Bang Long..Kak Da...Milia..Syamila....huhu...xcmpat mak ngah nk tgk anak2 dia kahwin dulu...

time aku post entry nie...aku masih lagi mnggu ayah datang ambil aku kat UiTM...baru tadi Milia..anak arwah mak ngah mesej,,dia cakap dia dalam van jenazah..otw balik rumah..cara dia msg mmg mcm kool..tapi aku taw...dalam hati dia...memang xkan ada sesapa pown dapat pujuk....ksdihan yg dia rsa xkan sama dengan orang lain rasa....khilangan orng paling kita sayang memang sesuatu yang sgt perit untuk diterima...ditambh plk dgn umur yang masing2 masih lagi muda...hilang tempat bergantung..hilang tempat bermnja...hilang tempat menumpang kasih sayang...

xtaw sebb pa ttba aku rasa sebak bila type nie...skrg..aku xtgk lagi jenazah arwah...ok la lg...jap lagi..bila dah sampai....aku xtaw la dapat tahan or x air mata nie....

k la allzz...got to go....al-Fatihah!!!



Al-Fatihah buat arwah Blogger Hamiza=(




Al-Fatihah  buat allahyarhamah sahabat bloggerz kita yg disayangi yang telah pergi menghadap Illahi baru2 nie...Allahyarhamah Kamariah bt Md Yusof atau nama bloggernya Hamiza ...beliau adalah owner blog Blog Ku Untuk Semua yang banyak memberikan kita semua nasihat dan panduan...semoga Roh Allahyarhamah ditempatkan bersama2 orang2 soleh dan para Auliya' dan para Anbiya'...insyaAllah....AL-FATIHAH...
.
.
.untuk bacaan selanjutnya tentang arwah...boleh terus klik di bawah...


sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah...semoga mendapat keberkatan dan perlindungan daripada Allah..

usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update