usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Contest Gadget Impian Oleh Denaihati

Boleh tekan butang like, atau retweet button disebelah kiri entry ini untuk bantu saya capai impian memiliki sebuah gadget impian.Atau komen pada entry ini.  Terima kasih sudi datang? Red heart

 

Alhamdulillah dah lepas syarat untuk sertai contest gadget impian oleh Denaihati. Impian dan cita cita adalah satu benda biasa yang ada dalam fikiran setiap manusia normal. Setiap insan yang punya impian adalah mereka yang lebih berpeluang untuk berjaya di masa depan. Aku , ada impian aku sendiri. Bermacam macam impian yang aku pendam dan simpan. Cuma masa dan ketika yang menentukan bila dan tikanya impian tu nak dipenuhi satu persatu. Tapi insyaAllah dengan rezeki Allah, aku percaya yang semua impian aku akan tercapai satu masa nanti.

 

Dah lama aku simpan hajat nak ada sebuah gadget impian aku sendiri macam orang lain. Tapi masih belum berpeluang sampai harini. Masih banyak tanggungan lain yang perlu diutamakan. Pelajaran, belanja harian, nak makan lagi. Walaupun ini impian utama aku, tapi tak apalah sebab kita kena bagi prioriti kepada yang lebih penting dahulu kan? Takkan semata mata kita nak penuhi keperluan duniawi kita dengan benda benda baru, kita nak abaikan keperluan kita untuk hidup kan? Itu namanya tak ada akal.  Aku memang nak sangat ada peluang menggenggam sebijik Samsung Galaxy S 2.Akuy punya sendiri.  Tipu la kalau siapa yang tak minat dengan gadget “impian setiap insan” ni. Tau tak sebab apa aku punya impian sendiri untuk ada sebuah Samsung Galaxy S 2 ni?

samsung-galaxy-s2-1

Sekarang ni aku pakai Sony Ericsson W8, itupun kakak aku yang baik hati bagi sebab sebelum ni aku cuma pakai HP yang aku beli dengan harga RM80 yang cuma ada fungsi Call dan SMS je. Terima kasih kakak. Tapi tak apa, aku rela je pakai sedangkan orang lain pakai hp mahal mahal, sebab masa tu keadaan kewangan tak membenarkan aku untuk dapat semua tu . Masa aku pakai hp RM 80 tu macam macam benda yang aku terlepas . Yela dah nama pun hp 80 ringgit for sure la tak ada camera kan?Banyak event dan kenangan yang aku lepas termasuk la raya pada tahun tu. Masa tu camera rosak.  Aku memang dari kecik tak pernah ada camera sendiri. Entah sebab apa, tak tahu la saja tak mau beli or memang tak berkemampuan untuk beli. Sebab tu la aku simpan impian nak ada sebuah Gadget yang ada segala galanya dalam masa yang sama. Samsung Galaxy S 2 memang pilihan utama aku sebab ia ada ciri ciri sebuah smartphone yang memang aku idamkan dah lama dah. Lama dahh. Lama sangat impian ni aku pendam dan simpan.

 

Macam aku cakap tadi,sekarang aku pakai hp W8 tu kan? Kalau la aku dapat penuhi  impian aku nak dapatkan sebuah gadget impian aku iaitu Samsung Galaxy S 2 , aku nak serahkan hp yang aku ada sekarang kat mak aku. Sebab hp ni aku baru pakai 2bulan dan masih tak ada calar lagi.Mak sekarang pakai hp biasa. Dan dia memang minat sangat sangat  dengan hp aku sekarang. Mak memang suka dengar lagu lagu. Selalunya kat rumah dia bukak radio je. Ikut ja lagu apa yang ada.Mak pernah cakap dengan aku. “ Nanti dah kerja, beli la hp canggih kat mak satu, kalau tak reti mak belajar la slow” . Masa tu aku dah sentap dah sebab sebagai anak lelaki tunggal, mesti la aku rasa nak penuhi semua impian ibu tersayang kan? Tapi aku masih tak berkemampuan nak penuhi impian tu lagi. Sory makk. Sekarang ni apit dah masuk contest Denaihati ni, kalau apit dapat Samsung ni, mak ambik la hp apit k.Open-mouthed smile  Memang hp tu sesuai sebab dia Walkman dan mak memang suka dengar lagu lagu kan?? Lagipun mak cakap mak suka sangat kan hp ni??

 

Alamak tetiba buat entry sedih la pulak nak join contest kan? Bukan apa , kalau dah mula menaip, ada ja idea datang dekat aku. Dan bukan nak menagih simpati dengan buat entry ini. Cuma nak memenuhi impian yang lama aku simpan dan dalam masa sama menggembirakan mereka yang tersayang.  So , kawan kawan , readers, anonymous, pembaca setia yang selalu datang ke sini. Nak mohon jasa baik korang semua untuk sama sama tolong aku realisasikan impian aku bersama Denaihati and the team untuk memiliki sebuah Gadget Impian.

 

Untuk membantu , cuma tekan like button dibahagian kiri entry ini , retweet atau komen di entry atau ketiga tiga sekali. Terima kasih kawan kawan.Red heartThumbs up

 

Di akhir setiap entri mesti ada ayat “Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti, Rakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak“.

Contest Gadget Impian Oleh Denaihati

Memiliki gadget terkini yang moden memang menjadi satu impian kepada golongan muda mudi zaman sekarang. Ye la sekarang kan zaman cyber, semuanya kena cyber . Tambahan pulak student macam aku yang memang sangat memerlukan semua tu untuk banyak tujuan. Belajar , entertainment , nak lepak bersosial dalam talian dan yang paling penting mestilah berblogging secara mudah. Tapi bagi student yang dilahirkna dalam keluarga yang bukan “duit terjun dari langit” memang agak susah la nak capai impian nak memiliki semua tu . nak kena menabung sunguh sungguh atau kalau nasib baik, ada la rezeki orang nak bagi ke??

 

Memiliki gadget seperti iPad2 , Iphone 4s , Sambung Galaxy, dan banyak lagi gadget lain memang menjadi idaman aku dari dulu lagi. Paling aku berminat nak miliki adalah Samsung Galaxy tab dan sebuah kamera DSLR. Tapi apakan daya, kemampuan untuk dapatkan semua tu terbatas dek kerana banyak lagi bebanan dan tanggungjawab lain yang kena didahulukan . Bukan semua yang kita idamkan kita akan dapat. Tapi kadang kadang apa yang kita tak sangka kita akan dapat, akan jadi kenyataan . Dan sekarang, bagi sesiapa yang punya impian dan cita cita yang sama dengan aku, peluang untuk korang capai impian tu semakin hampir bila seorang blogger pemurah dan popular dah lancarkan satu contest terbaik yang wajib anda ,anda dan anda sertai untuk penuhi impian tersebut.

 

Denaihati dengan tagline “Hidupkan Untuk Memberi” kini sekali lagi memenuhi kriteria tagline tersebut dengan mengadakan contest terbaru dan mungkin terakhir dan terbesar untuk tahun 2011 yang dibuka kepada semua blogger blogger seluruh Malaysia yang mempunyai impian besar nak memiliki gadget terkini yang hebat . Bertepatan dengan matlamat utama contest iaitu membantu Rakan Bloggermemiliki Gadget Impian yang selama ini ingin dimiliki tetapi masih belum tercapai.

 

Contest Gadget Impian!! tak rugi malah beruntungnyaaaaaaaaa anda yang join contest ini , dengan syarat yang mudah dan senang untuk menang . Syarat penyertaan dan maklumat lanjut berkaitan contest terbesar ni boleh terus klik  Daftar sebagai peserta contest Gadget Impian di blog Denaihati . Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang menarik anda untuk penuhi impian bersama Denaihati.Pendaftaran terbuka kepada semua pembaca setia blog Denaihati 1Dunia. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11.59pm, 9/11/2011.  Kini Denaihati hidup untuk memberi dan memenuhi keinginan anda.

 

“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.comditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd,Kedai Kak Siti dan Serverfreak

Hadiah Perodua Myvi Extreme Contest Besar Denaihati

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada Rakan Bloggeryang sudi nak jadi sponsor kepada contest besar Denaihati  yang sedang dirancang di blog Denaihati. 24 jam selepas entri mencari sponsor disiarkan beberapa sponsor telah diterima antaranya Wang Tunai, Blackberry Bold 3 dan Samsung Tab 2. Berdasarkan email ada banyak lagi pertanyaan pihak individu dan syarikat yang berminat nak jadi sponsor kepada contest yang bakal dianjurkan.

Rakan Blogger nak tak kalau hadiah utama contest yang bakal dianjurkan adalah kereta Perodua Myvi Extreme? Aku yakin semua nak terutama yang belum ada kereta lagi. Siapalah nak sponsor hadiah semahal tu melainkan PERODUA tapi nak ke PERODUA pandang blog Denaihati. Tidak mustahil tetapi agak susah sikit jadi janganlah kita mengharap bulan jatuh ke riba.

dealmates Hadiah Perodua Myvi Extreme contest besar Denaihati

Percaya tak ada yang nak sponsor hadiah Myvi 1.5 Extreme tapi dengan syarat beliau menang hadiah RM100ribu yang dianjurkan oleh DEALMATES. Apa kata kita semua support beliau untuk menang contest DEALMATES. Mudah je ikut cara-cara dan syarat yg ditetapkan :

  • Mesti warga Malaysia yang ada MYKAD
  • Mesti ada akaun FACEBOOK
  • Daftar akaun DEALMATES atau connect menggunakan Facebook
  • Kongsikan entri “Win RM100,000 Cash from DealMates.com” di Facebook anda.
  • Isikan data beribadi nama dan no hp untuk pengesahan pemenang
  • Paling best anda juga layak untuk menang RM100ribu setelah melakukan semua di atas.

Jadi jangan tangguh lagi jom klik link ini DEALMATES untuk support kawan kita menang RM100k yang dah janji nak sponsor Myvi 1.5 Extreme. Bayangkan drive PERODUA Myvi Extreme di lebuhraya Utara Selatan mesti boleh pulun cecah 180km/jam. Blogger Ariffshah pun join contest ini jadi kenapa tidak kita.

 

Ranking terkini : No 3 (Mari kita ramai-ramai bantu supaya jadi No 1)

Nota : Kepada individu dan syarikat yang nak jadi sponsor contest blog Denaihati sila klik “Sponsor Contest Besar Denaihati“.

usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update