usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

(Video)Najib Razak Jawab Soalan Pelik Dan Buat Lawak Dalam Video tanyanajib

Datuk Seri Najib nie lawak jugak ek rupanya...hahaha..nak tergelak aku tengok video dia ni..tapi sempoi la dia...ini mungkin salah seorang Perdana Menteri paling sempoi didunia sebab menjawap soalan merapu dari rakyat . Semua soalan nie datang dari tweeter DS Najib sendiri....di tanyanajib


antara soalan-soalan pelik yang boleh kita baca ada dalam entry Joegrimjow nie...dan yang menariknya, soalan-soalan merapu merapan tu DS Najib siap buat Vlog lagi untuk jawap..sempoi...tengok bawah nie..









nampaknya lepas nie lagi banyak la soalan soalan pelik akan muncul dari semua rakyat malaysia..haha...jenuh jawap la DSN...dan yang lagi menariknya..pertama kali kita dapat tengok dia gelak macam itu..haha...nice and cool jugak brader Najib nie..haha

Malaysia Liwat 16 Kanak-Kanak..Indonesia Liwat 96 Kanak-Kanak.Apa Nak Jadi!!!

Cerita dia Malaysia :


Menurut Ketua Polis Daerah George Town, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, polis akan menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk menyiasat dakwaan penderaan seksual membabitkan kanak² di sebuah rumah perlindungan kanak², selepas seorang ahli perniagaan wanita berusia 41 tahun membuat laporan polis semalam.

Menurut laporan tersebut, mendakwa kanak² berkenaan telah dirogol, diliwat dan dicabul oleh kakitangan, anggota jawatankuasa rumah kanak², termasuk sukarelawannya. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan hubungan seks luar tabii, tanpa kebenaran. Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Kejadian tersebut dipercayai membabitkan 16 kanak² daripada 35 kanak² yang ditempatkan di rumah itu yang terletak di Penang Road. Semalam, dua orang mangsa dipercayai di bawah umur, dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk menjalani pemeriksaan perubatan untuk mengesahkan sama ada mangsa dirogol atau diliwat.

Sumber: 
http://www.anastasyea.com/2011/01/dera-rogol-dan-liwat-membabitkan-16.html#ixzz1B2Dq1l4U




dan cerita dari Indonesia : 



JAKARTA: Seorang penjual mainan semalam mengaku memperkosa sekurang-kurangnya 96 budak lelaki.

Penyiasat, Reynold Hutagalung berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di Jakarta minggu lalu selepas ibu bapa seorang mangsanya membuat laporan polis.

Mangsa berusia belasan tahun itu berkata, dia diculik oleh lelaki berkenaan dan ditahan selama 45 hari.Sepanjang tempoh itu, dia diliwat berulang kali dan dipaksa melakukan aksi seks pada beberapa lelaki lain.

Penjual barang mainan itu mengaku meliwat sekurang-kurangnya 96 budak lelaki berusia antara 13 dan 17 tahun sepanjang dua tahun lalu, kebanyakannya kanak-kanak jalanan yang diambilnya di stesen kereta api, kata Reynold.

“Dia menyimpan senarai dan butiran setiap mangsanya, termasuk nama 16 daripada mereka,” katanya.

 Menurut Reynold, tertuduh, bapa empat anak, juga adalah mangsa pecabulan ketika zaman kanak-kanaknya.


Dia berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun jika sabit kesalahan. - AFP


Sumber : http://www.borakkosong.com/2011/01/berita-gila-liwat-96-orang-budak.html#ixzz1B2EJHmTl



apa la yang nak jadi dengan dunia sekarang nie. Budak-budak kecil yang tak tahu papa pun jadi mangsa nafsu binatang semua 'binatang-binatang tu' . Dah gersang sangat kahwin je la 4,5 orang. Tak payah jadikan budak-budak tu mangsa.

6 Kunci Penting.Apa Pilihan Anda?


  • Beautiful
  • Anonymous
  • Rich
  • Famous
  • Health
  • Genius
mana satu pilihan korang?surely setiap seorang dari kita ada pilihan dan pandanagn sendiri tentang semua kunci di atas. Ada enam jenis kata kunci dan dari enam tu. Setiap seorang manusia ada pandangan sendiri tentang pilihan masing-masing. Untuk entry joe dia ada bertanya pendapat tentang keyword mana yang sesuai dan jadi pilihan. 


1 . Beautiful -Beautiful is an adjective used to describe things as possessing beauty.

cantik itu sesuatu yang bersifat subjektif.Cantik luar cantik dalam cantik dengar sini.Aduh dah macam lagu.Cantik itu penting tapi cantik itu bukan yang paling penting.Dalam konteks manusia dan pasangan.Semua manusia nak mencari pasangan yang cantik di mata pandangan sendiri. Yang cantik akan jadi pilihan hati. Tapi kadang-kadang manusia jadi buta bila terlampau bergantung kepada kecantikan luaran dan abaikan kecantikan dalaman. Itu yang jadi kes kahwin sebulan lepas itu bercerai berai

2 . Anonymousrepresents the concept of many on-line community users, or the on-line community itself, acting anonymously in a coordinated manner

untuk anonymous ini, aku tak berapa nak minat.sebab dalam konteks dunia blogging sendiri. Anonymous ini boleh dikategorikan sebagai pengecut, atau dalam bahasa kasarnya tak ada telur. Tinggalkan komen bukan main ,ayat berbelit-belit nak kutuk dan hentam orang. Tapi sayang identiti tak mahu dedahkan .Takut untuk bercakap dengan kebenaran

3. Rich -money is not everything but everything need money. Bukan nak maksudkan yang duit itu memang benda paling penting tapi segala-galanya yang kita nak buat di dunia ini perlukan duit .Kita perlukan duit untuk hidup sama jugak lembu perlukan rumput untuk hidup (ada kaitan tak?). TAPI duit juga boleh membinasakan hidup. Jadi, berpada-padalah. Nak mencari pasangan tak payah melihat kepada kekayaan. Cukup sekadar dia boleh menanggung makan minum dan keperluan asas lain .Yang penting kebahagiaan.

4 . Famous - ini yang kebanyakan orang nak. Blogger sendiri, ada yang berblogging sebab katanya nak jadi popular macam hanis zalikha ataupun remummy. Nak jadi macam artis. Sekali tweet beribu orang retweet balik. Sekali komen di facebook, beribu yang like dalam masa beberapa minit ja.Itu boleh memuaskan hati ,katanya.  Tapi famous ini juga sebenarnya boleh buat hidup kita serabut . Cuba bayangkan, setiap kelakuan kita.Setiap percakapan orang akan ambil perhatian.Tersilap sikit, kena hentam baik punya. Gosip sikit, orang dah percaya. Jadi best ke hidup macam itu?FIKIRKAN!!

5. Health - ini semua yang manusia inginkan.Kesihatan sepanjang hayat. Baru -baru ini ada cerita yang pasal Faizal yussuf meninggal dunia. Dia masih muda lagi dan ramai yang terkejut. Lepas dengar berita tu, sekarang aku dah lebih menjaga makan minum. Kurangkan lemak, kurangkan kolesterol dan juga yang lain lain. Kesihatan tak boleh dibeli dengan kekayaan, walaupun kita boleh beli ubat, tapi tak pasti 100 % yang kita akan sembuh hanya dengan makan ubat kan?So health is the most important thing!!

6 . Genius - disebabkan aku dah pilih health sebagai point terbaik, so nak hurai sikit je bab genius . Genius ini satu anugerah yang tak diberi kepada semua tapi kepada sebahagian orang. Orang yang genius ini kadang-kadang kalau dia tak belajar sesuatu pun, dia masih boleh selesaikan masalah berkaitan hal-hal yang tak dipelajari tu. Tapi bagi yang tak genius, masih boleh belajar untuk terus faham dan akhirnya boleh selesaikan masalah.Practice make perfect.


setakat itu je la aku nka menagrut untuk kali ini. Wah ni entry pertama rasanya yang aku betul-betul skema.hihi.Ada kemajuan disitu!!

30 Krew BPM Diperlukan

sekilas terbaca entry yang dibuat oleh http://embunmenitis-yaya.blogspot.com aku tertarik untuk join jugak sesuatu yang menarik yang dibuat oleh saudara Azman Roslan iaitu untuk menjadi antara 30 krew BPM yang diperlukan.

berikut adalah Tugas  sebagai krew BPM:
  • Mempromosikan setiap kategori blogger yang bakal dibuat dalam blog anda dengan cara membuat entri supaya lebih ramai akan tahu nanti.
  • Boleh membuat entri tersebut tanpa perlu diberitahu

memang benda yang agak senang sebab blog HR pon dah pernah buat segmen review mereview dan terjah menerjah nie.Contohnya di entry review INI , INI , INI dan INI . So rasanya tak jadi masalah .

dan berikut adalah syarat yang mesti dipatuhi untuk menjadi salah seorang krew BPM : 

  • Blog mesti mempunyai follower seramai 500 200 dan ke atas. 
  • Anda rajin update blog
  • Anda sanggup membuat satu bloglist baru dalam blog anda yang akan diberitahu nanti.

tiga-tiga tu dipenuhi rasanya. 

dan yang terakhir 

  • Tajuk entri : 30 Krew BPM Diperlukan (dah dibuat )
  • Link blog ini blogpilihanmalaysia
  • Nyatakan kenapa anda layak jadi Krew BPM
ok nak menjawab yang ketiga tu.Kenapa aku layak?Sebenarnya tak tahu la aku layak or tak tapi kalau ikutkan dari syarat yang dah dikenakan untuk layakkan diri .rasanya aku dah penuhkan syarat-syarat tu.So tak tahu la layak or tak.haha..we'll see...so kepada sesiapa yang berminat boleh terus ke entry Krew BPM Diperlukan!! (New Update) 


kalau ada rezeki boleh terpilih.Tak rugi apa-apa.

Perodua Kancil Special Edition Separuh Bogel Baru!!

kalau la ada dikeluarkan kereta kancil version yang macam nie..surely ramai yang akan  beli kan???haha...cantik gilakkk




tengok spec dia...memang menarik...walaupon kancil tapi dah tak nampak macam kancil dah pon...dah macam kereta sport ja aku nengok!!CANTIK....thumbs up!!

(DEDAH!!) Bukti Minyak Petrol RON97 Lebih Murah Dari RON95




Petikan dari oleh Fakhri Ahmad – kedahlanie (Fri Dec 10, 2010 11:25 pm)

"Kajian kilometer ini dijalankan terhadap produa Viva elit (1000 cc). Hasil kajian beliau menunjukkan RM 20 minyak petrol RON97 boleh membawa kenderaannya sejauh 197 km (harga lama). Manakala RM30 minyak RON95 boleh membawa keretanya sejauh 220 km. Mari kita analisis data ini.


RON97 RM 20 = 197 km bermakna setiap RM1 = 197 km / 20 = 9.85 Km
RON95 RM 30 = 220 km bermakna setiap RM1 = 220 km/ 3o = 7.33 Km


Ini bermakna dengan membeli minyak RON97 sebanyak RM1, kereta anda boleh pergi sejauh 9.85 km sedangkan minyak RON95 yang kononnya murah sebenarnya lebih mahal kerana setiap RM1 RON95 hanya boleh membawa anda sejauh 7.33 Km.


RM1 RON97 = 9.85 km
RM1 RON95 = 7.33 km


Maka untuk setiap Rm 1 duit anda membeli RON95, anda sebenarnya kerugian sebanyak 9.85km-7.33km = 2. 52 km. Maka lebih baik anda membeli RON97.


Persoalan di sini, untuk apakah kerajaan memberikan peruntukan subsidi kepada minyak RON95 tetapi di dalam masa yang sama merugikan rakyat sendiri? Mungkinkah harga RON97 akan terus meningkat sehingga ke tahap sama nilainya dengan RON95 dari segi kilometer?


entry asal dari : mzhany

Khairi Jamaludin Ajak Anwar Ibrahim Berdebat Isu 100 Hari Pakatan Rakyat

PETALING JAYA, 13 Jan — Pemuda Umno hari ini telah menyerahkan surat rasmi mempelawa Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat berhubung isu ekonomi yang membabitkan manifesto 100 Hari Pakatan Rakyat sekiranya berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Surat tersebut diserahkan melalui Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini.
Dalam surat itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar) menawarkan diri untuk berdebat secara terbuka dengan Anwar yang juga Ketua Umum PKR khusus kepada isu “Kaedah Mengendalikan Ekonomi Negara”.
“Kita telah hantar surat rasmi berdebat dengan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jelaskan program 100 hari Pakatan Rakyat yang telah diwar-warkan sebelum ini,” katanya.
“Saya dan Datuk Seri Reezal berbesa hati apabila dibenarkan naik untuk menghantar surat tersebut yang sebelum ini hanya dimaklumkan melalui media, Twitter... jadi hari ini YB Khairy secara rasmi mempelawa Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersama-sama berdebat untuk topik itu,” kata Megat Firdouz kepada pemberita selepas menyerahkan surat pelawaan itu.
Beliau berkata Anwar perlu menerima pelawaan tersebut untuk menjelaskan maksud sebenar Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang begitu hangat diperkatakan dalam barisan kepimpinan tiga parti komponen itu termasuk PAS dan DAP.
“Kita mahu memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk menilai apa yang mereka selama ini perkatakan 100 hari ekonomi.
“Respons kakitangan itu adalah akan sampaikan surat itu kepada Datuk Seri Anwar, terpulang kepada beliau untuk terima atau tidak,” katanya.
Beliau berkata pihaknya berharap sangat atas nama demokrasi untuk tahu rancangan mereka sebenar, “terimalah pelawaan, sahutlah pelawaan kami” untuk sama-sama berdebat dan dengar apa yang mereka hendak menjamukan kepada rakyat seperti mana yang mereka katakan dalam tempoh 100 hari jika memerintah.
Megat Firdouz berkata pihaknya menantikan jawapan segera daripada Anwar supaya debat tersebut boleh ditetapkan.
“Tarikh, tempat semua kita akan bincang kemudian... yang penting adalah persetujuan. Kalau Datuk Seri Anwar bersetuju saya dan Reezal akan berbincang dengan pentadbiran untuk menentukan tarikh dan tempat.
“Kami minta jawapan secepat yang mungkin.
“Itu terpulang kepada mereka (untuk turunkan siapa), kami hanya mahu dengar dan berdebat tentang apa yang mereka mahu katakan,” katanya.
Sementara itu, Reezal Merican pula berkata Pemuda Umno tidak kisah sekiranya Anwar mahu menurunkan orang lain untuk berdebat dengan Khairy kerana apa yang lebih penting adalah penjelasan kepada rakyat.
“Beginilah, pelawaan yang kita hadir hari ini adalah pelawaan yang penuh tanggungjawab sebab itu Pemuda Umno hantar dua senior Exco kerana kita terima permintaan Datuk Seri Anwar untuk berdebat tentang tatacara untuk mengendalikan ekonomi negara.
“Ini penting kerana ini membabitkan soal kepentingan rakyat dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) ada tanggungjawab kepada rakyat yang lebih besar.
“Soal siapa tidak penting tapi soal yang lebih penting adalah tanggungjawab kita kepada rakyat, rakyat nak dengar.
Jadi kita nak buka lantai demokrasi yang lebih luas bukan hanya kepada pendebat ini tapi kepada rakyat untuk menilai,” katanya.
Beliau percaya Anwar akan menerima pelawaan tersebut untuk membuktikan kepada rakyat bahawa program 100 Hari Pakatan Rakyat itu dapat membantu mengurangkan perbelanjaan ekonomi negara.
“Datuk Seri Anwar tentu ada dalam kepalanya tentang perkara-perkara yang mahu dihidangkan dan santapan kepada rakyat dalam menuju ke depan, begitu juga Khairy.
“Jadi jangan anggap debat ini adalah soal untuk mencari kemenangan, bagi saya kemenangan sebenar adalah untuk rakyat. Saya tidak nampak kenapa Datuk Seri Anwar tidak akan terima, ini adalah masa terbaik untuk beliau.
“Buktikan kepada rakyat, saya percaya beliau akan lakukan,” katanya.
Sebelum ini Anwar mencabar Najib untuk berdebat berhubung dasar-dasar ekonomi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat namun ditolak Najib.
Anwar membuat cabaran itu ekoran kecaman Najib mengenai inisiatif Pakatan Rakyat dengan mengatakan parti itu mampu membiayai program 100 Hari mereka dengan hanya memerlukan dana RM19 bilion.



agak -agak kenapa KJ ajak berdebat?sebelum nie bukan main lagi cakap dah tak kamu bertanding pilihanraya akan datang...ada agenda lain ke??or memang KJ sengaja nak rakyat Malaysia semua tahu maksud sebenar 100 hari tu...kalau tak buat debat..susah untuk spread benda tu ke seluruh negar...hmmm....fikirkan!!

dRbook Pengganti Facebook Selepas 15 Mac 2011.??

salam semua...ini entry pertama aku yang tajuknya bermula dengan huruf kecil...haha..hope korang semua sihat sihat dan makin tembam belaka....hari nie kita cuma nak cakap pasal facebook ja...facebook ditutup??tadi aku dah buat beberapa orang kawan aku gelabah beruk dalam entry Facebook Sah Ditutup Bermula 15 Mac 2011..haha...macam nonsense ja kan??tapi tak tahu la benda nie sebenarnya betul or sengaja ada orang buat untuk jadi popular kan?but..seriusly kalau facebook ditutup mesti ramai orang didunia nie akan mengamuk...silap-silap boleh jadi rusuhan woo...silap-silap Mark Zuckerberg kena bunuh sebab orang geram kat dia...haha


wateva it is...tutup or tak ...korang jangan susah hati...sebab kalau la katakan jadi la facebook shut down on 15 mac as said here ...dah ada pengganti baru..hahahhahahahha..sorry aku nak tergelak..sory weh...korang jangan gelak tau kalau aku tunjuk gambar bawah nie...jangan tau??JANJI???kalau gelak gak aku tampaq tengah belakang..wahahahahhaha


here it is
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
memperkenalkan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
...
.
.
.

.
.
.
.
.
.
diasaskan oleh seseorang yang sangat berpengaruh di Malaysia...Malaysia???wowwwww
.
.
.
.
..
.
.

.
..
.
.
.
..

.
.
.
.
.
.
.
.

.
nantikan kemunculannya.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.anda tak perlu lagi risau.......=)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
memperkenalkan....dRbook.....



ctrl + klik pada gambar untuk zoom size!!


so apa lagi..kita tunggu dan lihat seawal Mac nanti...adakah dR nie boleh kutip untung 40juta jugak dar dRbook menjelang April..hihi....


p/s : malas nak komen apa-apa...bagus jugak idea dia nie...pandai cari peluang....


Facebook Sah Ditutup Bermula 15 Mac 2011



PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.


“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”


Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.


“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”


Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.


“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”


Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.


“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”


However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.
“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”


Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.


But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.


“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”


The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.








hahaha elok la dah dia cilok berapa billion dah untung..memang sampai mati makan tak abis..haha...entah la berita nie boleh pakai or tak..tapi kalau jadi pon ..kita boleh buat apa kan?terima je la...twitter kan ada lagi...myspace?friendster????hahaha....baru hari nie aku teringat balik friendster tu wujud..ahahaha...


tapi bagi aku...nie semua mengarut ja..haha...ingat mark nie bodo sangat ka sesuka hati nak tutup lepas dah kaya gilak....



Kisah Adik Lin Yang Tabah Walau Disimbah Asid Oleh Ayah







entry nie adalah entry 100% copy paste dari kosmo ...aku tertarik dengan cerita adik Lin yang disimbah asid oleh ayah kandung dia sendiri...yelaa walaupon kejadian tu dah ubah hidup dah untuk selama lamanya..tapi dia tetap sayang ayah yang  buat dia sampai jadi cacat seumur hidup macam tu....jom baca kisah nie....menarik sangat dan sangat menyentuh perasaan..(tapi aku tak nangis pasal aku hati keras )haha



PADA zaman kecilnya, pipi gebu Nurul Dahyatul Fazlinda, 9, sering menerima ciuman daripada ayahnya, Mat Haizan Mat Yasin, 32. Malah, kanak-kanak comel itu ditatang bagai minyak yang penuh oleh Mat Haizan. Benar, Mat Haizan seorang lelaki yang penyayang dan penuh kasih sayang.
Lelaki itu juga sanggup berjaga malam ketika Nurul Dahyatul Fazlinda jatuh sakit, selain sanggup bangun pada waktu dinihari untuk membancuh susu anaknya itu.
Namun, pada 15 Ogos lalu, keindahan dunia kanak-kanak yang dilalui oleh kanak-kanak itu berubah wajah. Pada hari kejadian, Nurul Dahyatul Fazlinda atau lebih mesra dengan panggilan Lin telah disimbah asid oleh bapanya.
Namun, curahan kasih sayang diterima oleh kanak-kanak itu sepanjang lapan tahun menyebabkan dia sedikit pun tidak menyimpan dendam kepada bapanya. Apatah lagi mahu membenci Mat Haizan.
“Lin tak marah, sebab Lin sayang abah. Sayang abah sangat-sangat.”
Itulah ayat keramat yang terpacul dari mulut kanak-kanak itu terhadap bapanya meskipun kesan simbahan asid itu telah mengubah wajah comel Lin.
Perubahan pada wajahnya yang diibaratkan seperti hantu oleh rakan-rakan Lin di sekolah menyebabkan Lin enggan ke sekolah.
Kisah malang yang menimpa Lin bermula daripada amarah Mat Haizan terhadap isterinya Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, sekitar pukul 1.45 pagi di kediaman mereka di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu.
Asid yang dibawa untuk menakut-nakutkan wanita itu bukan hanya mencederakan Che Ku Zaimah saja, tetapi dua cahaya mata mereka iaitu Lin dan Muhammad Irfan Firdaus, 2, selain ibu mertua, Minah Omar, 56.
NURUL DAHYATUL FAZLINDA menaruh harapan wajahnya akan kembali normal seperti biasa.


Natijahnya, kesemua mangsa lelaki itu kini terpaksa menanggung derita seumur hidup, jauh lebih lama daripada hukuman penjara 10 tahun yang dijalani oleh Mat Haizan akibat perbuatannya itu.
Paling teruk menerima kesan tersebut ialah Lin yang terpaksa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selama 36 hari. Lebih menyedihkan, Lin terpaksa meneruskan hidup dalam kesengsaraan dan tekanan emosi yang sukar digambarkan. Lin bukan sahaja hilang keyakinan diri ekoran dipanggil ‘hantu’ oleh kanak-kanak nakal, malah dia terpaksa mengasingkan diri.
Penyesalan Mat Haizan
Biarpun luka fizikal dan luka di hatinya belum sembuh, kanak-kanak itu masih tetap mempertahankan lelaki bergelar bapa itu. Paling sayu apabila kanak-kanak itu memanggil abah...abah...berkali-kali dalam keadaan tidak sedar ketika menjalani pembedahan baru-baru ini.
Ketika bisa di seluruh anggota badan belum hilang, kanak-kanak itu juga membuat satu permintaan mahu berjumpa bapanya walaupun sekali untuk melepaskan rindu kepada insan yang paling rapat dengannya itu.
Seminggu selepas sambutan Aidiladha, hajat Lin dimakbulkan. Yang pasti tangisan penyesalan Mat Haizan yang mengiringi pertemuan kira-kira setengah jam di penjara Marang, Terengganu itu ternyata sudah terlewat.
Ini kerana lelaki itu terlalu terkejut selepas mendapati wajah anak kesayangannya menjadi cacat akibat tindakannya yang gagal mengawal emosi pada hari malang empat Ramadan tahun lalu.
Namun penyesalan dan ungkapan maaf berkali-kali lelaki itu tidak mampu untuk mengembalikan wajah anak kesayangannya dalam sekelip mata itu.
Lin juga tidak sesekali memberitahu orang ramai bahawa parut di muka yang sangat jelas kelihatan itu berpunca daripada perbuatan bapanya. Bahkan, kepada yang tahu Lin menyatakan bapanya tidak sengaja melakukan perbuatan itu.
Hari ini, Lin menjadi kanak-kanak lain. Hobi membaca di sebuah Perpustakaan Mini di Kampung Sekayu itu terpaksa dihadkan selepas sebahagian muka dan badannya menggelembung akibat kesan terkena asid.
NURUL DAHYATUL FAZLINDA tidak sesekali memberitahu orang ramai bahawa parut di mukanya berpunca daripada perbuatan bapanya.


Bentuk hidungnya juga menjadi aneh dan rongga pernafasan utama hidungnya semakin mengecil serta menyebabkan suara kanak-kanak periang itu bertukar menjadi sengau.
Mata sebelah kanan Lin juga turut terjejas kerana ia tidak boleh ditutup sepenuhnya selain menyebabkan dia mudah silau dan terjaga daripada tidur apabila terkena cahaya.
Sejak insiden itu, Lin tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke Taman Rekreasi Sekayu yang menjadi taman permainannya kerana sering menjadi mangsa ejekan kanak-kanak yang tidak mengerti penderitaannya.
Menurut Lin, berbanding kakak dan dua adiknya, dia yang paling rapat dengan Mat Haizan. Bahkan, bapanya sering membawa Lin bersiar-siar di sekitar kampung.
Ketika menonton televisyen di rumah, Lin lebih selesa duduk di atas riba bapanya itu. Namun kemesraan itu menjadi memori terindah kepada Lin sepanjang bapanya meringkuk di penjara selama 10 tahun.
“Ayah tak sengaja buat (mencurah asid), cuma Lin yang tak bernasib baik sebab Lin ada masa ayah bergaduh dengan ibu,” ceritanya lagi.
Memakai topeng tekanan
Menurut Lin, dia terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi bising pergaduhan antara ayah dan ibunya dan ketika itu dia lihat adik bongsunya Muhammad Irfan Firdaus juga terjaga.
“Lin nak pergi ambil adik Irfan tapi tiba-tiba Lin rasa panas dan pedih yang amat sebab itu Lin terus masuk bilik air dan mandi,” katanya menceritakan semula insiden itu.
Jiran yang juga saudaranya turut menghulur bantuan menghantar mereka ke Hospital Hulu Terengganu sebelum dia dirujuk dan menghuni (HSNZ) selama lebih sebulan.
Empat bulan selepas insiden itu berlalu, Lin mengharapkan keajaiban yang dapat mengembalikan wajah asalnya.
Ahad lalu, Lin menerima rawatan perubatan. Lin selamat menjalani pembedahan pembuangan parut fasa pertama pada wajahnya. Menurut pakar perunding pembedahan plastik, Dr. Najihah Sharida Zakaria, pembedahan yang dilakukan baru-baru ini hanya satu bahagian kecil. Lin akan menjalani beberapa lagi fasa pembedahan dalam tempoh beberapa tahun.
Jelas Dr. Najihah, Lin dijangka boleh memasuki semula sekolah dalam masa dua minggu lagi, bagaimanapun perlu memakai topeng tekanan pada wajahnya untuk satu tempoh yang lama bagi memastikan parut tidak tumbuh semula.

KIRI: Guru kelas, Hidayati Rasid memberi tunjuk ajar kepada Nurul Dahyatul Fazlinda sambil diperhatikan rakan-rakannya ketika sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Padang Setar, Hulu Terengganu, baru-baru ini.


“Lin boleh kembali ke sekolah tetapi harus dipantau dan jika tiada masalah dia boleh menjalani pembedahan kedua selepas enam bulan. Apa yang penting, dia harus berdisiplin dan sentiasa mengikut arahan doktor bagi memastikan kesan parut dapat diminimumkan,” katanya.
Dalam pembedahan itu pasukan bedah plastik di (HSNZ) telah mengambil kulit paha kanan Lin untuk menampal parut di bahagian kiri mukanya.
Pada pertemuan singkat dengan Lin selepas sehari dibedah, ungkap kanak-kanak comel itu: “Kesan akibat pembedahan pada wajah sudah berkurangan. Tetapi paha yang doktor ambil kulit ada rasa sakit lagi.”


sumber asal : Kosmo! Online
usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update