6 Kunci Penting.Apa Pilihan Anda?
aku dapat idea untuk buat entry ini dari joe..tq bro..
- Beautiful
- Anonymous
- Rich
- Famous
- Health
- Genius
mana satu pilihan korang?surely setiap seorang dari kita ada pilihan dan pandanagn sendiri tentang semua kunci di atas. Ada enam jenis kata kunci dan dari enam tu. Setiap seorang manusia ada pandangan sendiri tentang pilihan masing-masing. Untuk entry joe dia ada bertanya pendapat tentang keyword mana yang sesuai dan jadi pilihan.
1 . Beautiful -Beautiful is an adjective used to describe things as possessing beauty.
cantik itu sesuatu yang bersifat subjektif.Cantik luar cantik dalam cantik dengar sini.Aduh dah macam lagu.Cantik itu penting tapi cantik itu bukan yang paling penting.Dalam konteks manusia dan pasangan.Semua manusia nak mencari pasangan yang cantik di mata pandangan sendiri. Yang cantik akan jadi pilihan hati. Tapi kadang-kadang manusia jadi buta bila terlampau bergantung kepada kecantikan luaran dan abaikan kecantikan dalaman. Itu yang jadi kes kahwin sebulan lepas itu bercerai berai
2 . Anonymous - represents the concept of many on-line community users, or the on-line community itself, acting anonymously in a coordinated manner
untuk anonymous ini, aku tak berapa nak minat.sebab dalam konteks dunia blogging sendiri. Anonymous ini boleh dikategorikan sebagai pengecut, atau dalam bahasa kasarnya tak ada telur. Tinggalkan komen bukan main ,ayat berbelit-belit nak kutuk dan hentam orang. Tapi sayang identiti tak mahu dedahkan .Takut untuk bercakap dengan kebenaran
3. Rich -money is not everything but everything need money. Bukan nak maksudkan yang duit itu memang benda paling penting tapi segala-galanya yang kita nak buat di dunia ini perlukan duit .Kita perlukan duit untuk hidup sama jugak lembu perlukan rumput untuk hidup (ada kaitan tak?). TAPI duit juga boleh membinasakan hidup. Jadi, berpada-padalah. Nak mencari pasangan tak payah melihat kepada kekayaan. Cukup sekadar dia boleh menanggung makan minum dan keperluan asas lain .Yang penting kebahagiaan.
4 . Famous - ini yang kebanyakan orang nak. Blogger sendiri, ada yang berblogging sebab katanya nak jadi popular macam hanis zalikha ataupun remummy. Nak jadi macam artis. Sekali tweet beribu orang retweet balik. Sekali komen di facebook, beribu yang like dalam masa beberapa minit ja.Itu boleh memuaskan hati ,katanya. Tapi famous ini juga sebenarnya boleh buat hidup kita serabut . Cuba bayangkan, setiap kelakuan kita.Setiap percakapan orang akan ambil perhatian.Tersilap sikit, kena hentam baik punya. Gosip sikit, orang dah percaya. Jadi best ke hidup macam itu?FIKIRKAN!!
5. Health - ini semua yang manusia inginkan.Kesihatan sepanjang hayat. Baru -baru ini ada cerita yang pasal Faizal yussuf meninggal dunia. Dia masih muda lagi dan ramai yang terkejut. Lepas dengar berita tu, sekarang aku dah lebih menjaga makan minum. Kurangkan lemak, kurangkan kolesterol dan juga yang lain lain. Kesihatan tak boleh dibeli dengan kekayaan, walaupun kita boleh beli ubat, tapi tak pasti 100 % yang kita akan sembuh hanya dengan makan ubat kan?So health is the most important thing!!
6 . Genius - disebabkan aku dah pilih health sebagai point terbaik, so nak hurai sikit je bab genius . Genius ini satu anugerah yang tak diberi kepada semua tapi kepada sebahagian orang. Orang yang genius ini kadang-kadang kalau dia tak belajar sesuatu pun, dia masih boleh selesaikan masalah berkaitan hal-hal yang tak dipelajari tu. Tapi bagi yang tak genius, masih boleh belajar untuk terus faham dan akhirnya boleh selesaikan masalah.Practice make perfect.
setakat itu je la aku nka menagrut untuk kali ini. Wah ni entry pertama rasanya yang aku betul-betul skema.hihi.Ada kemajuan disitu!!