usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Aplikasi Terbaru Dari Blogger Bakal Menyamai Wikipedia Kejutan Untuk Tahun 2011

Untuk tahun 2010, platform Blogger telah dianugerahkan dengan kejayaan menjadi platform blogging terbesar di dunia dan website ke enam terbesar di dunia mengikut ranking Alexa.

Sehingga tahun 2010 sahaja, blogger diseluruh dunia yang menggunakan platform Blogger telah menghasilkan 1/2 billion post ,dan dibaca oleh hampir 400juta pembaca diseluruh dunia. Itu cerita tahun 2011

Untuk tahun 2011, Blogger kembali lagi dengan featured terbaru yang lebih gempak dan sesetengah dari pengguna pengguna blogger meramalkan platform blogger akan menjadi lebih hebat dari Wordpress dan lain lain. Jom kita tengok antara featured terbaru yang gampak dari blogger sebagai kejutan untk semua pengguna Blogger pada tahun 2011

STYLE JUGAK!!!!

Dan dibawah adalah perbandingan platform Blogger sehingga tahun 2010 dan pembaharuan yang akan dibuat pada tahun ini.

Create New Post

dan pada tahun 2011 ia akan menjadi seperti ini.Moden!!

DASHBOARD

selepas pembaharuan untuk tahun 2011. Lebih moden dan mesra pengguna. Capaian pengguna akan menjadi lebih mudah.

Blogger turut memperkenalkan featured carian kandungan yang membolehkan pengguna mencari kandungan berkaitan post yang sedang dibaca.(boleh rujuk dalam video diatas kalau tak faham)

sama sama kita tengok apa lagi akan diperkenalkan oleh Blogger untuk tahun 2011.Aku pun tak pasti bila featured featured di atas akan dibuka untuk kegunaan semua blogger. kalau anda ada maklumat berkaitan, jangan segan segan untuk berkongsi di komen.

Fenomena Super Moon 19Mac2011 | Fakta dan Persediaan Anda

seperti yang semua sedia maklum, esok iaitu19Mac2011 satu kejadia Supermoon akan berlakudi Bumi .

APA ITU SUPERMOON? 

Supermoon adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi (perigee). Istilah ini tidak diterima secara meluas, terutama dalam komuniti saintifik.  ( sumber  )

100607111310-large

BERAPA JARAK BULAN DAN BUMI PADA FENOMENA SUPERMOON?

Bulan akan berada lebih dekat dengan bumi iaitu 356 577 Kilometer berbanding jarak purata adalah 384 403 kilometer pada waktu waktu biasa. Jadi bulan berada 27826 kilometre lebih dekat dengan bumi dan daya tarikan graviti bulan akan memberi kesan kepada pergerakan di bumi. Kita sedia maklum tentang kejadian pasang surut air laut berpunca dari graviti bulan dan kedudukan yang lebih dekat ini dikhuatiri akan menyebabkan air laut meningkat ke tahap yang lebih serius dan mengundang tsunami.

KAITAN DENGAN BENCANA ALAM

Fenomena ini diramalkan akan mengundang bermacam macam malapetakan dan bencana dibumi .Tetapi hanya Allah yang mnentukan segala galanya. Kita doakan semoga segalanya berjalan seperti biasa dan tiada bencana meragut nyawa yang berlaku. Video dibawah menunjukkan bencana bencana yang akan berlaku jika fenomena ini berlaku esok.

PERLUKAH KITA BERSEDIA

Tiada siapa yang dapat meramalkan apa yang akan berlaku. jadi perlukah kita bersedia?Ya, kita perlu sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Untuk tarikh esok, sila pastikan anda tidak berada dekat dengan kawasan pantai dan laut. Ini cuma persediaan sahaja dan bukan khabar angin yang mengatakan fenomena ini pasti akan berlaku. Hanya Allah yang menentukan sesuatu.

Namun fenomena ini juga mendapat PENAFIAN(sumber) dari sesetengah ahli astronomi bahawa fenomena Supermoon ini tidak akan mempengaruhi mana-mana bencana alam.Dalam kata lain fenomena ini hanyalah bulan penuh yang biasa kita lalui setiap bulan. Pakar- pakar geologi dari USGS juga menyokong fakta sedemikian.

artikel lain yang berkaitan:

  1. Will March 19 'Supermoon' Trigger Natural Disasters?
  2. March 19, 2011… “SuperMoon” or “SuperHype”?
  3. 'Supermoon' Has No Connection to Japanese Earthquake
  4. Adakah Extreme Super Moon serta kejadian Tsunami di Jepun mempunyai kaitan?
  5. Fenomena Supermoon (Syzygy) 19 Mac 2011

 

*Dapatkan maklumat lanjut berkaitan Gempa Bumi Dan Tsunami Jepun dan membantu mereka dengan melayari

 Google klik pada logo

Badan badan berkaitan

UnicefSave the ChildrenInternational Medical Corps

Video Bumi Bergerak Dan Air Memancut Keluar Dari Bumi Semasa Gempa Bumi Jepun

Lagu Spongebob Versi Kedah Dan Kelantan

Pernah dengar lagu spongebob?mesti pernah kan?jangan nak tipu la .haha

ini versi omputih

17138_SpongeBob_19

Are you ready kids "Aye Aye Captain"
I Can't hear you "AYE AYE CAPTAIN"
Ohh...
Who lives in a pineapple under the sea
"Spongebob squarepants"
Absorbant and yellow and porous is he
"Spongebob Squarepants"
If nautical nonsense be something you wish
"Spongebob Squarepants"
Then flop on the deck and plop like a fish
"Spongebob Squarepants"
READY
Spongebob squarepants
Spongebob squarepants
Spongebob squarepants

SPONGEBOB SQUAREPANTS!! AH AHH AHH AHAHAHAHAHAHAHHH....

haa kita tukar sikit jadi Bahasa kelate..sila nynyi kuat2 dan banyak2 kali baru masuk…

kelantan


Ready dok budok-budok?
Ho laa, kepten!
Gapo dio? HO LAA, KEPTEN!
ooo,
Podio dok dale buoh lanah bowoh laut?
Spongebob Sluar kotok!
Sene meresap bewarno kuning.
Spongebob Sluar kotok!
Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.
Spongebob Sluar kotok!
Pah mari la pakat nopat supo ike.
Spongebob Sluar Kotok! Ready?
Sponge............bob Sluar Kkotok,(3x)
Spongebobbb Sluar kotok

dah abeh try bahasa kelantan?sekarang kita try bahasa Kedah pulak.ahaha

kedah

Hampa redi dah ka weii??
Haa kapten,
Apadia?Tak dengaq nie!!
Haaa la kapten..
Ohhhh...
Sapa hat dok dalam nanaih wah laut?
"Spanbob Seluaq Petak"
Belubang,meghesap paihtu wana kunin
"Spanbob Seluaq Petak"
Kalau hampa suka benda laut hat ngarut
"Spanbob seluaq Petak"
Mai la sini  teghejun cam ikan temenung
"Spanbob seluaq Petak"
REDi?
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak

Spanbob seluaq Petak!

AH  Ahh Ahh Ahahhaahhahahahah....

 

sekian lawak untuk petang ini.

Nikmat Bersama Kaunselor

ini cerita panas yang baru keluar petang tadi. Dalam pukul 3. haha. Sila baca cerita selanjutnya selepas anda layan iklan iklan ini yerr

belum join churp churp?ingin duit dari dunia blogging?klik banner dibawah

image

broadband 3GB hanya 38ringgit sebulan dan anda akan dapat Mata Ganjaran tambahan setiap kali anda buat bayaran setiap bulan.Klik banner dibawah untuk maklumat lanjut.

image

iklan tajaan khas ChurpChurp

ok kita sambung cerita pasal kaunselor.Kenikmatan tak terhingga dah aku rasa tadi tatkala berjumpa dengan kaunselor itu. Okeh nak citer elok elok nih. Dengar. Sebenarnya dah lama aku ada masalah peribadi dan dalam dilema untuk pilih sambung degree. nak tentukan masa depan sendiri pun aku susah nak buat keputusan. Macam macam benda nak kena difikirkan. Segala benda nak kena dipertimbangkan dulu. Family, masa depan, and macam maca lagi la.

Then semalam aku buat keputusan untuk jumpa secara privasi dengan kaunselor UiTM Kedah . Lepas dah buat appointment semua, then pukul 3petang tadi mengadap la aku ke bilik dia. Dekat sejam lebih jugak la kena basuh dengan dia. Dan alhamdulillah lepas dengar pendapat orang pakar macam dia, macam macam masalah dah rasa ringan sikit walaupun belum selesai. Dah nampak sikit cahaya di jalan yang gelap tu. Kira dah dapat sikit la pedoman dengan hidayah untuk aku buat keputusan masa depan aku.

Terima kasih sangat pada Puan Azliza, kaunselor UiTM Kedah yang sangat baik dan lemah lembut layan student student yang datang untuk sesi kaunseling. Memang terbaik la dia. Kalau macam ni, hari hari pun aku sanggup jumpa dia sebab lepas jumpa. rasa macam masalah selesai la setengah jam. Pastu serabut balik la..haha. Dah dasar memang jenis bermasalah kot aku  nie kan?

Apa pun kepala dah rasa ringan sikit lepas sesi tadi. InsyaAllah lepas ni akan buat follow up dengan dia lagi untuk betul betul settle masalah ni.

 

jangan pelik dengan entry ni sebab ia ditaip 2hari yang lepas.cuma tak publish ja sebab bagi priority untuk entry2 SEO dulu.hehe

Free Download Filem Aku Masih Dara

Suami Tiara Jacquelina Ada Hubungan Dengan Maya Karin

image

Pelakon Datin Seri Tiara Jacquelina tidak mempercayai desas-desus kononnya suami beliau, Datuk Seri Dr. Effendi Norwawi, 62 menjalin hubungan dengan aktres terkenal, Maya Karin, 30.


Menurut Tiara, dia menyimpan kepercayaan seratus peratus kepada suaminya dan tidak pernah mencurigai kesetiaannya.


"Saya merasakan sayalah wanita paling bertuah mempunyai suami yang baik. Saya rasa tak ada suami dalam dunia yang mencintai isterinya sebaik suami saya," katanya.


Beliau bercakap demikian kepada pemberita selepas mengumumkan teater muzikal, The Secret Life of Nora di Kota Damansara di sini, Rabu.image


Turut hadir, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani.
Teater muzikal tersebut bakal diadakan pada akhir bulan September di Istana Budaya.
Sebelum ini, ada laporan mengatakan kononnya Maya menjalin hubungan dengan Effendi yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi ia dinafikan aktres itu.


Gosip tersebut bagi Maya, adalah sesuatu yang tidak berasas dan langsung tidak masuk akal.


Tiara memberitahu, dia sering menasihatkan rakan-rakannya yang ingin mendirikan rumah tangga supaya mengambil contoh lelaki sebaik suaminya.

yeke ?boleh percaya ka lelaki dia contoh terbaik?hehe. Lelaki zaman sekarang bukan leh percaya sangat. acece macam la aku ni perempuan kan?sheshhh~

sumber: JomLepakzz

Rosmah Mansor Pula Dikecam Akibat Mulut Celupar Isu Tsunami Jepun

Sebelum nie, Fizz Fairuz, kemudian Berita Harian, lepas tu 50cent dan sekarang Rosmah mansor, yang orang panggil wanita pertama Malaysia tu. Yeke?

Lepas sorang , sorang lagi datang.Bercakap tanpa berfikir dulu akan kesan jangka panjang. Mungkin semua dah sedia maklum ramai yang tak berapa suka dengan isteri PM kita iaitu Mak Cik Rosmah tu. dan hari ni beliau membuatkan lebih ramai yang tidak menyukainya.

artikel berbahasa English ini dipetik dari iReport CNN.

video dari iReport CNN.

 

artikel berbahasa English ini dipetik dari iReport CNN.

iReport —

Wife of Malaysian Prime Minister, Datin Seri Rosmah Mansor said this when asked to comment on Japan's quake-tsunami disaster.

“Japan's earthquake and tsunami is a result of negligence in conducting environmental-friendly developments.

"To me, this is a lesson to other countries, that in everything they do or in whatever development they plan, they should study the surrounding environment and connect it with climate change and green technology," she told private news channel Astro Awani.

A video clip of Rosmah airing her view instantly became a hit among internet users, circulating in sites such as Twitter and Facebook, and being met with sarcastic comments from viewers.

The clip (in Malay language) can be viewed on

http://www.youtube.com/watch?v=zuMLtycp_0I

dan yang memburuukan lagi keadaan yang memang dah buruk. 10577 orang sudah recommend artikel tersebut dan surely artikel tersebut sedang merebak ke seluruh dunia dengan sangat cepat. dan Malaysia?tanggung la malu dengan perangai “wanita pertama” tu. haisyy

katakan dari 10577recommend tu separuh lagi akan share jugak.Dan dari setengah tu, setengah lagi share. dan lagi dan lagi dan lagi…berapa banyak share artikel ni. Silap silap sampai ke antartika orang tau berita ni.  Fuhh kejap ja benda ni dah tersebar. Memalukan betul la…

image

dan setakat pukul 10.48PM waktu Malaysia, dah ada 30573 orang yang telah view dan 1558shares

image

jadi kepada anda yang lain. Berfikirlah sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan. Orang cerdik pandai berfikir sebelum bercakap, orang yang bercakap sebelum berfikir maknanya dia ??ok anda yang sebut sendiri ok. dia tak cerdik..

Free Download Filem Damping Malam

 

DOWNLOAD DAMPING MALAM SECARA FREE DARI SERVER HOSTFILE DAN FILESERVE

image

 

DOWNLOAD FILE DAMPING MALAM DARI SERVER HORFILE

Damping Malam

 

DOWNLOAD FILE DAMPING MALAM DARI SERVER FILESERVE

Damping Malam

 

 

SUMBER: http://www.phreak-id.com/

Gathering Kelab Kami Blogger Utagha Masuk Paper

waa Kelab Kami Blogger Utagha semakin popular and ahli semakin bertambah hari ek hari. Tahniah la..And hari ni ,semua detail berkenaan gathering yang akan diadakan minggu hadapan disiarkan dalam surat khabar Sinar Harian.cekidaut

image

tahniah ye Cik GKSB sebab nama penuh anda telah direveal.ahaha

dan maklumat lanjut berkaitan Gathering adalah seperti banner dibawah

image

KLIK PADA BANNER UNTUK KE ENTRY BERKENAAN GATHERING TERSEBUT

Penyanyi 50cent Persenda Bencana Jepun

Bintang rap Amerika Syarikat (AS) 50 Cent dikecam hebat kerana mempersendakan bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun menerusi akaun Twitter miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.


Selepas mendengar berita tentang beribu-ribu orang yang terkorban dalam gempa sekuat 9 pada skala Richter itu yang melanda timur laut Jepun pada Jumaat lalu, 50 Cent atau nama sebenarnya Curtis James Jackson III terus menghantar komen di laman sosial berkenaan.


"Wah berita ini (bencana alam) amat serius. Kalau begitu kita memerlukan semua cangkul dari Los Angeles hingga ke Hawaii (untuk menggali kubur bagi mengebumikan mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami)," kata penyanyi itu.

50 Cent yang popular menerusi album Get Rich or Die Tryin itu turut menulis singkatan LOL yang bermaksud ketawa terbahak-bahak selepas komen tersebut.


Penyanyi berusia 35 tahun itu, bagaimanapun, memohon maaf tidak lama kemudian selepas dia dikecam ramai pengguna Internet.

 

mungkin dia rasa benda ni lawak kot?ermm entah la

sumber

Terkini Di Jepun: Awan Radioaktif Mula Bergerak Ke Tokyo | Ancam Nyawa Penduduk Jepun

image

TOKYO – Igauan tragedi letupan loji nuklear Chernobyl di Ukarine yang mengorbankan hampir 9,000 nyawa kembali menghantui rakyat Jepun selepas awan radioaktif kesan daripada siri letupan di stesen tenaga nuklear Fukushima dibimbangi akan sampai ke ibu negara Jepun, dalam tempoh beberapa jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Amaran itu dikeluarkan selepas kerajaan Jepun semalam membuat pengumuman bahawa radiasi dari loji nuklear milik Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) itu kini merupakan ancaman terhadap nyawa manusia.

Loji tersebut yang memiliki empat reaktor nuklear, terletak sekitar 245 kilometer dari Tokyo.

Tahap radiasi atau pencemaran radioaktif yang boleh menyebabkan kanser meningkat dengan mendadak di kawasan sekitar loji tersebut selepas reaktor No.4 terbakar semalam disyaki akibat satu letupan.

Sejak minggu lalu berlaku tiga letupan melibatkan beberapa reaktor di loji nuklear berkenaan.

Selepas kebakaran pada reaktor No. 4 berlaku, bacaan pencemaran radiasi di kawasan sekitarnya melonjak jauh melepas tahap selamat kepada 400 millisieverts sejam (mSv/j). Pendedahan radiasi yang selamat untuk manusia adalah cuma setakat 3mSv untuk setahun.

Tidak lama selepas itu, Kedutaan Perancis di sini pula memberi amaran bahawa awan radioaktif boleh sampai ke ibu negara Jepun itu dalam masa cuma beberapa jam.

Dalam nada serupa, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), turut mendedahkan bahawa radiasi daripada reaktor nuklear itu telah dibebaskan ke udara.

Mengulas mengenai perkembangan tersebut, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan ketika berucap di televisyen tempatan, buat kali pertama mengakui bahawa radiasi telah tersebar dari loji nuklear Fukushima.

“Tahap radiasi itu amat tinggi dan risiko lebih banyak radiasi tersebar juga sangat tinggi,” kata Kan.

“Kami sedang melakukan segala usaha untuk menghalang kebocoran radiasi itu daripada terus tersebar. Saya faham bahawa orang ramai kini bimbang tetapi saya merayu anda supaya bertenang,” tambahnya.Radiasi boleh membunuh dan mengubah sel badan manusia yang menyebabkan penyakit barah. Setakat semalam, tahap radiasi yang tinggi dicatatkan di Ibaraki, sebuah bandar yang berada sekitar 128 kilometer dari sini.

Di bandar Saitama, dekat sini, tahap pencemaran radiasi yang direkodkan pula adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada normal.

Setakat ini, kerajaan Jepun telah mengkuarantin 150 orang kerana mereka dikhuatiri terdedah kepada pencemaran radiasi.

Pihak berkuasa turut mengambil langkah membersihkan pencemaran radiasi melibatkan 23 orang yang berada berhampiran loji nuklear di Fukushima.

Kerajaan Jepun meminta penduduk yang tinggal dalam lingkungan 32 kilometer dari loji nuklear Fukushima supaya tinggal di dalam rumah, menutup semua tingkap dan berhenti menggunakan penghawa dingin sebagai langkah keselamatan.

Lebih 100,000 orang dipercayai berada dalam zon tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, negara-negara luar bermula dengan China mula memindahkan rakyat mereka dari sini kerana bimbang tentang pencemaran radiasi. Setakat ini, beberapa negara asing termasuk Austria dan Perancis mengumumkan akan memindahkan kedutaan mereka ke bandar Osaka yang terletak 400 kilometer dari Tokyo.

Sementara itu, gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter yang melanda timur Jepun pada Jumaat lalu memusnahkan kawasan seluas sehingga berpuluh-puluh kilometer dan menyebabkan lebih 550,000 orang hilang tempat tinggal. – Agensi

 

sumber : http://faizalfredley.com dan kosmo

Free Download Filem Ngangkung

Serius Nahas Nuklear Jepun di Paras Enam, Hampiri Kes Chernobyl

Kena Ludah Dengan Anonymous??Biasa La Tu…

kena maki dengan anonymous benda biasa la kan dalam dunia blogging .Lagi lagi pulak kalau kita baru je nak merangkak naik.nanti dah naik lagi la banyak kena. Anon bodoh ni kira macam syaitonirrojim jugak la yang selalu menggangu hidup manusia. Dah macam macam jenis anontakdetelur yang singgah di blog aku and tinggalkan macam macam komen cam haram tapi rileks sudah bro.

Tapi malam ni aku nak wat entry sebab aku kena “ludah” dengan orang yang komen tu (kalau orang la kan). Mana tau ada beruk datang komen. ahaha sapa makan cili dia pedas .

image

ini komen tak puas hati anontakdetelur tu yang meludah ludah tuh. Dalam entry pagi tadi iaitu Tutorial Lengkap Cara Lajukan Browser Facebook Anda .Tak de plak aku buat tajuk Tutorial Aku Cipta Sendiri Lajukan Facebook .Mungkin dia makan cicak kot tadi then taik cicak melekat dalam mulut tu yang meludah ludah sana sini. Bahaha. Pesal tah dia tak puas hati aku wat tutorial?aku ingatkan kalau wat entry panas je kena kritik. Nak tolong pun kena?memang betul la orang cakap dunia ni dah terbalik sekarang.

ok ini ayat tak puas hati dia. “ edit system 32?apa kena mengena dgn system 32 dgn speed kat fb?dah lah copy dari blog org lain pastu budget dia yg buat…ptui..

todia kita kena ptuih tu.haha.. Ada ka dalam tutorial tu aku cakap benda ni aku yang reka and aku la orang pertama yang menjumpai magik ni?katanya idea asal ni dari SINI tapi aku bukan amik dari blog dia. . Tapi tak pe la. terima kasih Abang HEHE .Anon tu la cakap . Aku dah creditkan ke dia.  Aku baca dari blog-blog  lain dan cuba, lepas tu aku buat tutorial ikut cara yang aku faham.. Lagi satu pasal copy dari blog lain tu .Ok jap aku nak tunjuk bukti

image_thumb[29]

gambar dalam entry pagi tadi

motif la orang yang nak buat tutorial ni nak datang tempat aku nak printscreen desktop laptop aku?haha. Aku buat tutorial bergambar supaya senang orang nak faham. Bukan semua orang hebat dan cepat faham macam ko anon.Bukan semua orang pandai omputih cam ko anon . Ko pandai, cerdik, bijak, betanggungjawab,amanah , fathonah ,berdedikasi,bekerjasama, berketerampilan,segak bergaya semua kau la .

Gambar dan penerangan semuanya aku olah sendiri. So what?Benda ni ada paten ke sampai orang lain tak boleh nak buat jugak?hihi~ini bukan plagiarisme. Sebab aku bukan copy sebijik sebijik pun. Orang pun kalau nak wat assignment dia akan rujuk dulu.then olah ikut ayat sendiri.Then aku dah creditkan pun ke entry asal.  Itu tak masuk dalam kategori plagiat. yeke?sila betulkan kalau salah. Saya budak baru belajar abang anon.Deymm~

dan terima kasih kepada Silverfire kerana memanggil kami fuggers. Fuggers betul!!#%%## betul .

image

So masalah settle. actually aku tengah tak da idea nak buat entry . Memang cari pasal la dia komen nie. Tq anon sebab bagi aku idea untuk update blog cabuk aku yang ko cakap copy paste tu kan?nanti dapat duit nuffnang banyak banyak aku belanja makan cicak goreng cicah sos.

harap dah tak bising bising dah sebab aku dah creditkan idea asal tu ke sana. Biseng betul la anon ni. Nak komen tu tak yah la jadi pengecut. And cakap la elok2. Tak payah nak bertuih2 sangat la. Nanti aku ptuih balik pakej sekali dengan kahak baru ko tau!!~~yarkss

Tutorial Lengkap Cara Lajukan Browser Facebook Anda

ramai yang merungut facebook lembab dan lambat loading dua tiga hari ni. Ada berita yang memberitahu ,masalah ni terjadi disebabkan gempa bumi tang berlaku di Jepun menyebabkan kabel bawah laut terjejas dan ada sedikit kerosakan. Untuk kali ni aku nak bagi tutorial macammana nak buat loading page facebook lebih cepat dan tak menyakitkan hati .

ADA 6 STEP UNTUK TURORIAL NI. SILA IKUT SATU PERSATU OKEHH!!

 
STEP 1. mula mula buka My Computer

image

STEP 2. Copy    perkataan nie   

 C:\Windows\System32\drivers\etc\    

pastu pastekan dalam address bar di atas sekali tu dan tekan ENTER..seperti contoh di atas
lepas tu akan jadi macam ni

image

STEP 3. anda nampak kan file yang bernama “hosts” ?open file tu . Right click dan pilih open with Notepad

image

bila dah open. Akan keluar file macam ini

image

STEP 4, JANGAN EDIT ATAU KACAU code lain.sekarang anda cuma perlu  pastekan perkataan dibawah ini dibahagian paling bawah file tersebut
pastekan perkataan ini

203.106.85.66 www.facebook.com
203.106.85.66 facebook.com

dan akan jadi seperti ini

image

STEP 5. lepas tu tekan SAVE .Pilih save as type –All Files dan gantikan file “hosts” tersebut

image

STEP 6 .dan siap. Browser anda akan menjadi laju sekarang. Kalau lambat jugak, memang ada masalah dengan berukben atau streamyx atau P1W1Max anda…

PERHATIAN : ada sesetengah pengguna yang menghadapi masalah TAK BOLEH SAVE file tersebut. Macammana untuk selesaikan masalah tu?senang ja. Ikut tutorial dibawah


Buka file “hosts” seperti di awal tutorial dan copy file tersebut ke Desktop.Edit seperti STEP 4 di awal turorial ini dan SAVE di DESKTOP .

image

kemudian Copy file “hosts” tersebut dan paste di bahagian awal tadi. Di C:\Windows\System32\drivers\etc\  (STEP 2).Gantikan file sedia ada dengan file yang telah anda edit .
 Dan siap untuk diguna

Sekian untuk tutorial kali ni. Harap korang faham. Ada masalah jangan segan segan untuk komen disini.InsyaAllah akan dijawab.



Terkini Di Jepun Gegaran Kuat Dijangka Akan Berlaku Lagi Esok

image

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan, menggambarkan gempa bumi yang melanda negara ini sebagai krisis terburuk di Jepun sejak Perang Dunia Kedua.

Keadaan bertambah suram ekoran laporan media yang memetik pakar sebagai berkata, terdapat 70 peratus kemungkinan akan berlaku satu lagi gegaran kuat menjelang lusa.

Penduduk di ibu negara Jepun ini pula mengalami situasi tidak menentu hari ini berhubung bekalan makanan dan elektrik, ekoran gempa dan tsunami yang berlaku di timur laut negara ini pada Jumaat lalu, manakala krisis nuklear belum menunjukkan tanda akan reda.

Rak-rak makanan di kedai-kedai dan pasar raya terus kosong dan banyak perkhidmatan kereta api ditutup apabila penduduk Tokyo kembali bekerja selepas hujung minggu dihabiskan dengan mengikuti siaran televisyen yang merakamkan imej-imej kemusnahan meluas di bahagian timur laut, kira-kira 250 kilometer ke utara ibu negara.

Lebih 100 perkhidmatan kereta api komputer di kawasan Tokyo dijadual ditutup separuh atau sepenuhnya, hari ini.

Panggilan telefon ke operator kereta api terbesar di negara ini, East Japan Railways Co. tidak berjawab disebabkan panggilan yang terlampau banyak.

Pembekal tenaga, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) awal hari ini mengumumkan pemutusan bekalan elektrik secara berjadual di Tokyo dan bandar raya sekitarnya untuk menjimatkan tenaga ekoran krisis di loji tenaga nuklear di kawasan gempa.

Sesetengah kedai kehabisan bekalan makanan berbungkus seperti mi segera, kari segera, tauhu, roti dan telur, sebahagiannya disebabkan masalah pengangkutan dan penghantaran, di samping pembelian panik oleh penduduk.

Turut mendapat permintaan tinggi ialah tauhu, dipercayai boleh membantu mengatasi keracunan radiasi kerana mengandungi iodin pada kadar yang rendah.

Namun tidak ada tanda berlaku panik di Tokyo, dengan kereta api komuter utama beroperasi dan pekerja pejabat keluar makan tengah hari seperti biasa. - Reuters

Gambar Panas Blogger Darkbatman Dan Nisa Kay Tersebar


masih ingat lagi dengan entry pagi tadi berkenaan adik batman iaitu Darkbatman dan sepupu Alicia Key iaitu Nisa Kay. Setelah seorang blogger popular lari membawa diri dengan gambar gambar panas yang sudah ditunjukkan dalam entry pagi tadi. Kini hati blogger tersebut makin diragut dengan kesedihan tahap cipan selepas gambar dibawah nie tersebar. Bersabarlah~~hahhaa



image

eh3x silap gambar..hahaha saja nak wat suspen…takkan la depa macam ni kan?wahaha..ini dia


image

acecece~~

akhirnya terlerai sudah ikatan kasih , janji setia, pautan kasih, ikatan mahligai ..caitt awat ayat macam kad kawin?


lagi gosip berkaitan SKANDALISME ini boleh terus kepada blog “PATAH HATI”..haha..lek bro~~(sekarang sila play lagu Patah Hati by Sudirman)
Patah hatiku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri
Tak tentu haluan ..bersambung di SINI
image

bro muka sekupang patah hati.haha. Nisa Kay muka berkupang kupang senang hati. hihi
dan nak selitkan something yang lawak dalam entry pagi tadi.baru aku perasan lepas ondscene komen di entry pagi tadi

image

photo yang last tu photo ni la

image

bahaha aku baru perasan.kaki nisa ok. kaki Batman?er..lalala~~wahahahha.tak jadi gua nak amik luolang jadi model banner kedai murukku mak gua sebab mak gua nak cari model pakai kasut but pegi kebun..hahaha



p/s : dapat idea nak wat tajuk tu pas Darkbatman suruh ..bahaha..blogger pon dah macam artis dah aku nengok sekarang.Gosip memanjang!!

Gambar Dari Satelit Negara Jepun Sebelum dan Selepas Gempa Bumi

usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update