Penyanyi 50cent Persenda Bencana Jepun
Bintang rap Amerika Syarikat (AS) 50 Cent dikecam hebat kerana mempersendakan bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun menerusi akaun Twitter miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Selepas mendengar berita tentang beribu-ribu orang yang terkorban dalam gempa sekuat 9 pada skala Richter itu yang melanda timur laut Jepun pada Jumaat lalu, 50 Cent atau nama sebenarnya Curtis James Jackson III terus menghantar komen di laman sosial berkenaan.
"Wah berita ini (bencana alam) amat serius. Kalau begitu kita memerlukan semua cangkul dari Los Angeles hingga ke Hawaii (untuk menggali kubur bagi mengebumikan mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami)," kata penyanyi itu.
50 Cent yang popular menerusi album Get Rich or Die Tryin itu turut menulis singkatan LOL yang bermaksud ketawa terbahak-bahak selepas komen tersebut.
Penyanyi berusia 35 tahun itu, bagaimanapun, memohon maaf tidak lama kemudian selepas dia dikecam ramai pengguna Internet.
mungkin dia rasa benda ni lawak kot?ermm entah la
nah sekian itu artikel postingan tentang Penyanyi 50cent Persenda Bencana Jepun semoga sharepaste dapat memberikan tebaik untuk anda , jangan lupa ada yang terkait tuh di bawah ini dan ada juga yang musti kamu baca lewat daftar isinya ^_^