usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

KBU WE CARE : Kembara Ramadhan Kami Blogger Utagha Bersama Warga Tua Dan Anak Yatim Part 2 : Edisi Dialog

Kalau ada yang dah baca entry sebelum ini yang part 1 punya mesti dah tahu bout event yang Kami Blogger Utagha buat pada 20 Ogos lepas. Entry bahagian kedua ni actually aku nak publish 2hari lepas lagi tapi agak busy dan broadband pun dah habis limit dah . So nak upload kemain lombap jah. Rasa nak hempuk hempuk je laptop ni kat dinding bila nak bukak wall facebook pun macam nak tengok video kat youtube.

Harini ,pepagi ni tetiba ja laju sikit. sikit je tupun nak mampos lambat. So aku nak sambung entry KBU WE CARE : Kembara Ramadhan Kami Blogger Utagha Bersama Warga Tua Dan Anak Yatim Part 1 . Entry bahagian kedua ni more to gambar gambar jugak . Ofkos la bila update pasal event semua gambar nak sumbat. Tapi aku lain okeh. Aku bukan jenis nak sumbat gambar sendiri bebanyak. kalau boleh dalam entry aku , satu gambar sendiri pun aku tamau masuk. Alaa kite manewww hensemmm (emo)

Dah tak ada keja so aku masukkan je la caption and skrip dalam gambar gambar yang aku rasa boleh masuk. hehe

DSCF0217 [1024x768]

Kak Shida yang semangat nak letak ribbon atas kereta masa nak konvoi ke Kg Padang Melangit

DSCF0203 [1024x768]

297715_1803744227804_1665822561_1429559_2266043_n

Cik GKSB admin besar yang asyik gelak .

299285_1803742707766_1665822561_1429554_3172334_n

 

320040_1803745987848_1665822561_1429565_4505422_n

 

306335_1803751867995_1665822561_1429578_1214754_n

kemain Naqiah .Dahsyat sampai macam tu sekali nak berbuka puasa. haha

DSCF0252 [1024x768]

 

DSCF0278 [1024x768]

 

DSCF0263 [1024x768]

…………………………………………………………………………………………………………………….

dan semasa di Dataran apatahnamataktau

20082011389

20082011387

 

DSCF0314 [1024x768]

Dan yang terakhir dan   terspesel

nazri

selamat hari raya buat pasangan secocok yang aku dah buatkan kad raya semalam. hehe.Tapi ada cerita lawak dsebalik pembikinan poster ni. Diam diam sudah tamo cita. ahaha.

sempat mmerinsekerin statement panas dari Syakira Yaakub regarding the issue or gosip ni.ahaha

image

alahhh nak berkias kias pulak dah. Banyak pulak word andai andai ni. haha. Jangan nak kemalumaluan sangat la kan?

jahat gila aku ni. tapi ok what?Gembira tengok kebahagiaan orang lain kan?(larikk)

ini ja yang aku sempat buat caption. Kepada yang tak ada tu sorry morry la ek sebab mungkin gambar anda tak berapa nak boleh buat skrip. Aku cari ikut kesesuaian dan kalau buat jugak nanti takut ada yang terasa pulak. Kita mana tau hati masing masing kan?hehe

So kepada semua ahli member dan rakyat Blogger Utagha dan semua blogger, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya , maaf zahir batin kalau ada apa apa salah atau kesilapan yang mungkin tak disengajakan dan mungkin tak terperasan terbuat dekat anda anda dan anda.

Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2011 : Selamat Hari Raya Semua

Tinggal beberapa hari ja lagi sebelum kita nak habiskan Ramadhan tahun 2011 ni. Persiapan raya korang semua macammana?baju dah siap?Kuih dah buat?Yang dah kerja  tu, duit dah tukar ?siapkan untuk bagi kat budak budak nanti. And ada tak yang dah hantar kad raya? Hopefully raya tahun ni kita beraya dengan gembira tapi tak membazir. Aku raya sikit sikit ja tahun ni sebab duit banyak nak guna untuk masuk sambung degree lepas raya nanti. Mana nak cari rumah sewa lagi. nak bayar yuran lagi. So raya sikit sikit sudah ler…Bila pulak nak tengok anak bulan syawal?haa sini

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja- Raja hari ini mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah, memetik Bernama.

Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan; dan Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.

Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah.

KBU WE CARE : Kembara Ramadhan Kami Blogger Utagha Bersama Warga Tua Dan Anak Yatim Part 1

dah 4hari berlalu event ni. Baru harini aku berkesempatan untuk update event yang diadakan oleh Kelab Blogger Utagha dimana kami dari kalangan blogger di bahagian utara iaitu Perlis Kedah Penang dan Perak berhimpun dan beramal. Berblogging tak semestinya cuma untuk bersuka suka ria dan bergosip gosip tapi dalam masa yang sama kita boleh jugak  beramal tambahan dalam bulan Ramadhan yang mulia ni. Berkongsi dengan yyang memerlukan adalah satu amalan mulia.Kesenangan dan kemewahan yang Tuhan berikan kepada kita sepatutnya dikongsikan dengan mereka yang memerlukan. Sharing kan Caring.  Ini adalah bahagian pertama update event ni. Ada beberapa part lagi selepas ni sebab terlalu banyak gambar yang aku dapat dari event ni.
Ini adalah version “Rabu Tak Kata Apa Apa “ yang dipenuhi dengan aksi aksi keterlanjuran semua blogger yang menyertai. Kalau dah jumpa, memang havoc habis blogger utara ni. ye la orang utara kan peramah. betui dak?(FAKTA)
banner program . Tak tahu la siapa yang buat ni. Tengok tengok dah wujud dah didunia maya dan alam nyata.
PERHATIAN : beribu ribu gambar akan muncul. So kepada yang nak terberak tu, elok sangat la bukak dan pergi berak dulu pastu mai sini tengok balik sebab loading page akan menjadi tahap cipan lembap kepada mereka yang gunakan berukben. Biasa la dah hujung hujung bulan ni bandwith dah nak habis kan?hehe
Part 1 ni kita move on to kepada mereka mereka yang hadir dulu k.
311603_1803739547687_1665822561_1429546_5510842_n
KBU Care for those who needed
DSCF0199 [1024x768]
Mikro Kukus
DSCF0198 [1024x768]
Cik Zai Penang yang bawak kereta sumpah laju nak …….. Ligan tak dapat weh
DSCF0201 [1024x768]
satu satunya makhluk tuhan yang pakai baju kuning. Bila ditanya bila nak beli baju KBU (nanti la aku beli jawab dia).haha
DSCF0204 [1024x768]
3 orang yang aku sangat segan nak tegur malam tu. Yala aku kan pemalu. haha: Atin , Tatia dan Fatyn
DSCF0208 [1024x768]
#retis Siti Jusiza (memang patut pun orang panggil #retis.sepanjang perjalanan karaoke. haha)
DSCF0209 [1024x768]
#retis kedua iaitu Naqiah Othman
DSCF0214 [1024x768]
abaikan tudung merah tu. Gambar dia dah ada kat atas .haha. ini adik beradik Anith dan Abil Chan. baru sekarang aku tau kenapa nama facebook dua orang ni panjang. Chan tu comes from nama ayah rupanya.
DSCF0225 [1024x768]
Kak Adish Shida dan Pakcu Sofi Admin KBU
DSCF0255 [1024x768]
pengasas, peneraju, penaung,pengerusi,perancang apa lagi semua dia la. Ini dia Cik GKSB Admin KBU (yang belakang tu wat comei plak)
Ceti KBU iaitu Syakira Yaakub.Comell!!upss..haha
DSCF0271 [1024x768]
awat yang dua kanan tu rasa macam dah byk kali ada gambar ni?Arhhh awat byk sgt gambaq depa. haha. Dari kiri : Farhana , Nur Lina Jamal , dia dan dia. kah3x
DSCF0304 [1024x768]
aduhh terlupa dua orang ni. sapa ek?ermmm
DSCF0305 [1024x768]
Nadh Zher Ee (Nazri kan senang ..grrr)
294736_1803753388033_1665822561_1429582_8314083_n
Nora Amila (awat muka sama ek)
304115_1803751347982_1665822561_1429577_5653980_n
Remaja Boroi (tapi tak boroi pon. Diet dah kot )
294829_1803738387658_1665822561_1429544_5391773_n
jejaka yang hadir. Walaupun sikit tapi cukup untuk membisingkan keadaan dan  buat kecoh di Majlis ni. (sila ambil perhatian yang kedua dari kanan tu adalah aku ..nak jugak!!!)
300132_1804280041199_1665822561_1430423_5956636_n
Photographer rasmi Nadzli Azlan
305468_1803758108151_1665822561_1429593_5776703_n
Munet dan …errr lupa ..otak beku!!
………………………………………………………………………………………………………………….
Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Warga Emas dan Anak Yatim
335151_2213132601571_1045211814_32620692_1441055_o
agaknya apa la yang sedang Tok Wan ni fikirkan?
sumbangan KBU sebelum dibungkus. Alhamdulillah keseluruhan sumbangan yanng dikutip berjumlah 1.3k (kalau tak silap) dapat meringankan sedikit sebanyak kesusahan tambahan nak hari raya ni. Sumbangan berbentuk keperluan harian, Al Quran, sejadah telekung etc.
Sumbangan untuk 40 orang warga emas dan 10 orang anak yatim
Sumbangan untuk warga Emas
sumbangan untuk anak anak Yatim
aku sendiri rasa happy sangat bila dapat tengok anak anak yatim ni senyum.
305924_1803747747892_1665822561_1429568_2491101_n (1)
salah seorang di dalam gambar ini adalah pelakon terkenal. Cuba teka (yang join iftar ni dok diam ok. haha
Keluarga KBU. We Are Once And Forever Will Be . InsyaAllah
Overall majlis ni memang besss gilak dan antara gath terbesar pernah aku join bersama KBU. Aicehh padahal baru 2x join event. Walaupun mungkin sumbangan ini tak banyak, tapi alhamdulillah, niat semua ahli KBU untuk membantu mereka yang memerlukan tercapai dengan jayanya. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima dan atas kesedaran tu , kami Blogger daru Utara rasa bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada masyarakat sekeliling dan menjadi masyarakat prihatin.
Bersambung di Bahagian kedua  okehhh..








Sumbangan Ikhlas RM 1 Seorang Kepada yang Memerlukan

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Seringgit mungkin tidak bermakna apa apa kepada mereka yang bersenang lenang dengan kekayaan dunia. Tapi bagaimana pulak dengan mereka yang memerlukan ?Seringgit dari anda sangat bermakna bagi mereka. Berita ni aku ambil dari blog kak anastasyea berkenaan seorang pemuda yang memohon bantuan  dan jasa baik rakyat Malaysia untuk mendapatkan RM 2000 bagi kos membeli peralatan untuk pembedahan mata ibu tersayang yang tidak dapat amelihat kerana penyakit .

Sumbangan ikhlas  boleh disalurkan melalui akaun bank Islam Hazimah Mat Hassan (ibu Mohd Firdaus), nombor akaun 03036020176725.

KOTA BAHARU, 21 Ogos (Bernama) -- Tidak sanggup melihat penderitaan ibunya yang sering menahan sakit kepala sejak sepuluh tahun lalu sehingga hilang penglihatan, seorang anak memohon bantuan orang ramai menghulurkan sumbangan RM2,000 untuk membantu ibunya menjalani pembedahan mata.

Mohd Firdaus Abdullah, 23, dari Kampung Kubang Siput, Pasir Hor, berkata ibunya, Hazimah Mat Hassan, 48, disahkan menghidap penyakit mata Glaukoma dan hilang penglihatan sejak empat tahun lalu.


Katanya doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian mengesyorkan beliau membuat pembedahan untuk meletakkan peralatan khas bagi membolehkannya melihat semula.
"Kos perubatan ditanggung HUSM, tetapi kami harus menanggung kos untuk membeli peralatan khas itu berharga RM2,000 tetapi kami tidak mampu.


"Dengan hanya bergantung pada pendapatan ayah, Awang Abdullah, 59, yang mengambil upah menoreh getah, tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup kami lima beranak, apatah lagi untuk membiayai pembedahan emak yang mahal," kata anak sulung daripada tiga beradik yang masih menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah, kepada pemberita di sini. Sementara itu, Hazimah berkata penyakit mata berkenaan dialami setelah saraf pada bahagian matanya rosak dan dia pula sering mengalami sakit kepala.


"Sejak 10 tahun lalu, saya mengalami sakit di dalam mata dan bahagian kepala, lama-kelamaan mata hitam saya bertukar menjadi warna kelabu, malahan semakin lama, pandangan semakin kabur dan sehingga kini kedua-dua mata langsung tidak dapat melihat," katanya.


"Saya tetap akan berusaha untuk menjalani pembedahan bagi memulihkan penglihatan, saya tidak sanggup untuk terus membebankan keluarga terutama suami yang bekerja mengerah keringat dan terpaksa meluangkan masa untuk menjaga saya sepanjang masa," katanya.

Bagi mereka yang berhasrat untuk menyalurkan sumbangan boleh menghubungi Mohd Firdaus di talian 014-9035423. – BERNAMA

 


Sumber Rujukan: Sumbangan Ikhlas RM1 Seorang Untuk Pembedahan Mata | Anastasyea Aida | Blogging is a Smart SEO Strategy


Kenangan Berpuasa Masa Kecik Aku Yang 18SG

Sempena hari sabtu yang mulia ni (bukan jumaat je mulia . hari hari mulia) aku nak mengenang balik kisah kisah lama aku time kecik kecik dulu. Sekarang pun kecik lagi cuma dulu comel . demm muntah . 21 kecik g kan?Hari hari buat entry SEO sekali sekala nak jugak manjakan blog aku dan tangan aku menaip banyak sikit.

Dulu dulu masa kecik bulan ramadhan adalah bulan yang paling aku tak mau tunggu. Tapi bulan raya adalah paling nak tunggu. Kalau boleh nak skip sebulan dalam kalendar suruh orang yang buat kalendar tu skip bulan puasa bagi tak wujud. Apasal la aku jahil gila time tu aku pun tak tau.watdepak?(ehh bulan posa takleh carut2)

Yala standard la budak budak tak suka posa kan?Posa kan lapar. Aku ni pulak kalau dah lapar jenis nak jadi King Kong .Dulu masa aku sekolah sekolah rendah kan , aku selalu buat benda ni . Gua harap mak gua tak baca entry ni. Kalau tak dia mesti kecewa beranakkan aku. Sorry mak. ahaha. Ini entry kenangan aku berpuasa. or ekceli kenangan tak berpuasa aku rasa.haha

1 : Masuk dalam bilik air pastu minum air paip

aku pun tak tau sebab apa aku boleh dengan penuh selera mentekedarah air paip macam hirup sebotol Twister Oren. Ekceli bukan dalam washroom tapi dalam jamban. Bila diingatkan balik. Sanggup aku minum guna paip yang orang guna basuh berak. Demm33x patut la otak aku tak cerdas bila dah besar ni. Rupa rupanya sebab tu. (18SG sebab penuh dengan aksi meloyakan..yarkss)

aku bukan duduk dalam baldi macam tu weh

2 : beli air kotak kat kedai senyap senyap pastu korban beramai2

Kedai kat kampung aku ni dia kira nak untung ja. Bukan dia kisah pun budak budak nak beli air kotak. So peluang keemasan tu digunakanlah oleh aku and member2 aku yang sekepala setan dengan aku untuk melampiaskan nafsu kebuluran kami. Duit lebih mak bagi sekolah beli air kotak sekotak simpan dalam beg. Aku ingat lagi ,aku selalu beli Marigold Oren. Masa tu dalam 8posen ja kot. Sumpah enak rasanya tambah2 bulan puasa lagi.perhh~ Pastu balik rumah tak minum lagi. Lepas aku dah sebat air paip yang aku cita tadi. Aku keluar ke tempat lepak kami iaitu tali air di tepi sawah kat rumah aku. Sebat air kotak ramai ramai. Arhh jahat betul wat jahat beramai ramai. Kenapa la time tu tak ada orang tua yang nampak dan libas aku dengan kayu . Kalau tak mesti aku dah insaf dari kecik kecik g. Bukan salah aku tapi salah orang orang tua yang tak nampak aku buat jahat.haha

ni la air kotak yang aku rembat tu

3. Masuk dapur senyap senyap time mak tak ada.

Selalunya lebihan sahur mak aku tak basuh g dan memang hari hari ada nasik nasik lebih masa sahur. Bila mak aku keluar sembang ke, keluar ke kedai ke. Aku pun mulakanla mission aku melantak sekenyang kenyangnya sebelum buat muka inesen macam puasa. Memang kenyang gak r. Untuk menghapuskan bukti bukti di tempat kejadian. Aku basuh la semua tu . Acece bajet anak mithali la tolong mak basuh pinggan semua. Padahal dah tibai habis makanan tu.ahaha.kejadah hapa perangai lagutu (kalau mak nampak memang aksi paip berterbangan ke tengah belakang akan berlaku)

4. Buat buat gastrik sebab nak bukak puasa

Sebenarnya masa kecik kecik dulu mana tau perkataan gastrik tapi sebab nak bagi aku punya entry nampak modern sikit so guna gestrit ni. Dulu dulu buat2 sakit perut adalah perkara biasa dan normal dibuat oleh seorang kanak kanak cerdik pandai macam aku. Alasan untuk berbuka puasa la tu. Padahal bukan sakit perut tapi pandai je berlakon. Kemain berlakon pegang pegang perut macam sakit. Dan yang sronoknya , menjadi jugak lakonan tu bila mak cakap “p la bukak”. Aku rasa tu la ayat paling heaven dibulan puasa.haha. So pengajarannya kepada ibu dan bapak zaman sekarang, sila jangan percaya dengan tipu helah anak anda tu ok. ahaha padan muka kau budak budak zaman sekarang. Aku budak zaman dulu dulu tak pe.

TAPI ITU DULU!!sekarang aku dah baik dah. Dah jadi anak yang baik dan dah tak buat2 sakit perut lagi. Puasa dah penuh dah. Mana ada tinggal weh. Umur dah 21 tahun dah wajib puasa penuh kalau tak macammana aku nak kawin kan?Huii ada hati dah nak kawin. Sekian entry merapu dari aku .

**apa pulak pengalaman korang semua masa bulan puasa  nie?cer kongsi cer kongsi!!

ENTRY SEBELUM NI : Belasah Isteri Sebab Tak Mau Buat Seks Lepas Sahur

 

usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update