Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2011 : Selamat Hari Raya Semua
Tinggal beberapa hari ja lagi sebelum kita nak habiskan Ramadhan tahun 2011 ni. Persiapan raya korang semua macammana?baju dah siap?Kuih dah buat?Yang dah kerja tu, duit dah tukar ?siapkan untuk bagi kat budak budak nanti. And ada tak yang dah hantar kad raya? Hopefully raya tahun ni kita beraya dengan gembira tapi tak membazir. Aku raya sikit sikit ja tahun ni sebab duit banyak nak guna untuk masuk sambung degree lepas raya nanti. Mana nak cari rumah sewa lagi. nak bayar yuran lagi. So raya sikit sikit sudah ler…Bila pulak nak tengok anak bulan syawal?haa sini
nah sekian itu artikel postingan tentang Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2011 : Selamat Hari Raya Semua semoga sharepaste dapat memberikan tebaik untuk anda , jangan lupa ada yang terkait tuh di bawah ini dan ada juga yang musti kamu baca lewat daftar isinya ^_^Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja- Raja hari ini mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.
Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah, memetik Bernama.
Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan; dan Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.
Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah.