usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Video Persembahan Najwa Latif Dan Greyson Chance Di AIM-18

NAJWA LATIFGreyson Chance

gambar kredit to Selebriti Sensasi

Pastinya ramai yang menunggu persembahan Najwa Latif dan Greyson Chance, dua orang remaja yang seorangnya dah jadi fenomena di dunia dan seorang lagi sedang meniti tangga kejayaan di Malaysia . Kedua duanya ada keistimewaanya tersendiri. Dua dua suara sedap. Dan dua dua artis Youtube. Greyson ni memang aku puji la suara dia. Tak padan langsung dengan badan dia yang kecik tu. Suara bukan main besor. Najwa Latif pulak mulanya memang nampak agak gugup masa berjalan ke arah piano tapi lepas tu dia dapat sesuaikan diri. Mungkin nervous kot buat persembahan depan beribu ribu artis lain di Malaysia. Sebutan dia aku memang salute habis la sebab tak dengar Melayu. haha.

 

Apa pun Najwa Latif memang sangat sangat bertuah sebab diberi peluang yang macam ni. Bukan senang nak dapat peluang buat persembahan macam ni . Dalam AIM pulak tu kan? Makin bertambah la kepopularitian si Najwa ni. Tapi idea aku untuk semalam, lebih menarik kalau Greyson main piano dan Najwa Latif main gitar.Both with their specialities. Mesti nampak lebih menarik kan persembahan tu??

 

Check it out video persembahan Najwa Latif dan Greyson Chance dengan lagu Papparazi

Well done to both of them . tapi ada jugak suara suara tak puas hati di Twitter semalam yang tak setuju artis luar dibawa masuk ke dalam majlis anugerah di malaysia. Apa pendapat anda?

Keputusan Penuh AIM 18 , 2011

Ramai betul yang masuk ke entry Live Streaming AIM 18 2011 yang aku buat tadi. Dan AIM 18 baru melabuhkan tirainya malam ini dengan gilang gemilangnya. Dibawah ni adalah keputusan penuh mengikut Kategori yang dipertandingkan . Sumber dari Abg Nara


PEMENANG KATEGORI ARTIS BARU TERBAIK
– Najwa
PEMENANG KATEGORI LAGU POP TERBAIK
– Sedetik Lebih (Anuar Zain)
PEMENANG KATEGORI LAGU NASYID TERBAIK
– Pedoman (Nora Feat V.O.U)
PEMENANG KATEGORI LAGU POP ETNIK TERBAIK
– Joget Tak Senag Hati (Adibah Nor)
PEMENANG KATEGORI LAGU INGGERIS TERBAIK
– Got To Go (Najwa)
PEMENANG KATEGORI PERSEMBAHAN VOKAL B’KUMPULAN TERBAIK
– Beribu Sesalan (Jac,Ning,Shila Hamzah)
PEMENANG KATEGORI LAGU ROCK TERBAIK
– Pelita (A.P.I)
PEMENANG KATEGORI VIDEO MUZIK TERBAIK
– Susun Silang Kata (Aizat)
PEMENANG KATEGORI LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK YG DIPERSEMBAHKAN OLEH ARTIS LUAR NEGARA
– Ku Menunggu (Rossa)
PEMENANG KATEGORI KHAS ARTIS MOBILE CELCOM TERBAIK
– 6ixth Sense
PEMENANG KEMBARA
– Yuna
ANUGERAH SRI WIRAMA

– Beh Suat Pheng
PEMENANG PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI)
– Sedetik Lebih (Anuar Zain)
PEMENANG PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA)
– Penakut (Yuna)
PEMENANG LAGU TERBAIK AIM 18
– Penakut (Yuna)
PEMENANG KATEGORI ALBUM TERBAIK AIM 18
– The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid (Sheila Majid)

bagi yang tak berkesempatan untuk tengok secara live, boleh checkout artis kegemaran anda di AIM 18 di blog BUDIEY. Antara yang disediakan oleh budiey adalah :

Live Streaming AIM 18 2011

LIVE+STREAMING+AIM+18+ANUGERAH+INDUSTRI+MUZIK+2011

Ramai betul yang mencari Live Streaming AIM18 malam ni. Mungkin sebab ramai yang sibuk dan tak sempat nak mengadap TV kot. Aku berusaha jugak la mencari Live Streaming AIM ni tapi satu pun tak jumpa. Baru eksaited nak tengok sebab borink malam ni tak ada apa nak buat. Rumah sewa plak tak ada TV... ciss..

jadi untuk menggantikan Live Streaming, anda yang nak tahu perkembangan terkini dan update terkini AIM 18 boleh la dapatkan tweets dari beribu ribu peminat AIM yang tengah menonton dan buat Live STreaming dalam bentuk Tweets. kemain laju update tweeter pasal AIM ni.

Boleh dapatkan tweets di

 

  1. @AIM182011 atau klik

 

Memang banyaik gila update. Setiap saat ada ja yang diupdate.

 

SENARAI PENCALONAN

ARTIS BARU TERBAIK

  1. James Baum
  2. Kyoto Protocol
  3. Najwa
  4. Project Pistol
  5. Reza Salleh

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (LELAKI)

  1. Anuar Zain – Sedetik Lebih
  2. Azlan & The Typewriter- Jeritan Batinku
  3. Black – Sofea Jane
  4. Reza Salleh – What The Hell Just Happened I’m Not Really Sure
  5. Tam Spider – Kitasatu

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (WANITA)

  1. Anita Sarawak – Asmara
  2. Jaclyn Victor – Noel
  3. Najwa – How Long Must I Wait
  4. Yuna – Penakut
  5. Yuna – Gelora Jiwa

PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DALAM LAGU

  1. Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah – Beribu Sesalan
  2. A.P.I – Pelita
  3. Caipifruta – Menceceh Bujang Lapok
  4. Dayang Nurfaizah & Marcell – Sayang
  5. Inteam – Salamun Salam 2

KULIT ALBUM TERBAIK – Pereka

  1. Kasi Gegar Entertainment – Urusan Aizat Amdan (Aizat Amdan)
  2. Aidi Idham – Lonely Soldier Boy (Hujan)
  3. Subky Hj Bebit & Hafiz Mohtar – Bumi Akhir Usia (Mirwana)
  4. Martojaks – Cherry Blossom Love (Pop Shuvit)
  5. Zel Atif – Decorate (Yuna)

RAKAMAN ALBUM TERBAIK – Jururakam

  1. Keith Yong & Nick Lee – Urusan Aizat Amdan (Aizat Amdan)
  2. Adam Sofian – Indah (Atilia)
  3. Ully Muhammad – Lonely Soldier Boy (Hujan)
  4. Audi Mok- Dewa (Ning Baizura)
  5. Keith Yong – Realize (Reza Salleh)

VIDEO MUZIK TERBAIK – Pengarah

  1. Ahmad Farish – Susun Silang Kata (Aizat Amdan)
  2. DJ CZA – Kotarayaku (Altimet feat Noh Hujan)
  3. Yusry KRU – Sedetik Lebih (Anuar Zain)
  4. Tan Chee Meng- Karma (Faizal Tahir)
  5. Ahmad Farish – Inspektor Remos (Hujan)

LAGU POP ETNIK TERBAIK

  1. Adibah Noor – Joget Tak Senang Hati
  2. Amirah Ali – Katakanlah
  3. Castury feat Ayati Tasrip – Santun Berpesan
  4. Mawi & Akhil Hayy – Hambamu
  5. Zalee Redang – Falsafah Laksamana

LAGU NASYID TERBAIK

  1. Devotees – Hadirnya Cahaya S.A.W
  2. Nazrey Johani – Permata Hati
  3. Nora feat VOU – Pedoman
  4. Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart – Bebas Palestin
  5. Saujana- Pahlawan Gaza

LAGU ROCK TERBAIK

  1. Pelita – A.P.I
  2. Ekstravaganza – Bunkface
  3. Pokok – Meet Uncle Hussain feat Hazama
  4. Wanita Seluruh Dunia – Project Pistol
  5. Kitasatu – Spider

LAGU POP TERBAIK

  1. Beribu Sesalan – 3 Suara
  2. Sungai Lui – Aizat Amdan
  3. Sedetik Lebih – Anuar Zain
  4. Dengarkanlah – Sheila Majid

LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK

  1. Years From Now – Aizat Amdan
  2. Innocent Soul – Najwa
  3. Got To Go – Najwa
  4. What The Hell Just Happened I’m Not Really Sure – Reza Salleh
  5. Stracciatella – Reza Salleh

LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK OLEH ARTIS LUAR NEGARA

  1. Insha Allah – Maher Zain
  2. Indahnya CInta – Nidji
  3. Sahabat Selamanya – Padi
  4. Ku Menunggu – Rossa
  5. Bunga Mimpi – Sandhy Sondoro

SUSUNAN MUZIK TERBAIK DALAM LAGU – Penggubah

  1. Helen Yap – Asmara (Anita Sarawak)
  2. Edry KRU – Sedetik Lebih (Anuar Zain)
  3. AG – Jeritan Batinku (Azlan & The Typewriter)
  4. Syed Shahir Faisal – Jeritan Batinku (Sheila Majid)
  5. Jenny Chin – Ku Mohon (Sheila Majid)

ALBUM TERBAIK

  1. 3 Suara – Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah
  2. Urusan Aizat Amdan – Aizat Amdan
  3. Sayang & Cahaya – Dayang Nurfaizah
  4. Dewa – Ning Baizura
  5. The MPO Celebrates 25 Years of Sheila Majid – Sheila Majid

 

SUMBER

Kim Kardashian Fail Permohonan Cerai Terhadap Kris Humphries




Petikan dari MstarOnline
BINTANG realiti, Kim Kardashian, 30 dilaporkan telah menfailkan penceraiannya terhadap suaminya bintang bola keranjang NBA, Kris Humphries, 26 selepas berkahwin selama 72 hari.
Berita tersebut disahkan oleh pengacara E! News, Ryan Seacrest melalui laman Twitter miliknya semalam yang memberitahu Kim sendiri telah memberitahu perkara itu kepadanya selepas laman gosip TMZ mendedahkan mengenai perkara itu.
Kim dikatakan menfailkan perceraian mereka dengan alasan tidak mempunyai persefahaman dengan suaminya itu.
Dalam pada itu, sumber rapat dengan pasangan itu memberitahu, sebab utama perpisahan mereka adalah kerana Kim tidak mahu berpindah ke Minnesota tempat asal suaminya.
Kris pula dikatakan tidak mempercayai mengenai penceraian dan masih tidak mengetahui tindakan isterinya.
Kim dan Kris sebelum ini telah melangsungkan perkahwinan mereka yang bernilai USD10 juta di Montecito, California pada 20 Ogos.
Antara selebriti yang hadir pada perkahwinan itu ialah Demi Lovato, Eva Longoria, Eduardo Curz, Ryan Seacrest, Julianne Hough, Brody Jenner, Avril Lavigne, Scottie Pippen dan Lindsay Lohan.

Berita ini disahkan lagi oleh Tweets dari @ryanseacrest mengatakan yang Kim telah memfailkan permohonan cerai dan dokumen rasmi perceraian Kim
image
Ada sumber yang mengatakan Kim tidak sehaluan dengan suaminya setelah Kris tidak mempunyai pekerjaan kerana mempunyai krisis di NBA dan hanya bergantung harap pada duit Kim Kardashian saja. Apa apa pun, kepada peminat Kim, tunggu je lah apa pengakhiran cerita ni.

sumber : mstar dan Ohbulan

Pian Cecupak Syok Sendiri : Nak Kahwin Model !!

 

Alahai Pian Cecupak , apa nak jadi dengan Pak Cik Pian ni. Tak habis habis dengan kontroversi supermurahan. Kalau sebelum ni dengan isu suntikan kolagen ,sampai memaki hamun macam ni

kini Pak Cik Pian tampil lagi bergaya dengan isu kahwin pulak. bukan kahwin dengan orang biasa biasa, bukan dengan janda anak dua, tapi dengan model jelita anak dara yang cun melecun pinggang ramping body cutting .

 

Pak Cik Pian sebelum ni dengan seronoknya keluarkan statement menjalinkan hubungan cinta dengan model sambila dari Sungai Petani iaitu Aida Hazira Adi Razman , 21,

 

“Hubungan cinta kami terjalin secara serius sejak seminggu lalu dan kini merancang mendirikan rumah tangga bersama malah keluarganya ada memberitahu akan menerima saya seadanya jika ditemukan jodoh,” katanya

TAPI, tu semua hanyalah propaganda dan kontroversi murahan terbaru dari Pak Cik Pian. Kalau sesiapa yang ada beli Metro harini , baca la dalam tu cerita yang memalukan ni.

dan statement Aida Hazira dalam Metro hari ni :

AIDA...hanya berkawan dengan Pian Cecupak.

KUALA LUMPUR: “Saya tidak pernah merancang untuk berkahwin dengan Pian Cecupak dan saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia, kononnya kami bakal berkahwin.

“Saya tahu Pian sengaja mengeluarkan kenyataan itu untuk mencari publisiti murahan,” kata model sambilan, Aida Hazira Ahmad Razman, 23.

Aida Hazira membidas kenyataan yang dikeluarkan pelakon yang pernah muncul dengan kontroversi suntikan kolagen iaitu Mohd Rafiq Abdul Rahman, 41 atau Pian Cecupak kononnya mereka merancang untuk berkahwin.
Harian Metro Sabtu lalu melaporkan Pian memberitahu media dia sudah berubah sepenuhnya dan kini merancang untuk mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama wanita idaman yang juga seorang model sambilan, Aida Hazira dalam masa terdekat jika ditemukan jodoh.

Aida ketika ditemui di Ampang Park, di sini, semalam melahirkan rasa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon terbabit dan menafikan sekeras-kerasnya dia pernah merancang untuk berkahwin dengan selebriti itu.

 

Pian pian, apa nak jadi la dengan ko ni. Tak habis habis bermasalah. Ingatlah sikit diri tu dah makin berumur. Udah udah ler berkontroversi. Dari mencari publisiti murahan macam ni , lebih baik pergi jual goreng pisang tepi jalan.Dapat jugak duit lebih,  Tak ada la malukan diri sendiri. Dulu kata nak jadi Dafi, sekarang nak kawin model pulak.. huiyoooo!!! kalau la aku jadi macam ni, mau korek tanah sembunyi kepala dalam tu sebab malu sangat.

Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia : Jenazah Selamat Dikebumi

SHAH ALAM: Jenazah Allahyarham Penyanyi Datuk Ahmad Jais,75, atau nama sebenarnya Mohd. Jais Ahmad selamat dikebumikan kira-kira pukul 2 petang, di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini, Selasa.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.30 pagi Selasa di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC ) di sini.

Allahyarham meninggalkan lima cahaya mata dan 13 orang cucu.

Menurut anak keempat beliau, Maimun, 31, doktor mengesahkan kematian Allahyarham adalah disebabkan komplikasi penyakit paru-paru.

Kata Maimun, Allahyarham meninggal dunia di sisi beliau dan adik bongsunya iaitu Mashitah Mohd Jais, 25.

"Sejak semalam keadaan ayah bertambah kritikal dan doktor menasihati supaya kami bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Saya dan adik bersama Allahyarham sejak semalam dan sempat membacakan surah Yassin sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir pagi ini (Selasa)," ujarnya.

Selain Maimun dan Mashitah, tiga lagi anak Allahyarham ialah Mohamad Iskandar Mohd Jais, 45, Mohd Iesham, 43 dan Salawati, 30-an.

Jenazah sebelum itu dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini untuk dikapan dan disembahyangkan.

Peminat dan rakan artis penyanyi veteran itu kelihatan berkumpul di perkarangan masjid untuk memberikan penghormatan terakhir terhadap beliau.

Antara artis yang kelihatan adalah Datuk A. Rahman Hassan, Datuk Sharifah Aini, Uji Rashid, Hail Amir, Aziz Satar dan Ibnor Riza.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada 25 September lalu selepas mengalami masalah sesak nafas.

Beliau dikhabarkan mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam.

Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC kerana beliau mempunyai rekod perubatan di situ.

Antara lagu popular beliau ialah Bunga Ku Puja Dipetik Orang, Dikau Pujaan, Gelisah danBahtera Merdeka.

sumber : mstaronline


hilang sebutir lagi permata negara. Semoga roh allahyarham ditempatkan bersama golongan beriman dan beramal soleh. AL Fatihah untuk Allahyarham Datuk Ahmad Jais

Gambar Diana Amir Bertudung Bersama Wardina Safiyyah

Antara berita dunia hiburan paling top minggu ini ialah isu Hantu Bonceng Hina Islam. itu yang negative . Dan yang positivenya, berkaitan seorang pelakon yang dahulunya terkenal dengan perwatakan seksi, sekarang sudah bertudung dan sedang melakukan penghijrahan kearah menjadi lebih baik iaitu Diana Amir. Dibawah ni adalah photo yang diambil di twitter @WardinaSafiyyah . Sebelum ni aku ada buat entry berkaitan iaitu Diana Amir Bertudung VS Fyda Tak Bertudung : Siapa Lagi Ok?? tapi cuma ada satu gambar . Peminat peminat Diana Amir mesti nak tengok lagi banyak kan?Ok ini dia

AZ8bngzCIAENLBM

dan tweets yang disertakan dengan pic tersebut

image

kecantikan sebenar adalah kecantikan yang bermula dari dalam.

image

kita doakan semoga Diana Amir terus istiqamah dalam penghijrahan beliau ini. InsyaAllah . Dan alhamdulillah semua tweets @Diana_Amir pada pagi ni semunya bersifat keislaman.

 

Gambar Perkahwinan Kim Kardashian Dan Kris Humphries

Foto Kahwin Kim Kardashian Dijual Pada Majalah People

LOS ANGELES, 21 OGOS 2011: Sangat beruntung menjadi selebriti seperti Kim Kardashian. Apa tidaknya, selepas melangsungkan perkahwinan secara rasmi dengan pemain bola keranjang, Kris Humphries, Kim telah menjual foto eksklusif majlis perkahwinan mereka secara eksklusif kepada majalah People dengan harga USD 1.5 juta atau RM 4,483,200.

Sebelum ini, sebuah majalah mingguan telah membeli hak ekslusif pertunangan mereka pada bulan Mei lalu dengan harga USD 300,000 (RM896,640.00). Kemudian, majalah OK! pula menawarkan harga sebanyak USD100,000 (RM298,880.00) untuk membuat liputan secara eksklusif terhadap majlis bridal showernya.

Akhirnya hak untuk mendapatkan liputan secara eksklusif terhadap proses majlia perkahwinannya berpihak kepada majalah People dengan harga USD1.5 juga. Nilai yang sebanyak itu khabarnya sudah mampu untuk menampung semula pembiayaan majlis perkahwinannya yang dikhabarkan telah mencapai sebanyak setengah juta dolar.

Tidak hanya setakat itu, gaun pengantin yang dipakai oleh Kim Kardashian pula merupakan pemberian daripada Vera Wang. Gaun  tersebut berharga USD20,000.

Kim Kardashian secar rasminya telah berkahwin dengan Kris Humphries di Montecito, California pada malam Sabtu (20 Ogos 2011) baru-baru ini. Ramai selebriti yang hadir. Antaranya ialah seperti Demi Lovato, Eva Longoria, Eduardo Curz, Ryan Seacrest, Julianne Hough, Brody Jenner, Avril Lavigne, Scottie Pippen dan Lindsay Lohan. (sumber)

Kourtney Kim Kardashian Bridal Shower Kris Jenner House Humphries Photos

Kourtney Kim Kardashian Bridal Shower Kris Jenner House Humphries Photos

Kourtney Kim Kardashian Bridal Shower Kris Jenner House Humphries Photos

Kourtney Kim Kardashian Bridal Shower Kris Jenner House Humphries Photos

sumpah tinggi gila laki dia ni. Rasanya tak lama lagi si Kim ni teleng kepala sebab asyik nak kena melangut ke atas. haha

usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update