Pian Cecupak Syok Sendiri : Nak Kahwin Model !!
Alahai Pian Cecupak , apa nak jadi dengan Pak Cik Pian ni. Tak habis habis dengan kontroversi supermurahan. Kalau sebelum ni dengan isu suntikan kolagen ,sampai memaki hamun macam ni
kini Pak Cik Pian tampil lagi bergaya dengan isu kahwin pulak. bukan kahwin dengan orang biasa biasa, bukan dengan janda anak dua, tapi dengan model jelita anak dara yang cun melecun pinggang ramping body cutting .
Pak Cik Pian sebelum ni dengan seronoknya keluarkan statement menjalinkan hubungan cinta dengan model sambila dari Sungai Petani iaitu Aida Hazira Adi Razman , 21,
“Hubungan cinta kami terjalin secara serius sejak seminggu lalu dan kini merancang mendirikan rumah tangga bersama malah keluarganya ada memberitahu akan menerima saya seadanya jika ditemukan jodoh,” katanya
TAPI, tu semua hanyalah propaganda dan kontroversi murahan terbaru dari Pak Cik Pian. Kalau sesiapa yang ada beli Metro harini , baca la dalam tu cerita yang memalukan ni.
dan statement Aida Hazira dalam Metro hari ni :
KUALA LUMPUR: “Saya tidak pernah merancang untuk berkahwin dengan Pian Cecupak dan saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia, kononnya kami bakal berkahwin.
“Saya tahu Pian sengaja mengeluarkan kenyataan itu untuk mencari publisiti murahan,” kata model sambilan, Aida Hazira Ahmad Razman, 23.
Aida Hazira membidas kenyataan yang dikeluarkan pelakon yang pernah muncul dengan kontroversi suntikan kolagen iaitu Mohd Rafiq Abdul Rahman, 41 atau Pian Cecupak kononnya mereka merancang untuk berkahwin.
Harian Metro Sabtu lalu melaporkan Pian memberitahu media dia sudah berubah sepenuhnya dan kini merancang untuk mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama wanita idaman yang juga seorang model sambilan, Aida Hazira dalam masa terdekat jika ditemukan jodoh.Aida ketika ditemui di Ampang Park, di sini, semalam melahirkan rasa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon terbabit dan menafikan sekeras-kerasnya dia pernah merancang untuk berkahwin dengan selebriti itu.
Pian pian, apa nak jadi la dengan ko ni. Tak habis habis bermasalah. Ingatlah sikit diri tu dah makin berumur. Udah udah ler berkontroversi. Dari mencari publisiti murahan macam ni , lebih baik pergi jual goreng pisang tepi jalan.Dapat jugak duit lebih, Tak ada la malukan diri sendiri. Dulu kata nak jadi Dafi, sekarang nak kawin model pulak.. huiyoooo!!! kalau la aku jadi macam ni, mau korek tanah sembunyi kepala dalam tu sebab malu sangat.
nah sekian itu artikel postingan tentang Pian Cecupak Syok Sendiri : Nak Kahwin Model !! semoga sharepaste dapat memberikan tebaik untuk anda , jangan lupa ada yang terkait tuh di bawah ini dan ada juga yang musti kamu baca lewat daftar isinya ^_^