JAKIM Sahkan Dialog Hantu Bonceng Tidak Persenda Nabi Muhammad
Dipetik dari Mstar Online

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan dialog mengenai syahadah dalam filem Hantu Bonceng tidak mempersendakan Nabi Muhammad.
Pengesahan itu dibuat setelah pegawai jabatan berkenaan menonton filem itu, kata Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LFP) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap.
Beliau berkata dalam babak pelawak terkenal Zizan yang sedang terlantar di hospital selepas kemalangan jalan raya yang menyebabkan wanita yang membonceng motosikalnya maut, Zizan telah mengucap kalimah syahadah setiap kali muncul wajah wanita yang maut itu.
"Dalam kesemua kalimah (Zizan) ada elemen berhenti sekejap. Oleh itu, tidak timbul sama sekali isu mempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
"LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan.
"Dalam isu ini elemen keagamaan telah diberi perhatian cermat dan teliti oleh lembaga," katanya.
Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Malaysia dan pelbagai pihak dalam media massa serta blog mendakwa bahawa LPF cuai membuat tapisan sehingga filem itu diluluskan untuk tayangan di pawagam. – BERNAMA
Ahmad Idham gelak besar la lepas keluar statement ni kan. Makin bangga la dengan statement beliau sebelum ni sebab sekarang dah terbela statement dia tu. But seriusly, bukan nak cari pasal or nak membesarkan isu ni, even benda ni dah disahkan tak mempersendakan Nabi Muhammad or Islam, maybe lepas ni akan ada syarat syarat yang lebih ketat dalam pembikinan sesebuah filem. Jangan nak main hentam ja sebab nak bagi filem laku. Dan kalau perasan sekarang, satu lagi cara nak buat filem laku ada dengan adegan “lucah” .Tengok la filem yang bakal keluar lepas ni iaitu Klip 3gp .Tajuk pun dah tah hape hape. Hopefully Malaysia tak jadi macam Hollywood yang masukkan aksi aksi ranjang “keterlaluan” dalam filem.
Tertarik dengan komen yang ada dalam entry BlogAmmar
ada yang sentap ke?
rasanya dah tak lama lagi dah adegan cium mulut akan ada dalam filem Malaysia.
Bagi aku, aku tak salahkan Zizan sebab Zizan berani tampil mintak maaf dengan public. Satu contoh baik untuk diteladani. Tapi aku geram dengan pengarah dia tu yang sombing ya amat. Tapi tak pa, isu dah selesai. Tarik tangan yang menuding orang lain. Be better than before . Entry berkaitan : ISU ZIZAN HINA ISLAM : VIDEO HANTU BONCENG HINA ISLAM
Mohon maaf: Pemuda PAS puji keberanian Zizan
ENTRY BERKAITAN :
ISU HANTU BONCENG : AHMAD IDHAM AKUI TIADA NIAT PERSENDA SYAHADAH
ISU ZIZAN HINA ISLAM : VIDEO HANTU BONCENG HINA ISLAM
KUALA LUMPUR, 21 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada pelakon dan pelawak Mohd Razizan bin Abd Razak kerana berani mengakui kesilapan dan telah memohon maaf.
Ianya berhubung satu babak beliau dalam filem Hantu Boceng yang jelas menghina Rasulullah.
Mohd Razizan atau lebih dikenali sebagai Zizan dalam babak tersebut menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan), sekaligus mengundang kontroversi.
Bagaimanapun Zizan dilaporkan telah membuat permohonan maaf secara terbuka selepas Dewan Pemuda PAS pusat dan beberapa pihak lain mengecam tindakannya itu yang dilihat keterlaluan.
"Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi mengucapkan tahniah atas keberanian saudara Zizan memohon maaf, semoga ianya benar, ikhlas dan tidak mengulanginya di masa hadapan," kata ketuanya, Nasrudin Hassan.
Menyatakan pendirian terhadap kegiatan seni, Nasrudin berkata Dewan Pemuda PAS sentiasa menyokong kerjaya seni dan budaya dalam negara kerana Islam tidak pernah menghalang ummatnya berkarya.
Namun Islam ujarnya mempunyai garis panduan yang jelas untuk dipatuhi agar seni dan budaya menghidupkan jiwa dan menyegarkan minda bukan mematikan hati, merosakkan akhlak dan meruntuhkan moral.
"Kata Para hukama' : Tidak hilang bisa dek kerana memohon maaf diatas kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Sebaliknya diri dilihat bermaruah dan dihormati.
"Mudah - mudahan ia menjadi pengajaran berguna kepada Zizan dan kepada semua termasuk para penonton dan juga artis - artis yang lain agar lebih berhati - hati di pentas lakonan atau di layar perak agar tidak mencetus kekeliruan yang boleh membuka pintu fitnah dan dilihat mempersendakan agama Islam yang suci ini," katanya.
#zizan dah..Ahmad Idham bila lagi?tetap nak menegakkan benang yang basah ke?
Isu Zizan Hina Islam : Video Hantu Bonceng Hina Islam
Isu filem hantu bonceng yang dikatakan menghina Islam adalah isu terpanas harini. Semua menuding jari pada Zizan sebab dalam filem tersebut, Zizan yang keluarkan perkataan tu. Salah satu babak lakonan dalam hantu Bonceng dengan jelas menghina kalimah syahadah. Zizan menyebut “ "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud “ "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan"NAUZUBILLAH!! Tapi tak boleh 100% kita nak salahkan Zizan . Dia dah pun memohon maaf atas kesilapan tersebut . Aku tau dia pun mesti tak tergamak saja saja nak buat macam tu.Mungkin tak disengajakan. Tapi macammana pulak dengan pihak yang menapis? Tapis pakai penapis kopi ke?
Boleh tengok dalam video ini
bagi aku, aku tak rasa benda benda macam ni boleh dibuat lawak, dimain mainkan . Banyak benda lagi yang boleh diketengahkan untuk buat orang lain ketawa instead of ambil benda benda berkaitan agam dan pegangan dan buat lawak. Produser sepatutnya lebih peka dan bukannya menjadi pekak dengan buat sukahati mak bapak dalam mengahasilkan sesuatu untuk masyarakat . Apa akan jadi kalau budak budak kecil mengikut dialog dialog dalam filem? Kecik kecik lagi minda dah dirosakkan oleh pengaruh orang dewasa yang “pekak” . Dan bercakap soal produser, Pengarah hantu Bonceng boleh pulak bersikap “agak biadap dan berlagak sombong” . Ada seorang pemerhati bertanya dengan elok, dan cuba tengok apa yang dibalasnya!
milik sepenuhnya Oh!Artis. Untuk bacaam lanjut boleh terus ke entry ini.
Nampak “kebodohan” Ahmad Idham bila dia reply macam tu. Bukan bermaksud nak mengutuk beliau tapi kalau dah terang terang bersuluh, lagi nak kata gelap. Apahal kan?
Apa pendapat korang?sila komen dan bagi pendapat anda masing masing .
Senarai Permohonan Yang Diputuskan Tidak Berjaya Oleh Mesyuarat Panel Pengesahan HALAL Malaysia
"Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam". (Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270)

Semakin Ramai Blogger Mula Curang Dan Bercerai Dengan Syarikat Iklan…….. Tu Sebab…….
Rahsia Simbol Misteri Dibongkar Disini
Semalam dan hari ni kecoh dengan berita simbol pelik yang muncul di merata rata tempat di seluruh Malaysia. Banyak pendapat yang dikeluarkan oleh penulis blog tentang fenomena ni
Entry ni adalah kesinambungan dari entry yang baru dibuat sejam lepas iaitu
Video Dan Gambar Fenomena Simbol Misteri Di Malaysia
Dan hari ni, ramai yang mengaku , ada bukti dan terkena tempias dari simbol tu sama ada secara sengaja atau tak sengaja.
PERSOALANNYA:
- ini cuma iklan tentang produk baru yang akan dikeluarkan
- memang fenomena yang tidak diketahui asal usulnya
jom kita tengok beberapa bahan bukti yang boleh bagi beberapa kesimpulan berkaitan isu ni
oleh munna dari blog http://beautifulnara.com/
“munna” bagitahu yang laptop dia terpadam sendiri. Tak mungkin sesuatu syarikat yang iklankan barang boleh buat sesuka hati untuk hack barangan peribadi orang lain. Satu misteri muncul.
dari blog http://beautifulnara.com/
ini mungkin boleh dijadikan bahan bukti yang mengatakan ia adalah iklan berbayar oleh sesebuah syarikat yang akan keluarkan produk baru . Metro kan banyak “kejutan” seperti hantu “Biar Betul” yang berlegar disekitar ibu negara baru baru ni.
dan ini dari blog DARKBATMAN yag berunsur “advertorial” atau “sponsored post”
siapa mereka ini yang passing file “sulit” seperti dibawah?
hanya DARKBATMAN saja yang tahu. Sila tanya dia
dan komen terakhir yang menguatkan lagi teori yang benda ni cuma satu lakonan atau “AprilFool” adalah seperti komen dibawah.
komen Myvitrd dari blog http://www.viruspadu.com/
**tapi macammana pulak dengan simbol yang muncul di ikan yang dibeli oleh kak Ina KL dan macammana boleh muncul di tengah tengah sawah di Kedah?PERSOALAN.PERSOALAN.PERSOALAN.!!!!
Video Dan Gambar Fenomena Simbol Misteri Di Malaysia
KECOH satu Malaysia dan juga di blog mengenai simbol simbol misteri yang muncul di beberapa lokasi . Simbol misteri tu muncul dengan bentuk yang sama, tapi di lokasi yang berlainan.
hari ni , aku perasan ada 3 blog yang keluarkan entry berkenaan simbol misteri ni iaitu

ini gambar yang dirembat dari blog beliau dengan izin diri sendiri. Simbol tu berada di sebelah atas. Pendapat Bro Eyriqazz mengatakan
1) Virus baru yang dibawa oleh udara disebabkan keadaan bumi yang semakin kotor dan pencemaran yang semakin berleluasa?
2) Pembikinan filem Hollywood sedang dijalankan di lokasi ini?
3) Gimik terbaru dari pihak pengurusan KLCC dan bakal berlaku satu event yang besar tak lama lagi?
hurmmm!!boleh pakai jugak pendapat ni.
dan blogger kedua yang turut buat entry ni adalah:

gambar ni jugak dirembat dari entry beliau di SINI

ini gua tak puas hati sebab jadi kat Kedah. Gua orang Kedah bebb~~
dan ke 3 adalah
bro, gua tibai pic lu bro.LOL
dan semua ni membawa kepada satu blog iaitu ’lambangmisteri.blogspot.com’’.
dan dibawah ini adalah koleksi beberapa gambar simbol pelik yang muncul di beberapa tempat dan video yang mengejutkan berkenaan fenomena ni.


dan video ini sangat menyeramkan aku.
blogger lain yang turut buat entry berkaitan (sumber: phreak-id)
- Kak Ina KL - Fenomena Apakah Ini? Suspen Sungguhlah...
- Viruspadu - Mungkin Perasaan Saya Je...
- Beautifulnara - Simbol Apakah Ini? Buat Hati Ini Seram Sejuk!!!
harap harap semua ni tak membawa sebarang perkara buruk kepada Malaysia. Mungkin jugak ini bayangan partikel dari kesan radiasi Nuklear jepun?Who knows right?(ishh seram sejuk aku). Dah la memang sejuk dalam library UiTM nie
Terkini Pergolakan Di Mesir .Laman Rasmi Berkenaan Maklumat Berkaitan Pelajar di Mesir
bagi sesiapa yang ingin mengetahui maklumat lanjut berkaitan pelajar Malaysia di Mesir ..anda boleh melawat laman web dibawah.
blog ini adalah inisiatif dari SQUAD PERHUBUNGAN SEMENTARA MESIR-MALAYSIA
sila klik
Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
perkembangan lain
Terkini Pergolakan Di Mesir .Tiga pesawat TUDM Berlepas Ke Mesir
Terkini Pergolakan Di Mesir . Pelajar Malaysia Akan Dibawa Pulang
Keputusan Akhir Kes Teoh Beng Hock..Bukan Dibunuh Dan Bukan Bunuh Diri!!Kes Tak Selesai!!

kes pending????????????
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/open-verdict-in-teoh-inquest/&h=3857b
Uncle Seekers Yang 'Bodoh' Buat Perangai Lagi
nie muka 'hantu' yang berlagak alim tu...merujuk kepada entry aku SEMALAM mesti dah ramai yang dah tahu kn orang gila hantu nie buat perangai gila hantu dia..hantu raya betul la mamat tua nie...bikin gua panas ja kn???sekali lagi episod cerita cinta kera uncle nie dipublickan untuk tatapan...tak malu ke orang tua nie r??budak2 pon kadang2 dia nak kencing merat-rata dia malu....tapi dia nie bukan setakat tak tahu malu...nie dah macam kencing tengah orang ramai pastu buat muka bodoh tak salah....isyyy
entry ke 6 ni semestinya la kn dapat kutukan .kritikan dan makian pom pam pom pam dari orang kn??nie antara komen2 yang sempat aku snap..
........................................................................................................................................
scheduled entry bermula malam nie ...refer to THIS ENTRY
........................................................................................................................................










