, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Keputusan Akhir Kes Teoh Beng Hock..Bukan Dibunuh Dan Bukan Bunuh Diri!!Kes Tak Selesai!!

Sponsored

usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Keputusan Akhir Kes Teoh Beng Hock..Bukan Dibunuh Dan Bukan Bunuh Diri!!Kes Tak Selesai!!


baru kejap tadi kakak aku post entry nie di wall facebook dia



hahaha abis sapa salah?keputusanya tak ada siapa yang salah..hantu kak limah yang bunuh dia..dah agak dah keputusan macam nie akan keluar..actually kakak aku salah seorang yang terlibat dengan kes pendakwaan nie..bess kan jadi peguam....nak jadi gak la.!!so dapat cerita panas dari court terus la..adehhh..macam nie punya kes pon ada ka?..POLITIK ke?




SHAH ALAM, 5 Jan — Mahkamah memberikan keputusan “terbuka” sebentar tadi berhubung punca kematian Teoh Beng Hock, bekas setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri, pertengahan 2009.
Dengan keputusan terbuka itu bermakna mahkamah tidak dapat memutuskan punca yang membawa kepada kematian Teoh yang meninggal dunia selepas didapati jatuh dari bangunan Masalam di sini semasa berada dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Koroner Azmil Muntapha Abas menolak teori bahawa Teoh mati kerana dibunuh ataupun membunuh diri.
Terdahulu ketika membacakan keputusnnya, Azmil berkata, Teoh kemungkinan meninggal dunia antara 7.15 pagi dan 11.15 pagi pada 16 Julai 2009.
Katanya, ia berdasarkan pada keterangan pakar-pakar patologi.
Azmil juga berkata, adalah jelas Teoh meninggal dunia di koridor servis tingkat lima Plaza Masalam.
Kata beliau, pegawai muda itu mati akibat kecederaan teruk selepas jatuh dari bangunan tinggi.
Malah beliau memberitahu, nota tulisan, yang dipercayai ditulis Teoh, yang dikemukakan sebagai bahan bukti ketika inkues menuju peringkat akhir, juga menimbulkan persoalan.
Meskipun adanya keputusan itu, Seksyen 339(2) Kanun Prosedur Jenayah menyediakan peruntukan kepada Pendakwa Raya untuk mengarahkan koroner membuka semula inkuiri.
Keluarga Teoh menuntut agar suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk menyiasat keadaan yang membawa kepada kematian Teoh — melihat punca sebenar termasuk kemungkinan dia dipaksa untuk terjun dari bangunan tinggi.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam, pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.
Laporan meluas bahawa beliau mati beberapa jam selepas disoal siasat oleh SPRM mengenai dakwaan menyalahgunakan peruntukan kerajaan Selangor.
Pada awalnya, inkues itu dijadual diselesaikan dalam masa sebulan tetapi ia berlarutan sehingga 4 November lalu, di mana koroner mendengar keterangan daripada 37 saksi termasuk patologis Thai yang terkenal Dr Pornthip Rojanasunand.
Dr Pornthip mendakwa Teoh mungkin dibunuh, menyebabkan mayat Teoh digali semula untuk bedah siasat kedua.
MENYUSUL LAGI


kes pending????????????

UPDATE : ARTICLE OF TEOH BENG HOCK INQUEST IN ENGLISH HERE : 


http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/open-verdict-in-teoh-inquest/&h=3857b





rembat dari themalaysianinsider
nah sekian itu artikel postingan tentang Keputusan Akhir Kes Teoh Beng Hock..Bukan Dibunuh Dan Bukan Bunuh Diri!!Kes Tak Selesai!! semoga sharepaste dapat memberikan tebaik untuk anda , jangan lupa ada yang terkait tuh di bawah ini dan ada juga yang musti kamu baca lewat daftar isinya ^_^

Sponsored
usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update