usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Cendol Dan Laksa Utara i-City Shah Alam Yang Buat Anda Meleleh~

Petang petang , kena pulak time panas, kalau pekena cendol sedap dengan laksa slurp slurppp adalah satu nikmat dunia yang tak terkata . Dah lama aku selalu makan sini, baru hari ni terasa nak buat reviewpasal satu gerai tepi jalan yang terletak di belakang i-city Shah Alam. Cendol Pulut dan Laksa Utara . Rasanya most of budak budak UiTM Shah Alam memang tau tempat ni sebab memang agak popular.

20120117_171645

Kat mana lokasinya?, kalau dari Seksyen 7 on da way nak ke Jusco Bukit Raja, sebelah kiri lepas sikit dari pintu belakang nak masuk ke i-City. Kalau lalu petang petang nampak orang duduk atas kerusi merah ramai ramai tu , yang itu la. Boleh cari Persiaran Bistari Seksyen 7. Gerai ni berdepan dengan jalan utama.

(gambar ni diambil dari blog dhiyakira sebab dah habis aku rembat baru teringat nak snap gambar laksa ..kebulur sangat )

serius cakap la, walaupun aku duduk di Kedah which is Utagha , tapi laksa utara di i-City ni boleh aku cakap yang paling sedap aku pernah makan. Kuah dia bukan main pekat lagi. Sepekat pekat susu pekat F&N, pekat lagi laksa ni weh. Tambah pulak dengan otak udang, perghh meleleh lelehhh. Kena cuba baru tau.

20120117_171645

Harga dia standard je tak mahal pun. Semangkuk Laksa RM 3.50 which is sangat berbaloi dengan rasa yang sedap tu.

Cendol dia pulak memang terbaik la. Lemak berkrim menjilat jari jemari la gua cakap.

**Harga tengok gambar atas tu, malas nak taip. ahaha

20120117_171835

Dan ini member aku yang tetiba buat muka sedap dan stim masa aku nak snap tadi. Blah la lu dua orang. GILA~~

20120117_17100620120117_171059

Dan muka menahan kesedapan (MODEL : Shuhazli Shuib)

20120117_17141420120117_171527

Kalau ada di Shah Alam, boleh la try ni. Sedap siot . Bukan nak promot lebih lebih tapi serius memang sedap. tak try rugi hidup didunia. hahaha. Ayat buat terukk..

Dr. Ezani Farhana Juara Masterchef Malaysia Musim Pertama

l2R9NSiapa kata seorang doktor gigi hanya tahu mencabut gigi sahaja? Siapa kata profesion kedoktoran selalunya mereka yang berprofil tinggi dan tak masuk dapur? Malam ini segalanya mungkin. Rancangan Masterchef Malaysia melabuhkan tirainya setelah berbulan bulan semua peserta berusaha untuk menjadi Chef Terhebat di Malaysia.

Makan dan dapat REWARD!! Siapa Tak mahu kan?

Calon favorite iaitu Dr . Ezani Farhana,  berjaya menggondol gelaran juara Masterchef Malaysia Musim Pe dan membawa pulang hadiah wang tunai RM 100,000 dan peluang menerbitkan buku masakan sendiri pada masa hadapan. Dr. Ezani Farhana yang baru berumur 26 Tahun , merupakan seorang doktor gigi dan berasal dari Kajang , Selangor.

rtama

Apa pulak kita nak panggil beliau selepas ini? Chef Dr Ezani Farhana.?? Wahh sedap jugak nama tu !! Tahniah diucapkan kepada beliau . Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang beliau,  boleh :

Like Facebook Ezani ataupun follow Ezani di Twitternya.

Berbuka Puasa @ Nasi Beriani Gam, Sungai Petani

Entah betul entah tidak aku eja word briani tu. Ke beriani. Ke nasik yang berani. Wateva asalkan korang faham yang aku makan nasik tu untuk berbuka puasa. Ini semalam punya cerita dan bukan tadi. nak post semalam lagi tapi tak dapek nak buat pasal internet ni kalau dibagi lumba dengan sang kekura. Comfim2 sang kekura menang dengann bergayanya

Aku pergi ni atas jemputan daripada salah seorang staff Petronas Dagangan iaitu Firdaus Elias. Firstly, nak cakap yang makanan kat sini not bad. Patutnya aku cakap, “firstly ucap terima kasih” lagi agak beradab kan?kah3x. Sedap jugak beb. kalau ada kesempatan and belum lagi cuba, boleh la mencuba melantak sepinggan dua Nasi Briani Gam 88 di Lot 88 Sungai Petani, New Zealand. Ramai jugak yang join semalam sebab ada bos dari KL yang turun ke Kedah (kalau aku tak silap la). Plus entry ni dibuat untuk menjeleskan seseorang yang tak leh join padahal dia yang beria ia nak si Firdaus ni belanja. Padan muka hang Alia..haha

18082011341

sponsor yang menyeponsor makanan pada majlis tu. Masih bujang trangtangtangtangtang. Ada yang nak ngejah dok?

18082011344

ramai jugak yang join. Aku rasa dalam 30orang plus2 ada kot.

18082011346

hidangan pertama. lepas rembat pasembur ni. Sembahyang maghrib dulu ramai ramai . then mula lah sesi memecah perut dengan nasi beriani ofkos. Takkan la makan spageti plak kan kat kedai nasik briani. Kejap beriani, kejap briani. Arhhh mana satu ni.

18082011345

setiap 4orang dapat 1 jug .Lepas tu tambah lagi dengan air dari jug meja sebelah. Perut tong betul. haha

18082011353

papa saadom dan nasi briani

18082011355

ini bess…Tempe walaupun aku tak berapa suka makan cam cik epal. Tapi tempe yang ini sedap. Nipis ja dia goreng. Dia tu tak tau la sapa kan?haha

18082011357

Daging yang superlembut macam bantal peluk. Rasa nak peluk peluk ja daging tu. Over~Ada satu lagi masakan ayam yang aku lupa snap. Tak sempat sebab dalam mulut dan kat tangan penuh dengan makanan.

18082011352

Walaupun acar ni sikit. Tapi sikit pun aku tak makan sebab tak berapa suka.

18082011360

mereka makan dengan lahapnya sampai buncit perut.

Apapun, tqberimac kepada Firdaus yang sponsor berbuka semalam. Siap bagi ole ole rempeyek sorang satu lagi masa nak balik tu. nanti nanti boleh la belanja lagi. Secret recipe pulak ka.

Senarai Kopi Beracun Dan Berbahaya Di Malaysia- Ogos 2011

Suka minum kopi?Hari hari minum kopi?Berjaga jaga selepas ini sebab dalam kopi ada macam macam. hari ni sebuah akhbar menyiarkan senarai kopi yang berbahaya kepada kesihatana si peminum kerana dikatakan mengandungi seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambail tanpa pengawasan doktor dan pakar pemakanan. Kementerian Kesihatan mengesan lebih 40 jenis kopi yang berada dipasaran yang mengandungi bahan berbahaya tersebut

Berikut adalah senarai kopi yang mempunyai campuran berbahaya.

  • Cafe Abang Yes,
  • Candi Gold,
  • Candy 193,
  • Extend Up Energy Drink,
  • Extremen,
  • Extrewomen,
  • Goji Guarana,
  • Goji Guarana Extra,
  • Goji More,
  • Goji Yumberry,
  • Guara Cafe,
  • HBW Ice Lemon Tea,
  • Hotton Vitality Candy,
  • Ie2 O,
  • King Cappucino,
  • Knight Cofee.
  • Kolek Cafe Power Plus,
  • Kopi Angguk,
  • Kopi Asmara,
  • Kopi Bagus AAA,
  • Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
  • Kopi Pahlawan,
  • Kopi Super Angguk,
  • Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
  • Maca Max, Macagin Ginseng Candy,
  • Mentalk Candy,
  • Nexus MXP,
  • Night Cafe,
  • Red Energizer Candy For Men,
  • Royal Beverage Maqrifatun,
  • sasanergy Drink,
  • Trica Jus,
  • Tri-Max,
  • True SR,
  • vigor Candy,
  • Vitca-F,
  • Vitca-M,
  • Winnie Beauty V1,
  • XKL Sky Fruit Juice Premix.

So berhati hati semasa anda mengambil minuman kegemaran anda ini. Takut terjadi apa apa dimasa depan nanti kan susah diri sendiri. An apple a day keeps a doctor away. Tapi ini boleh buat quotes baru . A cup of coffe a day keeps a live away. Kalau rajin sebarkan la. COpy paste pun tak pe yang penting sila tinggalkan backlink. Aku tak teragak agak untuk backfire atau backkick kepada sesiapa yang memplagiat entry aku.hehe

SUMBER ASAL

usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update