Berbuka Puasa @ Nasi Beriani Gam, Sungai Petani
Entah betul entah tidak aku eja word briani tu. Ke beriani. Ke nasik yang berani. Wateva asalkan korang faham yang aku makan nasik tu untuk berbuka puasa. Ini semalam punya cerita dan bukan tadi. nak post semalam lagi tapi tak dapek nak buat pasal internet ni kalau dibagi lumba dengan sang kekura. Comfim2 sang kekura menang dengann bergayanya
Aku pergi ni atas jemputan daripada salah seorang staff Petronas Dagangan iaitu Firdaus Elias. Firstly, nak cakap yang makanan kat sini not bad. Patutnya aku cakap, “firstly ucap terima kasih” lagi agak beradab kan?kah3x. Sedap jugak beb. kalau ada kesempatan and belum lagi cuba, boleh la mencuba melantak sepinggan dua Nasi Briani Gam 88 di Lot 88 Sungai Petani, New Zealand. Ramai jugak yang join semalam sebab ada bos dari KL yang turun ke Kedah (kalau aku tak silap la). Plus entry ni dibuat untuk menjeleskan seseorang yang tak leh join padahal dia yang beria ia nak si Firdaus ni belanja. Padan muka hang Alia..haha
sponsor yang menyeponsor makanan pada majlis tu. Masih bujang trangtangtangtangtang. Ada yang nak ngejah dok?
ramai jugak yang join. Aku rasa dalam 30orang plus2 ada kot.
hidangan pertama. lepas rembat pasembur ni. Sembahyang maghrib dulu ramai ramai . then mula lah sesi memecah perut dengan nasi beriani ofkos. Takkan la makan spageti plak kan kat kedai nasik briani. Kejap beriani, kejap briani. Arhhh mana satu ni.
setiap 4orang dapat 1 jug .Lepas tu tambah lagi dengan air dari jug meja sebelah. Perut tong betul. haha
papa saadom dan nasi briani
ini bess…Tempe walaupun aku tak berapa suka makan cam cik epal. Tapi tempe yang ini sedap. Nipis ja dia goreng. Dia tu tak tau la sapa kan?haha
Daging yang superlembut macam bantal peluk. Rasa nak peluk peluk ja daging tu. Over~Ada satu lagi masakan ayam yang aku lupa snap. Tak sempat sebab dalam mulut dan kat tangan penuh dengan makanan.
Walaupun acar ni sikit. Tapi sikit pun aku tak makan sebab tak berapa suka.
mereka makan dengan lahapnya sampai buncit perut.
Apapun, tqberimac kepada Firdaus yang sponsor berbuka semalam. Siap bagi ole ole rempeyek sorang satu lagi masa nak balik tu. nanti nanti boleh la belanja lagi. Secret recipe pulak ka.
nah sekian itu artikel postingan tentang Berbuka Puasa @ Nasi Beriani Gam, Sungai Petani semoga sharepaste dapat memberikan tebaik untuk anda , jangan lupa ada yang terkait tuh di bawah ini dan ada juga yang musti kamu baca lewat daftar isinya ^_^