usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Kawasan Speed Trap Lebuh Raya 2011 : Jom Balik Kampung Tanpa Disaman

Speed trap ni memang sesuatu yang mengannoyingkan pengguna lebuh raya. Tapi speed trap jugak la sesuatu yang akan buat anda sampai di kampung dengan selamat dan hidup lama. Aku perasan la kan, yang orang Malaysia ni suka bawak kereta suka hati dan ikut hati sangat. Kalau boleh nak tekan pedal minyak tu sampai rapat. Ini info yang aku dpt dari blog Ahfat Raksasa mengenai kawasan speedtrap diseluruh lebuh raya dan jalan raya di malaysia. Hope dapat membantu anda dari disaman. Tapi bukan bermakna anda boleh bawak laju “nak mampos” . Still kena berhati hati. Itupun kalau nak beraya kat kampung dan nak raya lagi tahun hadapan. Kalau dah rasa bosan hidup. Tak boleh kata apa apa la kan.

KAWASAN SPEED TRAP. Plus Arah Utara (Dari KL):


1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)


Plus Arah Selatan:


1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak


Plus Tengah:


1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi


NKVE


1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam


KESAS


1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ


JALAN PERSEKUTUAN


1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor

Selamat pulang beraya dalam keadaan selamat. Pandu cermat jiwa selamat ,sampai kampung boleh hentam ketupat . Ingatlah orang tersayang.

Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2011 : Selamat Hari Raya Semua

Tinggal beberapa hari ja lagi sebelum kita nak habiskan Ramadhan tahun 2011 ni. Persiapan raya korang semua macammana?baju dah siap?Kuih dah buat?Yang dah kerja  tu, duit dah tukar ?siapkan untuk bagi kat budak budak nanti. And ada tak yang dah hantar kad raya? Hopefully raya tahun ni kita beraya dengan gembira tapi tak membazir. Aku raya sikit sikit ja tahun ni sebab duit banyak nak guna untuk masuk sambung degree lepas raya nanti. Mana nak cari rumah sewa lagi. nak bayar yuran lagi. So raya sikit sikit sudah ler…Bila pulak nak tengok anak bulan syawal?haa sini

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja- Raja hari ini mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah, memetik Bernama.

Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan; dan Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.

Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah.

Jadual Perlawanan Balik Kampung : PLUS guna jadual laluan ikut nombor kenderaan ganjil dan genap

PETALING JAYA, 24 Ogos — PLUS Expressways Bhd memperkenalkan jadual perjalanan dengan membahagikan kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil dan genap bagi melancarkan perjalanan di lebuh raya sempena musim cuti Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ini.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata, langkah ia bertujuan memisahkan kumpulan pengguna lebuh raya dari utara dan selatan termasuk mereka yang ingin pulang berhari raya pada saat-saat akhir menuju ke Lembah Klang dari 1 hingga 4 September.

“Pengguna lebuh raya dari utara dan selatan yang akan kembali ke ibu kota pada 1 hingga 4 September dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam genap sebelum 12 tengah hari iaitu 8 pagi dan 10 pagi bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap manakala kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil disarankan menggunakan lebuh raya pada setiap jam ganjil sebelum 12 tengah hari iaitu pada 9 pagi dan 11 pagi,” katanya dipetik Bernama Online.

Noorizah berkata bagi semua kenderaan dicadangkan waktu yang sesuai untuk memasuki lebuh raya sebelum 8 pagi dan selepas 6 petang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas bagi ketiga-tiga hari itu.

Beliau menasihatkan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan supaya mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang disediakan ketika waktu menjelang perayaan Aidilfitri dan kembali ke ibu kota bagi memastikan kelancaran trafik.

Jadual perjalanan yang dicadangkan untuk pengguna dari Lembah Klang ke utara dari Sabtu hingga Isnin ini iaitu :

* Perlis, Kedah dan Pulau Pinang ialah sebelum pukul 12 tengah hari;

* Taiping, Kuala Kangsar dan Changkat Jering antara 12 tengah hari hingga 3 petang;

* Ipoh, Simpang Pulai dan Gopeng antara pukul 3 dan 6 petang;

* Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim selepas 6 petang.

Bagi perjalanan dari selatan pula jadual yang dicadangkan bagi Johor ialah:

* Skudai, Johor Baharu, Senai dan Kulai sebelum 10 pagi;

* Ayer Hitam, Yong Peng dan Tangkak antara 10 pagi dan 1 petang;

* Melaka melalui Ayer Keroh antara 1 petang hingga 3 petang;

* Tampin dan Alor Gajah melalui Simpang Ampat antara 3 hingga 6 petang;

* Senawang, Port Dickson dan Seremban selepas 6 petang.

PLUS juga memperkenalkan jadual perjalanan bagi pengguna lebuh raya dari utara yang ingin pulang ke Kuala Kangsar dan Ipoh serta dari Ipoh menuju ke Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim pada 1 hingga 4 September ini.

* Dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang melalui Juru serta Changkat Jering dan Taiping ke Kuala Kangsar dan Ipoh antara 1 hingga 6 petang;

* Ipoh, Simpang Ampat dan Gopeng ke Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim antara 4 hingga 6 petang.

* Dari Melaka melalui Ayer Keroh, Alor Gajah dan Tampin melalui Simpang Ampat ke Senawang, Port Dickson dan Seremban antara 4 petang dan 6 petang.

Noorizah berkata semasa perayaan Aidilfitri tahun lepas, 50 peratus pengguna lebuh raya mengikuti jadual TTA yang dikeluarkan oleh PLUS bagi membantu mengurangkan kesesakan di lebuh raya sejak diperkenalkan 2007.

PLUS menjangka jumlah trafik di lebuh raya di Lebuh Raya Utara-Selatan akan meningkat 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan sehari pada waktu puncak berbanding 1.1 juta kenderaan pada hari biasa.

Noorizah berkata sejumlah 3,000 kakitangan PLUS dan 430 anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam, St Johns Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah ditempatkan di plaza tol dan Kawasan Rehat dan Rawat sepanjang lebuh raya manakala 159 pasukan PLUSRonda akan membuat rondaan selama 24 jam sehari selain lebih 1,000 kaunter tol dibuka untuk memudahkan urusan pembayaran tol.

Pegawai Turus Penguat Kuasa Polis Diraja Malaysia Supt Hamzah Ahmad, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata lebih 300 anggota polis ditempatkan di kawasan-kawasan terpilih di sepanjang lebuh raya mulai hari ini hingga 6 September bagi mengawasi keadaan lalu lintas.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya PLUS menerusi talian bebas tol PLUSLine di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik. (MalaysianInsider)

# selamat pulang beraya. Rancang perjalanan anda dengan baik dan terancang. Jangan jadikan jalan raya persinggahan terakhir anda . Selamat hari raya.

 

usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update