Wardina Panggil Blogger Tuduh Samun Palsu | mStar Fitnah Wardina?
wardina difitnah, tun faisal dan wardina, blog fitnah wardina, wardina kes samun, samun palsu wardina, kes samun palsu, ruangbicarafaisal dan wardina, kes samun wardina, wardina milosuam.
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah menjemput penulis blog Ruang Bicara Faisal (RBJ) menemuinya jika ingin mengetahui sama ada kejadian samun yang berlaku terhadapnya baru-baru ini adakah lakonan atau pun kisah benar.
Wardina berkata, dia tidak mempunyai sebarang keperluan untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh penulis blog tersebut seperti yang diminta.
“Jika dia mahu jawapan kepada semua persoalan yang bermain di dalam mindanya sila datang berjumpa saya. Tidak ada sebab mengapa saya perlu membalas dengan menulis kenyataan saya untuk dia meletakkan jawapan saya itu di dalam blognya.
“Biarlah orang ramai sendiri yang membuat penilaian terhadap semua perkara yang ditimbulkan kerana saya sudah penat untuk bercakap mengenai hal tersebut,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.
Antara petikan menerusi ruangbicarafaisal.blogspot.com mempersoalkan kejadian samun Wardina.
Wardina diminta mengulas tulisan RBJ menerusi ruangbicarafaisal.blogspot.com yang mempersoalkan kononnya dia memperbesar-besarkan kejadian rompakan yang berlaku di rumahnya semata-mata untuk menagih simpati orang ramai bagi mendapatkan publisiti.
Penulis blog itu juga mempertikaikan tindakan Wardina yang mendakwa berada dalam keadaan trauma tetapi sempat meminjam komputer milik jiran untuk menulis kejadian yang berlaku menerusi Twitter miliknya.
Dalam pada itu, Wardina berkata, dia tidak berasa terkesan dengan tulisan tersebut sebaliknya menganggap penulis blog itu terlalu mempunyai banyak masa untuk menulis pelbagai cerita mengenai orang lain.
Wardina berkata, dia juga tidak risau dengan pandangan masyarakat yang membaca entri tersebut kerana percaya mentaliti masyarakat di negara ini sudah cukup bijak untuk menilai sama ada kejadian tersebut benar atau tidak.
“Mungkin ada segelintir pihak akan terpengaruh dengan entri tersebut dan memikirkan perkara negatif mengenai diri saya, tetapi saya percaya itu hanya mewakili segelintir pihak sahaja.
Wardina Safiyah bersama suaminuya, Ikhwan Johari menunjukkan barang yang diselongkar oleh perompak dalam kejadian pecah masuk di rumah mereka pada 12 Januari lalu.
“Rakan-rakan dan keluarga tahu apa yang sebenarnya yang berlaku dan pada tahap ini itu sudah memadai,” ujarnya.
Sementara itu, Wardina berkata, penulis blog tersebut sepatutnya menulis sesuatu yang lebih bermanfaat dan berfaedah sebagai bahan bacaan supaya dapat mengembangkan minda masyarakat.
Katanya, walaupun kejadian samun yang berlaku terhadapnya mendapat liputan luas tetapi ia telah membuka mata banyak pihak supaya menjadi lebih berhati-hati dalam menjaga keselamatan keluarga.
“Ada perkara yang lebih penting untuk saya fikirkan daripada melayan karenah orang sebegini yang nyata hanya membuang masa,” ujarnya.
Pada 12 Januari lalu, Wardina mengalami kerugian kira-kira RM20,000 apabila rumahnya dimasuki tiga lelaki bersenjata di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, tiga penjenayah terbabit memasuki rumah Wardina setelah mengumpil pintu belakang rumah teres tepi dua tingkat milik beliau sebelum mengarahkan semua anggota keluarga Wardina berkumpul.
Dalam berita berasingan yang disediakan oleh Milosuam, Mstar dikatakan melaga lagakan Wardina dengan Tun Faisal walhal penulis asal blog yang mempersoalkan berkaitan isu samun Wardina tersebut adalah Faisal Rohban dan bukannya Tun Faisal iaitu Exco Pergerakan Pemuda UMNO. Wartawan mstar melaporkan berita yang boleh menimbulkan salah faham dari segi politik kepada masayarakat.
laporan silap oleh mstar
dan selepas laporan sila tersebut dikeluarkan, Wardina mengeluarkan kenyataan di Twitternya bahawa beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyebut nama Tun Faisal sebagai blogger yang mempersoalkan isu beliau disamun tersebut.
berita penuh boleh baca di Portal mStar cuba melaga-lagakan Wardina dan Tun Faisal?
Salah faham kes besar macam ini macam ada sedikit pengaruh politik. Kesian Wardina, sudah jatuh, ditimpa tangga. Harap Kak Wardina bersabar dengan semua dugaan .Tiga kes malang berlaku pada Wardina, Disamun, blogger kata samun palsu dan sekarang mstar melaporkan berita palsu. InsyaAllah , Allah bersama orang orang yang benar. Mstar pun nak jadi macam UTUSAN jugak ke suka nak laga lagakan orang?
Anda juga boleh baca artikel berkaitan kes samun Wardina Saffiyah di link ini :
-
Rumah Wardina Dirompak 3 Lelaki Berparang, Suami Dipukul
-
Wajib Baca! Kisah Trauma Wardina Saffiyah Dirompak
sumber rujukan : 2dayblogger, Milosuam
Baucar Buku RM200 Dimanipulasi IPT dan Kedai Buku
Kalau dah mata duitan, semuanya nampak duit. Tak kira apa cara sekalipun, asalkan dapat duit . Tipu segala jenis golongan manusia. Sampaikan budak budak nak beli buku nak belajar pun nak ditipunya. Itulah yang jadi sekarang lepas kerajaan dah mengedarkan voucher RM200 untuk pelajar institut pengajian tinggi membeli buku . Ada pulak kes individu tertentu nak mengaut keuntungan atas angin dari voucher tu. Apa kejadah la aku pun tak faham. Meh baca berita bawah ni :
PEMBERIAN baucar buku daripada kerajaan untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berjumlah RM200 seorang adalah bagi menampung perbelanjaan dan mengurangkan bebanan sara hidup ibu bapa serta pelajar tersebut.
Hasrat murni kerajaan itu bagaimanapun kini dimanipulasikan oleh pelbagai pihak, baik pihak kedai buku mahupun pihak institusi pengajian tinggi itu sendiri.
Pihak institusi (tenaga pengajar) mahukan pelajar membeli buku bacaan atau rujukan pihak institusi itu sendiri dengan harga sebagai contoh RM80. Baucar yang diberi kerajaan adalah dalam bentuk RM50 sekeping.
Untuk membeli buku berharga RM80 ini, pelajar harus membayar dengan menggunakan dua keping baucer RM50 dengan jumlah RM100. Pihak institusi tidak akan membayar balik baki wang tersebut dan untuk membeli buku lain tentunya jumlah tersebut tidak memadai.
Di sini pelajar kerugian RM20. Pihak institusi atau pensyarah yang berkenaan mengaut keuntungan sebanyak RM20 daripada seorang pelajar. Berapakah jumlah keuntungan diperolehi pihak institusi dan pensyarah dengan jumlah pelajar yang ada?
Di satu pihak lagi, kedai kedai buku menawarkan kepada pelajar wang tunai sebanyak RM100 bagi pertukaran empat keping baucar RM50 tersebut. Perbuatan ini dan pelbagai lagi cara boleh diambil oleh pihak ketiga bagi mengaut keuntungan mudah di atas pemberian kerajaan.
Pihak kementerian berkenaan dan badan-badan bertanggungjawab harus memandang serius perkara ini dan pihak kerajaan boleh mencari alternatif lain dalam pengagihan bantuan kepada pelajar IPT.
Rasanya tidak salah jika terus diberi secara tunai kepada semua pelajar IPT bagi tujuan membeli buku bacaan ata rujukan mereka. Jika mereka tidak menggunakan wang tersebut untuk membeli buku, setidak-tidaknya wang tersebut tidak diambil pihak lain.
Lintah darat ini tidak peduli akan halal haram sesuatu perbuatan. Apa yang lebih penting adalah mengaut keuntungan. Asal saja mereka berkesempatan, mereka melakukannya. Semoga mendapat perhatian pihak Kementerian Pengajian Tinggi.
**boleh pulak ek macam tu? For sure la yang boleh tukar dengan duit cash tu akan mendapat sambutan dari students students sebab most of them memang malas nak guna benda ni nak pergi tukar dengan buku. Aku sendiri sampai harini , voucher tu masih terletak simapn elok tu ha dalam laci. Tak terfikir lagi nak buat apa. Rasanya kalau dapat cash memang dah habis lama dah. Elok jugak la dia bagi voucher. Tapi kalau dah bagi voucher pun, ada beruk beruk nak kaut keuntungan, baik bagi cash je kan? Dari ditipu.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA[BR1M]| STATUS PERMOHONAN BANTUAN RM500
- Hubungi talian Hotline 1-800-22-2500 atau 1-300-88-3010 mulai 16 Januari 2012. Talian hotline akan dibuka bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00petang .
Bagi anda yang tidak dapat menyemak menggunakan sistem hotline, jangan risau kerana mereka yang berjaya dalam permohonan akan mendapat surat yang akan dihantar terus ke alamat yang diberi semasa membuat permohonan. Harap bersabar .
KAMERA NIKON PINK !!klik untuk baca Gambar Pengacara MHI , Teh Shuhada Sudah Bertudung
Fenomena artis yang sebelum ini free hair dan berhijrah ke arah kebaikan dengan menutup kepala dengan tudung memang dah menjadi sesuatu yang selalu kita dengar sekarang. Kalau dulu, orang tak berapa nak kisah sangat, tapi sekarang peminat peminat sangat sangat la kisah. Artis yang baru berhijrah pastinya mendapat perhatian apalagi kalau sebelum ini penampilan mereka sangat seksi. Antara artis yang berhijrah dengan bertudung yang mendapat liputan meluas adalah Wardina Safiyah, Cat Ross, dan paling mengejutkan adalah imej Diana Amir yang bertudung . Dan selepas itu pengacara terkenal Abby Fana , dan sekarang seorang lagi pengacara Malaysia Hari Ini iaitu Teh Syuhada.
Alhamdulillah mereka semua bertemu dengan hidayah Allah. Jangan ada mulut mulut jahat yang mempertikaikan penampilan tersebut. Kalau nak pertikaikan jugak, kenapa tidak dipertikaikan kepada artis artis yang masih seksi macam artis Holywood tu? Kadang kadang lagi teruk. Yang salah dipuja, yang berusaha ke arah kebaikan dicerca. Apa nak jadi . Jom tengok gambar terbaru Teh Syuhada bertudung :
alhamdulillah Beliau nampak cantik sangat . Baik pada pandangan mata manusia dan baik pada pandangan Islam. Good for her. May Allah Bless You.
original Pic from 2dayblogger
hosted at : HafizRahman
Demonstrasi AUKU Di UiTM Shah Alam 4 Jan 2012 ?
**Menangi RM50000 hanya dengan berkongsi cerita anak anda!!!
Video Penjelasan Amalina Che Bakri Isu Seksi Dan Gagal Universiti
UPDATED : video penuh penjelasan mengenai semua isu di (VIDEO EKSLUSIF)Nur Amalina Che Bakri Menjawab Segala Cemuhan
Serius Bodoh: Gambar Perkahwinan Ariff Alfian Rosli Dengan Gay
Sedihh aku baca cerita budak ni. Belajar pandai pandai dan akhirnya rosak jadi tak tentu haluan. Sama kes macam Sofiah Yusuf. Tapi Sofiah tu masih normal sebab dia mau jugak dengan lelaki. Ini sorang manusia ni, walaupun dah laki, nak kawin dengan lelaki. Lebih memalukan bila perkahwinan ni, dia pakai baju melayu siap ada tengkolok lagi. MOTIF??? Memalukan agama Islam dan Malaysia.
Dublin, 15 Dis : Bekas pelajar perubatan University College Dublin (UCD),
Ariff Alfian Rosli, 28, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya
kelmarin berada dalam keadaan selamat di Dublin, Ireland.
Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam yang mengesahkan
perkara itu berkata, pihaknya maklum tentang kehadiran Ariff Alfian
di negara itu sejak beliau masih dalam pengajian di UCD lagi.
Bagaimanapun, katanya, pihak kedutaan dan Wisma Putra
tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar
tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan
Peribadi Dublin.
”Kerana itu juga Ibu Pejabat Imigresen Republik Ireland tidak
boleh memberi maklumat berkaitan Ariff Alfian kepada ibu bapanya,
ini kerana kita terikat dengan akta tersebut dan bukan seperti yang
dilaporkan oleh ibu bapanya semalam.
”Status Ariff Alfian di sini sah termasuk dari segi visa dan
segala dokumennya juga sah. Semua sah, tiada
kesalahan. Justeru, beliau dibenarkan untuk menetap di sini.
“Namun, kita sebagai pihak yang terdekat dengan
Ariff Alfian akan berusaha mendapatkan beliau
supaya menghubungi keluarganya di Malaysia,” katanya.
Wisma Putra ambil langkah sewajarnya
Sementara itu, Bahagian Konsular dan Bahagian
Eropah Wisma Putra ketika dihubungi menjelaskan
pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya untuk
mengesan pelajar terbabit selepas menerima laporan
kehilangan pada 2009.
“Kami telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengesan
pelajar tersebut dan telah dimaklumkan pelajar itu mempunyai
rekod yang sah untuk memasuki Ireland.
“Namun, percubaan untuk menghubungi beliau gagal kerana dia
tidak mahu berjumpa pihak kedutaan mahupun keluarganya,” kata
sumber tersebut.
Aduhhh ape ke Bodoh dan bangang la dia ni. Siap ada sarung sarung cincin lagi, boleh pulak cium mulut. Astaghfirullahalazim. Mintakdijauhkan dari benda benda macam tu .Eeeee geli tengkuk aku tengok gambar gambar ni.
semua gambar dalam entry ini adalah ihsan dari Blog NURULAIN (klik untuk maklumat lanjut)
Bertenang ! Dunia Tidak Akan Kiamat Pada 2012
(Gambar) Mayat Gaddafi Dibiar Membusuk Di Bilik Sejukbeku Pasar
Reuters - MAYAT Muammar Gaddafi yang masih diletakkan di dalam sebuah bilik sejuk di Misrata, Libya semalam.
MISRATA, Libya - Mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mula mereput dan berbau busuk selepas empat hari ditempatkan di dalam sebuah bilik sejuk simpanan daging di sini sejak Khamis lalu.
Pejuang-pejuang yang mengawal jenazah Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim bertindak meletakkan lapisan plastik di bawah jenazah mereka ekoran cecair mayat mula mengalir di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar tempat kedua-dua jenazah itu disimpan.
Warna kedua-dua mayat itu menjadi semakin hitam selepas tidak dikebumikan selama empat hari.
Para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mula memberikan topeng bedah kepada para pelawat untuk melindungi daripada terhidu bau busuk yang tersebar ke dalam bilik sejuk beku tersebut.
"Tuhan mencipta firaun sebagai teladan kepada manusia lain," kata seorang penduduk, Salem Shaka yang melawat kedua-dua jenazah itu semalam.
"Jika beliau seorang yang baik, kami pasti akan mengebumikannya.
Reuters
SEORANG lelaki menutup hidungnya semasa dia melihat mayat Muammar Gaddafi di dalam bilik sejuk di Misrata, Libya semalam.
Namun, beliau sendiri yang memilih jalan ini (jalan kehancuran)," tambahnya.
Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim mati dibunuh di bandar kelahiran Gaddafi, Sirte selepas mereka ditangkap pada Khamis lalu.
Seorang lagi lelaki menyatakan dia memandu sejauh 400 kilometer untuk melihat mayat Gaddafi.
"Saya datang ke sini untuk memastikan dengan mata saya sendiri. Semua penduduk Libya mesti melihatnya," katanya.
Pengebumian Gaddafi masih menjadi perbalahan dalam kalangan anggota-anggota NTC yang memerintah Libya buat sementara waktu.
Para pemimpin NTC mahu mayat Gaddafi dikebumikan di sebuah lokasi rahsia supaya makamnya tidak dipuja.
Namun, suku kaum Gaddafi mahu mayatnya dikebumikan di bandar kelahirannya di Sirte. - Reuters
sumber : EKele
Even kalau cakap Gaddafi ni kejam sekalipun, at least hormatilah mayat orang dah mati. Kebumikan je la . Buat apa simpan lama lama. Kalau pun nak simpan, buat la elok elok, ini tidak. Buat macam bangkai binatang. Tuhan dah ciptakan manusia sebaik baik kejadian. Mengapa nak mempertikaikan kejadian Tuhan dengan melayan mayat Gaddafi seperti haiwan. Astaghfirullah.
Gambar Dan Video Gempa Bumi Turki : Lebih 200 Terkorban




Terkini Dari Libya : Video Gaddafi Masih Hidup Semasa Ditangkap
Video Dan Gambar Muammar Gaddafi Mati Dibunuh


Menteri Penerangan Libya, Mahmoud Shammam, berkata beliau mengesahkan Gaddafi terbunuh selepas mendapat maklumat daripada Pejuang Revolusi yang melihat sendiri mayat bekas pemimpin negara itu.
“Anggota kami di Sirte sudah melihat mayatnya....Mustafa Abdul-Jalil (Pengerusi NTC) akan mengesahkan perkembangan terbaru itu tidak lama lagi. Pejuang Revolusi memberitahu bahawa Gaddafi kelihatan menyertai satu konvoi dan mereka menyerang konvoi berkenaan,” katanya di sini, sebentar tadi.
Jurucakap operasi ibu pejabat NATO di Naples, Itali, Kolonel Roland Lavoie, berkata pesawat bersekutu melancarkan serangan ke atas dua kenderaan pasukan keselamatan pro-Gaddafi awal pagi tadi, di mana mereka terpisah daripada kumpulan itu sebelum menuju ke Sirte.

Bagaimanapun, pihak berkuasa NATO yang enggan namanya didedahkan berikutan syarat yang ditetapkan dalam undang-undang pasukan keselamatan bersekutu, berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada Gaddafi terbunuh atau ditangkap.
Peminat Manchester berpeluang menangi pakej percutian ke Old Traford dengan segalanya ditanggung
Semua pihak mengambil langkah berhati-hati untuk mengumumkan kematian Gaddafi apabila laporan yang diterbitkan sebelum ini (merujuk kepada kematian ahli keluarga Gaddafi atau penangkapannya) disahkan tidak tepat.
Sementara itu, satu daripada kumpulan Majlis Ketenteraan Misrata, berkata pejuang mereka berjaya menangkap Gaddafi.
Manakala, Komander bagi kumpulan lain dalam Majlis Ketenteraan Misrata pula, Abdel-Basit Haroun, berkata Gaddafi terbunuh dalam serangan udara yang disasarkan ke atas konvoi yang sedang melarikan diri. bharian
Video yang mengatakan Muammar Gaddafi Mati Dibunuh (tak pasti kesahihannya . Tapi rupa paras memang ada macam Gaddafi . Kita tunggu berita lanjut untuk pengesahan)
UPDATE : Sah Gaddafi Mati Dibunuh
Dapatkan Gadget ipod Touch dan iPad 2 secara percuma .







