Baucar Buku RM200 Dimanipulasi IPT dan Kedai Buku
Kalau dah mata duitan, semuanya nampak duit. Tak kira apa cara sekalipun, asalkan dapat duit . Tipu segala jenis golongan manusia. Sampaikan budak budak nak beli buku nak belajar pun nak ditipunya. Itulah yang jadi sekarang lepas kerajaan dah mengedarkan voucher RM200 untuk pelajar institut pengajian tinggi membeli buku . Ada pulak kes individu tertentu nak mengaut keuntungan atas angin dari voucher tu. Apa kejadah la aku pun tak faham. Meh baca berita bawah ni :
PEMBERIAN baucar buku daripada kerajaan untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berjumlah RM200 seorang adalah bagi menampung perbelanjaan dan mengurangkan bebanan sara hidup ibu bapa serta pelajar tersebut.
Hasrat murni kerajaan itu bagaimanapun kini dimanipulasikan oleh pelbagai pihak, baik pihak kedai buku mahupun pihak institusi pengajian tinggi itu sendiri.
Pihak institusi (tenaga pengajar) mahukan pelajar membeli buku bacaan atau rujukan pihak institusi itu sendiri dengan harga sebagai contoh RM80. Baucar yang diberi kerajaan adalah dalam bentuk RM50 sekeping.
Untuk membeli buku berharga RM80 ini, pelajar harus membayar dengan menggunakan dua keping baucer RM50 dengan jumlah RM100. Pihak institusi tidak akan membayar balik baki wang tersebut dan untuk membeli buku lain tentunya jumlah tersebut tidak memadai.
Di sini pelajar kerugian RM20. Pihak institusi atau pensyarah yang berkenaan mengaut keuntungan sebanyak RM20 daripada seorang pelajar. Berapakah jumlah keuntungan diperolehi pihak institusi dan pensyarah dengan jumlah pelajar yang ada?
Di satu pihak lagi, kedai kedai buku menawarkan kepada pelajar wang tunai sebanyak RM100 bagi pertukaran empat keping baucar RM50 tersebut. Perbuatan ini dan pelbagai lagi cara boleh diambil oleh pihak ketiga bagi mengaut keuntungan mudah di atas pemberian kerajaan.
Pihak kementerian berkenaan dan badan-badan bertanggungjawab harus memandang serius perkara ini dan pihak kerajaan boleh mencari alternatif lain dalam pengagihan bantuan kepada pelajar IPT.
Rasanya tidak salah jika terus diberi secara tunai kepada semua pelajar IPT bagi tujuan membeli buku bacaan ata rujukan mereka. Jika mereka tidak menggunakan wang tersebut untuk membeli buku, setidak-tidaknya wang tersebut tidak diambil pihak lain.
Lintah darat ini tidak peduli akan halal haram sesuatu perbuatan. Apa yang lebih penting adalah mengaut keuntungan. Asal saja mereka berkesempatan, mereka melakukannya. Semoga mendapat perhatian pihak Kementerian Pengajian Tinggi.
**boleh pulak ek macam tu? For sure la yang boleh tukar dengan duit cash tu akan mendapat sambutan dari students students sebab most of them memang malas nak guna benda ni nak pergi tukar dengan buku. Aku sendiri sampai harini , voucher tu masih terletak simapn elok tu ha dalam laci. Tak terfikir lagi nak buat apa. Rasanya kalau dapat cash memang dah habis lama dah. Elok jugak la dia bagi voucher. Tapi kalau dah bagi voucher pun, ada beruk beruk nak kaut keuntungan, baik bagi cash je kan? Dari ditipu.
nah sekian itu artikel postingan tentang Baucar Buku RM200 Dimanipulasi IPT dan Kedai Buku semoga sharepaste dapat memberikan tebaik untuk anda , jangan lupa ada yang terkait tuh di bawah ini dan ada juga yang musti kamu baca lewat daftar isinya ^_^