usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

First Time HafizRahman.com Kalahkan UtusanOnline



alhamdulillah untuk rekod..semalam adalah hits tertinggi untuk blog aku untuk tahun nie..semuanya sebabentry yang menggunakan keyword panas dan hot n spicy semalam dan hari nie iaitu 'teoh beng hock' dan jugak 'keputusan MUET'...kedua-duanya ada dalam entry


dan 



gambar di atas adalah searh page google yang sempat aku snap pasal inkues teoh beng hock...bila taip keputusan kes teoh beng hock...alhamdulillah blog HafizRahman.com berada di page utama dan di nombor dua selepas berita harian untuk sepanjang malam sampai pagi nie.....berjaya mengatasi mstar online dan utusanonline...mesti korang cakap..ape la poyo ini pon nak tunjuk kan?haha

dan untuk keyword pulak...paling banyak yang masuk ke blog HR adalah dengan menggunakan keyword 'keputusan MUET'...walaopon tak la sebanyak blogger yang makin terkenal seperti yang aku dah listkan dalam Imbasan Blogger Terhangat dan Terhebat 2010 : Siapa Mereka?..tapi alhamdulillah ada peningkatan dalam bilangan pageview dan jugak unique visitor...

so kepada anda ..terutamanya beberapa orang blogger baru yang ada bertanyakan macamana nak buat orang datang ke blog kita....first...cari keyword menarik dan hot untuk hari tersebut dan esoknya...contohnya macam kemalangan bas di Simpang Pulai hari tu...orang akan search pasal kemalangan tu dan kalau bernasib baik page korang berada di main page searh engine google...kan ke durian runtuh tu...second..kena rajin la ofkos kan....hahaha


dan dua blogger yang selalu update pasal keyword-keyword panas setiap hari adalah :


dan 



jom terjah blog dua orang blogger hebat nie   =)

sekian

**harap korang abaikan tajuk entry nie...kalahkan dari segi list page di search engine ja...tupon kejap ja..haha...tapi pageview jangan harap la aku nak lawan...gila kot..ahahaha..lukenabebb!!


Keputusan Akhir Kes Teoh Beng Hock..Bukan Dibunuh Dan Bukan Bunuh Diri!!Kes Tak Selesai!!

baru kejap tadi kakak aku post entry nie di wall facebook dia



hahaha abis sapa salah?keputusanya tak ada siapa yang salah..hantu kak limah yang bunuh dia..dah agak dah keputusan macam nie akan keluar..actually kakak aku salah seorang yang terlibat dengan kes pendakwaan nie..bess kan jadi peguam....nak jadi gak la.!!so dapat cerita panas dari court terus la..adehhh..macam nie punya kes pon ada ka?..POLITIK ke?




SHAH ALAM, 5 Jan — Mahkamah memberikan keputusan “terbuka” sebentar tadi berhubung punca kematian Teoh Beng Hock, bekas setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri, pertengahan 2009.
Dengan keputusan terbuka itu bermakna mahkamah tidak dapat memutuskan punca yang membawa kepada kematian Teoh yang meninggal dunia selepas didapati jatuh dari bangunan Masalam di sini semasa berada dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Koroner Azmil Muntapha Abas menolak teori bahawa Teoh mati kerana dibunuh ataupun membunuh diri.
Terdahulu ketika membacakan keputusnnya, Azmil berkata, Teoh kemungkinan meninggal dunia antara 7.15 pagi dan 11.15 pagi pada 16 Julai 2009.
Katanya, ia berdasarkan pada keterangan pakar-pakar patologi.
Azmil juga berkata, adalah jelas Teoh meninggal dunia di koridor servis tingkat lima Plaza Masalam.
Kata beliau, pegawai muda itu mati akibat kecederaan teruk selepas jatuh dari bangunan tinggi.
Malah beliau memberitahu, nota tulisan, yang dipercayai ditulis Teoh, yang dikemukakan sebagai bahan bukti ketika inkues menuju peringkat akhir, juga menimbulkan persoalan.
Meskipun adanya keputusan itu, Seksyen 339(2) Kanun Prosedur Jenayah menyediakan peruntukan kepada Pendakwa Raya untuk mengarahkan koroner membuka semula inkuiri.
Keluarga Teoh menuntut agar suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk menyiasat keadaan yang membawa kepada kematian Teoh — melihat punca sebenar termasuk kemungkinan dia dipaksa untuk terjun dari bangunan tinggi.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam, pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.
Laporan meluas bahawa beliau mati beberapa jam selepas disoal siasat oleh SPRM mengenai dakwaan menyalahgunakan peruntukan kerajaan Selangor.
Pada awalnya, inkues itu dijadual diselesaikan dalam masa sebulan tetapi ia berlarutan sehingga 4 November lalu, di mana koroner mendengar keterangan daripada 37 saksi termasuk patologis Thai yang terkenal Dr Pornthip Rojanasunand.
Dr Pornthip mendakwa Teoh mungkin dibunuh, menyebabkan mayat Teoh digali semula untuk bedah siasat kedua.
MENYUSUL LAGI


kes pending????????????






rembat dari themalaysianinsider
usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update