usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar

Video Klip Max 24:7 Cinta 247 Yang Super Gelak Menggelupur

Siapa belum tengok lagi kumpulan k-pop malaysia paling ngetop?wekkk muntah. Before this aku dah pernah buat dah entry pasal grup ni. Mengenali Ahli Kumpulan 24 : 7 : 1st Kpop Malaysia..1st?????erkk . Sebelum tengok pic ni jangan makan sbb takut muntah nanti .

image

dan sekarang keluar pulak dengan music video yang superhebak. (muntah lagi). Seriusly aku rasa this is the best video ever.

dan yang kesiannya

image

kah3x artis malaysia paling hebat aku rasa. 94 orang tu sapa la aku pun tak tau. Agaknya dia silap tertekan like  la kot. Pastu tak leh nak undo dah. menyesal !!

ce layan dulu video ni nanti kita komen sama 2 k..Better tengok atas katil sebab nanti confirm korang akan gelak guling guling sambil menggelupur atas tilam tu.ahahaha

Lirik tak leh blah :

apa yang ku tahu...apa yang kau tahu...masa kecik dulu...sama2 tak tahu

Dah tak tahu nak cita watpa lagi. Celah mana masuk masa kecik kecik tu. hahahahah sakit perut weh..lirik lagu enjit enjit semut nyanyian Kak Limah lagi hebat dari ni.ahaha. Ini version copy paste dari Rebecca Black jugak ni .

"Adakah MAX24.7 sudah bersedia?"

"Iyerr !!"

skrip yang memang buat aku gelak menggelupur. kah3x. Dengan muka sorang sorang nampak cam bajet Korea je.(bajet je tapi sikit tak sama ok..tolong la )wakaka

hahahahahhaha dah la weh. Aku dah tak larat nak gelak dah. Ini first time aku tulis entry aku gelak sorang sorang.hahahahha. Entah apa la yang bebudak ni nak buat sebenarnya aku pun tak paham. Nak buat lawak ke hapekejadahnyah?kah3x. Aku rasa video ni dibuat more to like nak bagi panduan senaman pagi pagi untuk pelajaran PJK disekolah. Itupun tak berapa sesuai sebab takut budak budak sekolah nanti terikut dengan budaya pelik pelik ni.Baik menari poco poco .Lagi siokkkkk.

##rasa macam nak buat ringtone alarm bangun sahur la pulak. Senang ja aku boleh bangun dan terus rasa segar sebab boleh gelak kaw2 before bersahur. Dan tetiba aku rasa lagu RAYA daripada Jalil Hamid lebih seronok didengar rather than menyakitkan lubang telinga melayan 12 jejaka “kacak” ni.hahahahahhahahahahahahahahahhaktuih….bye!

Berbuka Puasa @ Nasi Beriani Gam, Sungai Petani

Entah betul entah tidak aku eja word briani tu. Ke beriani. Ke nasik yang berani. Wateva asalkan korang faham yang aku makan nasik tu untuk berbuka puasa. Ini semalam punya cerita dan bukan tadi. nak post semalam lagi tapi tak dapek nak buat pasal internet ni kalau dibagi lumba dengan sang kekura. Comfim2 sang kekura menang dengann bergayanya

Aku pergi ni atas jemputan daripada salah seorang staff Petronas Dagangan iaitu Firdaus Elias. Firstly, nak cakap yang makanan kat sini not bad. Patutnya aku cakap, “firstly ucap terima kasih” lagi agak beradab kan?kah3x. Sedap jugak beb. kalau ada kesempatan and belum lagi cuba, boleh la mencuba melantak sepinggan dua Nasi Briani Gam 88 di Lot 88 Sungai Petani, New Zealand. Ramai jugak yang join semalam sebab ada bos dari KL yang turun ke Kedah (kalau aku tak silap la). Plus entry ni dibuat untuk menjeleskan seseorang yang tak leh join padahal dia yang beria ia nak si Firdaus ni belanja. Padan muka hang Alia..haha

18082011341

sponsor yang menyeponsor makanan pada majlis tu. Masih bujang trangtangtangtangtang. Ada yang nak ngejah dok?

18082011344

ramai jugak yang join. Aku rasa dalam 30orang plus2 ada kot.

18082011346

hidangan pertama. lepas rembat pasembur ni. Sembahyang maghrib dulu ramai ramai . then mula lah sesi memecah perut dengan nasi beriani ofkos. Takkan la makan spageti plak kan kat kedai nasik briani. Kejap beriani, kejap briani. Arhhh mana satu ni.

18082011345

setiap 4orang dapat 1 jug .Lepas tu tambah lagi dengan air dari jug meja sebelah. Perut tong betul. haha

18082011353

papa saadom dan nasi briani

18082011355

ini bess…Tempe walaupun aku tak berapa suka makan cam cik epal. Tapi tempe yang ini sedap. Nipis ja dia goreng. Dia tu tak tau la sapa kan?haha

18082011357

Daging yang superlembut macam bantal peluk. Rasa nak peluk peluk ja daging tu. Over~Ada satu lagi masakan ayam yang aku lupa snap. Tak sempat sebab dalam mulut dan kat tangan penuh dengan makanan.

18082011352

Walaupun acar ni sikit. Tapi sikit pun aku tak makan sebab tak berapa suka.

18082011360

mereka makan dengan lahapnya sampai buncit perut.

Apapun, tqberimac kepada Firdaus yang sponsor berbuka semalam. Siap bagi ole ole rempeyek sorang satu lagi masa nak balik tu. nanti nanti boleh la belanja lagi. Secret recipe pulak ka.

Status Halal 60,000 Ayam Segar Di Johor Diragui

Daripada 200,000 bekalan ayam segar yang dikeluarkan di Johor setiap hari, kesucian 30 peratus daripadanya diragui kerana ada pengusaha pusat penyembelihan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Johor (JAJ).

Penolong Pengarah Penyelidikan Unit Halal JAJ, Samsudin Paimi, berkata, terdapat beratus-ratus peniaga yang memasarkan kira-kira 60,000 ayam segar setiap hari yang kesuciannya diragui.

“Malah ada penyembelihan dilakukan di tempat terbuka yang turut dimasukianjing dan binatang lain,” katanya kepada pemberita selepas serbuan terhadap dua premis penyembelihan dan pemprosesan di Jalan Kampung Sawah dan Jalan Pontian-Johor Baharu di Pontian awal hari ini.

Dalam serbuan dari 1 pagi hingga 3 pagi itu, JAJ mendapati premis terbabit masing-masing tidak melakukan proses penyembelihan dengan kaedah ditetapkan manakala logo halal sudah tamat tempoh sejak empat tahun lepas.

Samsudin berkata, JAJ khuatir dengan pertambahan permintaan terhadap ayam segar menjelang Aidilfitri, pengusaha kecil seperti itu semakin berani untuk mengaut keuntungan dengan berselindung di sebalik logo halal tamat tempoh selain tidak mengikut piawaian JAJ.

Turut membimbangkan JAJ, katanya, ialah ramai pengusaha tidak memiliki tauliah penyembelihan selain mempraktikkan kedah penyembelihan dan pemprosesan ayam sambil lewa.

“Kita tidak mahu pengguna terus tertipu dan mereka seharusnya diberi kesedaran untuk hanya memilih ayam yang disahkan halal dan suci,” kata Samsudin.

Samsudin berkata JAJ sudah mewajibkan pengusaha ayam di Johor membuat label yang akan diletakkan di kepak ayam yang mengandungi maklumat mengenai penyembelihan serta status halalnya.

Mengikut Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 yang akan dikuatkuasakan bermula tahun depan, syarikat yang didapati bersalah menipu sijil halal boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM10 juta bagi kesalahan kedua. — Bernama

#surely orang Johor dah mula rasa cuak tetambah yang semalam bedal ayam tak hengat dunia. Agak biadap jugak la kan pengusaha ayam ni sebab bulan bulan puasa ni pun nak buat dajal dekat orang Islam.

Komen Dr Mahathir Berkaitan Isu Serbuan Gereja : Aku Sokong 100% Apa Yang Dr.M Cakap

Jadual Peperiksaan PMR 2011, Edisi Jadual Bergambar

Tanda- Tanda Malam Lailatul Qadar

Dah 18 hari kita berada dibulan ramadhan yang penuh keberkatan ni. Cuma tinggal lebih kurang 12 hari ja untuk Ramadhan kali ni meninggalkan kita . 10 malam terakhir adalah malam yang ditunggu tunggu oleh sekalian umat Islam yang menunaikan puasa kerana pada 10 malam terakhir ini, satu malam adalah malam yang penuh dengan keberkatan iaitu malam lailatulqadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam para malaikat turun dengan membawa keberkatan dan kebaikan kepada umat yang beribadah. Sesiapa yang dapat kebaikan pada malam tersebut. Mereka adalah golongan yang paling beruntung.

Dibawah ni, aku nak berkongsi sedikit artikel yang dikeluarkan oleh laman : iLuvislam.com mengenai tanda tanda berlakunya Lailatul Qadar.

Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :

  • Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
  • Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
  • Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
  • Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
  • Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.

Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini.

Tanda Dan Alamat

Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.

Hikmah

Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.

Sumber : iLuvislam.com

#hanya Allah SWT yang maha mengetahui bila berlakunya lailatul qadar. Jangan hanya mencari lailatul qadar pada satu malam sahaja. Cari lah keberkatan dan kebaikan pada setiap malam. InsyaAllah , Allah akan kurniakan Lailatul Qadar kepada mereka .    semoga Ramadhan kali ni membawa lebih kebaikna dan keberkatan dari sebelum sebelumnya . Aminnnn!!

 

#Entry Sebelum Ini : ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-75 , Persiapan Sebelum Konvokesyen

ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-75 , Persiapan Sebelum Konvokesyen

bagi student UiTM yang sudah menamatkan pengajian semester lepas. Mesti tengah menunggu saat saat konvokesyen kan?Same goes to me. Banyak benda sebenarnya yang kena disettlekan sebelum anda semua boleh konvo. Dan masih ramai yang masih tak tahu apa perlu dibuat sebelum konvo. Dibawah ni aku senaraikan apa yang perlu dibuat sebelum  ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-75 yang akan berlangsung dari 20 hingga 31 Oktober 2011.

 

LANGKAH PERTAMA GRADUAN

(29/7/2011 sehingga 19/8/2011)

1) Semak nama graduan dan kemaskini maklumat terkini (klik disini)

(Pelanjutan tempoh bagi semakan nama graduan dan kemaskini maklumat terkini           sehingga 19 Ogos 2011)

LANGKAH KEDUA GRADUAN

(1/9/2011 sehingga 30/9/2011)

2) Semak maklumat berkaitan bendahari,denda tertunggak dan status bayaran (Denda Perpustakaan,Keselamatan dan Hal Ehwal Pelajar)

LANGKAH TERAKHIR GRADUAN

(1/10/2011 sehingga 14/10/2011)

1) Sahkan kehadiran

2) Cetak Borang Jubah

3) Cetak Panduan Istiadat Konvokesyen

4) Cetak Bil Konvokesyen

Untuk konvokesyen UiTM Ke-75 ni, ada 5 kampus yang akan mengendalikan konvokesyen iaitu Shah Alam, Perak, Perlis, Sarawak dan Terengganu. Berikut adalah pecahan sidang konvokesyen bagi setiap kampus dan setiap kursus. Boleh semak tarikh konvokesyen dan sidang konvokesyen anda disini.


Pecahan Sidang Kampus Shah Alam

Pecahan sidang Kampus Perak

Pecah Sidang Kampus Perlis

Pecah Sidang Kampus Sarawak

Pecahan Sidang Kampus Terengganu

 

PALING PENTING ADALAH  sentiasa alert dengan laman web ini http://konvokesyen.uitm.edu.my/ dan http://hazrilhafiz.blogspot.com/.hehee

UPDATED : MAKLUMAT TAMBAHAN

Yuran konvo+gambar amik skroll(2kping) = RM 115
2) Gambar kalau nak amek degan family dan portrait sorang2 = RM 150++

#Tahniah kepada semua yang telah berjaya

Paderi Gay Malaysia Kahwin Di Amerika 31 Ogos, Gambar Pasangan Paderi Gay

Paderi Gay Pertama Malaysia Kahwin Di New York

KUALA LUMPUR - Paderi gay pertama di Malaysia, Ouyang Wen Feng (gambar) akan berkahwin pada sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini.


Paderi berusia 41 tahun itu menyatakan, dia mahu melihat lebih banyak toleransi wujud di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam.


Wen Feng mengasaskan bersama sebuah gereja gay di ibu kota Malaysia, di sini pada 2007 yang dikecam oleh kumpulan-kumpulan Islam konservatif.


Hubungan homoseks bertentangan dengan undang-undang Malaysia dan pengamalnya boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta disebat.


Paderi itu berkata, dia akan berkahwin dengan kekasihnya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn III, 47, yang merupakan seorang penerbit pementasan Broadway dalam satu majlis di New York, Amerika Syarikat (AS).


Negeri New York merupakan negeri keenam di AS yang membenarkan perkahwinan gay pada bulan lalu.


"Kami merancang untuk mendaftarkan perkahwinan kami pada Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos ini, ia penuh bermakna buat saya," kata Wen Feng. -

Reuters – KosmoOnline

#kalau kerajaan tak ambil apa apa tindakan, masalah sosial yang dah teruk di Malaysia ni akan menjadi bertambah parah dan tak boleh diselamatkan lagi. Tengok sekarang dah la. Macam macam hal jadi hari hari. Ini nak tambah lagi satu hal. Jangan sampai Malaysia kena bala macam negara negara lain. Tuhan tu maha berkuasa. Dia maha mengetahui dan kalau Allah kata “kun fayakun” . Habis punah segala kesenangan yang kita ada selama ini.

Artikel berkaitan boleh juga dibaca di New York Times :  Gay Malaysian Pastor’s Wedding Plans Stir Anger

Artikel dari MalaysianInsider : Government must stop gay pastor’s marriage, says Utusan

##Entry Menarik Sebelum Ini : Adlin Binti Abd Jalil Adalah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara? (pendedahan identiti sebenar )

Video Serbuan JAIS Ke Gereja Methodist Damansara Utama

Isu JAIS menyerbu Gereja semakin panas dengan sesetenga pihak membidas dan sesetengahnya menyokong. Dan hari ni, keluar video serbuan tersebut di Youtube .

Serbuan dibuat semasa majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh gereja tersebut . Majlis berbuka puasa dianjurkan gereja?memang gila. Dan memang patut JAIS serbu. Kejadian berlaku di Thanksgiving Hall 3 ,Damansara Utama Menthodist Church

 

Syarat Jawatankuasa Khas Parlimen Reformasi Pilihanraya Yang Dituntut Pakatan Rakyat

Penubuhan jawatankuasa khas parlimen untuk reformasi sistem pilihan raya yang diilhamkan oleh Najib hanya akan dipersetujui jika kerajaan memenuhi kesemua tuntutan Pakatan Rakyat . Antara tuntutan tersebut adalah :

1. Ia harus mempunyai kuasa menyiasat, mengesah, dan mencadangkan perubahan yang menyeluruh. Jawatankuasa mesti diberikan kuasa dan kewangan yang secukupnya.

2. Siasatan ke atas proses dan sistem pilihanraya sedia ada harus melibatkan badan audit bebas yang diiktiraf di peringkat antarabangsa PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young, dsb).

Pada masa yang sama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti dipertanggungjawab atas kesemua tindakan dan kenyataan bersifat partisan, yang telah menghakis kebolehpercayaan umum terhadap institusi tersebut.

Penambahbaikan mesti dilaksanakan ke atas SPR itu sendiri demi memulihkan kewibawaan institusi ini yang sebenarnya pelindung demokrasi negara.

3. Pengesahan harus melibatkan proses pengutaraan semua isu dan cadangan terutamanya 8 tuntutan Bersih 2.0, dan melibatkan parti-parti politik, masyarakat umum dan para akademik. Web 2.0 dan Media Sosial mesti diguna untuk membolehkan orang ramai memberi maklumbalas.

4. Satu kajian bagi membanding dan mengambilpakai amalan tatacara pilihanraya terbaik seluruh dunia harus dibuat dan dibentang untuk pertimbangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen.

5. Oleh sebab perkara ini memerlukan penyelarasan, analisa, laporan dsb yang cukup meluar, satu unit pengurusan program yang diambil dari sebuah firma yang boleh dipercayai harus disediakan bagi kegunaan Jawatankuasa tersebut.

6. Semua penambahbaikan ini mestilah ditamat, diumum, dan dilaksanakan secara menyeluruh sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

sumber

Karikatur Yang Diinspirasikan Dari Profile Picture Facebook

TENTATIF PROGRAM KEMBARA RAMADHAN DAN KEMPEN JALUR GEMILANG BLOGGER UTAGHA

Before this aku ada buat entry berkaitan program amal yang akan dijalankan oleh geng geng blogger utara . Sila rujuk entry KEMBARA RAMADHAN (Majlis Berbuka puasa Bersama Anak Yatim & Warga Emas “Kami Blogger Utagha”)

Tentatif Program Majlis Kembara Ramadhan dan Kempen Jalur Gemilang


Anjuran Bersama KBU dan MAYC Kg Padang Melangit, Perlis


Tarikh : 20 Ogos 2011 (SABTU)Lokasi : Masjid Kg Padang Melangit, Perlis 

1.30 ptg : Ahli dari Penang akan bertolak
3.30 ptg : Berkumpul di Stesen Minyak Mobil / Esso Jalan Putra, Mergong (sebelah kiri ke kangar)
4.15 ptg : Berkumpul di Perlis - Petronas Taman Guru Jaya, Kangar (Menghala ke Beseri)
               : Konvoi ke Balai Baru
5.00 ptg : Konvoi Kempen Jalur Gemilang dengan MAYC ke Kg Padang Melangit
6.00 ptg : Penyampaian Sumbangan
7.00 mlm : Ketibaan VVIP (MB Perlis, YB Santan, MAYC Negeri, Majlis Belia Negeri)
7.35 mlm : Berbuka Puasa - makanan ringan (Kurma dan minum air sahaja)
7.45 mlm : Solat Maghrib berjemaah
8.00 mlm : Makan Malam (berbuka dengan makanan berat)
8.40 mlm : Solat Isyak dan Terawih
10.00 mlm : Bersurai


** SETIAP AHLI YANG HADIR AKAN PEGANG 2 @ 3  ORANG PENERIMA SUMBANGAN UNTUK MENGIRINGI WARGA EMAS SEMASA PENYAMPAIAN SUMBANGAN


UNTUK PENGANGKUTAN...sila rujuk / ctc wakil negeri masing-masing


Diharap ahli yang terlibat untuk program ini...dapat memberi kerjasama dengan sewajarnya supaya majlis yang dirancang akan berjalan lancar..sekiranya mempunyai masalah sila maklum dengan segera.


Sekian, terima kasih


Harap Maklum

 

sebarang pertanyaan lanjut boleh terus berhubung dengan admin Kami Blogger Utagha :

GKSB- 019-4446535

Pakcu sofi- 0194406353

Adish Shida- 014-7577561

 

MAKLUMAT LANJUT RUJUK SINI

Video Dan Gambar Pentas Persembahan Kumpulan Sugarland Runtuh Semasa Ribut

Wajah Penyerang Ashraf Haziq Didedah Polis Britain

image

Reece Donovan berusia 21 tahun dari Romford, Essex

LONDON - Wajah penyerang yang merompak pelajar Malaysia, Muhammad Ashraf Haziq Rosli didedahkan akhbar-akhbar Britain semalam.

Penyerang itu, Reece Donovan berusia 21 tahun dari Romford, Essex muncul kelmarin di depan majistret di sebuah mahkamah di tengah London.

Dia dituduh merompak telefon bimbit Nokia dan konsol permainan Sony PlayStation milik Ashraf semasa rusuhan berlaku di London pada minggu lalu.

Donovan didakwa menjadi anggota kumpulan yang menggambarkan dirinya sebagai seorang lelaki yang baik semasa dia membantu Ashraf yang berdarah selepas rahangnya dikatakan dipukul oleh sekumpulan pemuda.

Namun, Donovan dikatakan berdiri di belakang Ashraf dan mengambil barang berharga bernilai £300 (RM1,465) daripada begnya.

Ketika kejadian, Ashraf sedang menunggang basikal di Barking, timur London apabila dia didatangi sekumpulan orang yang dianggarkan di antara 60 hingga 100 golongan muda.

Insiden itu juga disiarkan di laman YouTube. (rujuk entry Video Pelajar Malaysia Cedera Di London Dirompak)

Donovan kini ditahan di sebuah penjara. - Agensi
Sumber: Kosmo

AMARAN KEPADA PEMINAT KOPI : Senarai Kopi Beracun Dan Berbahaya Di Malaysia- Ogos 2011

Senarai Kopi Beracun Dan Berbahaya Di Malaysia- Ogos 2011

Suka minum kopi?Hari hari minum kopi?Berjaga jaga selepas ini sebab dalam kopi ada macam macam. hari ni sebuah akhbar menyiarkan senarai kopi yang berbahaya kepada kesihatana si peminum kerana dikatakan mengandungi seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambail tanpa pengawasan doktor dan pakar pemakanan. Kementerian Kesihatan mengesan lebih 40 jenis kopi yang berada dipasaran yang mengandungi bahan berbahaya tersebut

Berikut adalah senarai kopi yang mempunyai campuran berbahaya.

  • Cafe Abang Yes,
  • Candi Gold,
  • Candy 193,
  • Extend Up Energy Drink,
  • Extremen,
  • Extrewomen,
  • Goji Guarana,
  • Goji Guarana Extra,
  • Goji More,
  • Goji Yumberry,
  • Guara Cafe,
  • HBW Ice Lemon Tea,
  • Hotton Vitality Candy,
  • Ie2 O,
  • King Cappucino,
  • Knight Cofee.
  • Kolek Cafe Power Plus,
  • Kopi Angguk,
  • Kopi Asmara,
  • Kopi Bagus AAA,
  • Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
  • Kopi Pahlawan,
  • Kopi Super Angguk,
  • Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
  • Maca Max, Macagin Ginseng Candy,
  • Mentalk Candy,
  • Nexus MXP,
  • Night Cafe,
  • Red Energizer Candy For Men,
  • Royal Beverage Maqrifatun,
  • sasanergy Drink,
  • Trica Jus,
  • Tri-Max,
  • True SR,
  • vigor Candy,
  • Vitca-F,
  • Vitca-M,
  • Winnie Beauty V1,
  • XKL Sky Fruit Juice Premix.

So berhati hati semasa anda mengambil minuman kegemaran anda ini. Takut terjadi apa apa dimasa depan nanti kan susah diri sendiri. An apple a day keeps a doctor away. Tapi ini boleh buat quotes baru . A cup of coffe a day keeps a live away. Kalau rajin sebarkan la. COpy paste pun tak pe yang penting sila tinggalkan backlink. Aku tak teragak agak untuk backfire atau backkick kepada sesiapa yang memplagiat entry aku.hehe

SUMBER ASAL

usahaberhasil.com, bisnis internet sukses, uang, rupiah, dollar
Copyright 2012. All rights reserved. Check PageRank
Present by kackdir mata-update