Komen Dr Mahathir Berkaitan Isu Serbuan Gereja : Aku Sokong 100% Apa Yang Dr.M Cakap
JERLUN, 19 Ogos — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengambil tindakan dalam isu dakwaan cubaan memurtadkan umat Islam di negara ini sebaliknya perkara itu perlu diselidiki dahulu.
Beliau melahirkan pandangan ini di sebalik isu Jabatan Agama Islam Selangor mengadakan serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya awal bulan ini.
“Kadang-kadang tuduhan itu benar, kadang-kadang tak. Kalau gopoh untuk menyiasat, esok bila (tindakan itu) salah, orang dah tak percaya lagi.
“Tunggu dulu sehingga dapat maklumat yang benar,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ehsan, Batu 3, Kodiang, dekat sini malam tadi.
Dipetik Bernama Online, Dr Mahathir (gambar) berkata masyarakat Islam sendiri perlu mengambil berat terhadap golongan yang memerlukan bantuan bagi mengelak kemungkinan akidah mereka terpesong.
“Kalau tak ambil berat dan mereka menderita, mungkin mereka akan tertarik dengan orang yang menawarkan bantuan kepada mereka,” katanya.
Entry berkaitan isu murtad : Video Serbuan JAIS Ke Gereja Methodist Damansara Utama
##sokong. Ini la bila orang berilmu keluarkan komen.
nah sekian itu artikel postingan tentang Komen Dr Mahathir Berkaitan Isu Serbuan Gereja : Aku Sokong 100% Apa Yang Dr.M Cakap semoga sharepaste dapat memberikan tebaik untuk anda , jangan lupa ada yang terkait tuh di bawah ini dan ada juga yang musti kamu baca lewat daftar isinya ^_^