misteri!!berani baca la....
Amer berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh
misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan
perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah pun meninggal
dunia sejak dia berumur 8 tahun. Tinggal lah Amer dan bapanya
berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amer
berjaya didalam pelajaran.
Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat
kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki
peperiksaan SPM.
Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga dengan
pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana
cemerlang didalam PMR? Basikal?"
Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong
aje bapak."
Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia
lantas membelikan anaknya 2 biji bola pingpong.
Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan didalam SPM,
dia mendapat 10A dan diterima dijurusan kejuruteraan mekanikal
disebuah university terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan
bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap
mahukan 2 biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia
tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong.
Semasa di university, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia
telah mendapat award sebagai pelajar terbaik di Universitinya.
Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap
mahukan 2 biji bola pingpong dari bapanya.
Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang centre,
tetapi masih berbangga.
Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat
engineering yang terbesar di Malaysia yang bertaraf
international. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih
bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan
bola ping pong.
"Kau ni, asik2 bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak makin
maju dan bapak adiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK
Compressor"
Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa
banyak soal.
Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk
men'test' keretanya. Namun, apalah malang Amer, dia mendapat
kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke
ICU.
Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.
Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang.
Tetapi nampaknya Amer tadak harapan nak sembuh, lalu Amer
mengeluarkan kesemua bola ping pongnya dan menyerahkan pada
bapanya.
"Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan ni...." kata
Amer kesakitan.
"Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke
paedahnya" kata bapaknya
"Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong ini..." kata
Amer
"Apa dia" tanya bapa Amer
Tetapi belum sempat Amer memberitahu meisterinya, Amer
menghembuskan nafasnya yang terakhir...
Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.
Apakah misteriya? Anda nak tau????
.
.
.
.
.
ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri
Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri selamanya.
Ha ha! cian korang kena baca sampai abes kan????