Gambar Najib Sembah Salib : Sumber Didedah
Kecoh di blog blog politik dengan gambar PM Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib Razak sedang menyembah salib bersama Pope Benedict. Namun gambar tersebut dibuktikan palsu dan hanya direka oleh golongan yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan Najib.
KUALA LUMPUR – Gambar asal yang kemudiannya diubah menggunakan teknik pertindihan bagi memperlihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tunduk menyembah salib dalam pertemuan Pope Benedict XVI pada Julai lalu sebenarnya adalah sekeping gambar lama.
Ia dipercayai dirakamkan ketika Najib masih Timbalan Perdana Menteri dan sedang khusyuk berborak dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada satu majlis.
Pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan Najib telah melakukan teknik pertindihan bagi mengelirukan orang ramai kononnya Perdana Menteri tunduk menyembah salib dalam pertemuan dengan Pope.
Bagaimanapun, tindakan membuat gambar fitnah itu dikutuk banyak pihak kerana mempermainkan akidah seorang muslim.
Gambar itu sebelum ini telah disiarkan dalam beberapa blog politik sebelum ini.
Even tak puas hati pun., rasanya tak perlu la kot sampai nak memfitna sampai macam ni. Tak takut dosa besar ke memfitnah tambah pulak memfitnah yang berunsurkan kepada pegangan agama dan akidah seseorang. Siapa kita nak menghukum orang lain atas ketidakpuasan hati kita? mohon dijauhkan dari benda benda macam ni. Amin!!
nah sekian itu artikel postingan tentang Gambar Najib Sembah Salib : Sumber Didedah semoga sharepaste dapat memberikan tebaik untuk anda , jangan lupa ada yang terkait tuh di bawah ini dan ada juga yang musti kamu baca lewat daftar isinya ^_^