Utusan Saman Namewee : Video Namewee F**k Utusan
KUALA LUMPUR 1 Okt. - Jabatan Pengarang Utusan Malaysia membuat dua laporan polis berhubung kenyataan lucah terhadap organisasi serta wartawan Fauziah Arof yang dikeluarkan oleh Namewee menerusi satu klip video yang tersebar di Internet baru-baru ini.
Laporan polis itu dibuat berikutan tindakan Namewee yang menyalahguna kemudahan multimedia untuk menjatuhkan imej akhbar Utusan Malaysiaserta mengeluarkan tuduhan melampau terhadap penulisan artikel Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee... yang disiarkan pada bulan lalu.
Menurut Penasihat Undang-undang, Jabatan Pengarang Kumpulan Utusan, Mohd. Jefri Daman, penerbitan klip video berdurasi dua minit 43 saat itu telah mengundang komen-komen negatif orang ramai terhadap akhbar dan wartawan berkenaan.
"Tindakan Namewee itu dilihat merendahkan martabat wartawan dan akhbarUtusan Malaysia sebagai rasis, bodoh, menjatuhkan imej syarikat dengan tuduhan melampau serta menggunakan bahasa lucah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
##haha takut pulak Utusan dengan Namewee ek?Kalau sebelum ni pihak pembangkang dan individu individu lain ada yang siap memaki hamun Utusan, tak ada pulak keluarkan saman? Sebenarnya aku pun dah “tak suka” utusan ni sebab terlalu “penipu” sangat. Nak tipu pun jangan lah sampai nampak sangat . Ini terang terang bohong dan manipulasi macam macam perkara. Pergi la kat kedai kopi sekarang. Ada orang letak paper Utusan??boleh kira dengan jari . Mungkin Namewee tu agak biadap buat video sampai macam tu. Tapi siapa suruh jolok sarang tebuan kan? Kan dah kena sengat.
Video Kontroversi Namewee Mengutuk Utusan
Namewee FxxK UTUSAN!!! 黃明志幹五毒散
paling suka dengan statement blog Biaqpila
nah sekian itu artikel postingan tentang Utusan Saman Namewee : Video Namewee F**k Utusan semoga sharepaste dapat memberikan tebaik untuk anda , jangan lupa ada yang terkait tuh di bawah ini dan ada juga yang musti kamu baca lewat daftar isinya ^_^Selama ini penulis ingatkan Utusan sedar yang mereka dah jauh hilang maruah dari segi pemberitaan. Ternyata Namewee telah berjaya menyakitkan hati puak-puak ni. Pembangkang dah buat macam-macam kat Utusan termasuk memboikot. Tapi macam tak berkesan je. Tapi bila Namewee buat...huru hara Utusan dibuatnya dengan masing-masing terasa martabat direndahkan...kahkahkah......woi..korang jangan lupa simpan artikel ni......besar ertinya...