Happy Birthday To Myself , Terima Kasih Semua Yang Wish
Kata sesetengah orang, usia bukanlah segalanya. Bukan jugak sesuatu yang perlu ditakuti dan diambil berat sangat. Sesetengahnya lagi kata , usia merupakan satu penanda aras ataupun titik tolak mula kemajuan seseorang. Bagi aku, usia memang sesuatu yang menarik. Dalam masyarakat kita sendiri, kalau nak diukur perangai seseorang, selalunya orang kita akan kaitkan dengan usia. Maka lahirlah ayat ayat macam ni
“Dah umur 20 pun , perangai macam budak budak” ataupun ayat “ Dah tua bangka nak masuk 25 tahun pun, perangai tak reti nak ubah lagi” .
Maka disini kita boleh assume yang usia memang menentukan pandangan seseorang pada kita. Makin meningkat usia, makin tinggi expectation orang pada kita. Jadi, usia yang meningkat saban tahun sangat penting kepada kita untuk kita ukur dan lihat balik apa kemajuan dan kejayaan yang kita dah dapat sepanjang peningkatan tersebut . Kan?? Kalau umur meningkat, tapi langsung tak ada kejayaan , apa gunanya kita hidup kan? Sedangkan badan kita pun ada pertumbuhan , dari kecik sampai la besar badak gini haa. Mengapa pulak diri yang didalam tak nak ditumbuhkan jugak kan? Buat malu ja hidup didunia menghirup udara free dari Tuhan kan?
Alhamdulillah harini, 14 Februari 2012 , mungkin ramai yang ingat tarikh ni sebagai hari Valentine kan? Yela nak berkasih kasih gitu. Romantic day katanya. Tak bawak erti apa apa pun valentine bagi aku. Tapi yang bermaknanya, harini genaplah sudah 22 tahun aku dilahirkan kat dunia ni. Terima kasih mak, terima kasih ayah. 22 tahun yang lalu aku datang ke dunia ni,disambut oleh nurse yang aku harap adalah nurse cantik sebab first impression kan ke sangat penting untuk membina otak yang baik. hehe. Lahir dengan harapan besar dari mak ayah untuk jadi manusia berguna, aku harap dalam 22 tahun ni aku ada jugak gunanya hidup .
Maaf kepada yang wish happy birthday di wall facebook then aku ada attachedkan link ni. Anda terpaksa spend time membaca karutan aku kali ni. Sebenarnya nak ucapkan beribu juta billion terima kasih kat korang yang sudi mengewish sempena birthday aku . Kenal tak kenal lain kira, yang penting korang memang sporting habis and terima kasih bebanyak sangat sebab sudi luangkan beberapa saat anda yang berharga untuk type in beberapa perkataan untuk wish kat aku. Aku sangat hargai semua tu. Doa anda sangat lah bermakna untuk aku terus berjaya dalam hidup.
Mungkin setakat tu jela kot entry ni. Hadiah?? Aku tak berharap pun untuk dapat hadiah. Memang dah terbiasa dari kecik tak dapat hadiah sebab memang tak celebrate birthday macam orang lain. Kesian? Tak la. Kalau celebrate gah2 tapi makin besar makin teruk pun tak ada guna kan? Lebih baik setiap kali sampai birthday kita, kita duduk sendirian dan renung balik dalam masa setahun yang berlalu tu, apa yang kita dah dan belum lakukan. Buat review balik and kalau boleh, kita tampalkan apa yang kurang.
Entry nak cakap terima kasih je kepada yang wish , tapi dah melalut bukan main panjang kan? itulah masalahnya bila dah mula menaip, ada ja idea yang datang . Ok habiss dah . Ini last. Assalamualaikum.Happy Birthday To Meeeeeeeeee~~~ Semoga anda semua sihat dan selalu bahagia.